Friday 22 February 2013

Petua Kurangkan Kedutan Kulit Wajah

February 22, 2013 0 Comments
Kenapa kulit berkedut.

Kulit manusia berkedut apabila kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak dibawah lapisan kulit, nipis dan kasar. Bermula dengan garis-garis halus, lama-kelamaan garis-garis tersebut akan menjadi semakin ketara sebagai kedutan. 

Oleh itu jom ketahui petua untuk kurangkan kedutan kulit pada wajah

Faktor kulit berkedut;
  • Proses penuaan - apabila umur meningkat, kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus.
  • Tarikan graviti dan pergerakan otot muka - ekspresi muka bertahun-tahun menjadikan kulit menurun dan mengendur kebawah
  • Terdedah kepada cahaya matahari yang lama
  • Perokok - bukan sahaja perokok aktif, perokok pasif (mereka yang tidak merokok tetapi berada berdekatan dengan perokok aktif) juga menyebabkan kulit mudah berkedut
  • Faktor genetik 

atasi kulit berkedut




Jom kita tengok petua untuk mengurangkan garis halus atau kedutan pada kulit.

Krim Pelindung Matahari 30++SPF

Sinaran ultraungu (UV) daripada cahaya matahari menyebabkan jeragat dan kulit cepat berkedut. Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari  (SPF) yang melebihi 30 apabila melakukan aktiviti dibawah matahari. Penggunaan alat pelindung fizikal seperti topi, payung dan tudung kepala boleh membantu memberikan perlindungan.

Elak berada dibawah sinaran cahaya matahari antara jam 10 pagi dan 3 petang

Sinaran ultraungu adalah pada tahap maksimum antara jam 10 pagi dan 3 petang. Pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung matahari atau topi, sinaran ultraungu akan tetap memberikan kesan pada kulit.

Pengambilan vitamin C

Makanan yang kaya dengan vitamin C seperti limau, jambu batu, kiwi, oren dan sayur-sayuran membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit. Jika seseorang itu kurang gemar makan buah-buahan atau sayur-sayuran, pengambilan suplemen vitamin C boleh membantu.

Pengambilan omega 3

Omega 3 boleh membantu mengurangkan masalah kedutan kulit kerana ia menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9. Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan kulit berkedut.

Minum air secukupnya, kurangkan minuman berkafein

Air yang mencukupi akan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Kafein akan menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering. Terutamanya bagi mereka yang berada ditempat berhawa dingin seperti dalam pejabat, kelembapan adalah rendah ditambah pula dengan suasana sejuk membuatkan seseorang semakin kurang minum air.

Krim berpelembap

Krim pelembap yang mengandungi vitamin C, kolagen atau minyak kamomile boleh mengelakkan kulit menjadi kering. Kolagen dalam krim pelembap tidak akan diserap masuk kedalam kulit kerana molekulnya yang sangat besar, namun ia membantu mengekalkan kelembapan luaran.

Pengambilan makanan yang kaya antioksidan

Antioksidan membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultraungu. Pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta jeragat. Vitamin E merupakan suplemen yang tinggi antioksidan.


Cadangan suplemen untuk kulit cantik

Vivix

  • Menolong mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.
  • Melindungi dan membaiki selular DNA
  • Memberi impak positif terhadap pengawalan genetik
  • Melambatkan pembentukan protin AGE (Advance Glycation End Products)
  • Membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan dan peningkatan tenaga pada tahap selular.




  • Membekalkan elastin bagi mengekalkan keanjalan kulit.
  • Mengurangkan kedutan, mengecilkan liang pori-pori.
  • Mencerah, mengurangkan pigmentasi dan jeragat.
  • Melembapkan kulit, mengelakkan masalah kulit kering.


  • Menyeimbangkan asid lemak bawah kulit sekaligus membantu mengurangkan kedut.
  • ESP membekalkan protin yang tinggi bagi menghasilkan kulit yang sihat, tona sekata dan cerah


Sunday 17 February 2013

CAROTOMAX UNTUK KESIHATAN MATA

February 17, 2013 0 Comments
Bila penglihatan dah mula nampak berpasir, kabur dan silau mula lah terkenyit-kenyit, tak pun tersepet-sepet. Cepat pulak berkedut kulit dikawasan mata tu karang. Tak pun orang lain tengok nanti kata kita nak mengurat. Hehehe.. Muda lagi tu, camana bila usia dah meningkat. Kalau tak dibendung dari sekarang alamat makin tebal lah cermin mata tu nanti.


PERBEZAAN SHAKLEE

  • Membekalkan 13mg karotenoid berfaedah berbanding 8mg dari pengambilan purata karotenoid lutein, likopena dan beta karotena.
  • Mengandungi 6 varieti karotena diekstrak dari sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang dan minyak sawit.
  • Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengekalkan kosentrasi beta karotena didalam darah seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kulit dan mencegah kanser.



MANFAAT UTAMA

Lebih selamat dari Vitamin A  

Didapati pengambilan Vitamin A boleh menyebabkan toksitisi. Walaubagaimanapun, saintis menemui beta karotena pada 1932, satu prekursor vitamin A yang didapati selamat untuk pengambilan.    

Mempertingkatkan penglihatan   

Menghasilkan 'Ungu Visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Mengurangkan masalah penglihatan seperti rabun malam (rabun ayam), rabun dekat, astigmatisme, mata kering, kelesuan mata, glaukoma, katarak, eye-bag dan lingkaran mata hitam.

Meredakan penyakit kulit 

Pengambilan yang banyak akan melegakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering & jerawat.

Melindungi epithelial

Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu. Merawat ulser saluran usus.

Melawan kanser dan oksidasi

Pengambilan kerap beta karotena boleh mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat akitiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru dan payudara. Ia mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

Menghalang jangkitan

Merangsang enzim pembunuh kuman, menyekat kondisi penyakit respiratori seperti batuk, hepatitis, flu dan selsema.


Ramai dah yang mencuba Shaklee Carotomax dan merasai kebaikannya. JOm tengok testimoni mereka;




Harga sebotol Carotomax (30 biji) ialah RM74. Untuk mendapatkannya bolehlah hubungi saya





******************************
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli

Friday 15 February 2013

Cinta Hatiku ~~ ESP

February 15, 2013 0 Comments
Eh, kan soya tak bagus untuk ibu hamil? Berapa ramai kawan2 kat facebook duk share pasal keburukan soya terutamanya untuk ibu hamil. Macam2 kesan buruk yang diwar-war kan. Betul tu, saya pun pernah terbaca tentang satu kaum yang sangat menjauhi soya terutamanya ketika hamil kerana soya dikatakan boleh merosakkan!

TETAPI tahukah anda ada bahan dalam soya yang sangat berguna pada manusia? Ia adalah INSOFLAVONES. Kebanyakan proses akan menyebabkan bahan ini hilang malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan kimia yang digunakan ketika pemprosesan. Berbeza dengan Shaklee, soya diproses dengan menggunakan air demi mengekalkan kandungan INSOFLAVONESnya iaitu genistein dan deidzein yang kritikal yang membekalkan kebaikan keseluruhan soya.


Pelengkap nutrisi keluarga saya



PERBEZAAN SHAKLEE ESP

  1. Pengasingan protien yang pertama telah dicipta oleh Dr. Shaklee pada tahun 70-an. Banyak kajian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protien soya adalah faktor utama dalam menjaga kesihatan yang unggul.
  2. Diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat meluas dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan.
  3. Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi bebas-GMO (Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  4. Merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  5. Sesuai untuk semua gologan usia. Mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sesuai diambil oleh pengidap kencing manis.
  6. Satu hindangan ESP Shaklee  bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Karbohidrat dengan GI yang rendah akan memecahkan gula secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos kedalam sistem badan. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan adalah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan untuk jangka masa panjang.


KEBAIKAN ESP

  • Awet muda - Asid amino penting untuk pembinaan otot, kuku, rambut, organ dan lain2.
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan insoflavones, fungsinya sama dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menapous dan pembesaran prostat.
  • Keremajaan kulit - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutaan, merupakan agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga - Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
  • Membaiki pigmentasi 
  • Membaiki memori
Rugi tau sapa-sapa yang tak nak cuba ESP Shaklee ni. Dari pengalaman saya sendiri, kulit jadi glowing, kasar2 kat tumit dah hilang. Suami pun suka. Suami saya ni ada gastrik, selalu pedih hulu hati dan kembung tapi sejak ambik ESP walaupun tak konsisten, 'sedap perut' katanya.





Wednesday 13 February 2013

12 MANFAAT DAN KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

February 13, 2013 0 Comments
1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran



Kebaikan Omega 3
======================

Omega 3 digunakan untuk:
Sumber : http://benefitsofomega3.org/

1. Kesihatan Jantung dari Omega 3
Beberapa kajian membuktikan kebaikan Omega 3 adalah untuk mengelak dan merawat sakit jantung. Lemak baik ini boleh merendahkan paras keradangan (inflammation), merendahkan triglycerides dan mengelakkan darah tersumbat yang boleh membawa maut.

2. Tekanan darah tinggi
Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari  American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.

3. Diabetes.
Pesakit diabetes mempunyai triglyceride(lemak dalam darah) yang tinggi dan paras HDL rendah. Omega 3 dari minyak ikan boleh merendahkan paras triglycerides dan Apo proteins (petanda untuk diabetes) dan meningkatkan HDL, makan mengambil supplement minyak ikan boleh membantu pesakit diabetes. Namun, pesakit diabetes Jenis 2 boleh mengalami peningkatan gula dalam darah apabila mengambil minyak ikan dan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

4. Barah Payudara
Walaupun beberapa pakar tidak setuju, wanita yang mengambil Omega 3 dalam beberapa tahun mungkin kurang risiko mengidap barah ini. Kajian terperinci perlu dibuat untuk mengenalpasti adakah Omega 3 membantu mengelakkan barah ini.

5. Barah Prostat
Satu kajian terhadap tikus yang telah dikenakan genetic barah ini. Pemakanan yang tinggi Omega 3 boleh melembabkan pembentukan tumor dan perkembangan sel barah dan meningkatkan peluang untuk sihat. Namun, kajian ini belum disahkan ke atas manusia.

6. Barah Kolon(usus)
Kebaikan Omega 3 boleh mengurangkan risiko terkena barah ini. Sebagai contoh, orang Eskimo, mempunyai pemakanan tinggi Omega 3 dan mereka mempunyai risiko mempunyai barah ini yang sangat rendah.

7. Senggugut
Kajian terkini menunjukkan Omega 3 boleh mengelak pembentukan prostaglandins. Prostaglandins menyebabkan senggugut dalam uterus.

8. Ibu mengandung dan menyusukan anak.
Kebaikan Omega 3 kepada wanita mengandung dan menyusukan anak adalah pada pembentukan otak bayi. Ia meningkatkan paras IQ.

9. Keguguran
Pengambilan ikan dan suplemen omega 3 boleh mengurangkan kebarangkalian keguguran berulang atau dikenali simdrom antiphospholipid.

10. Mencegah Insomnia dan mengurangkan Tekanan


Omega Guard juga bermanfaat untuk
===========================================

11. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. 
Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis dan penyakit buat pinggang.

12. Membakar kolesterol.
Meningkatkan kepekaan tubuh terhadap hormon Leptin, hormon yang mengawal selera makan dan berfungsi menukar lemak kepada tenaga. Ketidakpekaan tubuh terhadap hormon Leptin akan menyebabkan selera makan bertambah, penambahan lemak dalam badan sekaligus mendatangkan masalah kolesterol tinggi dan berat badan berlebihan.


Simptom-simptom kekurangan Omega 3
=============================================
  • Mudah Letih, Penat
  • Lemah Ingatan
  • Lemah tahap imunisasi
  • Kulit kering, eczema atau rambut gugur
  • Masalah jantung
  • Masalah kesuburan
  • Tekanan perasaan
  • Peredaran darah (circulation) tidak lancar

Berapa tahap RDI (Reference Daily Intake) boleh diambil?
=========================================

- At least 500mg untuk orang sihat
- 800mg hingga 1000 mg untuk pesakit jantung


Harga sebotol Omega Guard (90 biji) ialah RM136. Jika anda ingin mendapatkannya sila hubungi saya



*********************************
Dapatkan diskaun hingga 33% untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli

Sunday 3 February 2013

Set ibu bersalin shaklee

February 03, 2013 0 Comments
Bagi kebanyakan orang-orang kita bila dalam pantang, memang banyak pantang larangnya kan? Betul la tu, ibu-ibu lepas bersalin kan perlu rehat yang cukup, perlu tempoh bertenang sementara tubuh dan mental kembali tenang selepas bertarung melahirkan anak. Makan pun tak boleh makan sebarangan takut nanti efek pada luka bersalin dan tenaga.

Tetapi berpantang tu berpantang jugak, bila dah hari-hari makan biskut, nasi tawar dengan ikan bakar je mana nak dapat nutrisi lengkap yang diperlukan oleh ibu dalam pantang? Dah tu pulak, makan kunyit tak sedap, makan ikan haruan hanyir, minum air akar kayu pahit!

Sebab tu perlu ada set ibu bersalin shaklee semasa berpantang. Paling mudah nak consume, mesra penyusuan ibu, banyak kebaikan.

Mengapa pengambilan nutrisi lengkap sangat penting semasa berpantang:

1) Pemulihan
2) Elakkan sembelit
3) Mengurangkan/mengelakkan sebarang jangkitan penyakit pada ibu dan bayi
4) Mengelakkan kesan buruk jangka masa panjang (osteoporosis, sakit belakang, punggung)
5) Kesihatan emosi si ibu
6) Tenaga terutamanya untuk ibu-ibu yang terpaksa berjaga malam

vitamin ibu berpantang paling bagus


Mari kita tengok apa fungsi setiap vitamin dalam Set Berpantang Shaklee;

1) Vitalea
  • Dirumus khas dengan 28 vitamin penting dan mineral perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga. 
  •  Mengandungi Beta-Carotene yang membantu dalam pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan semula tisu-tisu badan.
  • Pembentukan sel-sel darah merah.


2) BComplex
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Membantu menyembuhkan luka
  •  Membantu menangani stress dan kelesuan sekaligus membantu mengelakkan kemurungan.


3) Vita-C plus
  • Membantu meningkatkan antibodi
  • Membentuk kolagen untuk pembaikan pulih struktur kulit.


4)  Ostematrix
  • Membekalkan sumber kalsium dan magnesium yang hilang ketika hamil dan menyusukan bayi
  • Mengekalkan kesihatan tulang dan kekuatan gigi
  • Membantu melegakan sembelit


5) ESP
  • Sumber protien penting untuk pembentukan semula tisu-tisu otot supaya kembali anjal
  • Pemuliharan tisu-tisu otot rahim
  • Untuk penyusuan bayi, membantu menambah kualiti dan memekatkan susu
  • Membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan


6) Zink
  • Cepatkan penyembuhan luka
  • Menangani keguguran rambut 



TESTIMONI SET IBU BERSALIN SHAKLEE

vitamin ibu selepas bersalin

vitamin ibu selepas bersalin


Bagi ibu-ibu hamil yang masih tercari-cari suplimen terbaik untuk semasa berpantang nanti boleh cuba set ibu bersalin Shaklee ni. Selain merupakan keperluan semasa berpantang, set ini boleh terus diambil untuk tujuan kesihatan optimum dan penyusuan eksklusif.


Pertanyaan/order

vitamin ibu selepas bersalin

Facebook; Jana Hazana

b

Follow Instragram Jana_Hazana