KASIH MAK & AYAH TIKET KE SYURGA

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 4
*********************************************************************************

Mak & ayah saya berasal dari Kelantan. Jodoh kampung sebelah je..Ayah saya polis dan mak saya surirumah sepenuh masa sambil berniaga nasi kerabu pada waktu pagi.

Dijadikan cerita ayah saya terlibat dalam kemalangan jalanraya 7 hari sebelum Syawal, so tinggal lah kami adik-beradik dengan mak.
Lepas ayah meninggal, mak lah tempat kami bergantung, tempat kami menadah kasih sayang..Mak lah yang besarkan kami..Mak is everything walaupun kami dah pun dewasa..
Jasa mak memang takkan dapat kami balas..

Mak saya garang!..

Anak-anak perempuan dia mesti tau buat kerja dapur. Undang-undang dia ialah, mesti rajin dan pandai buat kerja rumah walau belajar tinggi dan bekerja pangkat besar.. Kalau malas ke, biadap ke memang mak saya MARAH!

Mak saya pandai masak, so banyak jugak dah saya menimba ilmu masakan dari mak saya..antaranya nasi dagang gulai ikan tongkol, nasi kerabu tumis, nasi lemak terengganu, kek, kuih raya, kuih muih basic orang kelantan dan banyak lagi lah....SEDAP... tahap boleh buka bisnes catering lah.

Mak saya minat sangat dengan pokok bunga, menghias rumah dan lanskap..Sapa yang pernah datang rumah mak saya tau la camana mak saya hias rumah dia..Nak tau rumah mak pernah masuk TV1 sebab menang pertandingan rumah paling cantik..Lupa dah peringkat apa...BIHIHI...

Saya sayang mak saya tahap infiniti..
Saya doakan mak saya panjang umur, dimurah kan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik untuk enjoy bersama anak-anak dan cucu cicit dan beramal ibadah dengan sempurna dan dikurniakan hati yang sentiasa tenang dan gembira..

Oh ye, mak saya ni model shaklee saya tau!! Untuk Set Sendi (JHT, Omega & Ostematrix), Alfalfa, Vitamin C (untuk resdung) dan VIVIX...Sebab tu mak saya walaupun dah warga emas tapi lincah lagi macam orang belum pencen. Awet muda katakan..Kawan-kawan dia pun ramai dah beli vitamin Shaklee dengan saya...heheheh

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...