TIPS NAK JADI KAYA

Semua orang jika diberi pilihan tentu memilih untuk menjadi kaya bukan? Malah dalam Islam sendiri amat menggalakan untuk menjadi kaya. Sebab itu kita digalakkan untuk berniaga, berniaga kan 9/10 daripada punca rezeki. Eh! Nabi dulu pun miskin je, tidur pun atas tikar je sampai berbekas-bekas badan baginda. Selalu je puasa sunat sebab tak de makanan untuk dimakan. O-o, jangan lupa, Nabi dulu merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya tau. Ahli-ahli perniagaan dari seluruh tanah Arab masa tu amat menyegani Rasulullah dalam dunia bisnes. Cuma bila dah kaya, Islam menggalakkan pula cara hidup bersederhana, banyakkan amalan sedekah dan yang penting jangan riak.

Apa yang bagus bila jadi kaya ialah dapat membantu pihak lain yang memerlukan. Contohnya dapat menaja rumah anak yatim. Berikan mereka kehidupan selesa seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, asrama yang selesa, makan yang sedap dan berkhasiat, sediakan tempat belajar agama. Jaga kebajikan mereka seperti bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan, ubat-ubatan ketika sakit supaya mereka tidak rasa tersisih.

Kalau nak cerita satu-satu memang takkan habis sebab terlampau banyak kelebihan-kelebihan menjadi kaya. Kat sini saya cuma nak kongsi tip-tip nak jadi kaya;

1. Amalan rohani.

  • Amalkan solat sunat pada 3/4 malam iaitu Solat Tahajjud. Diantara fadhilat mengerjakannya ialah kemudahan mendapat rezeki dan doanya mudah dimakbulkan Allah S.W.T.
  • Amalkan solat sunat pada ketika matahari sedang naik iaitu Solat Dhuha. Diantara ganjaran mengerjakannya ialah dibukakan perisai langit untuk rezeki yang mencurah-curah.
  • Zikir dan tahmid.
  • Sedekahkan al-Fatihah untuk ibu dan bapa kita samaada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia setiap hari.
2. Banyakkan sedekah
  • Ketahuilah bahawa harta kita yang berkekalan hanyalah harta yang disedekahkan. Oleh itu, lebih banyak kita sedekah, bermakna lebih kaya lah kita didunia & diakhirat.
3. Bayar zakat
  • Setiap 1 yang diberi akan dibalas 7. (ini saya tengok iklan ye..hehe).
  • Zakat umpama menyucikan harta kita. Sekiranya inginkan harta atau pendapatan kita diberkati maka bayarlah zakat. Bila harta/pendapatan kita bersih dan berkat, takdelah tiba-tiba rumah terbakar ke, gelang emas jatuh dalam lubang tandas awam ke...
Berdasarkan pengalaman sendiri, banyak dah saya menyaksikan sendiri 'miracle' yang pernah berlaku pada mereka-mereka yang amalkan perkara-perkara kat atas. Tak rugi malah amat menguntungkan.

Bila dah amalkan semua tip-tip kat atas ni, Inshaa Allah segala urusan akan dipermudahkan. Buatlah bisnes apa pun, jual baju ke, jual makanan ke, atau vitamin ke yang penting HALAL maka Allah akan kurniakan rezeki yang melimpah ruah yang tak disangka-sangka. 

Oh ye, lagi satu jauhilah penipuan. Yang tu nanti Allah tak berkat...

3 comments:

  1. BETUL TU KAK! saya sokong semua point kat atas tu :)

    ReplyDelete
  2. tips :)

    http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=7552_23_1_94

    ReplyDelete
  3. Nak dapa bonus sambil goyang kaki???
    klik link di bawah dan register as new account
    then anda akan diberi referral link
    then promote referral link anda dekat fb, twitter, whatssap, wechat and macam2 pun boleh...
    rugi tak cuba..
    payment via cheque (min 500 US Dollar)

    http://myinvitepay.com/?ref=277008

    ReplyDelete

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...