Friday 15 March 2013

# Gastrik # Loya & Muntah

Peppermint Ginger Plus untuk keselesaan perut

Peppermint Ginger Plus sangat membantu mereka yang mempunyai masalah ketidakselesaan perut seperti pedih hulu hati, gastrik, loya, mabuk laut, masalah penghadaman & cirit birit. Ia juga boleh menjadi alternatif kepada ibu-ibu dalam pantang untuk membuang angin dalam badan. Rasanya yang berangin dan nyaman bukan sahaja mendatangkan kelegaan pada perut malah membantu fikiran untuk lebih fokus.



Peppermint Gingerplus mengandungi ekstrak bahan2 herba iaitu pudina, halia, bunga cengkih (anise) dan fennel (jintan). 

Kebaikan:

Pudina
  • Mempunyai kesan penenang, ia memberi keselesaan pada perut. Ia membantu dalam proses penghadaman dan juga memberi kelegaan pada kesakitan seperti gastrik, pedih hulu hati & cirit birit. 
  • Ia melegakan kesan-kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi seperti muntah-muntah dan hilang selera makan.
  • Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia mampu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.
  • Rasa sejuk dan nyaman daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan fokus.

Halia
  • Masyarakat China telah menggunakan halia sejak lebih 2000 tahun dahulu. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit ketika haid, loya dan mual ketika mengandung juga ketika dalam pantang.
  • Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi alternatif bagi merawat mabuk laut.

Jintan (fennel)
  • Orang-orang di Eropah mengambil biji jintan selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. 
  • Ia melegakan sakit perut, gejala flu juga dapat membantu mengatasi masalah alergi pada usus perut.

Cengkih (Anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Melegakan masalah pencernaan dan kesakitan ketika haid, batuk & selesema.
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk percernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, menurunkan haba badan ketika musim panas dan lembap
  • Memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut.

Untuk mendapatkan Peppermint Gingerplus ni, boleh lah hubungi saya disini ~~~>



Pengedar Shaklee Gombak, Taman Melati & Sentul


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana