Monday 30 December 2013

# Al-kisah

RINDU SERINDU-RINDUNYA

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 15
*********************************************************************************

Kronik je tajuk tu..

Sebenarnya nak cerita pasal kampung halaman je..Lama dah tak balik kampung. RINDUUUU...

Saya ni suka pucuk paku. Kalau buat kerabu, 1 besen pun belum tentu cukup. Yang best nya, belakang rumah mak saya tu sungai Kelantan, so kat tepi tebing tu bersepah-sepah pucuk paku. Nak kutip sendiri takut pacat so upahlah budak-budak carikan sampai penuh baldi. Kalau nak tau, bila kenduri selamba je buat hidangan kerabu pucuk paku untuk tetamu berbesen-besen. Siap ada yang tapau yang mentah dan yang sudah dimasak. Itu baru pucuk paku belum lagi jantung pisang, nangka muda, kelapa, asam keping dan macam-macam lagi lah. Mewah bukan?

Ada sorang makcik ni kalau nk tau, dia tak pernah beli sayur-sayuran kat pasar atau atas van sebab dia boleh kutip je keliling rumah dia. Bermacam-macam jenis ulam dia tanam. Ada sekali tu mak saya mintak bunga kantan 2-3 kuntum je sebab nak buat kerabu dan masak asam tempoyak. Sekali dia bawak datang satu plastik penuh! Segar-segar, wangi..dan PERCUMA!! Dia kata kebetulan pokok tengah banyak berbunga. Dah bagi ke jiran-jiran lain jugak..

Lagi, orang-orang kampung yang baik. Biasalah rumah mak, yang datang mesti lah geng-geng mak saya. Diorang kalau masak apa-apa mesti akan sampai ke rumah mak. Ada tu luar musim raya pun sampai je ketupat dakap dan lemang. Kerabu pucuk beko. Tapai. Pastu dah nama pun air tangan orang lama, mestilah rasa dia, perghhh..Gred A..Tak sama macam yang dibeli.

Lagi saya paling suka suasana pagi kat kampung. Berkabus tau. Sejuk, nyaman, menenangkan, bunyi ayam, bunyi burung..Indah nya...Tapi kalau malam selepas kul 9 tu dah sunyi dan gelap. Pasang TV volume 1 pun rasa macam bergema je sekampung...

Balik kampung..oo oo balik kampung..
Hati girang

No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana