Friday 23 August 2013

TIPS NAK JADI KAYA

August 23, 2013 3 Comments
Semua orang jika diberi pilihan tentu memilih untuk menjadi kaya bukan? Malah dalam Islam sendiri amat menggalakan untuk menjadi kaya. Sebab itu kita digalakkan untuk berniaga, berniaga kan 9/10 daripada punca rezeki. Eh! Nabi dulu pun miskin je, tidur pun atas tikar je sampai berbekas-bekas badan baginda. Selalu je puasa sunat sebab tak de makanan untuk dimakan. O-o, jangan lupa, Nabi dulu merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya tau. Ahli-ahli perniagaan dari seluruh tanah Arab masa tu amat menyegani Rasulullah dalam dunia bisnes. Cuma bila dah kaya, Islam menggalakkan pula cara hidup bersederhana, banyakkan amalan sedekah dan yang penting jangan riak.

Apa yang bagus bila jadi kaya ialah dapat membantu pihak lain yang memerlukan. Contohnya dapat menaja rumah anak yatim. Berikan mereka kehidupan selesa seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, asrama yang selesa, makan yang sedap dan berkhasiat, sediakan tempat belajar agama. Jaga kebajikan mereka seperti bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan, ubat-ubatan ketika sakit supaya mereka tidak rasa tersisih.

Kalau nak cerita satu-satu memang takkan habis sebab terlampau banyak kelebihan-kelebihan menjadi kaya. Kat sini saya cuma nak kongsi tip-tip nak jadi kaya;

1. Amalan rohani.

  • Amalkan solat sunat pada 3/4 malam iaitu Solat Tahajjud. Diantara fadhilat mengerjakannya ialah kemudahan mendapat rezeki dan doanya mudah dimakbulkan Allah S.W.T.
  • Amalkan solat sunat pada ketika matahari sedang naik iaitu Solat Dhuha. Diantara ganjaran mengerjakannya ialah dibukakan perisai langit untuk rezeki yang mencurah-curah.
  • Zikir dan tahmid.
  • Sedekahkan al-Fatihah untuk ibu dan bapa kita samaada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia setiap hari.
2. Banyakkan sedekah
  • Ketahuilah bahawa harta kita yang berkekalan hanyalah harta yang disedekahkan. Oleh itu, lebih banyak kita sedekah, bermakna lebih kaya lah kita didunia & diakhirat.
3. Bayar zakat
  • Setiap 1 yang diberi akan dibalas 7. (ini saya tengok iklan ye..hehe).
  • Zakat umpama menyucikan harta kita. Sekiranya inginkan harta atau pendapatan kita diberkati maka bayarlah zakat. Bila harta/pendapatan kita bersih dan berkat, takdelah tiba-tiba rumah terbakar ke, gelang emas jatuh dalam lubang tandas awam ke...
Berdasarkan pengalaman sendiri, banyak dah saya menyaksikan sendiri 'miracle' yang pernah berlaku pada mereka-mereka yang amalkan perkara-perkara kat atas. Tak rugi malah amat menguntungkan.

Bila dah amalkan semua tip-tip kat atas ni, Inshaa Allah segala urusan akan dipermudahkan. Buatlah bisnes apa pun, jual baju ke, jual makanan ke, atau vitamin ke yang penting HALAL maka Allah akan kurniakan rezeki yang melimpah ruah yang tak disangka-sangka. 

Oh ye, lagi satu jauhilah penipuan. Yang tu nanti Allah tak berkat...

Thursday 22 August 2013

ESP UNTUK KULIT CANTIK DAN AWET MUDA

August 22, 2013 3 Comments
Jujur, masa awal-awal cuba ESP ni sebab tengok kakak saya minum. Bila tanya, dia cakap bolehlah...acuh tak acuh..ingatkan biasa je lama jugak nak boleh try sendiri. Tapi bila saya cuba dengan susu segar sejuk, PERGGHHHH...rasa macam jatuh cinta, dibuai rasa yang lembut, kemanisan yang menawan dan wangian vanilla yang ummpph...

Sejak kali pertama tu, saya pun terus beli untuk kegunaan sendiri, biasanya beli bila ada orang order je. Tapi minum tak konsisten pun, bila teringat atau rajin baru bancuh. Bancuh pun bukan susah sangat cuma letak susu dalam shaker, pahtu add 2-3 sudu ESP, shake shake..SIAP!! Tapi tulah, bila campur tolak dengan malas..hihihi..Lagi satu sebab utama ialah tak nampak kesannya. Minum sebab sedap.

Rahsia kulit cantik



Bulan puasa baru ni baru konsisten ambil 3sudu ESP setiap hari buat sahur. Resipi tukar sikit, tak campur susu sejuk dah, bancuh dengan air suam je..SEDAP BANGAT..Yang best nya sahur dengan ESP ni ia mudah disediakan. Jam 5.30 baru turun dapur pun sempat lagi nak termenung kat meja makan. Makan dengan kurma, Alhamdulliah sampai ke petang kenyang dan bertenaga. Tiap2 petang boleh bersilat kat dapur masuk lauk special-special. Langsung takde rasa lapar dan lembik tahap menggigil.

Bila balik raya, mak tegur saya nampak sihat (saya ni baru lepas bersalin secara emergency czar), slim dan kulit pun lembut. Alhamdulillah. Pastu bila pergi beraya tak perlu susah-susah usung bedak, BB cream bagai sebab kulit muka dah semulajadi cerah sekata dan moist. Nak berhenti solat pun mudah je tak payah nak retouch up bedak ke apa. Black head, white head, kulit berminyak, kulit kusam memang tak jadi hal langsung dah. Bila bergambar, memang nampak macam make-up walhal lipstik pun tak pakai.

Itu baru sebulan minum ESP secara konsisten. Bertuahlah mereka-mereka yang dah lama konsisten dengan ESP ni. Sekarang ni teruskan pengambilan target nak menganjalkan balik apa yang sudah kendur. Maklum lah, menyusu anak kembar lelaki sampai 2 tahun lebih pulak tu..Mana tak kendurnya. Encik suami pun dah mula berbunyi tapi masih secara berlapik. Sebelum dia bunyi dengan lebih menyakitkan hati baik saya mula dulu apa yang patut.

Ini adalah dari pengalaman saya sendiri sebagai pengguna tegar Shaklee. Memang lepas ni saya akan terus setia lah dengan Shaklee, bukan je ia banyak tolong saya, malah banyak juga tolong ibu saya yang selalu sakit2 sendi, kakak saya yang bermasalah dengan kulit sensitifnya, suami yang antibodi lemah dan anak-anak2..

Kalau ada yang berminat nak kulit cantik nampak muda boleh lah order sekarang. Oh ye, bila dah amalkan ESP ni, bukan kulit je cantik tapi dapat bonus untuk badan lebih slim. Ibu menyusu pun boleh amik, malah bantu banyakkan susu.

Harga pasaran ESP (850gm) ialah RM150.00.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk Shaklee berserta konsultasi & cara makan jom hubungi saya

kulit cantik


Wednesday 21 August 2013

KURUS DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN

August 21, 2013 0 Comments
Sekarang ni banyak dah produk yang membantu orang-orang yang kurus. Cuma perlu buat pilihan yang betul. Ada yang murah, ada yang mahal hingga beribu-ribu..ada yang berhasil, ada jugak yang langsung tidak mendatangkan hasil. Ada yang cara makan, ada yang sapu dan ada juga yang tampal. Apa-apa pun yang paling penting ialah kesan untuk jangka masa panjang. Pastikan produk yang dipilih selamat dan berkesan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Shaklee Shape Up Set terdiri daripada;

1. Lecithin (180 biji)

>> Bertindak melarutkan dan memecahkan kolesterol, triglycerides, lemak2 lain. Boleh membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman.

Membantu mencegah penyakit strok, tekanan darah tinggi, serangan jantung dan arteri mengeras...


2. Herblax (120 biji)

>> Ramuan asas yang terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut pada usus. Terbukti secara klinikal kesesuaiannya untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang..

>> Membersih najis yang tersekat dalam usus besar atau yang tersimpan lama. Membantu mengempiskan perut, membantu masalah sembelit


3. Cinch Energy Tea Mix (Campuran Teh Putih, Teh Merah & Teh Hijau)

>> Meningkatkan tenaga dan ketahanan badan, merupakan pilihan alternatif terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan lain untuk mencergaskan badan.

>> Rendah kalori dan menurunkan kolesterol.

>> Tinggi antioksidan yang melindungi tubuh dari serangan kanser.



4. Cinch Shake Mix (Minuman protin)

>> Diperkasa dengan Leucine (asid amino) untuk meransang sintesis protin otot untuk mengekalkan otot semasa dalam proses menurunkan berat badan. Membantu membekalkan serat yang tinggi, vitamin & mineral kepada tubuh.

>> Tinggi kandungan protin yang membantu memberikan rasa puas dan kenyang.

>> Rendah Glisemik untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.



Shape Up Set


Set ini bukan sahaja membantu untuk menurunkan berat badan tetapi juga memelihara kecantikan kulit, kesihatan jantung dan anti-kanser.

Pengambilan set ini mesti disertakan dengan senaman. Ye lah, senaman kan kunci utama untuk hidup yang sihat. Tapi jika tidak berkesempatan untuk melakukan senaman, faham-faham lah gaya hidup sekarang..buatlah aktiviti fizikal lain yang memerlukan pergerakan fizikal seperti mengemop dan menyapu lantai, menaiki tangga, berjalan kaki..

Penting juga untuk mengawal pemakanan. Antaranya kurangkan makanan dan minuman manis, air berkarbonat. Kawal pengambilan makanan berlemak dan makanan segera. Jangan sesekali abaikan sarapan pagi kerana ia penting untuk membekalkan tenaga dan nutrisi. Jangan tinggalkan makan malam kerana ia membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

Harga pasaran untuk set ini ialah RM409.
Walaubagaimanapun, setiap pelanggan yang membeli dengan saya akan diberi diskaun. Setiap pembelian juga akan disertakan dengan tip-tip, konsultasi dan jadual pengambilan secara percuma. Jika berminat, boleh menghubungi saya

pengedar shaklee gombak

Tuesday 20 August 2013

TIP MEMIKAT HATI SUAMI

August 20, 2013 3 Comments
Nak jadi isteri pujaan suami mestilah pandai pikat hati sang suami. Bukan masa bercinta je mahupun masa nak kahwin tapi sepanjang masa selagi hayat ada. Tambah-tambah bila dah naik pangkat kepada status ibu mesti laaaggi pandai memikat hati sang suami. Faham-faham je lah kan bila dah jadi ibu ni mana nak menyusu lagi, nak urus kerjaya, anak-anak, rumahtangga lagi..lupa nak jaga diri. Last-last ade je yang kena sound ngan suami kata isteri ni macam Hantu kak limah lah, macam kereta potong lah..kan pedih menusuk kalbu tu...

YANG SYIRIK TAK MAIN YE, mintak dijauhi..Tak cium bau syurga nanti karang. Kat sini saya cuma nak kongsi yang semulajadi je. Apa-apa pun ia memerlukan kemahuan dan usaha.

