TIP TINGKATKAN DAYA INGATAN

Bila usia dah makin meningkat, memang tak boleh lari dari situasi 'lupa' kan..
Isteri kirim beli kunyit, lupa...
Tiap-tiap pagi kecoh serumah sebab lupa letak kunci kereta kat mana....
Baru je habis tengok berita, bila orang tanya tengok berita apa? dah pun lupa....

Sapa2 yang sedang mengalami situsi diatas, sila bertindak sekarang kerana masalah ini akan jadi lebih teruk jika tidak dibendung dari awal..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Disini ada tip-tip untuk meningkatkan daya ingatan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Permainan minda

Permainan minda seperti Sudoku, Teka silang kata, Slitherlink dan sebagainya merupakan cara terbaik untuk melatih minda supaya lebih aktif dan berfikir kerana setiap permainan minda memerlukan kemahiran yang berbeza seperti imaginasi, logik dan kreativiti.

Tak perlu menyelesaikan teka-teki yang sukar yang melibatkan pengiraan kompleks atau tafsiran. Cukup hanya dengan suatu permainan minda yang mudah.

pengedar shaklee gombak


2. Minum Air

Dah tentu ramai yang mengetahui 60% komponen tubuh manusia ialah air bukan? Tapi tahukah anda, 75% komponen otak kita adalah air! Satu kajian perubatan telah menunjukkan walaupun hanya sedikit kekurangan air boleh menyebabkan tenaga mental kita menurun lalu mengakibatkan kekeliruan dan hilang ingatan.

Minum sekurang-kurangnya 2 Liter sehari atau minimum 8 gelas sehari untuk pastikan keperluan air bagi otak dan tubuh kita mencukupi.


3. Tulis diari

Menulis diari ialah salah satu cara yang berkesan untuk mengimbas kembali perjalanan hidup kita. Ia melatih otak kita untuk mengingati apa yang telah berlaku. Bagi tempoh masa tertentu, ingatan anda akan semakin baik.


4. Menjadi guru

Ada pepatah yang menyebut, "Cara terbaik untuk belajar ialah dengan mengajar."

Latihan ini bukan sahaja dapat membantu anda melatih otak untuk lebih aktif dan meningkatkan daya ingatan tetapi turut berkesan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran.


5. Belajar kemahiran atau benda baru

Otak manusia akan berada dalam keadaan terbaik selagi ia berada dalam mode pembelajaran.

Adakah anda pernah terfikir mengapa daya ingatan ketika zaman belajar adalah lebih bagus berbanding sekarang?
Ini kerana ketika sedang belajar, akan ada peperiksaan dimana otak kita dikerah untuk bekerja dengan mengingati, mengumpul data, memproses maklumat setiap masa setiap hari. Dengan itu secara semulajadi otak kita berfungsi pada tahap yang terbaik.
Berbeza dengan zaman sekarang, semua proses mengingati, mengumpul data dan memproses maklumat itu telah dikontrakkan kepada mesin seperti telefon pintar. Yang tinggal hanya perlu menekan butang-butang tertentu. Bukannya menekan butang itu bukan suatu pembelajaran, tetapi quantum pembelajaran itu adalah terhad.



Oleh itu selagi ada peluang belajar benda baru, belajar lah..jangan lepaskan peluang. Ia bukan sahaja bagus untuk pengalaman tetapi juga untuk otak anda supaya lebih aktif dan meningkatkan daya ingatan. Secara personal, saya sangat berminat belajar bahasa asing seperti bahasa Thailand dan Korea. Anda bagaimana???

Dengan Shaklee, Omega Guard membantu meningkatkan daya ingatan dengan membekalkan DHA yang membantu menghubungkan sel-sel otak.

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, sekadar berkongsi..moga bermanfaat untuk semua (^_,^)

      Delete

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...