Sunday 21 July 2013

# Paraben

APA ITU PARABEN?

Tahukah anda apa itu paraben? 
Paraben adalah asid benzoic versi SINTETIK. Asid benzoic terhasil secara semulajadi dalam buah-buahan iaitu buah blueberi dan bila ia dihasilkan secara sintetik ia dipanggil paraben.

Paraben digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet dalam produk seperti ubat-ubatan, deodorant, ubat gigi, kosmetik, produk pelincir, sabun, syampu & losyen. Ia juga digunakan dalam makanan proses seperti sosej. 
Ia berfungsi untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan pertumbuhan kulat.

So, apa masalah dengan paraben?

Paraben boleh menyerupai hormon estrogen iaitu sejenis hormon yang memainkan peranan dalam pertumbuhan tisu kanser payudara. Beberapa kajian telah dijalankan dan mereka menemui paraben dalam barah payudara. Dengan kata lain paraben adalah HORMONE DISTRUPTOR (yang dikaitkan dengan barah payudara dan isu organ pembiakan) & CARCINOGENE (punca kanser) walaupun diguna dalam kuantiti sedikit. 


Selain itu, paraben juga merupakan faktor yang menyebabkan baligh awal dikalangan kanak-kanak perempuan.

Juga terdapat kajian dari Jepun yang menunjukkan paraben mampu mengganggu penghasilan hormon testosteron dan fungsi sistem pembiakan lelaki.

Kalau dah bahaya mengapa pihak industri masih menggunakan paraben secara meluas? 

Ini kerana paraben sangat mudah didapati dengan kos yang sangat murah.Walaupun paraben dikatakan 'selamat dalam kuantiti sedikit' sebagaimana yang dijamin oleh pihak FDA & industrial standard, elakkan sebarang risiko yang mungkin berlaku.
Untuk langkah keselamatan demi masa depan kita dan anak-anak yang sejahtera, guna lah produk BEBAS PARABEN seperti produk organik dan produk-produk Shaklee.. 

Produk Shaklee ialah 100% bebas paraben, bebas SLS dan bebas dari macam-macam bahan kimia berbahaya lain.

Tidak ada salahnya jika kita mengambil langkah berwaspada. Jika ada pilihan yang lebih terjamin selamat, mengapa tidak kita beralih ke situ. Bagi saya, saya lebih suka memilih jalan selamat. 

______________
Bintang Kejora
> Jana <

3 comments:

  1. Replies
    1. sekadar berkongsi untuk kesedaran umum ;) tq

      Delete
  2. Hi awak tye psl doode tu,nak temph ke?actually sy tkbuka lg temphn doodle tu,p lau awak nk tempah leh je,sila rujuk bhgian porfolio tab menu di blog saya,terima kasih,

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana