Thursday 26 June 2014

TAK SABAR NAK JADI AYAH? COQHEALTH TINGKAT KESUBURAN LELAKI

June 26, 2014 0 Comments
Dah lama kahwin tapi belum ada anak.
Teringin nak tambah zuriat tapi susah pulak nak lekat.
Bila situasi ni berlaku, tak semestinya isteri je yang perlu berusaha dapatkan bantuan & rawatan. Suami pun perlu turut sama berusaha untuk meningkatkan kualiti diri. Tak sabar-sabar dah nak jadi ayah? Coqhealth bantu tingkatkan kesuburan lelaki..



CoQHealth mengandungi koenzim Q10 (coq10) iaitu sejenis bahan yang secara semulajadinya boleh ditemui pada setiap sel dalam tubuh manusia termasuk sperma. Coq10 penting dalam penghasilan tenaga dalam mitokondria, ia menghasilkan ATP iaitu molekul untuk hasilkan tenaga. So, bila kurang coq10 maka kurang jugalah tenaga pada sel-sel sperma.

Ada kajian terbaru yang menunjukkan pengambilan suplemen koenzim Q10 setiap hari boleh memperbaiki pergerakan sperma. Mungkin ada yang belum tahu, antara punca ketidaksuburan lelaki ialah kegagalan sperma untuk bergerak menuju kehadapan. Oleh itu, ia tidak akan dapat sampai kepada ovum untuk proses persenyawaan. Jadi dengan adanya coq10, ia membantu meningkatkan kualiti pergerakan sperma dan menjadikan sperma lebih 'kuat bertenaga'..




Coq10 adalah aktif didalam testis dan bersifat antioksidan yang berperanan penting dalam membentuk membran dan lain-lain struktur dalam sel-sel bagi melawan kesan tekanan oksidatif.

Terdapat kajian terhadap 22 orang lelaki yang mempunyai masalah kesuburan dan turut ditemui paras coq10 dalam cecair semen mereka adalah sangat rendah. Setelah mengambil 200mg suplemen coq10 bersama antioksidan para pengkaji telah menemui peningkatan dalam pergerakan sperma seiring dengan peningkatan paras coq10 dalam tubuh mereka.
[sumber; webmd.com]



Manfaat CoQHealth bukan sekadar itu, malah ia bantu tingkatkan kesihatan jantung, tingkatkan tenaga, stamina dan atasi masalah keletihan. Kajian telah menunjukkan pengambilan coq10 setiap hari boleh mengurangkan 90% simptom keletihan..

Harga sebotol CoQHealth (30biji) ialah RM124.00

Macam mana nak dapatkan COQHEALTH??

Hubungi saya,

Jana Hazana (ID908814)
017-3125484

COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman dan Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX


Wednesday 25 June 2014

JOM KURUS DENGAN CINCH

June 25, 2014 1 Comments
Gemuk tanda senang hati...Kurus tanda susah hati...Boleh pakai ke ni? Nehi..ini mitos semata-mata ok..
Mana nak senang hati bila menjadi tumpuan penyakit darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis?? Gemuk sebenarnya adalah tanda mudah dapat penyakit. Tahukah anda, 60% rakyat Malaysia mengalami obesiti? Fikir-fikirkanlah

shaklee cinch



Sebelum tu jom kita kaji sikit mengapa kebanyakan diet gagal?

♣ Kekurangan nutrisi - Nutrisi sangat penting bagi memastikan segala fungsi-fungsi kimia, sel-sel tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.

♣ Program diet yang sukar untuk diikuti - Disiplin yang sangat tinggi dan terlalu banyak pantang larang akan menyebabkan rasa bosan.

♣ Hasil yang lambat - Kesan yang lambat juga boleh menyebabkan seseorang hilang kepercayaan dan berputus asa lalu mengambil keputusan untuk menghentikan pengambilan/program.

♣ Kandungan produk yang tidak selamat seperti dadah atau pengawet yang boleh menyebabkan kesan sampingan buruk terhadap tubuh.

♣ Merendahkan kadar metabolisme - Diet yang salah akan menyebabkan kehilangan lemak termasuk air dan otot. Kehilangan otot akan merendah kadar metabolisme, iaitu keupayaan untuk membakar lemak..

Hasilnya, ada yang tiada kesan langsung walaupun sudah banyak duit, tenaga dan masa dihabiskan. Ada yang lebih malang apabila berjaya kurus namun apabila berhenti dari program diet tersebut berat badan kembali naik malah lebih berat dari yang sebelumnya. Ia dipanggil kesan yo-yo..


Kali ni saya nak kongsi tentang bagaimana Cinch Shake bantu kita untuk kurus..




Jika anda merancang nak kurus, jom kurus dengan Cinch. 
Mengapa Cinch??

♦ Ia mengekalkan jisim otot - otot penting untuk pembakaran lemak.

♦ Diperkaya dengan leucine - Ia membantu mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak

♦ Diperkaya dengan multivitamin dan juga serat yang tinggi untuk menyokong keperluan tubuh semasa menurunkan berat badan.

♦ Cinch membantu mengurangkan rasa lapar, tingkatkan tenaga dan menyokong metabolisme..ia sangat sesuai dijadikan sebagai 'meal replacement'..


shaklee cinch

shaklee cinch


TETAPI mesti mau ingat! Semasa hendak kurus, mesti pastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi, minum air yang secukupnya dan jangan sesekali skip sarapan pagi...

Lagi, MESTI MAU INGAT!
Dah makan Cinch bukan bermakna dapat lesen nak makan banyak tanpa perlu dikawal dan takde senaman langsung..Salah tu..

  1. Pengambilan kalori mesti diambil kira. Untuk orang normal sehari 2,000kal je so pastikan makan tak lebih dari tu. Kalau tak, kene exercise lebih untuk bakar yang berlebihan tu untuk elak ia disimpan sebagai lemak.
  2. Kawal pengambilan karbohidrat & gula. Nasi, makanan dari sumber tepung proses seperti kek, donut, air berkarbonat dan kordial sila kawal pengambilannya.
  3. Lakukan senaman atau aktiviti fizikal (mengemas rumah, mop lantai, window shopping)

Harga 1 canister Cinch Shake ialah RM173.00 (WM) / RM181.00 (EM)
Terdapat 3 perisa yang anda boleh pilih iaitu
1. Vanilla
2. Chocolate
3. Cafe Latte

Ingin kurus dengan Cinch dan dapatkan maklumat lanjut sila hubungi saya

shaklee cinch shake

 COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX






Friday 20 June 2014

MENGAPA KULIT BERJERAGAT??

June 20, 2014 0 Comments
Jeragat bukan perkara asing bagi wanita Malaysia terutama yang sudah berusia 30 tahun ke atas..Jeragat atau nama lainnya iaitu melasme adalah tompok hitam, kelabu atau coklat yang muncul dibawah kulit. Bila dah tempatnya pun dibawah kulit, maka nak menghilangkannya pun perlukan usaha yang jitu..Jeragat memang susah untuk dihilangkan. So bagi anda yang belum ada jeragat sila ambil langkah pencegahan ye sebab bila dia dah hinggap, susah betul nak hilang....

atasi jeragat dengan berkesan


Mengapa kulit berjeragat.

Antara punca jeragat ialah genetik, kesan cahaya matahari, penggunaan ubat-ubatan  dan penggunaan alat kosmetik terutamanya yang turut mengandungi pewangi. Penggunaan pil perancang dan kehamilan juga boleh menjadi punca jeragat kerana jeragat ada kaitan dengan hormon seks wanita. Sebab tu 90% mereka yang mengalami jeragat adalah dikalangan wanita!

Jeragat terjadi hasil dari stimulasi melanocytes (sel-sel kulit pada lapisan epidermis yang berfungsi dalam penghasilan pigmen iaitu melanin) oleh hormon seks wanita iaitu estrogen dan progesteron yang menghasilkan lebih banyak melanin apabila kulit terdedah pada pancaran cahaya matahari. Wanita dengan kulit berwarna coklat cerah yang tinggal di kawasan pancaran matahari terik biasanya akan mengalami masalah jeragat.

Stress juga boleh menyebabkan terlalu banyak penghasilan MHS (Melanocytes-Stimulating Hormones) yang mendorong terjadinya jeragat.


Menangani jeragat

Oleh kerana jeragat tu berada di bawah kulit, maka rawatan terbaik adalah rawatan dari dalam....

♦ Elakkan stress. Stress adalah salah satu punca jeragat. BComplex mampu menangani masalah stress..
♦ Jika anda sedang menggunakan pil/alat perancang kehamilan, amalkan GLA Complex bagi menstabilkan hormon..
♦ Vitamin A (Carotomax), C & E sangat tinggi antioksidan, ia penting untuk mengelakkan kerosakan akibat serangan radikal bebas seperti sinar UV..
♦ Salah satu kebaikan Collagen ialah ia membantu mengekalkan kelembapan kulit kerana ia mampu menahan air yang banyak.
♦ Pengambilan protin akan membantu membaiki pigmentasi kerana protin adalah bahan utama dalam pembentukan organ-organ dan sel-sel dalam badan serta merupakan komponen utama kepada hormon manusia. Oleh itu ESP bersama-sama vitamin diatas mampu membantu menangani jeragat..


atasi jeragat dengan berkesan

shaklee untuk jeragat

shaklee untuk jeragat


Pengalaman saya sendiri..

Jeragat yang baru naik lebih mudah nak hilang. Masa lepas bersalin anak ke-3, jeragat pun 'beranak' sama sebab tengok-tengok makin bertambah pulak bilangannya..Cepat2 saya amalkan Alfalfa, Vitamin E dan ESP dengan konsisten..Alhamdulillah..memang hilang tapi yang baru naik tu je lah..Yang dah lama tu masih juga melekat...Sekarang saya tengah amalkan ESP, Collagen, Vitamin C dan BComplex..Beri masa sebulan untuk menunjukkan hasil..nanti saya kongsi ye....

Untuk maklumat lanjut atau order sila hubungi saya

Jana Hazana (ID 908814)
017-3125484


Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via POSLAJU/GDEX


Sunday 15 June 2014

VITAMIN E SHAKLEE UNTUK MENGATASI KULIT KERING DAN MENGELUPAS

June 15, 2014 0 Comments
Kulit kering dan mengelupas ni menonjol sebab boleh nampak terang-terangan. Tak cun la kan, jatuh self confidence...Jangan tak tau, ada yang sanggup cancel dating sebab malu dengan kulit kering dan mengelupas. Saya pun pernah alami masalah  kulit kering dan mengelupas ni kat area hidung, mulut dan pipi. Bila belek muka kat cermin geram je nak tarik-tarik kulit kering mengelupas tu ..Masa tu kerja, dah tu nak kena mengadap ramai orang, memang kena pandai-pandai cover dengan alat kosmetik. Kadang-kadang tu alat kosmetik pun bukan boleh percaya sangat. Mula-mula tempek je ok, pastu lama sikit terserlah jugak kulit kering dan mengelupas tu...

Tapi sekarang dah takde masalah tu sebab saya dah jumpa rahsianya. Vitamin E Complex shaklee untuk mengatasi kulit kering dan mengelupas dengan berkesan. Sekarang tak perlu tutup dengan alat kosmetik lagi dah..


shaklee untuk kulit kering dan mengelupas


Mengapa kulit kering dan mengelupas?

Antara faktor yang menyebabkan kulit kering dan mengelupas ialah
♣ Suhu yang rendah
♣ Kulit kurang kelembapan
♣ Kurang air dalam tubuh
♣ Penggunaan sabun/agen pencuci yang tidak sesuai
♣ Penggunaan sesetengah ubat-ubatan
♣ Kekurangan zat nutrisi
♣ Kulit sensitif
♣ Resdung/Alergi

Sebagai antioksidan, Vitamin E boleh bertindakbalas terhadap bahan kimia yang reaktif yang boleh menyebabkan kerosakan sel-sel kulit. Vitamin E juga boleh menyerap tenaga dari sinar ultraviolet (UV). Oleh itu ia memainkan peranan penting dalam melindungi kulit dari radikal bebas yang dihasilkan dari sinar UV.

Vitamin E ni secara semulajadi memang ada pada lapisan epidermis (lapisan kulit paling atas) kita dan ia mempengaruhi penghasilan sebum (bahan berminyak dari liang roma) [sumber].

Sebab tu produk untuk kulit kering akan disertakan dengan vitamin E kan? Dengan vitamin E kulit kita akan menjadi lebih 'moist', tidak terlalu berminyak dan tidak kering. Vitamin E ni boleh juga disapu terus pada kulit atau dibuat masker. Sebab tu ia sangat berkesan untuk mengatasi kulit kering dan mengelupas.

Nak tau produk vitamin E yang paling bagus di dunia? Jana sarankan awak guna Vitamin E Complex keluaran Shaklee. Jom tengok apa kata mereka yang sudah mencubanya

shaklee untuk kulit kering dan mengelupas

shaklee untuk kulit kering dan mengelupas

shaklee untuk kulit kering dan mengelupas



Harga sebotol Vitamin E Complex ialah RM149.00 (WM) / RM154.00 (EM)

Berminat untuk dapatkan Vitamin E Complex Shaklee ni dan atasi masalah kulit kering dan mengelupas dengan berkesan sila klik disini
ORDER: VITAMIN E COMPLEX


FREE E-BOOK Resipi Buat Masker dengan pembelian vitamin E atau mana-mana vitamin untuk kecantikan kulit.

Klik sini untuk masalah kulit kusam dan beminyak

Hubungi saya

Jana Hazana (ID 908814)
017-3125484
janahazana@gmail.com

Penghantaran ke seluruh Malaysia via POSLAJU & GDEX


Thursday 12 June 2014

BOLEH KE KURUS DENGAN LECITHIN DAN ALFALFA AJE??

June 12, 2014 2 Comments
Memang ramai yang nak cuba set kurus Shaklee tambahan bila dengar tentang harganya yang lebih murah, selamat, dan jaminan keberkesanannya..ada yang pm, ada yang sms, ada yang call...bila dah cerita begitu begini lastly mesti akan ada soalan cepu emas ni, 'boleh ke kurus dengan Lecithin & Alfalfa aje?'..biasanya saya bagi jawapan kepada yang bertanya je, tapi kali ni saya nak juga bagi jawapan kepada anda sebelum sempat anda tanya..Best kan, belum tanya dah dapat jawapan??


set kurus shaklee


Sebelum tu jom tengok bagaimana Lecithin dan Alfalfa berfungsi untuk kuruskan badan dengan cepat dan berkesan

Lecithin
  • Ia bertindak dengan 'membersihkan' salur darah dari kolesterol dan trigliserid dalam tubuh. Oleh itu ia dapat membantu melangsingkan badan dan mencegah masalah obesiti.
  • menghalang enapan lemak pada organ hati sekaligus dapat mencegah hati berlemak
  • membakar lemak dengan cepat
  • mengemulsi, mencairkan dan tingkatkan metabolisme lemak

Alfalfa Complex
  • Lambakan toksin adalah salah satu faktor gemuk dan punca sukar untuk menurunkan berat badan. Alfalfa membantu tubuh menyingkirkan toksin.
  • Merupakan makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan pH normal badan. Mencuci darah, hati dan kolon dan mencegah sel-sel kanser merebak.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol. Kajian klinikal telah membuktikan penggunaan jangka panjang Alfalfa Complex akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
  • Hanya alfalfa yang mengandungi saponin, serat yang bertindak seperti span yang menyerap kolesterol.

So, jawapan kepada persoalan 'Boleh ke kurus dengan Lecithin dan Alfalfa je??' ialah; Ya, anda boleh kurus dengan Lecithin dan Alfalfa. Gabungan dua vitamin ni memang boleh membantu anda turunkan berat badan namun tetap ada syaratnya;

     1. WAJIB minum air kosong at least 2L sehari. 
     2. Jaga pengambilan kalori harian anda. Walaupun TAK PERLU BERPANTANG tapi jangan mengharapkan pada suplemen semata-mata. HADKAN MAKANAN BERLEMAK DAN MANIS!
     3. MESTI lakukan aktiviti fizikal. Pergi window shopping pun dah cukup bagus. JANGAN MALAS!
     4. Konsisten dan makan vitamin ikut jadual yang disarankan. JANGAN NGELAT!
     5. MESTI ada target & catat perkembangan.


Lecithin dan Alfalfa membantu kita untuk kurus dengan sihat dan tidak ada kesan buruk untuk jangka masa panjang.

Pada peringkat awal, guna tali inci untuk mengukur perut, paha dan lengan. Shaklee menekankan konsep 'loss inch, then lose weight'..iaitu tubuh akan shape-up terlebih dahulu barulah berat menurun sebab dengan set kurus Shaklee tubuh kita takkan kehilangan air tetapi kehilangan lemak.

Lemaklah yang menyebabkan tubuh kita out-of-shape, buncit dan ada spare-tyre...Untuk kuruskan badan dengan jayanya, sebaiknya anda detoks terlebih dahulu dengan Alfalfa Complex atau Herblax. Bila badan kita dah 'bersih' dari toksin-toksin baru mudah ia nak serap nutrien-nutrien. 

Jika ada masalah sembelit pun bagus amalkan Lecithin & Alfalfa Complex ni..sila klik SINI

Harga sebotol Lecithin (180 bij) ialah RM52.50 (WM) / RM55.00 (EM)
Harga sebotol Alfalfa Complex (330 biji) ialah RM53.75 (WM) / RM56.25 (EM)

Bagaimana nak dapatkan Lecithin dan Alfalfa dan kurus dengan cepat, berkesan dan selamat? Anda boleh terus order dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut

Klik untuk order


Untuk konsultasi & nasihat cara makan yang betul atau pertanyaan jemput hubungi saya

>> Jana Hazana (ID 908814)
>> 017-3125484

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX



Wednesday 11 June 2014

FAQ: PHYTOCOL-ST SHAKLEE

June 11, 2014 0 Comments
Makanan berlemak adalah punca kolesterol tinggi dan kolesterol tinggi adalah punca kepada penyakit jantung dan serangan strok. Bagi mereka yang suka makan makanan berlemak, yang sedang mengalami masalah kolesterol tinggi dan ingin memelihara kesihatan, Phytocol-ST boleh membantu anda menangani masalah kolesterol. Saya percaya ramai yang mengalami masalah kolesterol tinggi cuma tak sedar je..jangan sampai terlambat, cegah sebelum parah!


phytocol-st shaklee untuk kolesterol tinggi


Apa itu Phytocol-ST?
Phytocol-ST ialah suplemen anti-kolesterol yang mengandungi phytosterols iaitu sebatian sterol dan stanol dari tumbuh-tumbuhan yang serupa dengan kolesterol. Sterol tumbuhan telah terbukti mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok termasuk masalah tekanan darah tinggi, penyakit hati dan masalah kesuburan.


Bagaimana Phytocol-ST berfungsi?

phytocol-st shaklee untuk kolesterol tinggi

Phytosterols (molekul hijau) akan membentuk lapisan disekeliling kolesterol (molekul kuning) lalu menghalangnya dari menyerap kedalam salur darah. Kolesterol yang tidak diserap ke salur darah akan disingkirkan dari tubuh.

Oleh itu, apabila kolesterol dalam salur darah berkurangan, paras kolesterol akan menurun dan penyakit seperti penyakit jantung koronari dan strok dapat dicegah. Masalah kegemukan akibat kolesterol juga dapat diatasi.

Ini adalah cara untuk mencegah masalah kolesterol secara semulajadi yang paling selamat.


Berapakah dos pyhtosterols yang disarankan?

Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) menyarankan pengambilan 2,000mg phytosterols kedalam diet harian bagi merendahkan paras kolesterol secara semulajadi.



Berapakah dos pyhtosterols yang disediakan oleh Phytocol-ST Shaklee?
Phytocol-ST membekalkan 2,000mg phytosterols setiap hari.



Adakah Phytocol-ST halal dan mempunyai kelulusan KKM?

Ya.


Adakah Phtocol-ST mempunyai perasa dan pewarna tiruan?
Tidak.


Bolehkah saya mengambil makanan lain bagi menggantikan Phytocol-ST?
Boleh. Untuk mendapatkan sejumlah 2,000mg phytosterols yang sama dengan Phytocol-ST setiap hari anda perlu mengambil :
♣  200 lobak merah
♣  70 keping roti gandum
♣  425 biji tomato 


order phytocol-st shaklee kolesterol tinggi


Harga sebotol Phytocol-ST ialah RM197.00 dengan kandungan 120 biji. 

Penyakit jantung koronari dan strok yang berpunca dari kolesterol adalah pembunuh diam. Ia tidak memberi sebarang tanda dan amaran sebelum menyerang. Anda boleh mencegah dan mengatasinya. Tiada yang lebih berharga dari nilai kesihatan anda... 

Untuk mendapatkan Phytocol-ST boleh hubungi saya sekarang

Jana Hazana (ID 908814)
017-3125484




Monday 9 June 2014

VITAMIN SHAKLEE PENAWAR RESDUNG & ALERGI TERBAIK

June 09, 2014 0 Comments
Salah satu punca resdung adalah akibat dari serangan bakteria keatas rongga hidung yang dipanggil sinus. Setiap masa sinus akan menghasilkan lendir dan disalurkan kedalam hidung. Jika saluran dalam sinus tersumbat maka lendir akan terkumpul lalu menjadi tempat bakteria berkumpul. Faktor yang menyebabkan sinus tersumbat antaranya ialah radang hidung iaitu pembekakan lapisan dalam hidung. Asap rokok telah dikenalpasti sebagai pencetus radang hidung.



Antara lain punca resdung ialah binaan semulajadi dalam hidung yang sempit, hidung bengkok, mandi atau menyelam dalam air yang kotor, ketumbuhan dalam hidung, jangkitan gigi atas, objek asing dalam hidung seperti tisu dan putik kapas dan tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak..

Gejala resdung
    ♠ Hidung tersumbat
    ♠ Keluar lendir dari hidung dan tekak
    ♠ Muka berasa sakit dan berat terutamanya bahagian antara mata
    ♠ Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
    ♠ Alahan seperti bersin, gatal-gatal hidung dan sebagainya
    ♠ Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala diatas


Orang yang menghidapi resdung biasanya mereka ini sangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama dan juga alahan terhadap sesetengah makanan. Untuk masalah resdung dan alergi, pengambilan supplemen adalah sangat perlu... Antara supplemen yang boleh membantu hilangkan masalah resdung ialah:


shaklee resdung



ESP

Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel-sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Pengambilan protein yang bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan. Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Sumber protin dari haiwan ialah ikan, ayam, telur, kekacang.

Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius...last2 dapat rasa sedap je...tp zatnye dah hilang.... Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika tubuh mendapat protien yang mencukupi, sel-sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel-sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung dan alergi... Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri…. 
Harga; RM150 (WM) / RM155 (EM)


BComplex

Stress boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. BComplex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress” kerana ia berfungsi sebagai anti-stress... B Complex mengandungi B6 yang penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Selain itu ia membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf. 
Harga; RM53.75 (WM) / RM56.25 (EM)


Vitamin C Plus

 Bagi yang menghidap alergi, sel-sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal dan juga penyakit alergi yang lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin dan tidak menyebabkan sebarang side effect sebagaimana pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tisu...
Harga; RM92.50 (WM) / RM97.50 (EM)


Alfalfa Complex

Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
Harga 330tablet; RM53.75 (WM) / RM56.25 (EM)
Harga 700tablet; RM97.50 (WM) / RM102.50 (EM)


GLA Complex

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal dan ia menyokong sistem imun... 
GLA adalah gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dgn membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal... GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yg cantik (ini utk kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dgn hormon wanita)
Harga; RM91.25 (WM) / RM95.00 (EM)

Dapatkan konsultasi dan cara makan yang betul dengan setiap pembelian produk Shaklee dari saya. 


Cash On Delivery; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via POSLAJU & GDEX



Sunday 8 June 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK CEGAH & KAWAL KENCING MANIS

June 08, 2014 0 Comments
Penyakit kencing manis atau diabetes disebabkan oleh makanan dan gaya hidup...Tahukah anda, setiap 5 orang rakyat Malaysia, seorang darinya adalah pesakit diabetes. Dalam masa 10 tahun, bilangan pesakit diabetes meningkat sebanyak 40%! Nampak tak? Peningkatan jumlah pesakit adalah selari dengan perubahan gaya hidup dan pemakanan. Orang dulu-dulu nak tukar channel TV kena bangun berjalan, orang sekarang tak perlu bergerak dah, guna remote je...itu salah satu contoh perubahan gaya hidup...

shaklee diabetes


Makanan yang kita makan akan ditukar kepada bentuk yang lebih ringkas yang dipanggil glukosa. Glukosa adalah sumber utama tenaga untuk sel-sel tubuh. Apabila terhasilnya glukosa, pankreas akan menghasilkan insulin bagi membantu sel-sel tubuh menyerap glukosa tadi. Oleh itu, paras glukosa dalam darah akan menjadi seimbang.

Diabetes Jenis 1 adalah berpunca dari kegagalan organ pankreas menghasilkan insulin. Apabila kekurangan insulin atau tiada langsung insulin semulajadi maka akan terdapat terlalu banyak glukosa tidak dapat diserap oleh sel-sel tubuh lalu berkumpul dalam darah. Akibatnya insulin perlu dimasukkan secara suntikan bagi mengawal paras glukosa.

Diabetes Jenis 2 adalah berpunca dari kegagalan sel-sel tubuh menyerap glukosa dan tubuh pula tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel-sel gagal bertindakbalas terhadap insulin sebaiknya menyebabkan glukosa terkumpul dalam darah.


shaklee diabetes


Faktor yang menyebabkan diabetes
  • Obesiti
  • Makan makanan yang tinggi kandungan gula, makanan yang diproses dan makanan segera
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Stress
  • Penuaan - penuaan menyebabkan pengumpulan protin AGE yang menyebabkan kompilasi diabetes. AGE terbentuk apabila gula bertindakbalas dengan protin dalam tubuh.
  • Sejarah diabetes dalam keluarga

Kompilasi besar akibat diabetes
  • Saraf dan salur darah rosak yang boleh menyebabkan kerosakan pada tisu badan
  • Buta
  • Strok dan sakit jantung
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Pemotongan kaki
  • Luka lambat sembuh
  • Mati pucuk
  • Gejala lain seperti cepat letih, kebas & kekejangan dan penglihatan kabur


Selain dengan rawatan secara ubat-ubatan dan suntikan, Vitamin Shaklee boleh membantu mencegah dan mengawal diabetes dengan membekalkan nutrien yang diperlukan.

shaklee diabetes kencing manis

Vivix - Membekalkan resveratrol yang sangat berkuasa keatas pembentukan protin AGE. Vivix bertindak mencegah penghasilan protin AGE. Protin AGE terhasil apabila gula berlebihan bertindak balas dengan protin lalu menyebabkan atherosclerotic dan sel mati.

ESP - Soya non-GMO yang membekalkan keperluan 9 asid amino perlu dan rendah Indeks Glisemik. Pentingnya makanan rendah Indeks Glisemik ialah ia membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan hormon insulin.

GLA Complex - Membekalkan asid lemak Omega-6 yang merupakan ajen anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan saraf yang dialami oleh pesakit diabetes

Vitamin C Plus -
i. Membantu meningkatkan sistem imun, mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol. Turut membantu kurangkan penghasilan katarak, retinopati dan neropati.

ii. Mengandungi bioflanovoids yang bertindak bersama vitamin C dalam meningkatkan peredaran darah dan kekalkan tahap kolesterol sihat. Juga bertindak sebagai anti bakteria, mencegah pendarahan, tingkatkan kesihatan mata dan mengurangkan sakit kaki dan sakit belakang.

Vita-lea - Membekalkan chromium. Biasanya bagi pesakit diabetes jenis 2 kekurangan chromium menyebabkan pengambilan gula kedalam sel menjadi kurang efektif.

Alfalfa Complex - Kandungan mineral yang tinggi membantu tubuh menyahtoksik bahan yang tidak diperlukan. (Detoks)

Zinc Complex - Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk penyembuhan luka terutamanya pesakit diabetes.


Jangan risau jika anda mempunyai kekangan bajet untuk memiliki semua vitamin-vitamin diatas kerana saya ada set diabetes bajet yang sesuai dengan kemampuan anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut, order dan dapatkan konsultasi & cara makan yang betul secara percuma



COD Area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via POSLAJU & GDEX






Thursday 5 June 2014

7 MAKANAN ANTI KANSER

June 05, 2014 0 Comments
Sapa suka makan? Mesti la semua orang suka makan..Kalu tak, takde la kat pasar malam dan kedai-kedai makan tu sentiasa ramai orang. Lagipun makanan ialah sumber tenaga kita. Tapi berhati-hati, setiap jenis makanan ada yang boleh dijadikan ubat namun ada juga yang boleh menjadi punca penyakit berbahaya seperti kanser. So, biarlah makanan yang kita pilih adalah makanan yang boleh dijadikan penawar dan menyihatkan. Jom tengok 7 makanan anti kanser yang boleh membantu kita mencegah penyakit kanser.



cegah kanser

1. Tomato - kaya dengan lycopene yang tinggi sifat antioksidan boleh melawan radikal bebas. Turut mengandungi vitamin C yang boleh menghalang kemusnahan sel punca kanser. Kajian menunjukkan lycopene membunuh sel kanser mulut. Pengambilan tomato yang banyak boleh mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, pankreas dan kolon.




2. Lobak Merah (carrot) - Mengandungi tinggi beta-carotene yang boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru, mulut, tekak, perut, usus, prostat dan payudara. Menurut fakta, lobak merah mengandungi falcarinol yang boleh menghalang kanser. Kajian dari Danish Institute of Agricultural Science telah menunjukkan pertumbuhan sel kanser menjadi perlahan apabila terdedah pada falcarinol. Walaubagaimanapun, bahan ini amat mudah termusnah oleh suhu tinggi.



cegah kanser

3. Kubis, kubis bunga, brokoli - Mengandungi komponen kimia yang dipanggil indole-3-carbinol yang memerangi kanser payudara.



cegah kanser

4. Bawang putih - Mengandungi bahan yang meningkatkan imun tubuh untuk melawan kanser. Bahan ini juga menghalang carsinogen (radikal bebas) dari memasuki sel-sel dan melambatkan pertumbuhan tumor.



cegah kanser

5. Kunyit  - Boleh menyekat pertumbuhan kanser terutamanya kanser usus dan kolon.



cegah kanser

6. Teh hijau - Mengandungi bahan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai polyphenol (catechins) yang menghalang sel-sel kanser dari membahagi dan merebak.



cegah kanser

7. Cili/lada - bahan kimia, capsaicin meneutralkan beberapa bahan punca kanser (nitrosamines) dan boleh mencegah kanser perut.


Wednesday 4 June 2014

TIPS KURANGKAN KOLESTEROL DALAM MASAKAN KARI

June 04, 2014 1 Comments
Keluarga saya sangat suka makan kari terutamanya sikembar Hazim & Haziq hinggakan mereka hirup kuah kari tu macam hirup sup. Biasanya budak-budak umur 4 tahun tak tahan pedas kan? tapi diorang ni layan...Takde lauk kari taknak makan nasi tu!! Pendek kata makan nasi ada lauk kari baru ada UMPPHH...Mengalahkan anak mami pulak..

Masa mula-mula dulu beli je lauk kari siap kat kedai sebab saya belum expert memasak lagi. Tapi bila tiap-tiap hari ada permintaan takkan tiap-tiap hari nak beli kut..Tambah pula makanan kat kedai faham-faham je lah camana kandungan garam, perasa dan kolesterolnya kan....So dari situ saya belajar cara-cara masak kari dan apa yang lebih istimewanya selain dari air tangan saya sendiri, saya juga belajar tip-tip nak kurangkan kolesterol dalam masakan kari. Layan tu layan juga ye tapi kesihatan mesti diutamakan demi suami & anak-anak tercinta...

Saya tahu ramai yang sudah tahu tapi saya percaya masih ramai lagi yang belum tahu tentang ini.
Anda pun suka makan kari? So, jemput teruskan membaca...

Faktor yang menentukan kurang atau tinggi kadar kolesterol dalam masakan kari

1. Bahan-bahannya iaitu samada ikan kembung, kepala ikan, ayam, lembu ataupun kambing. Elakkan organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan perut termasuklah kepala ikan sebab kadar kolesterolnya yang sangat tinggi. Kaki ayam pun banyak kolesterol tau!! So elakkan. Kami orang Kelantan ada gulai kari yang guna kaki ayam dan organ-organ dalam semata-mata. Perggghhh, memang sedap. Tapi kesihatan lebih diutamakan.

Jadi, untuk mengurangkan kolesterol dalam kari, gunakan bahan-bahan yang tiada atau rendah kolesterol seperti ikan kembung, ayam yang dibuang kulit atau bahagian dadanya dan daging kambing atau lembu tanpa lemak.

2. Santan. Lagi pekat santan, lagi tinggi kandungan kolesterolnya. Ada alternatif lain untuk menggantikan santan iaitu dengan menggunakan susu rendah lemak atau susu cair. Bagi saya, resipi yang lebih menyedapkan masakan kari ialah menggunakan tomato segar..Resipi ni saya belajar dari kawan. Kisar buah tomato hingga hancur dan masukkannya kedalam kari bagi menggantikan santan.

Akhir sekali, jangan lupa masukkan sekali sayuran seperti bendi dan daun ketumbar untuk menambahkan lagi khasiat kari anda.

Hasilnya sebijik macam kari kat kedai mamak..Memang sedap dan tak muak sebab tu tiap-tiap hari sikembar minta lauk kari..

NOTAKAKI; Sori takde gambar sebab saya jarang ambil gambar makanan. Lagipun bila dah terhidang atas meja memang ingat nak makan je lah..Next time ada rezeki, saya letak gambar kari yang saya masak ye..




Tuesday 3 June 2014

PEPPERMINT GINGER PLUS BANTU IBU HAMIL ATASI PEDIH ULU HATI

June 03, 2014 0 Comments
Ramai ibu-ibu hamil mengalami pedih ulu hati. Saya juga pernah mengalami pedih ulu hati semasa mengandungkan si kembar. Ia biasanya terjadi selepas waktu makan tengahari. Rasa panas terbakar dibahagian dalam tekak dan dada. Rasa macam nak sendawa banyak2, tapi tak sendawa pun. Masa tu saya tak kenal lagi dengan vitamin-vitamin Shaklee ni, so layan je la rasa tak selesa tu... Sekarang dah tak jadi masalah lagi sebab ada Peppermint Ginger Plus yang boleh bantu ibu hamil atasi pedih ulu hati

shaklee untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati adalah disebabkan asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid perut tu memang kita sedia maklum tahap keasidannya yang tinggi,  so jika ia naik hingga ke tekak ia akan meninggalkan rasa masam dan pahit selain menyebabkan rasa panas terbakar, pedih dibahagian tekak hingga ke tulang dada.

Ketika hamil, bentuk fizikal dan paras hormon berubah. Peningkatan hormon progesteron menyebabkan injap yang mengasingkan bahagian perut dengan esofagus menjadi longgar lalu membenarkan asid perut melonjak naik ke esofagus. Ditambah pula dengan perut yang kian membesar, ia juga boleh menolak asid perut naik ke atas.

shaklee untuk pedih ulu hati



Petua orang lama, halia digunakan untuk atasi pedih ulu hati. Peppermint Ginger Plus Shaklee turut menggunakan halia sebagai salah satu ramuannya. Halia boleh merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Selain halia, Peppermint Ginger Plus turut dicampur bersama-sama dengan pudina dan jintan yang berkesan dalam mengatasi

  • Pedih ulu hati
  • Masalah penghadaman
  • Gastrik
  • Loya, morning sickness
  • Cirit birit
  • Kembung
  • Mabuk laut
  • Selsema
Antara penjagaan bagi mengelak & mengatasi pedih ulu hati ialah elakkan terus baring selepas makan, makan secara perlahan-lahan, jangan minum semasa makan, makan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap, elakkan makanan berempah, pedas dan berlemak, minuman sitrus, coklat dan kopi dan elakkan sembelit.


Harga sebotol Peppermint Ginger Plus (90 biji) ialah RM45.00
Klik Cart dibawah untuk order>>

 KLIK UNTUK ORDER



Untuk konsultasi dan cara makan yang betul sila hubungi saya. Saya adalah pengedar Shaklee Gombak.

shaklee untuk pedih ulu hati



COD area Greenwood, Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Selayang, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia via POSLAJU & GDEX


Monday 2 June 2014

VIVIX TANGGUH TANDA-TANDA PENUAAN

June 02, 2014 0 Comments
Sekarang ni ramai yang kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar. Kalau ada yang tegur nampak lebih muda, itu baguslah..tapi kalau ada yang tegur nampak lebih berusia? walaupun dalam gurauan masih boleh terusik hati tu..Untunglah sesiapa yang mengamalkan Vivix sebab Vivix boleh bantu menangguh tanda-tanda penuaan.

Gaya hidup, pemakanan, faktor persekitaran menyebabkan ramai yang menghadapi masalah tua sebelum usia. Maklumlah kan, trend zaman sekarang semua nak cepat, semua nak berlumba-lumba, semua terkejar-kejar dicampur pula dengan tabiat merokok (termasuk perokok pasif), tekanan hidup atau tekanan ditempat kerja memang patut lah ramai yang kelihatan lebih tua sebelum usia.

shaklee vivix


Apakah tanda-tanda penuaan?? Antaranya ialah

♦ Garis-garis halus dan kedutan mula muncul disekitar mata & sekitar mulut
♦ Kulit kusam dan muncul bintik penuaan (jeragat)
♦ Mata putih kemerah-merahan
♦ Mengalami sakit-sakit badan atau sendi
♦ Rambut beruban, rambut gugur dan menipis
♦ Kulit kendur dan hilang keanjalan
♦ Sembelit
♦ Badan mudah letih dan kurang bertenaga
♦ Sistem pertahanan tubuh semakin lemah


Bagaimana Vivix menangguhkan tanda-tanda penuaan??

Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan dari peringkat sellular lagi dengan memberi impak terhadap 4 mekanisme utama proses penuaan iaitu;

shaklee vivix


1. Membaiki dan melindungi sellular DNA - setiap hari sel-sel tubuh diserang oleh jutaan serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik dan menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.

2. Memberi impak positif pada pengawalan genetik - pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular. Didalam satu penemuan utama, dalam ujian klinikal telah ramuan Vivix® mengaktifkan satu kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

3. Menggalakkan bio-genesis (pembentukan semula) mitokondria - fungsi mitokondria adalah menghasilkan tenaga dalam sel yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitokondria menurun, fungsi sel turut menurun.

4. Melambatkan pembentukan protin AGE - protin AGE boleh menyebabkan kerosakan pada tahap sellular yang mengganggu keutuhan sel dari panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10kali ganda lebih kuat dari resveratrol yang boleh melambatkan pembentukan protin AGE

Vivix merupakan suplemen anti-penuaan yang terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Oleh kerana kebolehannya memperbaiki dari peringkat sel, Vivix bukan sahaja berkesan untuk mengekalkan awet muda malah boleh membantu mereka yang menghadapi masalah diabetes, Lupus, strok, tekanan darah tinggi dan juga kanser.

Sebotol Vivix dengan kandungan 150ml berharga RM475 (WM) / RM499 (EM)

Untuk mendapatkan Vivix anda boleh terus order dengan klik pada butang order berikut

Klik untuk order


Dengan setiap pembelian Vivix untuk kecantikan kulit, anda akan mendapat PERCUMA E-BOOK RESIPI BUAT MASKER.

Berminat untuk mendapatkan Vivix berserta konsultasi dan cara makan yang betul, sila hubungi saya
--->> Jana Hazana (ID 908814)
--->> 017-3125484
--->> janahazana@gmail.com


Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via Poslaju & GDex



**************************
Dapatkan harga penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli




7 SEBAB MENGAPA ANDA PERLUKAN VITAMIN E COMPLEX

June 02, 2014 1 Comments
Jika dibandingkan, vitamin E adalah kurang popular berbanding vitamin C. Maklumlah kan, dipasaran Malaysia ni, permintaan terhadap vitamin C adalah lebih tinggi. Mungkin disebabkan kurang kesedaran terhadap kebaikan dan kepentingan vitamin E, tak ramai yang tahu bahawa vitamin E juga sama penting dengan vitamin C.

Jadi saya ingin berkongsi tentang 7 sebab mengapa anda perlukan vitamin E complex.
Benda baik lebih afdal untuk dikongsi bukan?

vitamin e shaklee


1. Memelihara kesihatan jantung
  • Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard keatas wanita dan lelaki telah membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko terhadap penyakit jatung sebanyak 41% dan strok sebanyak 33%.
  • Melindungi sel darah untuk mengelakkan pengasidan lipid 
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Menghalang platlet darah dari melekat kedinding arteri.
  • Menghalang anemia hemolitik

2. Tingkatkan kesuburan lelaki
  • Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif lelaki dengan meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • Tambahan selenium dalam vitamin E juga boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutama dari segi pergerakan sperma.
  • Dalam satu kajian, 5 dari 15 lelaki yang mempunyai masalah kesuburan telah berjaya menjadi bapa setelah mengambil 200IU vitamin E hanya selama sebulan!

3. Melambatkan tanda-tanda penuaan
  • Pengambilan harian vitamin E boleh membantu mengurangkan kedut, garis-garis halus, jerawat, memudarkan parut dan jeragat.
  • Ia juga mampu memulihkan tekstur kulit, ton wajah, dada dan otot paha.
  • Lebih maklumat untuk penjagaan kulit dan kecantikan sila klik SINI

4. Anti-oksidan yang kuat
  • Fungsi anti-oksidan ialah melawan radikal-radikal bebas dari menyerang sel-sel sihat. Dengan itu, anti-oksidan boleh mencegah dan melawan kanser
  • Boleh mencegah kanser pangkal rahim dan payudara.
  • Mengukuhkan sistem pertahanan tubuh
  • Menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor
  • Menghalang kolesterol LDL (kolesterol jahat) dari teroksidasi yang boleh menghasilkan plak dalam salur arteri darah yang mendorong kepada penyakit jantung.
  • Mengurangkan kerosakan akibat serangan radikal bebas contohnya jerawat
  • Memperbaiki masalah oksidasi seperti katarak dan masalah penglihatan

5. Meningkatkan tenaga seksual
  • Membantu meningkatkan kelestarian tenaga seksual dengan membekalkan lebih banyak oksigen pada organ-organ penting.
  • Lebih maklumat tentang vitamin untuk hubungan intim suami isteri sila klik SINI

6. Memperbaiki arthritis
  • Meningkatkan keanjalan salur darah dan kitarannya
  • Merawat bahu kejang, kejang betis pada waktu malam
  • Memperbaiki urat varikos dan sakit sendi

7. Memperbaiki parut
  • Membaiki bengkak dan ulser kulit
  • Boleh dikenakan terus pada parut luka bagi mengurangkan kesan parut.

Tahukan anda...

Sebiji Vitamin E Complex menyediakan 400IU vitamin E dan turut diperkayakan dengan selenium dari ekstrak biji anggur. Untuk mendapatkan jumlah vitamin E yang serupa anda perlu mengambil
++ 1kg biji gandum
++ 500ml minyak safflower
++8kg bayam
++ 5kg kacang badam

Harga sebotol Vitamin E Complex (120 biji) ialah RM149

Berminat untuk mendapatkan vitamin E Complex berserta konsultasi & cara makan yang betul sila hubungi saya




Follow Instragram Jana_Hazana