Wednesday 4 June 2014

# Resipi Masakan Sihat

TIPS KURANGKAN KOLESTEROL DALAM MASAKAN KARI

Keluarga saya sangat suka makan kari terutamanya sikembar Hazim & Haziq hinggakan mereka hirup kuah kari tu macam hirup sup. Biasanya budak-budak umur 4 tahun tak tahan pedas kan? tapi diorang ni layan...Takde lauk kari taknak makan nasi tu!! Pendek kata makan nasi ada lauk kari baru ada UMPPHH...Mengalahkan anak mami pulak..

Masa mula-mula dulu beli je lauk kari siap kat kedai sebab saya belum expert memasak lagi. Tapi bila tiap-tiap hari ada permintaan takkan tiap-tiap hari nak beli kut..Tambah pula makanan kat kedai faham-faham je lah camana kandungan garam, perasa dan kolesterolnya kan....So dari situ saya belajar cara-cara masak kari dan apa yang lebih istimewanya selain dari air tangan saya sendiri, saya juga belajar tip-tip nak kurangkan kolesterol dalam masakan kari. Layan tu layan juga ye tapi kesihatan mesti diutamakan demi suami & anak-anak tercinta...

Saya tahu ramai yang sudah tahu tapi saya percaya masih ramai lagi yang belum tahu tentang ini.
Anda pun suka makan kari? So, jemput teruskan membaca...

Faktor yang menentukan kurang atau tinggi kadar kolesterol dalam masakan kari

1. Bahan-bahannya iaitu samada ikan kembung, kepala ikan, ayam, lembu ataupun kambing. Elakkan organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan perut termasuklah kepala ikan sebab kadar kolesterolnya yang sangat tinggi. Kaki ayam pun banyak kolesterol tau!! So elakkan. Kami orang Kelantan ada gulai kari yang guna kaki ayam dan organ-organ dalam semata-mata. Perggghhh, memang sedap. Tapi kesihatan lebih diutamakan.

Jadi, untuk mengurangkan kolesterol dalam kari, gunakan bahan-bahan yang tiada atau rendah kolesterol seperti ikan kembung, ayam yang dibuang kulit atau bahagian dadanya dan daging kambing atau lembu tanpa lemak.

2. Santan. Lagi pekat santan, lagi tinggi kandungan kolesterolnya. Ada alternatif lain untuk menggantikan santan iaitu dengan menggunakan susu rendah lemak atau susu cair. Bagi saya, resipi yang lebih menyedapkan masakan kari ialah menggunakan tomato segar..Resipi ni saya belajar dari kawan. Kisar buah tomato hingga hancur dan masukkannya kedalam kari bagi menggantikan santan.

Akhir sekali, jangan lupa masukkan sekali sayuran seperti bendi dan daun ketumbar untuk menambahkan lagi khasiat kari anda.

Hasilnya sebijik macam kari kat kedai mamak..Memang sedap dan tak muak sebab tu tiap-tiap hari sikembar minta lauk kari..

NOTAKAKI; Sori takde gambar sebab saya jarang ambil gambar makanan. Lagipun bila dah terhidang atas meja memang ingat nak makan je lah..Next time ada rezeki, saya letak gambar kari yang saya masak ye..




1 comment:

  1. Betul kaki ayam banyak kolestrol.. LDP atau HDP ?

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana