Tuesday 31 December 2013

KELEBIHAN DAFTAR AHLI SHAKLEE

December 31, 2013 0 Comments
Ramai sangat yang bertanya,

'apa kelebihan jadi ahli Shaklee walhal saya cuma nak pakai untuk diri sendiri?'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau anda nak tau kelebihan jadi ahli ialah;

1. Dapat beli dengan harga ahli.
2. Setiap pembelian dapat kumpul points. (Peluang dapat Bonus prestasi)
3. Tak perlu maintain points untuk kekalkan keahlian. Beli barang 6bulan sekali pun takpe..Keahlian adalah untuk seumur hidup..
4. Dapat menikmati harga promosi (setiap bulan akan ada promosi untuk 1 produk - yang ni memang untung)
5. Dapat join kelas nutrisi anjuran Shaklee..

Itu baru untuk pakai sendiri..
Kalau jadi pengedar? Jual kat kawan-kawan sendiri atau kawan-kawan mak kita? Lagi dapat

6. Kumpul points banyak-banyak (Lagi banyak points, lagi banyak bonus)
7. Berpeluang dapat bonus kepimpinan
8. Berpeluang dapat insentif tunai, kereta dan konvensyen..Yang konvensyen tu, kalau trip ke luar negara, layanan/hotel/makanan taraf 6 bintang tau..
9. Ada support group yang akan bimbing anda dan beri tunjuk ajar dari A-Z. Yang tak tau apa-apa tentang bisnes pun takkan ketinggalan.

Ini bukan janji manis ye, ini adalah reward untuk mereka-mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh. Setakat ni, majoriti yang berjaya ni adalah pada asalnya jadi ahli hanya untuk makan sendiri.....

Lagi. Dalam Shaklee ni takde istilah 'sapa masuk awal, dia kaya..sapa masuk lewat, dia kayap' no no no...Shaklee adalah Social Marketing Company..awak masuk 5 tahun lepas ke, baru masuk bulan lepas ke, masing-masing ada peluang untuk naik rank, bina empayar masing-masing dan berjaya. Kalau nak tau, ada yang baru masuk beberapa bulan tapi dah potong orang-orang yang lebih senior dari dia. Pendek kata, sapa usaha lebih, dia dapat lebih..takde istilah goyang kaki, duit masuk berdesup-desup..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wow..sangat best. So, macam mana nak daftar?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada 2 pilihan;

Pilihan 1; 
Daftar di kaunter dengan yuran RM65. Pada ruang sponsorship sila letak no id saya iaitu 908814
atau
Daftar melalui online dengan yuran RM75 (RM10 Postage untuk bisnes kit)..saya akan bantu anda uruskan. Yang ni lebih senang. Jimat tenaga, jimat minyak, jimat masa..

Mana-mana cara pendaftaran pun anda akan dapat ID pada masa yang sama dan terus boleh buat pembelian dan boleh terus kumpul points..

Pilihan 2; 
Buat pembelian minimum RM660 dan anda layak dapat keahlian secara percuma. Bulan depan dapat rasa bonus dah.
Yang ini, sapa-sapa berminat nak buat bisnes tapi tak cukup/takde modal meh hubungi saya..Jangan tunggu-tunggu, tak perlu tangguh-tangguh ye..rugi masa~~

Haa..tu dia..Jika berminat nak tau lebih lanjut, jom lah contact saya..Boleh kita cerita-cerita

cara jadi ahli Shaklee


Monday 30 December 2013

RINDU SERINDU-RINDUNYA

December 30, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 15
*********************************************************************************

Kronik je tajuk tu..

Sebenarnya nak cerita pasal kampung halaman je..Lama dah tak balik kampung. RINDUUUU...

Saya ni suka pucuk paku. Kalau buat kerabu, 1 besen pun belum tentu cukup. Yang best nya, belakang rumah mak saya tu sungai Kelantan, so kat tepi tebing tu bersepah-sepah pucuk paku. Nak kutip sendiri takut pacat so upahlah budak-budak carikan sampai penuh baldi. Kalau nak tau, bila kenduri selamba je buat hidangan kerabu pucuk paku untuk tetamu berbesen-besen. Siap ada yang tapau yang mentah dan yang sudah dimasak. Itu baru pucuk paku belum lagi jantung pisang, nangka muda, kelapa, asam keping dan macam-macam lagi lah. Mewah bukan?

Ada sorang makcik ni kalau nk tau, dia tak pernah beli sayur-sayuran kat pasar atau atas van sebab dia boleh kutip je keliling rumah dia. Bermacam-macam jenis ulam dia tanam. Ada sekali tu mak saya mintak bunga kantan 2-3 kuntum je sebab nak buat kerabu dan masak asam tempoyak. Sekali dia bawak datang satu plastik penuh! Segar-segar, wangi..dan PERCUMA!! Dia kata kebetulan pokok tengah banyak berbunga. Dah bagi ke jiran-jiran lain jugak..

Lagi, orang-orang kampung yang baik. Biasalah rumah mak, yang datang mesti lah geng-geng mak saya. Diorang kalau masak apa-apa mesti akan sampai ke rumah mak. Ada tu luar musim raya pun sampai je ketupat dakap dan lemang. Kerabu pucuk beko. Tapai. Pastu dah nama pun air tangan orang lama, mestilah rasa dia, perghhh..Gred A..Tak sama macam yang dibeli.

Lagi saya paling suka suasana pagi kat kampung. Berkabus tau. Sejuk, nyaman, menenangkan, bunyi ayam, bunyi burung..Indah nya...Tapi kalau malam selepas kul 9 tu dah sunyi dan gelap. Pasang TV volume 1 pun rasa macam bergema je sekampung...

Balik kampung..oo oo balik kampung..
Hati girang

Sunday 29 December 2013

TEMPAT MAKAN BEST

December 29, 2013 2 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 14
*********************************************************************************

Kriteria utama bagi saya kalu bab kedai makan ni ialah;
1. Makanan mesti sedap
2. Servis yang cepat
3. Tempat yang selesa untuk seisi keluarga
4. Tentulah harga yang berpatutan

Saya dan suami bukan lah jenis yang jalan-jalan cari makan. Bukan yang sanggup sesat untuk ke kedai makan yang tak pernah kami pergi. Bukan jenis yang sanggup menanggung risiko hidangan yang terlalu mahal atau tak sedap. Bila ada keluar dikaca TV rancangan makan-makan, biasanya kami akan pergi yang berhampiran je..

