Tuesday 17 December 2013

# Al-kisah

TEMPAT PALING BEST YANG PERNAH DILAWATI

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 8
*********************************************************************************

Setakat ini tempat paling best bagi saya ialah Kuala Terengganu.

Sebab saya suka makan keropok dan makanan goreng-goreng dekat tepi pantai Teluk Ketapang. Cicah yang sangat sedap sambil minum air kelapa. Sambil angin laut menghembus, aww nikmatnya memang tidak terhingga.

Biasanya ni je lah tujuan utama datang Terengganu..makan-makan kat pantai Teluk Ketapang..

Pastu bawak anak-anak pergi pantai Batu Buruk. Kat situ sentiasa ada aktiviti. Selain taman permainan kanak-kanak, ada kereta kuda ala princess, boleh main motor pantai (lupa dah namanya), ada jual-jual makanan. Nak tau, last time kami kat sana sempat tengok Ustaz Azhar Idris LIVE! Patut la sikit punya ramai manusia kat situ, rupanya ada ikon terkenal.

Tapi saya tak gemar pergi Pasar Payang. Mahal siottt...Adoi, sakit poket akak kalu shopping kat situ..Tak best lah...

No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana