PENYAKIT DARAH TINGGI: MEMBUNUH DALAM DIAM

Tahukah anda;

1. Lebih dari 28 juta rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi dan 80% daripada mereka TIDAK MENGETAHUINYA!
(Persatuan Hypertensi Malaysia)

2. Lebih kurang 43% rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidap tekanan darah tinggi.
(The National Health dan Morbidity Survey, Jan 2010)

Tengok tu, camana penyakit darah tinggi ni tak dikatakan pembunuh senyap. Ramai yang tak sedar pun mereka ada darah tinggi, tup-tup meninggal. Nauzubillah....

woh..Rileks2..sebelum nak panik jom kita tengok dulu apa tu darah tinggi



Tekanan darah penting bagi memastikan darah mengalir setiap kali jantung mengepam. Ia diukur berdasarkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah. Biasa tak tengok atau alami sendiri, nurse balut lengan kita pastu pembalut tu makin ketat & ketat........pastu keluar nombor kat mesin tu. Itulah cara nak ukur tekanan darah. dan nombor-nombor tu pulak, boleh rujuk kat dalam rajah diatas.

Tetapi, jika tekanan darah tinggi dan kekal buat jangka masa yang lama, ia boleh mendatangkan bahaya.

Kesan buruk akibat darah tinggi

Pada Otak

Tinggi risiko untuk dapat angin ahmar (strok). Ia boleh menyebabkan salur darah pada otak pecah lalu mengakibatkan pendarahan. Bila dah berlaku macam ni biasanya pesakit akan koma.

Pada mata

Boleh menyebabkan salur darah dalam mata pecah lalu mengakibatkan kabur malah boleh jadi buta

Pada salur darah

Salur darah boleh mengeras terutamanya dibahagian jantung, otak dan buah pinggang. Bila salur darah mengeras, ini akan membebankan jantung dan buah pinggang dan memerlukan ia bekerja dengan lebih keras.

Pada buah pinggang

Tekanan darah tinggi menyebabkan salur darah menyempit dan darah dalam buah pinggang menjadi pekat. Bila ini berlaku, buah pinggang tidak dapat menapis kotoran dengan lebih sempurna menyebabkan kotoran-kotoran tersebut berkumpul dalam darah. Pesakit Chronic Kidney Disease (CKD) biasa nya tidak sedar akan kehadirannya hinggalah sudah terlambat. Akibatnya pesakit terpaksa menjalani dialisis seumur hidup atau transplan.

Lebih buruk ia boleh merosakkan buah pinggang dan memerlukan proses dialisis untuk rawatan.

Pada jantung

Mendatangkan risiko yang tinggi untuk dapat serangan jantung.
Bila salur darah tersekat, jantung tidak dapat bekalan oksigen dengan cukup lalu menyebabkan sakit dada, 'angina'.

Jantung juga gagal membekalkan darah yang mencukupi untuk keperluan tubuh.

Sebab itulah kita amat disarankan untuk mencegah dari awal. Untuk mencegah dan mengatasi tekanan darah tinggi, perlulah

  • Kurangkan berat badan
  • Melakukan senaman berkala
  • Amalkan diet sihat
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Berhenti merokok
  • Jauhi alkohol

Suplemen Shaklee untuk mencegah & mengatasi tekanan darah tinggi ialah

>>Omega - Melancarkan darah dan mengelakkan dari tersumbat. Membekalkan lemak baik HDL dan menyingkirkan lemak jahat LDL, menurunkan kolesterol

>>Garlic - Merendahkan tekanan darah, mengawal jangkitan

>>Vitamin C, BComplex - Menghalang pembekuan darah, menguatkan dinding salur darah, mengekalkan kesihatan kardiovaskular


Facebook; Jana Hazana


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...