Bagi saya, kalau nak makan makanan Thai, tempat yang kami akan tuju ialah kedai Wira Seafood di Batu 8, Gombak. Jalan lama nk pergi Karak tu..Kat situ, pelayan dia pun cakap ada telo siam tau...Menu seperti Mangga Pulut, Kerabu Su'un (betul ke ejaan ni), Tom Yam Poktek, Ikan Masak Stim biasanya akan jadi pilihan kami..Yang lain seperti Tomyam, sup tulang, Ikan Masak 3 Rasa, Paprik pun sangat memikat selera.

Lagi, anak-anak saya suka kari. Saya dan suami pulak penggemar kari kambing. So, kalau nak makan tengahari makanan Mamak kami akan ke Sentul Curry House dekat Jalan Ipoh. Selain pilihan nasi putih biasa, nasi putih kukus India dan 3 jenis beriyani juga ada beraneka jenis lauk pauk. Memang rambang mata, memang mengiurkan..dan yang penting sedap.

Kalau bukan ke SCH, kami ke Deen kedai mamak dekat sebelah Public Bank Gombak Idaman. Kari kambing dia memang fuyyoo.....

Kadang-kadang bila teringin nak makan western kami akan ke Kampung Baru, HR Steakhouse. Kenapa kat situ best bagi kami? Sebab lebih murah, sedap dan hidangan dia penuh pinggan..Bukan macam sesetengah kedai yang sejemput-sejemput je hidangan dalam pinggan tu. Presentation katanya..No no no, kami tak kesah tentang presentation, yang paling penting bagi kami ialah kualiti dan kuantiti..

Banyak lagi tempat yang best nak makan makanan seperti sate, char koey teow, nasi lemak. Semua pun area KL ni je..Tapi kalau ada yang lebih baik yang menepati kriteria kami, saya akan cerita lagi. Setakat ni, belum jumpa lagi tempat seafood yang memuaskan hati saya.

Saturday 28 December 2013

KALAU DAH MINAT SANGAT..

December 28, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 13
*********************************************************************************


Saya sangat suka permainan dalam komputer. Seingat saya, sejak awal saya terdedah pada teknologi komputer lagi iaitu masa di universiti. Masa tu cuma install dari cd yang dipinjam dari kawan-kawan. Bila dah kerja, bila dah pegang duit sendiri sanggup beli software secara online pulak..Masa tu saya tak main yang online, saya suka yang stand alone. Beli dan download. Hinggakan komputer yang berapa besar memori nya pun dah jadi macam siput...

Dulu, masa belum ada anak kebanyakan masa saya luangkan untuk bermain permainan komputer je. Tahap addict!

Saya suka jenis yang seram ~ tembak2 hantu, menyorok dari zombi, selamatkan mangsa yang kena culik, yang terperangkap, teroka rumah tinggal, istana lama, kawasan kubur..imej dia kan 3D, memang real wa cakap..siap menjerit2 terlompat2 tu...macam kita tengok cerita seram tu tapi dengan senjata kita yang kontrol..kalau tak tembak, hantu tu datang serang kita...

Saya juga suka yang strategi. Takluk kawasan pihak lawan, susun askar, susun penembak tepat..macam tu la lebih kurang. Tapi jenis yang seram adalah pilihan utama saya.

Sekarang bila dah ada anak, takde masa nk layan permainan-permainan tu dengan penuh semangat lagi dah..Komputer tu pun dah rosak, siap bagi bangla yang kutip barang kitar semula tu ...Lupa dah pun apa tajuk permainan tu..

Tapi tak bermakna saya pencen terus dari dunia permainan komputer ni ye. Sekarang pun aktif lagi, aktif yang online pulak tapi yang dalam facebook je lah. Free..Saya suka yang cari barang tersembunyi. Mudah, sambil-sambil layan anak-anak, layan customer Shaklee, anak-anak bimbingan group Shaklee atau sambil tunggu nasi masak..takde dah jantung berdegup kencang, berpeluh hingga ke kaki, terkejut hingga menjerit dan terlompat..

Main permainan online sambil jana pendapatan dari rumah. Seronok dan Masyukk!!!

Friday 27 December 2013

PELUANG KEDUA

December 27, 2013 3 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 12
*********************************************************************************

Dalam hidup, jika diberi peluang untuk kali ke-2 pasti saya akan pilih zaman sekolah rendah. Masa tu semuanya menggembirakan. Cuma ada keluarga & kawan-kawan. Gembira, manis, kenyang, manja, gelak ketawa...Atau zaman sekolah menengah..waktu tu pun best jugak, kawan2 seasrama yang sangat memahami, makanan di Dewan Selera yang amat menyelerakan.

Masa tu kalau nk ganti puasa kena cek jadual menu dulu..nasi minyak, nasi ayam, nasi lemak itu semua memang takboleh miss sebab sangat sedap..jarang ada menu yang kurang sedap. Bayangkan makan 6 kali sehari! Mujur saya ni atlet sekolah, walaupun makan banyak tapi badan maintain je..

Seronok, kenangan manis

Tentang peluang kedua, tentulah tentang pelajaran. Saya tentu akan pilih apa yang saya minat dan selesa, bukan apa yang disuruh.

Tapi semua yang berlaku sudah tertulis..Sepanjang perjalanan hingga ke hari ini ada yang kecewa, ada yang jatuh, ada yang meninggal namun ada yang gembira, yang bahagia..saya tetap positif. Bersyukur dengan apa yang telah dilalui, yang diperolehi dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian. Setiap masa yang ada ni merupakan peluang untuk kita baiki diri kearah yang lebih baik. Saya sangat percaya semua tu ada hikmah disebaliknya.

Jadi, saya tak pedulikan kisah peluang kedua sebab memang takkan berlaku pun..Saya lebih suka fokus pada masa depan, tentang impian dan matlamat. Saya nak capai income 5 angka dengan bisnes Shaklee dan berjaya jadi Master pada Ogos 2014.

Berminat juga nak capai 5-6 angka?? meh contact saya, kita cerita-cerita...

Thursday 26 December 2013

KATA PUJANGGA YANG AMAT BERMAKNA

December 26, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 11
*********************************************************************************

Ada satu susunan ayat yang mampu memberikan kita semangat, rasa selamat, rasa difahami dan melengkapi. Bila mana kita rasa lost, bila kita ingat ayat2 tu automatik kita akan kembali ke jalan asal..Ia boleh jadi kata nasihat ataupun doa..

Ini yang paling saya suka..yang biasanya kita akan sebut setiap hari lebih dari 17kali sehari...

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

inilah doa yang kita baca dalam solat ketika duduk antara 2 sujud..dulu masa tak tau makna doa ni baca punya la laju macam roket. 
Tapi bila dah faham dan ingat, waktu inilah yang dinanti-nantikan..ia sempurna dan sungguh menenangkan

Thursday 19 December 2013

ANDAINYA AKU BERKUASA DIDUNIA INI

December 19, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 10
*********************************************************************************

Benda pertama yang akan saya buat ialah membanteras peperangan dan penindasan. Polis antiperang akan ditubuhkan untuk memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi. Penduduk dunia akan hidup aman tenteram tanpa sebarang pertumpahan darah oleh sesama manusia. 

Lepas tu tiada lagi orang miskin. Bagi membantu mereka, orang-orang kaya akan dikenakan zakat (bagi yang beragama islam) dan cukai (bagi yang bukan beragama islam). Pendidikan adalah percuma dan dari peringkat sekolah rendah waktu sekolah mesti ada subjek perniagaan. Semua orang akan dilatih dari kecil untuk melibatkan diri dengan perniagaan. Perniagaan tu kan 9 daripada 10 punca rezeki..Bukan saja boleh membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan tapi juga boleh menjana ekonomi setempat.

Apa lagi ye..pening jugak jadi pemimpin dunia ni. 

Oh ye...Membanteras aktiviti rasuah. Rasuah boleh merosakkan ekonomi tu..bukan boleh dipandang ringan. Lagi menetapkan pemimpin-pemimpin tertinggi mestilah terdiri dari kalangan bijak pandai kelulusan universiti peringkat master keatas sahaja. Kalau boleh nak yang level PhD je..Lagi satu mesti selalu buat solat Tahajjud, mesti berkebolehan jadi Imam dan mesti menghafal al-Quran..Baru boleh..Banyak la reason dia kenapa pemimpin mesti terdiri dari golonga yang bercirikan macam tu kan..Nak mentadbir, merangka, membuat keputusan, mencetus idea bukan boleh dibuat cincai-cincau je..

Ha.. tu lah andainya saya berkuasa. 
Tapi saya tak nak lah jadi pemimpin dunia, besar sangat tanggungjawab tu...Saya nak jadi Master Shaklee je..

MATLAMAT YANG SEDANG DIUSAHAKAN

December 19, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 9
*********************************************************************************

Matlamat saya mudah je, iaitu nak bebas kewangan. Maknanya bebas dari hutang, bebas nak beli dan buat apa sahaja, bebas nak beli rumah & kereta impian, bebas nak bantu keluarga dan orang-orang yang dalam kesusahan tanpa rasa beban, bebas nak kerja makan gaji ke taknak.

Jadi, langkah-langkah yang perlu saya buat ialah tanam impian, set target dan berusaha ke arah itu. Sebab itu saya pilih Shaklee. Dalam Shaklee, tak kira siapa kita dan sejak bila kita join mesti ada peluang. Yang penting kena berusaha dan bertawakkal. Yang baru masuk pun boleh jadi leader dan capai pendapatan 5-6 angka sebulan. SEBULAN tau, bukan setahun sekali atau seumur hidup sekali. Lagi tak perlu modal besar, saya daftar online je dengan yuran RM75 untuk seumur hidup. Lagi tak perlu buat stok beribu-ribu.

Dalam Shaklee, kita 'dibenarkan' bermula dari 0..

Sempena bulan kelahiran saya tahun depan, saya bermatlamat nak hadiah berupa title Master..Oh yeah!!! Oleh itu, tiada istilah goyang kaki harap bonus turun dari langit, saya akan berusaha bersungguh-sungguh.

oh ye, matlamat saya bukan untuk saya dan keturunan saya sahaja, tetapi sesiapa sahaja yang ada impian dan matlamat. Saya ingin membantu mereka mencapainya.

Jika anda juga mempunyai matlamat macam saya, jom la contact saya DISINI...boleh kita cerita-cerita...

Tuesday 17 December 2013

TEMPAT PALING BEST YANG PERNAH DILAWATI

December 17, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 8
*********************************************************************************

Setakat ini tempat paling best bagi saya ialah Kuala Terengganu.

Sebab saya suka makan keropok dan makanan goreng-goreng dekat tepi pantai Teluk Ketapang. Cicah yang sangat sedap sambil minum air kelapa. Sambil angin laut menghembus, aww nikmatnya memang tidak terhingga.

Biasanya ni je lah tujuan utama datang Terengganu..makan-makan kat pantai Teluk Ketapang..

Pastu bawak anak-anak pergi pantai Batu Buruk. Kat situ sentiasa ada aktiviti. Selain taman permainan kanak-kanak, ada kereta kuda ala princess, boleh main motor pantai (lupa dah namanya), ada jual-jual makanan. Nak tau, last time kami kat sana sempat tengok Ustaz Azhar Idris LIVE! Patut la sikit punya ramai manusia kat situ, rupanya ada ikon terkenal.

Tapi saya tak gemar pergi Pasar Payang. Mahal siottt...Adoi, sakit poket akak kalu shopping kat situ..Tak best lah...

Monday 16 December 2013

BUKU BEST; SLUMDOG MILLIONAIRE

December 16, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 7
*********************************************************************************

Ini salah satu buku yang saya suka dan memang akan rekemen pada orang lain. Saya sendiri dah ulang baca buku beberapa kali. Tak bosan langsung...



Kisah seorang pemuda lelaki dari India yang menang rancangan realiti TV dan dapat hadiah 1juta rupee...Rancangan tu perlukan dia jawab 10 soalan general knowledge yang memang susah. Orang biasa pun takkan boleh jawab...so, bila dia menang orang tu TV tu sangsi lah sebab pemuda ni bukannya berpelajaran pun, dia cuma masa pekerja biasa..sebatang kara tinggal di kawasan setinggan malah tak pernah pergi sekolah pun! Dari lahir mak dia tinggalkan dia tepi tangga..

Pendek cerita, dia bukan tahu semua jawapan dari soalan tu sebab dia pandai tapi sebab dari pengalaman hidup dia bekerja sebagai orang gaji. Nak tau camana? hehe sila baca...

Novel ni dah diadaptasi jadi filem. Novel ni sangat la best dan langsung tidak membosankan. Tapi filem dia tak best langsung...jauh benor larinya dari novel. Kalau kata dia buat sebijik macam dalam novel, ntah berapa banyak award yang dia boleh dapat...

Saturday 14 December 2013

SCENE TAK BOLEH TAHAN GELAK

December 14, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 6
*********************************************************************************

Sapa tak tengok Maharaja Lawak. Rugi...Memang kelakar terutamanya kumpulan JOZAN, Jambu, Sepahtu..3 ni adalah kumpulan faveret saya.

Salah satu scene yang sangat tak boleh tahan gelak ialah JOZAN; doktor, mangsa accident & blackout..
Scene ni memang kelakar. Gelak sampai tak boleh buka mata dowh...
dah tu tengok TV camana ye...

pengedar shaklee gombak dan sentul

Alkisahnya Johan jadi mangsa accident dan Zizan jadi doktor..so bila dah pesakit dalam kesakitan, doktor tu nak kurangkan sakit dengan cucuk ubat bius tapi punya la tebolah (cuai) doktor tu..tambah pulak dengan blackout... 
Bukan pesakit yang kene cucuk..tapi secara tak sengaja doktor tu yang tercucuk diri sendiri...
kat kaki lah, kat tangan lah, kat kepala lah..

tau-tau la kan camana diorang ni bila menghayati watak....

Memang kecoh habis, memang kelakar habis...
Syabas JOZAN!!

Friday 13 December 2013

5 LAGU EVERGREEN BERPUAKA SAYA..

December 13, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 5
*********************************************************************************

Evergreen berpuaka ye..itu maksud nya ngetop lah..berpuaka tu sebab suka sangat-sangat. Tak kira la orang kata dah lapuk ke dah basi ke, akak tetap suko...

Ini dia My top 5 songs of all time

No. 5; Bencinta (Faizal Tahir)
Ntah kenapa saya suka dengar lagu ni..mula-mula ingatkan import dari seberang, rupanya orang kita aje, Faizal Tahir...

No. 4; Terukir di Bintang (Yuna)
Saya suka lagu ni.... Siap buat ringtone khas untuk sang suami.

No. 3; Lagu raya..semua lagu raya yang klasik-klasik tu...oleh Saloma, Hail Amir, Tan Sri P.Ramlee dan ramai lagi..aura semacam je bila dengar lagu-lagu ni terutamanya bulan puasa! Sebelum raya, waktu on the way balik kampung ke, tengah kemas rumah ke mesti pasang lagu-lagu raya evergreen ni..baru rasa happening nak sambut raya..

No. 2; Bagaikan Sakti (M.Nasir & Siti Nurhaliza)
Bagi saya lagu ni memang bagaikan sakti..hingga menusuk ke kalbu gitu. Feeling habis plus menenangkan...Lagipun saya minat dengan M.Nasir dan Siti Nurhaliza ni..suara diorang memang sedap. 

No. 1; Black or White (Michael Jackson)
Saya peminat tegar Micheal Jackson. Saya suka semua lagu-lagu dia. Suka tengok dia kat TV, suka dengar kat radio, suka tengok dia menari, suka dengar dia bercakap, suka tengok dia, suka..suka..sukaa... Dari kecil, bila Michael Jackson keluar TV memang saya takkan berganjak la dari depan TV tu. Sampai sekarang pun.. memang minat habis. He is always my no. 1 singer of all time.. Takde sapa boleh celen lagi setakat ni...(Bergenang air mata sattt...)

KASIH MAK & AYAH TIKET KE SYURGA

December 13, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 4
*********************************************************************************

Mak & ayah saya berasal dari Kelantan. Jodoh kampung sebelah je..Ayah saya polis dan mak saya surirumah sepenuh masa sambil berniaga nasi kerabu pada waktu pagi.

Dijadikan cerita ayah saya terlibat dalam kemalangan jalanraya 7 hari sebelum Syawal, so tinggal lah kami adik-beradik dengan mak.
Lepas ayah meninggal, mak lah tempat kami bergantung, tempat kami menadah kasih sayang..Mak lah yang besarkan kami..Mak is everything walaupun kami dah pun dewasa..
Jasa mak memang takkan dapat kami balas..

Mak saya garang!..

Anak-anak perempuan dia mesti tau buat kerja dapur. Undang-undang dia ialah, mesti rajin dan pandai buat kerja rumah walau belajar tinggi dan bekerja pangkat besar.. Kalau malas ke, biadap ke memang mak saya MARAH!

Mak saya pandai masak, so banyak jugak dah saya menimba ilmu masakan dari mak saya..antaranya nasi dagang gulai ikan tongkol, nasi kerabu tumis, nasi lemak terengganu, kek, kuih raya, kuih muih basic orang kelantan dan banyak lagi lah....SEDAP... tahap boleh buka bisnes catering lah.

Mak saya minat sangat dengan pokok bunga, menghias rumah dan lanskap..Sapa yang pernah datang rumah mak saya tau la camana mak saya hias rumah dia..Nak tau rumah mak pernah masuk TV1 sebab menang pertandingan rumah paling cantik..Lupa dah peringkat apa...BIHIHI...

Saya sayang mak saya tahap infiniti..
Saya doakan mak saya panjang umur, dimurah kan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik untuk enjoy bersama anak-anak dan cucu cicit dan beramal ibadah dengan sempurna dan dikurniakan hati yang sentiasa tenang dan gembira..

Oh ye, mak saya ni model shaklee saya tau!! Untuk Set Sendi (JHT, Omega & Ostematrix), Alfalfa, Vitamin C (untuk resdung) dan VIVIX...Sebab tu mak saya walaupun dah warga emas tapi lincah lagi macam orang belum pencen. Awet muda katakan..Kawan-kawan dia pun ramai dah beli vitamin Shaklee dengan saya...heheheh

KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG RISIKO TERHADAP IBU DAN BAYI

December 13, 2013 3 Comments
Kencing manis semasa mengandung kalau boleh kita tak nak ye..
Mengapa? Sebab ia memudaratkan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan dan boleh berterusan hingga bersalin dan hingga bayi itu membesar! Susah la kan..kita ni seboleh nya inginkan yang paling selamat dan sempurna bukan?? Kencing manis ketika hamil tinggi risikonya terhadap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan semasa dan selepas kelahiran sebab tu tak boleh diambil ringan. Mencegah dan mengatasi kencing manis ketika mengandung adalah perlu.

Sebab tu masa mengandung ramai ibu-ibu kene minum AIR GULA! Sebab doktor nak tau toleransi tubuh kita terhadap gula...itu salah satu cara nak kesan masalah kencing manis semasa mengandung supaya senang nak mengawal dan merawatnya.

Kencing manis ketika mengandung turut dipanggil GDM. Jom tengok antara risiko dan kesan penyakit kencing manis semasa mengandung terhadap ibu dan bayi ~~~

Kesan kencing manis semasa mengandung pada ibu hamil;
  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.
Kesan kencing manis semasa mengandung pada bayi;
  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.

diabetes ketika hamil


Sebelum kita menjurus ke arah cara mencegah dan mengatasi kencing manis semasa mengandung, jom tambah ilmu pengetahuan terlebih dahulu mengenai bagaimana kencing manis semasa hamil (Diabetes Gestasi) boleh berlaku.

Semasa hamil, tubuh sepatutnya akan menghasilkan insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutamanya pada pertengahan hingga akhir kehamilan. Jika tubuh gagal menghasilkan insulin tambahan ini, tubuh akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah. Itu lah yang menyebabkan kencing manis dikalangan ibu-ibu mengandung.

Ni dia gambaran camana saiz bayi boleh membesar didalam kandungan jika ibu hamil menghidap kencing manis tidak mengawal masalahnya kencing manisnya.

kencing manis ketika mengandung


Eh, apakah insulin ni?????
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang berfungsi mengawal dan memetabolisme kan gula dalam darah (blood glucose). 

Dalam kebanyakan kes, kencing manis semasa hamil ni akan hilang selepas bersalin. Tapi jangan terlalu sedap hati ye, sebab anda berisiko untuk menghidap kencing manis tahap 2 pulak...naik pangkat gitu.

Siapa yang berisiko untuk mengalami kencing manis semasa mengandung??
  • Ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan. Makan untuk 2 orang katanya...
  • Pernah melahirkan bayi seberat 4kg atau lebih.
  • Sejarah penyakit kencing manis dalam keturunan.
  • Kehamilan kembar.
  • Ibu yang hamil ketika berusia lebih 35 tahun.

Tanda-tanda kencing manis semasa mengandung???
  • Sering keletihan
  • Acapkali membuang air kecil
  • Sering dahaga yang melampau
  • Penglihatan yang kabur
  • Luka atau lebam yang lambat sembuh


Cara untuk mencegah dan mengawal kencing manis semasa mengandung ialah dengan mengawal diet dan lakukan senaman. Diet yang disarankan ialah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula, banyakkan pengambilan karbohidrat berserat, protin tanpa lemak seperti ikan dan soya dan lemak jenis baik (HDL)

Dalam 10-20% kes kencing manis semasa mengandung, ada yang tidak lagi dapat dikawal dengan diet dan senaman. Oleh itu ibu perlu ambil suntikan insulin untuk kawal tahap gula dalam darah.

Vitamin Shaklee yang boleh membantu ibu-ibu hamil mencegah dan mengawal kencing manis semasa mengandung adalah Set Hamil. Namun jika ibu-ibu inginkan yang lebih bajet, boleh lah ambil vitamin shaklee untuk kencing manis semasa mengandung seperti berikut

diabetes semasa hamil

  1. ESP (850gm ~ RM150.00) ~ Minuman protin berkualiti tinggi rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu ibu mengawal pemakanan dan mengawal paras gula.
  2. BComplex (120 biji ~ RM53.75) ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Menukarkan makanan kedalam bentuk tenaga.
  3. Vitalea (120 biji ~ RM88.75) ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka, zat besi untuk pembinaan sel darah merah.


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


Testimoni pengguna vitamin shaklee untuk kencing manis semasa mengandung
#1

diabetes semasa hamil

Testimoni #2

diabetis semasa hamil


Bagaimana nak dapatkan vitamin yang bantu pemakanan ibu hamil seterusnya mencegah dan mengawal kencing manis semasa hamil ni? Anda boleh order terus melalui Shaklee dengan klik pada butang order dibawah. Tapi jangan lupa untuk hubungi saya untuk dapatkan cara makan dan konsultasi secara ekslusif.


Baca: Mengenal pasti dan mencegah praeklampsia semasa hamil

Atau anda boleh dapatkannya melalui saya. Sila hubungi saya ditalian berikut

pengedar shaklee gombak dan sentul



Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via Poslaju & GDex



**************************
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli

Wednesday 11 December 2013

BILA SUDAH JATUH CINTA......

December 11, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 3
*********************************************************************************

Saya sudah jatuh cinta!

Dengan siapa? bukan dengan siapa tapi dengan apa...dengan ESP ~ susu soya Shaklee tu lah...

Fuh...bila campur dengan susu segar sejuk aduhai..sungguh mengasyikkan. SEDAP WEh!!! Memuaskan, menenangkan, mengenyangkan..hingga menusuk kalbu..
Tiap-tiap pagi selepas subuh sebelum mulakan apa-apa aktiviti harian yang sibuk mesti minum ESP dulu...baru rasa semangat..Inilah yang dikatakan CINTA kan..



Bila dah minum ESP ni, dia mula bagi kesan pada kita. Kulit jadi makin lembut, wajah cerah berseri-seri, tona sekata tak kusam lagi, kulit kasar kat kaki tu makin lembut, parut makin pudar.. Nama pun minuman protin kan, tentu lah bagi banyak faedahnya pada kulit..tak rugi pun cuba ESP ni..pelaburan ke arah lebih cantik gitu...

Belum lagi digabung dengan vitamin E ke, Collagen ke, Vitamin C ke..lagi la mavelles..jeragat yang baru nak muncul terus tak jadi muncul..best kan???? Biasalah bila umur dah meningkat, semuanya makin sukar untuk dikawal contohnya masalah kulit..kulit berkedut lah, kusam lah. rambut gugur lah..tapi dengan ESP, ia boleh mengembalikan keyakinan diri saya. Tak perlu pakai pakai moisturizer bagai dah..bedak bayi dah cukup.. Sebab tu bila ada orang yang nak berkenalan dengan Shaklee, saya akan rekemen ESP dulu...

ESP ni juga amat bagus diambil oleh ibu hamil, ibu dalam pantang, ibu yang sedang menyusukan bayi, orang yang hendak mengawal berat badan, orang yang berpuasa, penghidap kencing manis..

