Thursday 19 December 2013

# Al-kisah

ANDAINYA AKU BERKUASA DIDUNIA INI

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 10
*********************************************************************************

Benda pertama yang akan saya buat ialah membanteras peperangan dan penindasan. Polis antiperang akan ditubuhkan untuk memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi. Penduduk dunia akan hidup aman tenteram tanpa sebarang pertumpahan darah oleh sesama manusia. 

Lepas tu tiada lagi orang miskin. Bagi membantu mereka, orang-orang kaya akan dikenakan zakat (bagi yang beragama islam) dan cukai (bagi yang bukan beragama islam). Pendidikan adalah percuma dan dari peringkat sekolah rendah waktu sekolah mesti ada subjek perniagaan. Semua orang akan dilatih dari kecil untuk melibatkan diri dengan perniagaan. Perniagaan tu kan 9 daripada 10 punca rezeki..Bukan saja boleh membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan tapi juga boleh menjana ekonomi setempat.

Apa lagi ye..pening jugak jadi pemimpin dunia ni. 

Oh ye...Membanteras aktiviti rasuah. Rasuah boleh merosakkan ekonomi tu..bukan boleh dipandang ringan. Lagi menetapkan pemimpin-pemimpin tertinggi mestilah terdiri dari kalangan bijak pandai kelulusan universiti peringkat master keatas sahaja. Kalau boleh nak yang level PhD je..Lagi satu mesti selalu buat solat Tahajjud, mesti berkebolehan jadi Imam dan mesti menghafal al-Quran..Baru boleh..Banyak la reason dia kenapa pemimpin mesti terdiri dari golonga yang bercirikan macam tu kan..Nak mentadbir, merangka, membuat keputusan, mencetus idea bukan boleh dibuat cincai-cincau je..

Ha.. tu lah andainya saya berkuasa. 
Tapi saya tak nak lah jadi pemimpin dunia, besar sangat tanggungjawab tu...Saya nak jadi Master Shaklee je..

No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana