Thursday 18 July 2013

# Info Shaklee

SHAKLEE: PERMULAAN SEBUAH LEGASI

Tahukah anda nama produk Shaklee adalah sempena nama orang yang menciptanya? Jom kita selami sedikit sebanyak kisah Dr. Shaklee dan penemuannya serta misi dan visi beliau dalam merealisasikan falfasah

The More you Share With Others,
The More Valuable The Share Will Become..
Do Unto Others As You Would
Have Them Do Unto You..
          -Dr. Forrest C. Shaklee

Dr. Forrest C. Shaklee pada ketika zaman mudanya mula berminat dengan kesihatan disebabkan oleh penyakit tibi yang dihadapinya ketika kanak-kanak. Tanpa ubat-ubatan dan hospital, cara perubatan beliau ialah hanya dengan berehat, makanan bernutrisi dan banyak meluangkan masa diluar dirumahnya dipinggir bandar. Kehidupan harmoni dengan alam sekitar telah menjadi cara hidupnya ketika dalam proses membesar.

Minat Dr. Forrest C. Shaklee terhadap kesihatan telah membawanya ke makmal dan bilik pemeriksaan. Beliau begitu percaya bahawa nutrisi yang bagus adalah punca utama kepada kesihatan dan gaya hidup yang sihat. Dengan sentiasa berujikaji Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta teknik untuk mengekstrak nutrien dari makanan. Dari situlah, pada tahun 1915 'vitalized minerals' dicipta dimana pada waktu itu konsep vitamin belum pun difahami sepenuhnya oleh orang lain. Beliau seterusnya membina kejayaan menerusi perubatan alternatif dan klinik dimana dari pengalaman mengubati pesakit, beliau telah mempelajari bahawa kesihatan yang baik perlu dipupuk dan dipelihara, bukan dari sekadar merawat penyakit.

shaklee
Dr. Forrest C. Shaklee

MEREALISASIKAN FALSAFAH

Pada tahun 1956, Dr. Forrest C. Shaklee bersama-sama 2 orang anak lelakinya telah menubuhkan syarikat Shaklee Corporation yang bertujuan bukan sahaja untuk membuat keuntungan semata-mata tetapi juga untuk membantu orang lain memiliki kesihatan yang lebih baik.

Berdasarkan pengalamannya yang sering bersemuka dengan pesakit telah mendorong aktiviti jualan secara terus. Dia tahu, melalui perbualan adalah cara yang terbaik untuk menyebarkan idea tentang menggalakkan pemeliharaan kesihatan. Dr. Shaklee pernah berkata "We'll teach someone and they'll teach others to teach others to teach others". Dari situ lah bermula empayar Shaklee dimana ia tersebar secara mulut ke mulut hingga berjaya menjadi sebuat syarikat yang kukuh bernilai $500 juta pada masa kini.

Hasil ciptaan Dr. Shaklee bukan sahaja tertumpu pada nutrisi makanan malah beliau turut mempraktis kan cara hidup sihat secara semulajadi dan telah pun mencipta produk kegunaan rumah seperti pencuci berbiodegradasi Basic H yang juga merupakan pencuci yang tidak bertoksik yang pertama didunia. Ketika itu isu kesihatan alam sekitar belum pun diambil berat. Dr. Shaklee merupakan perintis bagi penemuan-penemuan nutrisi yang seterusnya.

50 tahun kemudian, syarikatnya telah berjaya membantu beratus ribu penduduk didunia untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat dengan falsafah 'Better You, Better World'.

No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana