VITAMIN SHAKLEE UNTUK SELSEMA

Bagi saya agak leceh bila terkena jangkitan selsema waktu-waktu puasa ni dah lah terbersin-bersin tak kira tempat, hidung berair lagi, mata pun bengkak, kering tekak toksah cerita lah, tak best betul.. Risau takut berjangkit kat anak-anak lagi..Bila dah makan ubat selsema lak, ting tong la jawabnya..kerja rumah kemana, bisnes pun ke laut...

Sekarang ni saya bukan nak cerita panjang tentang keburukan selsema tapi apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah cara yang saya pilih menangani jangkitan selsema tanpa pengambilan ubat-ubatan.

Begini alkisahnya..Hari ahad malam masa nak tidur dah mula hachooomm..hachooomm...nampak macam bukan bersin biasa cepat-cepat cari panadol solubel kat dapur tapi takde la pulak. Dalam hati, 'em esoklah suh hubby beli'...

Hari isnin sewaktu sahur terpandang botol-botol vitamin yang tersusun cantik dalam kabinat, baru datang ilham nak cuba Vitamin C Chewable. Test tengok, kata boleh boost imun kan...Selepas dah siap makan dan dah dekat-dekat nak imsak tu terus kunyah sebiji, minum air suam 2 gelas.

Sepanjang hari hachoom..hachooommm ditambah pula air hidung meleleh-leleh. Aduhai, suara pun dah mula jadi macam suara mak itik. Sampai merah hidung mak ditenyeh tisu. Sangat tidak selesa..anak-anak nak cium pun saya tak bagi takut berjangkit.

Bila waktu berbuka, lepas makan saya kunyah lagi sebiji vitamin c dan minum air suam. Aiseh, lupa nak kirim kat hubby panadol solubel. Dalam hati 'em, esoklah suh hubby beli'...Camana ni, risau takut tak boleh tidur nanti kang tak terbangun untuk sahur..Takpe lah so sebelum tidur saya makan lagi sebiji vitamin c.

Hari selasa waktu sahur saya teruskan lagi pengambil Vitamin C Chewable tu..Sedap jugak makan vitamin C waktu-waktu sahur ni, hilang rasa muak lepas makan nasi lauk sardin dengan telur dadar special..
Sepanjang hari memang suara dah macam itik pulang petang. Camana tuh..hehe..tapi Alhadulillah setakat ni takde rasa pedih-pedih tekak lagi. Boleh jugak buat kerja-kerja rumah, layan kerenah si kembar, urus bisnes, layan customer..yelah, online je kan..bukannya kena pergi face to face..kalau tak malu la mak, mata bengkak hidung merah berair, suara lak sengau2 manja...

Malam tu waktu nak tidur baru ingat, LUPA LAGI NAK MINTAK HUBBY BELIKAN PANADOL SOLUBEL!!! Takpe lah, malam ni sebelum tidur selain kunyah Vitamin C Chewable saya add on 1 biji Omega Guard dan zzzz....

Hari Rabu, macam biasa waktu sahur saya kunyah sebiji Vitamin C Chewable dan meneruskan kerja-kerja macam biasa..Dah nak dekat waktu berbuka baru terperasan, takde langsung hachoomm..hachomm.., hidung dah tak berair cuma mengelupas sebab 2 hari duk tenyeh ngan tisu, suara pun dah kembali macam biasa...
Aik?! 2 hari je selsema? tak sempat nak telah panadol..Betul la orang yang orang duk war-warkan yang vitamin C ni bantu tingkatkan sistem imunisasi tubuh. Sama juga Omega Guard. Biasa orang duk bagi kat anak-anak yang ada asma, yang batuk berkahak. Rupanya turut berkesan untuk masalah selsema saya..

Ini sudah dikira bagus!

Sapa-sapa yang nak tau ini lah rupa Shaklee Vitamin C Chewable dan Omega Guard

ubat selsema


Harga pasaran bagi Vitamin C Chewable (90biji) ialah RM37.50
Harga pasaran bagi Omega Guard (90) ialah RM136.00.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk Shaklee berserta konsulatsi & cara makan, jom hubungi saya

selsema




***************************
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli
JOM DAFTAR SEKARANG!

APA ITU PARABEN?

Tahukah anda apa itu paraben? 
Paraben adalah asid benzoic versi SINTETIK. Asid benzoic terhasil secara semulajadi dalam buah-buahan iaitu buah blueberi dan bila ia dihasilkan secara sintetik ia dipanggil paraben.

Paraben digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet dalam produk seperti ubat-ubatan, deodorant, ubat gigi, kosmetik, produk pelincir, sabun, syampu & losyen. Ia juga digunakan dalam makanan proses seperti sosej. 
Ia berfungsi untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan pertumbuhan kulat.

So, apa masalah dengan paraben?

Paraben boleh menyerupai hormon estrogen iaitu sejenis hormon yang memainkan peranan dalam pertumbuhan tisu kanser payudara. Beberapa kajian telah dijalankan dan mereka menemui paraben dalam barah payudara. Dengan kata lain paraben adalah HORMONE DISTRUPTOR (yang dikaitkan dengan barah payudara dan isu organ pembiakan) & CARCINOGENE (punca kanser) walaupun diguna dalam kuantiti sedikit. 


Selain itu, paraben juga merupakan faktor yang menyebabkan baligh awal dikalangan kanak-kanak perempuan.

Juga terdapat kajian dari Jepun yang menunjukkan paraben mampu mengganggu penghasilan hormon testosteron dan fungsi sistem pembiakan lelaki.

Kalau dah bahaya mengapa pihak industri masih menggunakan paraben secara meluas? 

Ini kerana paraben sangat mudah didapati dengan kos yang sangat murah.Walaupun paraben dikatakan 'selamat dalam kuantiti sedikit' sebagaimana yang dijamin oleh pihak FDA & industrial standard, elakkan sebarang risiko yang mungkin berlaku.
Untuk langkah keselamatan demi masa depan kita dan anak-anak yang sejahtera, guna lah produk BEBAS PARABEN seperti produk organik dan produk-produk Shaklee.. 

Produk Shaklee ialah 100% bebas paraben, bebas SLS dan bebas dari macam-macam bahan kimia berbahaya lain.

Tidak ada salahnya jika kita mengambil langkah berwaspada. Jika ada pilihan yang lebih terjamin selamat, mengapa tidak kita beralih ke situ. Bagi saya, saya lebih suka memilih jalan selamat. 

______________
Bintang Kejora
> Jana <

SHAKLEE; DIJAMIN & DIYAKINI HALAL

Bagi mereka yang tidak pernah mengenali Shaklee dengan lebih dekat sudah tentu tertanya-tanya tentang status halalnya. Yelah, produk import dari negara barat..Malah tentu ada yang terus menolak untuk menggunakan produk ini kerana desas-desus yang mengaitkannya dengan unsur babi. Subhanallah..Kalau lah benar produk Shaklee mengandungi unsur haram tersebut, alangkah berdosanya kami pengedar-pengedar muslim yang tegar memakan dan menjual produk Shaklee kepada muslim-muslim lain...

Status halal yang dijamin dan diiktiraf
  • Produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang mempunyai persijilan halal dari Islamic Services of America (ISA)
  • Produk Shaklee Lecithin dihasilkan dikilang yang mempunyai sijil halal dari INFANCA (Islamic Food and Nutritional of America)
  • ISA dan INFANCA merupakan badan persijilan Halal luar negara yang diiktiraf JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Sumber; http://www.halalscience.com/blog/benarkah-produk-shaklee-ada-ekstrak-babi/


Shaklee Halal
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf
Untuk maklumat lanjut tentang kriteria-kriteria badan pensijilan Halal luar negara yang ditetapkan JAKIM sila klik disini http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/garis-panduan/badan-islam-luar-negara 

Ada juga pelanggan yang gusar bila tiada logo Halal pun pada botol atau canister produk Shaklee. Jangan risau, JAKIM telah mengeluarkan jaminan terhadap status halal produk Shaklee dengan mengeluarkan sijil. Sijil tersebut akan menyenaraikan semua produk Shaklee yang halal dan perlu diperbaharui setiap tahun oleh Syarikat Shaklee. Selagi JAKIM tak bagi lampu hijau, selagi itu lah sijil tidak akan dikeluarkan.



Camana, sudah jelas dengan penjelasan kat atas?

Kesimpulannya, produk Shaklee 100% dijamin dan diyakini halal. Tak perlu ragu-ragu lagi..So lepas ni sekiranya anda berminat nak mencuba produk Shaklee dan perlukan nasihat, boleh hubungi saya. FREE CONSULTATIONS. Bersedia untuk memberi yang terbaik.

status halal shaklee




SHAKLEE: PERMULAAN SEBUAH LEGASI

Tahukah anda nama produk Shaklee adalah sempena nama orang yang menciptanya? Jom kita selami sedikit sebanyak kisah Dr. Shaklee dan penemuannya serta misi dan visi beliau dalam merealisasikan falfasah

The More you Share With Others,
The More Valuable The Share Will Become..
Do Unto Others As You Would
Have Them Do Unto You..
          -Dr. Forrest C. Shaklee

Dr. Forrest C. Shaklee pada ketika zaman mudanya mula berminat dengan kesihatan disebabkan oleh penyakit tibi yang dihadapinya ketika kanak-kanak. Tanpa ubat-ubatan dan hospital, cara perubatan beliau ialah hanya dengan berehat, makanan bernutrisi dan banyak meluangkan masa diluar dirumahnya dipinggir bandar. Kehidupan harmoni dengan alam sekitar telah menjadi cara hidupnya ketika dalam proses membesar.

Minat Dr. Forrest C. Shaklee terhadap kesihatan telah membawanya ke makmal dan bilik pemeriksaan. Beliau begitu percaya bahawa nutrisi yang bagus adalah punca utama kepada kesihatan dan gaya hidup yang sihat. Dengan sentiasa berujikaji Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta teknik untuk mengekstrak nutrien dari makanan. Dari situlah, pada tahun 1915 'vitalized minerals' dicipta dimana pada waktu itu konsep vitamin belum pun difahami sepenuhnya oleh orang lain. Beliau seterusnya membina kejayaan menerusi perubatan alternatif dan klinik dimana dari pengalaman mengubati pesakit, beliau telah mempelajari bahawa kesihatan yang baik perlu dipupuk dan dipelihara, bukan dari sekadar merawat penyakit.

shaklee
Dr. Forrest C. Shaklee

MEREALISASIKAN FALSAFAH

Pada tahun 1956, Dr. Forrest C. Shaklee bersama-sama 2 orang anak lelakinya telah menubuhkan syarikat Shaklee Corporation yang bertujuan bukan sahaja untuk membuat keuntungan semata-mata tetapi juga untuk membantu orang lain memiliki kesihatan yang lebih baik.

Berdasarkan pengalamannya yang sering bersemuka dengan pesakit telah mendorong aktiviti jualan secara terus. Dia tahu, melalui perbualan adalah cara yang terbaik untuk menyebarkan idea tentang menggalakkan pemeliharaan kesihatan. Dr. Shaklee pernah berkata "We'll teach someone and they'll teach others to teach others to teach others". Dari situ lah bermula empayar Shaklee dimana ia tersebar secara mulut ke mulut hingga berjaya menjadi sebuat syarikat yang kukuh bernilai $500 juta pada masa kini.

Hasil ciptaan Dr. Shaklee bukan sahaja tertumpu pada nutrisi makanan malah beliau turut mempraktis kan cara hidup sihat secara semulajadi dan telah pun mencipta produk kegunaan rumah seperti pencuci berbiodegradasi Basic H yang juga merupakan pencuci yang tidak bertoksik yang pertama didunia. Ketika itu isu kesihatan alam sekitar belum pun diambil berat. Dr. Shaklee merupakan perintis bagi penemuan-penemuan nutrisi yang seterusnya.

50 tahun kemudian, syarikatnya telah berjaya membantu beratus ribu penduduk didunia untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat dengan falsafah 'Better You, Better World'.

VITAMIN KETIKA BERPUASA

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda; Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. Dan sesiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Best kan bulan puasa? Segala amal ibadah kita walau sekecil zarah pun akan mendapat pahala yang besar. Belum lagi buat amalan-amalan sunat lain seperti terawih, bersedekah, solat sunat tahajud, membaca al-Quran dan banyak lagi. Pahalanya berganda-ganda dan ganjarannya adalah Syurga yang kekal abadi! Subhanallah..

Bercerita tentang bulan puasa, apa persediaan anda? Sudah bersediakah dari segi rohani dan jasmani? 

Kat sini saya ingin berkongsi tentang suplemen ketika berpuasa. Kenapa kita perlukan suplemen ketika berpuasa? 
Suplemen merupakan makanan tambahan yang melengkapkan keperluan nutrisi tubuh kita. Kekurangan nutrisi menyebabkan tubuh kita cepat penat, mudah marah-marah, sering sakit perut dan kepala, kulit kusam dan mudah berkedut, tahap antibodi yang lemah dan banyak lagi. 

Tambah pula suplemen boleh membantu kita kekal bertenaga sepanjang hari, kawal rasa lapar, elak rasa haus yang melampau. Paling BEST, tampil cantik dihari raya kerana anda juga akan dapat BONUS kulit cantik berseri-seri...

energy booster


JOM KITA TENGOK APA FUNGSINYA

ESP
:. Memberikan rasa kenyang dan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Oleh itu sangat sesuai untuk diambil ketika berpuasa.
:. Diperbuat daripada kacang soya non-GMO yang diproses pada kadar suhu yang rendah bagi menjamin penghasilan protin berkualiti tinggi. 

1) Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
2) Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sesuai juga kepada penghidap kencing manis.
3) 1hidangan bersamaan 2 x daging, 4 x telur, 12 x susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sgt mudah diserap oleh tubuh manusia.

Makanan dengan Index Glisemik (GI) yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam system tubuh manusia menyebabkan rasa kenyang yang berpanjangan. 
Mengekalkan paras gula yang rendah dalam tubuh menjamin kesihatan yang baik untuk jangka masa panjang disamping dapat membantu dalam pengurangan berat badan.


PERFORMANCE DRINK
Terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes):

(1) Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Mengurangkan rasa haus.
(2) Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik jenama lain).
(3) Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina.

Performance Drink ini sesuai diambil ketika :

~ Cuaca panas melampau (badan dehydrated)
~ Badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
~ Beriadah

Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:

◆ Mereka yang aktif bersukan .
◆ Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
◆ Mereka yang menghidap gout.
◆ Ibu yang menyusukan anak.
◆ Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
◆ Mereka yang kurang minum air.
◆ Mereka yang kerap sakit kepala.
◆ Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
◆ Kanak-kanak yang demam.
◆ Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tidak berkarbonat)

energy booster


Jom dapatkan SET PUASA hari ini! Ia mudah disediakan ketika sahur dan berkhasiat. Amat disarankan diambil bersama kurma.

Harga pasaran set ini ialah RM232.50 tak termasuk pos. Jika anda berminat untuk mendapatkannya dengan harga SUPER DUPER JIMAT hubungi lah saya di talian berikut. Setiap pembelian disertakan tip-tip, nasihat dan jadual pengambilan PERCUMA!

shaklee independent distributor

SMS; 017-3125484

PENGEDAR SHAKLEE GOMBAK DAN SENTUL

Tercari-cari pengedar Shaklee di Gombak atau pengedar Shaklee di Sentul?
Senang sikit nak order, tak perlu tunggu 2-3 hari abang posmen hantar..
Barang dah sampai baru bayar..bak kata orang putih 'Cash On Delivery' (COD)

Khas buat warga Gombak, kini pengedar Shaklee Gombak yang aktif dengan stok sedia boleh membantu anda mendapatkan produk Shaklee dengan mudah dan cepat.

Saya menyediakan servis COD di kawasan Taman Melewar, Greenwood, Taman Melati, UIA Gombak, Giant Batu Caves dan Sri Gombak. Termasuk juga disekitar Sentul. Tiada caj penghantaran. Sekiranya anda berada di kawasan tersebut dan ingin mendapatkan produk Shaklee, bolehlah menghubungi saya, pengedar Shaklee Gombak melalui;


agen shaklee


SMS: 017-3125484

Dunia tanpa sempadan membolehkan anda mendapatkan produk Shaklee walau dimana anda berada. Cuma perlu order, buat bayaran melalui perbankan internet/ATM ke akaun yang diberi dan order anda terus dihantar melalui POSLAJU atau GDEX. Mudah sahaja bukan? Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi, tip-tip berkenaan dan cara makan secara percuma selagi anda menggunakan produk tersebut. Ini membolehkan anda mendapat manfaat dan kesan yang optimum bagi mendapat hasil yang diingini.

Jika anda ingin membeli sendiri produk Shaklee, bolehlah ke stokis di Empire Tower Subang (HQ), Sri Rampai (Cawangan Center), Kota Bharu (Cawangan Pantai Timur), Ipoh, Penang (Cawangan Utara), Johor Bahru (Cawangan Selatan) dan Kota Kinabalu (Cawangan Malaysia Timur). ID sah ahli/pengedar Shaklee diperlukan ketika pembelian.

Anda juga dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli selain untuk kegunaan sendiri juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran sebagai ahli Shaklee yang sah. 

Pengedar Shaklee Gombak dan Sentul, Jana Hazana

KEBAIKAN SHAKLEE GLA COMPLEX

Kalau sebut GLA ramai yang tak biasa dengar kan? Bagaimana dengan Evening Primmrose Oil (EPO)? Err..sounds familiar KAN?..Bagi yang belum tahu, EPO ialah sumber dimana GLA (Gamma-Linolenic Acid) dihasilkan. Kebanyakan produk dipasaran menggunakan GLA yang dihasilkan daripada EPO.

Berbeza dengan Shaklee GLA Complex, GLA yang digunakan diekstrak dari bunga herba Borage dimana

:. Mengandungi GLA 2 kali ganda lebih tinggi berbanding EPO.

:. 3 kali ganda lebih bioavailabiliti dan 3 kali ganda lebih berkesan berbanding EPO.

:. Shaklee menggunakan GLA yang diekstrak dari Borage yang ditanam secara organic.

:. Dilindungi oleh Shaklee Guard iaitu antioksidan semulajadi yang dipaten untuk secara eksklusif untuk memastikan kestabilan dan kesegaran produk.

Shaklee GLA Complex
Si Cantik Biru ~ Bunga Herba Borage

Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. Ia digabung dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Bioavailabilitinya telah dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap kedalam sel dan tisu manusia dengan baik.

Kebaikan Shaklee GLA Complex;

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf


GLA Complex amat disarankan untuk mereka yang;

  • Ingin mendapat zuriat. Set Kesuburan Shaklee membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri.
  • Mengalami kitaran haid yang tidak tetap.
  • Sering mengalami senggugut. GLA merupakan bahan binaan Prostaglandin yang penting untuk proses kimia dalam tubuh seperti mengawal tekanan darah, pengecutan otot (punca terjadinya senggugut).
  • Mengalami masalah kulit seperti ekzema, kekeringan kulit.
  • Diabetes (jenis 2). GLA membantu mengawal insulin dan paras kolesterol. Juga mengurangkan kesakitan dan kebas-kebas yang biasa dialami oleh penghidap diabetes
  • Masalah berat badan berlebihan yang berkaitan dengan hormon. 
  • Ingin mendapatkan kulit cantik bebas jeragat dan jerawat.
  • Mereka yang menghidap penyakit arthritis reumatid.

Jom tengok testimoni GLA Complex Shaklee



Harga GLA Complex (60 biji) ialah RM91.25 (WM) / RM95.00 (EM)


Klik untuk order sekarang


Untuk konsultasi  dan nasihat cara makan yang betul sila hubungi saya


Shaklee

*****************************
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...