Friday 27 December 2013

# Al-kisah

PELUANG KEDUA

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 12
*********************************************************************************

Dalam hidup, jika diberi peluang untuk kali ke-2 pasti saya akan pilih zaman sekolah rendah. Masa tu semuanya menggembirakan. Cuma ada keluarga & kawan-kawan. Gembira, manis, kenyang, manja, gelak ketawa...Atau zaman sekolah menengah..waktu tu pun best jugak, kawan2 seasrama yang sangat memahami, makanan di Dewan Selera yang amat menyelerakan.

Masa tu kalau nk ganti puasa kena cek jadual menu dulu..nasi minyak, nasi ayam, nasi lemak itu semua memang takboleh miss sebab sangat sedap..jarang ada menu yang kurang sedap. Bayangkan makan 6 kali sehari! Mujur saya ni atlet sekolah, walaupun makan banyak tapi badan maintain je..

Seronok, kenangan manis

Tentang peluang kedua, tentulah tentang pelajaran. Saya tentu akan pilih apa yang saya minat dan selesa, bukan apa yang disuruh.

Tapi semua yang berlaku sudah tertulis..Sepanjang perjalanan hingga ke hari ini ada yang kecewa, ada yang jatuh, ada yang meninggal namun ada yang gembira, yang bahagia..saya tetap positif. Bersyukur dengan apa yang telah dilalui, yang diperolehi dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian. Setiap masa yang ada ni merupakan peluang untuk kita baiki diri kearah yang lebih baik. Saya sangat percaya semua tu ada hikmah disebaliknya.

Jadi, saya tak pedulikan kisah peluang kedua sebab memang takkan berlaku pun..Saya lebih suka fokus pada masa depan, tentang impian dan matlamat. Saya nak capai income 5 angka dengan bisnes Shaklee dan berjaya jadi Master pada Ogos 2014.

Berminat juga nak capai 5-6 angka?? meh contact saya, kita cerita-cerita...

3 comments:

  1. good luck....semoga dimurahkan rezeki selalu...and yes rezeki mu murah dikurniakan kembar yg comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..Alhamdulillah
      semoga cik bunga daisy pun dimurahkan rezeki selalu ;)

      Delete

Follow Instragram Jana_Hazana