Banyak dah kisah ESP yang saya tulis seperti cara haluskan liang pori dan tips memilih protin soya terbaik
Jika anda nak cuba? JOM hubungi saya kat FACEBOOK atau sms 017-3125484 (Hazana)


Tuesday 10 December 2013

DISEBALIK NAMA JANAHAZANA

December 10, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 2
*********************************************************************************

Apa makna disebalik nama blog JANAHAZANA.....

Masa mula-mula setup blog ini dulu takde pulak fikir makna disebalik..cuma saya nak blog ni berfungsi sebagai salah satu medium untuk saya berkongsi apa saja yang boleh dan sesuai demi untuk kebaikan. Berfungsi sebagai mata dan suara saya. Sebab itu saya letak nama yang simple lagi mudah iaitu; nama saya sendiri...

Ada maksud ke?? Takde kut..tapi bagi saya nama ini telah memberi banyak pengalaman pahit dan manis dalam hidup dan nama ini memang dah jadi nama manja saya dikalangan kawan-kawan.

Saya fikir, seandainya suatu hari nanti saya berjaya tulis sebuah buku, saya pasti akan guna nama ini juga sebagai nama pena...Suatu hari nanti ye~~~~

Pastu nak tambah kenalan dari serata pelusuk negara. Takkan nak letak nama orang lain kan..Bila letak nama sendiri, rasa macam lebih mudah untuk kita mendekati orang asing. Bagi nampak jujur dan ikhlas gitu.

Sampai disini dahulu coretan hari ke-2 cabaran blog 30 hari ni sebab banyak lagi nak cerita dalam hari-hari yang seterusnya. Nanti ulang tayang cerita sama, tak best la pulak. Jika anda berminat nak tau pasal menjana pendapatan dari rumah, hubungilah saya. Boleh kita cerita-cerita......

Monday 9 December 2013

MARI BERKENALAN; INI KISAH SAYA

December 09, 2013 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 1
*********************************************************************************

Nama glamor saya Jana. Ini panggilan dari kawan-kawan saya sejak saya di tingkatan 1. Masa tu baru masuk asrama MRSM, so dapat ramai kawan baru. Bila berkenalan, orang tanya nak panggil apa saya pun cakap; "buleh panggil saya Zana" tapi sekejap je, sedar tak sedar tak lama selepas itu jadi "Jana" pulak. Faham-faham lah orang Kelantan, dialek kami biasanya kalu huruf Z akan ditukar jadi J..boleh lah..ok what..tu lah asal-usul nama glamor saya.

Masa mula-mula masuk kerja, ntah camana boleh jadi bahan gossip lak dengan hamba Allah ni. Masa tu dia senior saya kat ofis, biasalah pergi lunch bersama ramai-ramai..itu pun kadang-kadang je. Kebetulan nama dia kat depan J bila sambung dengan nama saya jadi "Jana" jugak..kecoh jugak masa tu rasanya sebab diorang kata kami gabung nama. Alahai...Nak dijadikan cerita rupanya jodoh kami memang panjang..Sekarang dah nak masuk 7 tahun kami diijabkabulkan dan dikurniakan 3 orang cahayamata. Alhamdulillah.

Sesuai dengan nama saya, saya adalah seorang penjana. Penjana pendapatan dari rumah. Bila dah resign, mula-mula je seronok pastu dah jadi mati kutu pulak jadinya duduk rumah. Maklumlah, dah biasa dengan dunia kerjaya yang sibuk, tiap-tiap hari sangkut dalam jem tetiba duk umah 24jam. Anak-anak pulak dah pandai buat hal sendiri, so duduklah saya dalam rumah dengan rutin harian; masak, mengemas, anak-anak, masak, mengemas, anak-anak...lama-lama benda tu dah jadi macam kacang, sekejap je dah settle. Pastu tercongok depan TV..aduhai..lama-lama boleh beku otak tau...Hingga lah pada suatu hari, dibukakan pintu hati saya untuk join member Shaklee. Saya fikir, apa salahnya bukan susah pun. Tunggu nak buat marketing je..Bila dah cuba, apa lagi..dapat jana income..ok what...duk umah pun boleh pegang duit sendiri..I LIKE


pengedar shaklee
Masters by August 2014

p/s: Jika berminat nak jana pendapatan dari rumah macam saya, meh sms 017-3125484 atau add friend kat facebook https://www.facebook.com/jana.hazana

7 Kelebihan dan kebaikan Omega Guard yang buat kita menyesal tak ambil dari dulu

December 09, 2013 0 Comments
Omega Guard adalah asid lemak Omega 3 yang diekstrak dari ikan laut sejuk. Kelebihan Omega Guard Shaklee merupakan Omega 3 yang paling tulen di dunia kerana berbanding dengan produk lain di pasaran ia mengandungi rangkaian penuh spektrum 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk DHA, EPA dan ALA.

Tambah lagi, Omega Guard bukan diekstrak dari hati ikan. Kaedah penyulingannya juga berbeza dari pengeluar lain. Kaedah yang digunakan oleh Shaklee ialah kaedah penyulingan bergred farmaseutikal terkini dimana selain dapat mengekstrak Omega 3 yang paling tulen malah turut menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dan lain-lain..Berikut ialah keistimewaan dan kebaikan Omega Guard untuk seisi keluarga yang perlu semua orang tahu

kebaikan omegaguard shaklee

Omega Guard Shaklee membekalkan Omega 3 yang merupakan asid lemak perlu yang tidak boleh dibina secara semulajadi oleh tubuh manusia. Oleh itu, kita perlu mengambilnya untuk memastikan keperluan tubuh kita dapat dipenuhi.

Meh baca lagi keistimewaan dan kebaikan Omega Guard untuk seisi keluarga dan juga kesejahteraan hidup kita...





Kebaikan Omega Guard untuk perkembangan otak

DHA merupakan asid lemak yang membentuk struktur utama dalam sistem saraf tunjang dan retina manusia. Sebab itu, ia amat penting untuk pertumbuhan otak.

Wanita hamil dan menyusu amat disarankan mengambil Omega Guard yang mengandungi DHA setiap hari bagi memenuhi keperluan bayi dalam kandungan atau bayi yang sedang disusui. Kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen Omega 3 mempunyai daya pemikiran (IQ) yang lebih tinggi, perkembangan daya kognitif dan fizikal yang lebih baik dan daya penglihatan yang lebih baik.

Memandangkan DHA merupakan 40% binaan otak manusia, pengambilan Omega Guard dapat membantu mengatasi masalah pelupa dan menjauhi risiko penyakit Alzheimer.

kebaikan omegaguard shaklee



Kebaikan Omega Guard untuk atasi kolesterol, penyakit jantung & strok

Omega Guard dengan kuasa EPA dan DHA meningkatkan paras HDL (lemak baik) dalam darah manusia yang membantu menurunkan paras LDL (Lemak Jahat/triglycerides).

Faedah Omega Guard


LDL dikenali sebagai lemak jahat kerana ia akan berkumpul dalam salur arteri lalu membentuk plak. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. Kehadiran plak pada dinding arteri sangat membahayakan kerana ia boleh menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan ia menggumpal. Ini akan meningkatkan risiko strok dan arteri mengeras dan pecah. 

Dengan itu Omega Guard dapat merendahkan risiko penyakit jantung, strok dan arrhythmin (rentak jantung tidak normal).



Kebaikan Omega Guard untuk kuruskan badan

Pengambilan Omega Guard dengan konsisten membantu anda untuk kurus walaupun tanpa senaman kerana ia menggalakkan pembakaran lemak. Ini pernah dibuktikan dalam satu kajian dimana subjek mengambil 2g Omega 3 dalam masa 6 minggu. Hasilnya, mereka telah berjaya menurunkan sebanyak lebih kurang 0.9kg lemak dalam badan. Sepanjang kajian, subjek langung tidak melakukan senaman atau menukar diet mereka.

Omega Guard juga mencetuskan sejenis hormon yang berkaitan dengan selera makan yang dipanggil Leptin. Dengan kehadiran hormon Leptin ini, ia membantu menyekat nafsu makan. Oleh itu, ia sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Omega Guard juga membantu meminimakan lemak yang diambil daripada disimpan menjadi lemak. Ini kerana Omega Guard merangsang tahap sensitiviti insulin dalam darah kita. Lebih sensitif sel-sel tubuh kita terhadap insulin, lebih sukar untuk lemak-lemak yang dimakan disimpan. Sebab tu Omega Guard sangat membantu anda yang nak kurus.



Kebaikan Omega Guard untuk kulit cantik 


EPA membantu mengawal penghasilan minyak bagi mengekalkan kelembapan kulit dan menghalang pertumbuhan jerawat. Ia melambatkan kesan penuaan pada kulit wajah dengan menyeimbangkan asid lemak bawah kulit dan mengurangkan kedutan halus.

Kajian pada tahun 2005 didalam Journal of Lipid Research telah menemui bahawa EPA membantu menghalang penghasilan sejenis enzim yang diransang oleh sinaran UV dimana enzim tersebut boleh memusnahkan kolagen dalam tubuh manusia. Kemerosotan kolagen dalam tubuh menyebabkan kedut dan kulit menggeleber.

Oleh kerana EPA juga merupakan agen antioksidan dan antikeradangan, maka ia berkemampuan memelihara dan melindungi kulit dari sinar matahari yang memusnahkan dan membantu memperbaiki semula tisu kulit yang rosak.




Kebaikan Omega Guard untuk masalah sakit sendi

Salah satu keistimewaan asid lemak Omega 3 ialah ia bersifat antikeradangan. Maka ia membantu dalam mengurangkan sakit, keradangan dan kekakuan sendi (biasa berlaku pada waktu pagi).

Omega Guard melambatkan degradasi tulang rawan oleh itu ia mengurangkan gejala penyakit sendi. Ia juga bertindak sebagai pelincir dimana membantu melancarkan pergerakan sendi.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding mengambil glukosamina sahaja. Sebab bagi mereka yang masalah sakit lutut atau sendi-sendi lain amat disyorkan untuk mengambil Set Kesihatan Sendi yang terdiri dari Advance Joint Health Tablet, Omega Guard dan Ostematrix.



Kebaikan Omega Guard untuk antidepression (tekanan mental)

Kajian menunjukkan penduduk di Amerika Utara dan di Eropah mempunyai purata penghidap tekanan mental 10 kali lebih tinggi berbanding penduduk di Taiwan yang banyak makan ikan.

Begitu juga dikalanan orang Jepun yang mengamalkan diet yang kaya dengan ikan, mempunyai purata penghidap tekanan mental yang sangat rendah.

Penyelidik di Belgium di Antmep's University Hospital telah menemui; pesakit mental serius mempunyai paras asid lemak perlu (Omega 3) yang sangat rendah berbanding pesakit mental sederhana.


Sumber rujukan;
http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids

kebaikan omega guard

Itu adalah sebahagian dari keistimewaan dan kelebihan Omega Guard. Banyak kan? Sebab tu ia amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Sekiranya anda mementingkan pengambilan Omega 3 untuk kesihatan dan kesejahteraan keluarga, Omega Guard Shaklee adalah yang terbaik. Dapatkan Omega Guard Shaklee hari ini dan nikmati kebaikannya sebagaimana mereka yang telah memilihnya.

Omega Guard adalah rahsia saya menangani masalah batuk & selsema pada anak-anak.

Bagaimana nak dapatkan Omega Guard Shaklee dan nikmati keistimewaan dan kebaikannya bersama seisi keluarga? Harga sebotol Omega Guard hanya RM136. Anda boleh terus order dengan klik pada butang order berikut

 klik untuk order



Atau anda boleh dapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar sah Shaklee. Jom hubungi saya ditalian berikut

kebaikan omega guard


Thursday 5 December 2013

Cara kecilkan liang pori dengan berkesan

December 05, 2013 1 Comments
Liang pori dimuka yang terbuka dan besar boleh menyebabkan wajah nampak lebih berusia dan juga cenderung untuk mengumpul kekotoran dengan lebih banyak. Sebab tu bila liang pori besar kulit mudah nampak kusam dan mudah naik jerawat. 

Bila jana jumpa orang dengan kulit wajah penuh dengan bintik hitam, liang pori yang besar, kusam..rasa cam geram je nak rekemenkan produk Shaklee kat dia untuk kecilkan liang pori tu. 

Produk yang mana? Kalau yang paling power untuk kecilkan liang pori dengan cepat  dan berkesan ESP+Shaklee Collagen Powder (SCP) lah..



atasi masalah liang pori


atasi masalah liang pori



Macam mana liang pori terbentuk?

Kulit manusia dijadikan mempunyai liang pori kerana ia merupakan tempat untuk rambut tumbuh dan liang peluh. Liang pori memang takkan boleh dihilangkan namun kita ada banyak cara yang boleh mengecilkan liang pori. Liang pori pada muka menjadi besar bila usia makin meningkat dimana kolagen dan protin dalam tubuh mula merosot.


