KALAU DAH MINAT SANGAT..

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 13
*********************************************************************************


Saya sangat suka permainan dalam komputer. Seingat saya, sejak awal saya terdedah pada teknologi komputer lagi iaitu masa di universiti. Masa tu cuma install dari cd yang dipinjam dari kawan-kawan. Bila dah kerja, bila dah pegang duit sendiri sanggup beli software secara online pulak..Masa tu saya tak main yang online, saya suka yang stand alone. Beli dan download. Hinggakan komputer yang berapa besar memori nya pun dah jadi macam siput...

Dulu, masa belum ada anak kebanyakan masa saya luangkan untuk bermain permainan komputer je. Tahap addict!

Saya suka jenis yang seram ~ tembak2 hantu, menyorok dari zombi, selamatkan mangsa yang kena culik, yang terperangkap, teroka rumah tinggal, istana lama, kawasan kubur..imej dia kan 3D, memang real wa cakap..siap menjerit2 terlompat2 tu...macam kita tengok cerita seram tu tapi dengan senjata kita yang kontrol..kalau tak tembak, hantu tu datang serang kita...

Saya juga suka yang strategi. Takluk kawasan pihak lawan, susun askar, susun penembak tepat..macam tu la lebih kurang. Tapi jenis yang seram adalah pilihan utama saya.

Sekarang bila dah ada anak, takde masa nk layan permainan-permainan tu dengan penuh semangat lagi dah..Komputer tu pun dah rosak, siap bagi bangla yang kutip barang kitar semula tu ...Lupa dah pun apa tajuk permainan tu..

Tapi tak bermakna saya pencen terus dari dunia permainan komputer ni ye. Sekarang pun aktif lagi, aktif yang online pulak tapi yang dalam facebook je lah. Free..Saya suka yang cari barang tersembunyi. Mudah, sambil-sambil layan anak-anak, layan customer Shaklee, anak-anak bimbingan group Shaklee atau sambil tunggu nasi masak..takde dah jantung berdegup kencang, berpeluh hingga ke kaki, terkejut hingga menjerit dan terlompat..

Main permainan online sambil jana pendapatan dari rumah. Seronok dan Masyukk!!!

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...