7 MAKANAN ANTI KANSER

Sapa suka makan? Mesti la semua orang suka makan..Kalu tak, takde la kat pasar malam dan kedai-kedai makan tu sentiasa ramai orang. Lagipun makanan ialah sumber tenaga kita. Tapi berhati-hati, setiap jenis makanan ada yang boleh dijadikan ubat namun ada juga yang boleh menjadi punca penyakit berbahaya seperti kanser. So, biarlah makanan yang kita pilih adalah makanan yang boleh dijadikan penawar dan menyihatkan. Jom tengok 7 makanan anti kanser yang boleh membantu kita mencegah penyakit kanser.



cegah kanser

1. Tomato - kaya dengan lycopene yang tinggi sifat antioksidan boleh melawan radikal bebas. Turut mengandungi vitamin C yang boleh menghalang kemusnahan sel punca kanser. Kajian menunjukkan lycopene membunuh sel kanser mulut. Pengambilan tomato yang banyak boleh mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, pankreas dan kolon.




2. Lobak Merah (carrot) - Mengandungi tinggi beta-carotene yang boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru, mulut, tekak, perut, usus, prostat dan payudara. Menurut fakta, lobak merah mengandungi falcarinol yang boleh menghalang kanser. Kajian dari Danish Institute of Agricultural Science telah menunjukkan pertumbuhan sel kanser menjadi perlahan apabila terdedah pada falcarinol. Walaubagaimanapun, bahan ini amat mudah termusnah oleh suhu tinggi.



cegah kanser

3. Kubis, kubis bunga, brokoli - Mengandungi komponen kimia yang dipanggil indole-3-carbinol yang memerangi kanser payudara.



cegah kanser

4. Bawang putih - Mengandungi bahan yang meningkatkan imun tubuh untuk melawan kanser. Bahan ini juga menghalang carsinogen (radikal bebas) dari memasuki sel-sel dan melambatkan pertumbuhan tumor.



cegah kanser

5. Kunyit  - Boleh menyekat pertumbuhan kanser terutamanya kanser usus dan kolon.



cegah kanser

6. Teh hijau - Mengandungi bahan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai polyphenol (catechins) yang menghalang sel-sel kanser dari membahagi dan merebak.



cegah kanser

7. Cili/lada - bahan kimia, capsaicin meneutralkan beberapa bahan punca kanser (nitrosamines) dan boleh mencegah kanser perut.


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...