Saturday 14 September 2013

# Al-kisah

TRAGEDI SYAWAL

Satu lagi kisah highlight dalam keluarga kami..berlaku dah agak lama tapi sekarang baru tergerak hati nak berkongsi cerita....

Hari tu hari Isnin (5 Syawal) , selepas seminggu balik beraya kat kampung kami sekeluarga dah bersiap-siap nak balik KL. Baru dalam 30 minit dalam perjalanan, dapat call..TERKEJUT akak sebab orang tu perkenalkan diri sebagai POLIS!!! Maklumlah, tak pernah-pernah polis nak call...

Rupanya rumah kami yang kat KL ni kena pecah. Yang kesian, 2 orang pencuri tu turut ditangkap. Caught in Action katanya..Terima kasih kepada jiran depan rumah yang bekerjasama dalam membanteras jenayah..


Kotak mainan anak-anak diorang ambik..


Bersepah, berpeluh akak nak kemas balik nih...

Ni je gambar yang sempat di snap oleh kamera handphone murah saya ni..waktu ni dah la penat travel 10jam lebih dari Kelantan, lepas tu nak kena pergi buat report kat balai pulak...

Ongkos kerugian?? Tak banyak pun sebab barang-barang dapat semula. Cuma nak kena betulkan balik pagar pintu yang dikopak, pintu pagar..sampai patah tempat sangkut mangga tu diorang kerjakan. Camana tuh...

6 comments:

  1. Sedihnya kalau rumah kena pecah.. Bahaya kan tinggal rumah time perayaan.. Banyak tak barang yang hilang? Rumah Erin pun pernah juga pencuri masuk.. hilang laptop dan kamera DSLR

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu kami pulang bercuti raya,memang gajet2, barang kemas, duit semua bwk skali, so selamat la yg tu..yg tak bawa balik mcm komputer, dvd player, alat2 dlm toolbox diorg cuba amik..

      lepas tu kami jadi makin berhati2 setiap kali nk tinggal rumah lama2...

      hilang laptop, kamera DSLR tu memang rugi besar tu..

      Delete
  2. nasib baik ada jiran yang prihatin..syukur semua selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, sangat terima kasih kepada beliau..Alhamdulillah

      Delete
  3. Ya Allah.. teruk jugak rumah akak kena pecah.. tp alhamdulillah semua selamat kan. lepas ni kena berhati-hati la ye kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruk bab nak kena mengemas..hehe.ok, terima kasih..adik pun sama ye

      Delete

Follow Instragram Jana_Hazana