Macam mana blackhead terbentuk?

Blackhead merupakan gabungan dari minyak sebum yang terhasil secara semulajadi pada kulit dan sel-sel mati yang terkumpul pada liang-liang roma kita. Oleh kerana ia terdedah pada alam sekitar, maka ia teroksidasi lalu menyebabkan berwarna hitam. Apabila terdapat aktiviti bakteria disitu maka jerawat akan terbentuk.

Blackhead biasanya lebih ketara pada kulit berminyak kerana kulit berminyak mempunyai liang pori yang lebih besar.

Walaupun ia tidak membahayakan namun, ia boleh mengganggu 'pemandangan' terutamanya bagi mereka yang mementingkan kecantikan.

Jadi, langkah utama untuk mengurangkan blackhead ialah dengan menangani masalah liang pori terlebih dahulu iaitu dengan mengecilkannya bagi mengurangkan ruang untuk sebum dan sel-sel mati berkumpul...


cara haluskan liang pori

Mengapa perlukan kolagen??

Kolagen ialah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, sendi, tendon, gusi dan saluran darah. Dalam erti kata lain, kolagen boleh diumpamakan seperti gam yang menghubungkan setiap inci tubuh manusia.

Fakta kepentingan kolagen pada manusia;
  • Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen
  • Lebih kurang 80% daripada tulang ialah kolagen
  • Kornea mata adalah kolagen
  • Kolagen melindungi organ perut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, otak dan lain2.

Apabila tubuh kita mempunyai cukup kolagen, tisu-tisu tubuh lebih kuat dan kukuh. Salah satu fungsi kolagen ialah membantu mengecilkan liang-liang pori pada kulit. Contohnya cuba tengok kulit kanak-kanak..pipi mereka licin je kan, mana ada nampak liang pori langsung..sebab kolagen terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia tapi hanya sehingga usia mencecah 25 tahun sahaja..selepas itu kolagen mula merosot dan akibatnya kulit dan otot semakin kendur, hilang keanjalan, hilang keserian, kulit kusam, liang pori terbuka, bintik hitam muncul..



Mengapa perlukan protin???

Protin adalah komponen penting yang ke-2 selepas air bagi tubuh manusia. Tubuh kita memerlukan protin untuk bina dan baik pulih tisu-tisu tubuh. Setiap sel perlukan protin untuk kekal hidup, sihat. Dengan adanya protin yang mencukupi, sel-sel mati dapat disingkirkan dan diganti dengan pembinaan sel-sel baru. Protin juga adalah bahan utama dalam pembentukan organ-organ serta komponen utama kepada hormon manusia. 

Kekurangan protin akan menyebabkan kelemahan sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, hilang kepejalan otot, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon.

ESP merupakan sumber protin yang akan membekalkan 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Protin sangat penting untuk kecantikan dan kesihatan kulit...



kecilkan pori


Jom tengok apa ada pada ESP & Shaklee Collagen Powder ni


~~~~~~~~~~~~
Manfaat ESP;
~~~~~~~~~~~~

~ Awet Muda. Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada rahsia awet muda.

~ Keremajaan kulit. Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan keserian kulit wajah dan kepejalan otot, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memudarkan parut.

~ Memperbaiki pigmentasi. Mengurangkan masalah rambut beruban dan gugur, membaiki masalah pigmentasi kulit, kedutan dan kesan-kesan penuaan.

~ Pembekal tenaga. Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan system imun. Mencegah migraine, insomnia dan tekanan.

~ Membaiki memori. Menguatkan kualiti memori, vitality, dorongan dan ransangan seksual.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Manfaat Shaklee Collagen Powder
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

# Merupakan kolagen dari sisik ikan merah iaitu sumber kolagen yang lasak & elastik, kepaduan sel, tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan & mempunyai jisim molekul yang sangat rendah

# Jisim molekul yang sangat rendah lebih kurang 1000 Dalton membolehkan penyerapan unggul dengan berkesan didalam usus

# Shaklee menambah 7 ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen selain kolagen ikan iaitu ekstrak kulit kerangan laut, biji Camellia Japonica, Pfaffia, Lactobacillus acidophilus serta vitamin C, B2 & B6

# Ekstrak Kulit kerangan laut mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat & melegakan ketidakselesaan mata. Lactobacillus acidophilus meningkatkan penyerapan kolagen

# Ekstrak biji Camillia Japonica mengandungi asid oleik & isoflavin bg membekalkan nutrisi & penghidratan

# Ekstrak Pfaffia digunakan secara tradisional utk rawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon & meningkatkan tenaga dan prestasi

# Vitamin c menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yg merosakkan kulit. Vitamin B2, B6 bergabung dgn karbohidrat, lemak & metabolisme protein utk membekalkan tenaga penting dlm proses pengeluaran kolagen dari dlm sel tubuh




Kelebihan set ini ia bukan je boleh bantu kecilkan liang pori yang terbuka dan besar malah boleh atasi jeragat, parut, kulit menggeleber, mata panda, masalah rambut gugur dan kebanyakan masalah-masalah kulit lain akibat penuaan.

Apa kata mereka yang sudah mencuba ESP & Collagen Powder Shaklee untuk kecilkan liang pori pada wajah dengan cepat.


liang pori besar

liang pori
Nampak tak perbezaan liang pori pada wajah beliau




Saya sendiri pernah alami masalah liang pori besar. Setelah amalkan Collagen Powder dan ESP secara konsisten dalam masa 2 minggu Alhamdulillah saya dah berjaya kecilkan liang-liang pori pada muka. Selain tu, banyak lagi faedah yang saya dapat seperti kulit yang gebu, lembut dan anjal.

Baca: Testimoni Jana Hazana menggunakan Collagen Powder & ESP
Baca: Nak yang lebih murah? Kecilkan liang pori sambil dapatkan kulit cantik

Jom kecilkan liang pori hari ini dan tampil awet muda dengan kulit yang sihat dan cantik.

Harga pasaran untuk Shaklee Collagen Powder RM298
Harga pasaran untuk ESP RM161.25



Daftar sebagai ahli hari ini & rebut peluang jana pendapatan 3-4-5-6 angka (anda tentukan).


Jom daftar ahli untuk dapatkan lebih penjimatan

pengedar shaklee gombak


Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via POSLAJU & GDEX



Follow Instragram Jana_Hazana