tip menjadi isteri pujaan suami
sumber; google


Tip menjadi isteri pujaan suami
------------------------------------------------------------------------
1# Pandai memikat selera suami.
  • Seorang isteri mesti tahu makanan kegemaran suaminya dan WAJIB tahu memasaknya. Tak perlu hebat macam chef. Tahu memasak yang asas sudah mencukupi, yang penting pandai memasak makanan kegemarannya.
  • Menu mungkin sama tapi cara menyediakannya boleh memberi rasa yang berbeza. Kalau suami sering memuji gulai asam tempoyak ibunya paling sedap didunia, pergilah berguru dengan ibunya tu. Tak rugi. Lagipun seorang suami sangat suka kalau isteri belajar memasak makanan kegemarannya dengan ibunya sendiri.
  • Sentiasa menyediakannya tanpa perlu diminta. Contoh jika suami suka makan kari kepala ikan, rajin-rajinlah memasaknya. Contohnya suami suka makan budu, maka pastikan bekalan budu tak pernah putus..
------------------------------------------------------------------------------
2# Pandai memikat hati suami.
  • Menghormati keluarga suami. Walaupun keluarganya miskin, jangan lah berlaku angkuh sombong. Paling penting untuk menghormati ibu & bapanya.
  • Menjaga percakapan dan tingkah laku.
  • Jauhi sikap cemburu dan mengongkong yang melampau. Cemburu itu tandanya sayang tetapi jika keterlaluan boleh membawa padah.
  • Mengambil tahu tentang minat suami. Contoh jika suami minat memancing, tak salah jika isteri tahu sedikit sebanyak tentang memancing. Jika suami minat bola, sekali sekali temankan suami menonton bola sepak samaada di rumah atau di stadium..
---------------------------------------------------------------------
3# Pandai memikat mata & hidung suami
  • Mana-mana suami pun akan tawar hati jika melihat isteri yang comot, kusut masai dan berbau masam. Seorang isteri wajib menjaga penampilan yang menarik untuk suaminya. Pastikan sentiasa bersih, kemas dan tidak berbau busuk. Jika isteri ada masalah bau badan, boleh atasi dengan pengambilan Alfalfa Complex dan Garlic Complex.
  • Menjaga kebersihan rumah. Walaupun ada lelaki yang tidak kisah tentang kebersihan tetapi jika diberi pilihan mereka tetap akan pilih yang lebih bersih.
  • Pastikan anak-anak sentiasa dalam keadaan terurus, bersih dan tidak berbau busuk.
  • Menjaga kesihatan kulit. Hindari masalah kulit berkedut, berjerawat, kusam dengan Shaklee ESP, Vitamin E, BComplex dan Vitamin C. Juga boleh mengamalkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX untuk kesan awet muda.
  • Mengambil berat tentang bentuk badan. Walaupun selepas melahirkan anak tidak mustahil untuk seorang wanita itu tampil lebih menawan berbanding zaman anak dara dulu. Amalkan pengambilan Shaklee GLA Complex jika mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak.
-------------------------------------------------------------------
4# Pandai memikat nafsu suami
  • Aktiviti bilik tidur adalah kunci utama kebahagiaan rumah tangga. Hubungan yang sentiasa hangat akan mengeratkan kasih sayang suami isteri.
  • Untuk meningkatkan kenikmatan ketika bersama suami isteri boleh mengamalkan Set Vitamin Cinta iaitu gabungan Alfalfa Complex dan Vitamin E Complex. Suplemen ini membantu meningkatkan kemahuan dan kualiti untuk bersama.
  • Isteri mesti bijak menjaga kesihatan luaran dan dalaman tubuh. Atasi masalah-masalah yang dihadapi dengan segera. Dapatkan nasihat doktor atau amalkan pengambilan suplemen untuk kekal mantap.
Nasihat untuk para isteri yang tidak pandai atau tidak ambil peduli tentang kebajikan suami, jangan salahkan suami jika dia mula menjeling wanita lain. Berusahalah untuk sentiasa menjadi yang terbaik mudah-mudahan bila dekat sayang-sayang, bila berjauhan rindu-rinduan dan setia..

Sekiranya ada yang memerlukan nasihat untuk suplemen Shaklee untuk kecantikan dan kesihatan boleh menghubungi saya

Pengedar Shaklee Gombak

Monday 19 August 2013

BIRTHDAY GIRL WISHES

August 19, 2013 0 Comments
Today is my birthday!!

Saja la nak kongsi apa yang dihajati. Mengikut buku THE SECRET, jika kita ada impian jangan hanya simpan dalam fikiran. Luahkan...Apabila kita meluahkan apa yang diimpikan, itu akan menggerakkan otak separa sedar kita. Antara cara untuk meluahkan impian kita supaya berkesan ialah dengan mevisualisasikannya. Contohnya nak beli kereta MyVi Special Edition. Print & tampal kat mana2 yang kita boleh tengok selalu. Pastu rajin-rajin la pergi test drive ke. Cepat atau lambat ia pasti akan jadi milik kita..Kalu tak caya, cubalah....

Ok, ni wishlist saya untuk umur ke 3x ni..

1) Memiliki sebuah Estima Aeras tapi taknak dibebani hutang. Camana tu? hehe...




2) Melancong ke Paris & Menunaikan Umrah bersama keluarga tersayang


Big Dreams kan? takpe, always dare to dream big. Sesiapa pun berhak.

Oh ye, big dream tu big dream jugak yang penting kena usaha. Macam saya, join bisnes Shaklee sebab saya nampak Shaklee boleh bantu saya untuk capai impian-impian besar saya ni. Dengan bisnes, anything is possible. Nampaknya kena lah bersungguh-sungguh kongsi kebaikan produk-produk Shaklee nih..

Thursday 1 August 2013

INFO: GEMUK ~

August 01, 2013 0 Comments
Kali ni saya nak cerita pasal pengumpulan lemak yang mengakibatkan GEMUK. Mungkin ada yang tak tau, so lepas baca entry ni boleh jadi tau..Tambah ilmu pengetahuan..

Tahukah anda setiap manusia dijadikan dengan lemak diseluruh tubuh?
Lemak ini dipanggil tisu adipos dan ia berada pada seluruh tubuh. Tisu adipos ni merupakan tisu-tisu yang berada di:
  • Bawah kulit
  • Yang menyeliputi organ-organ
  • Sum sum tulang 
  • Payudara

Tisu tersebut dibina dari sel-sel lemak yang berfungsi menyimpan tenaga tetapi dalam bentuk lemak.  Pendek kata, lemak berada diseluruh tubuh kita. Bukan pada perut atau paha atau bawah dagu sahaja..Untuk makluman, penyimpanan lemak pada bahagian-bahagian tubuh adalah berbeza pada setiap individu.

Oleh itu bila menyebut tentang membuang lemak dikawasan tertentu contohnya pada bahagian perut sahaja itu berbunyi agak janggal dan mungkin hanya boleh dilakukan melalui pembedahan kosmetik.


PENGUMPULAN LEMAK

Pada wanita kebiasaannya lemak mudah terkumpul pada bahagian punggung dan paha yang menghasilkan bentuk tubuh seperti buah pear.

Pada lelaki kebiasaannya lemak mudah terkumpul pada bahagian perut

Pengumpulan juga terjadi dikawasan-kawasan spesifik lain seperti
  • Bahagian atas lengan
  • Abdomen iaitu disekitar pusat
  • Pinggul
  • Dada
Kajian ada menunjukkan kegemukan dipengaruhi faktor jantina dan etnik. Sebagai contoh, lelaki mempunyai peratusan lemak yang lebih rendah berbanding wanita. Golongan dewasa di Asia lebih cenderung untuk mengalami pengumpulan lemak pada organ tubuh dan obesiti pada bahagian tengah tubuh.



CARA UNTUK MENGHILANGKANNYA

Setiap individu yang gemuk boleh menghilangkan lemak dan menurunkan berat badan tetapi memerlukan komitmen dan keinginan yang tinggi. Ia juga memerlukan cara yang betul supaya mendapat hasil yang memuaskan dan dalam pada masa yang sama tidak memudaratkan kesihatan.

Walaubagaimanapun, menghilangkan lemak hanya pada bahagian-bahagian tertentu adalah mustahil.



KURUS CARA SHAKLEE

Shaklee ada menyediakan beberapa set plan yang bergantung pada keperluan seseorang itu. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, kena tahu jenis-jenis gemuk anda. Contohnya, gemuk akibat suka makan makanan berlemak, atau gemuk akibat hormon, ataupun gemuk akibat rendah metabolisme atau kurang aktiviti fizikal.

Bila dah tau akar umbi baru lah mudah untuk menetapkan set yang mana lebih sesuai.

Jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee untuk kurus atau turunkan berat badan boleh hubungi saya


Follow Instragram Jana_Hazana