BASIC H PENCUCI SERBAGUNA ORGANIK BEBAS TOKSIK

Kerja dari rumah ni, memang syok habis. Boleh masuk keluar 'ofis' anytime, anak-anak 24 jam depan mata, makan minum pakai dan urusan rumahtangga ditangan sendiri, kalo malas masak boleh angkut semua orang pegi lepak kat foodcourt pasaraya. Anak demam ke selsema ke memang takde masalah nak tumpu perhatian pada diorang. Tak perlu pening2 fikir isu nursery, pengasuh anak, jalan jem, itu ini dan macam-macam lagilah....Aduhai nikmatnya jadi 'Working At Home Mommy'...ALHAMDULILLAH ♥

Cerita pasal urusan rumahtangga iaitu penjagaan kebersihan dan kesihatan seisi keluarga, anda tahu tak kebanyakan pencuci serbaguna yang ada dipasaran mengandungi toksik yang boleh menyerap ke dalam tubuh melalui kulit dan pernafasan. Bahan-bahan toksik seperti pelarut sintetik boleh ganggu keseimbangan hormon, morfolin boleh merosakkan hati dan ginjal, ammonia merupakan bahan racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan dan banyak lagi lah... Bagi saya, ini bukan boleh dipandang ringan. Sebab tu saya guna pencuci serbaguna Basic H Shaklee...


kelebihan basic h


Basic H ialah pencuci serbaguna mesra alam dan bebas toksik yang pertama di dunia dicipta Shaklee sejak tahun 1960-an. 2 kali ganda lebih pekat dan memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Ia juga memberi pelbagai kegunaan yang boleh memberi manfaat terhadap kebersihan rumah, kesihatan keluarga dan alam semulajadi.

Bahan utamanya diperbuat dari ektrak jagung dan kelapa. Ia selamat, bebas toksik, bebas bahan kimia berbahaya, bebas klorin, pH seimbang, tiada pewangi, tiada pewarna, tiada gas beracun dan lembut pada tangan.

Paling saya puas hati bila saya buat lap meja makan. Makan dengan anak-anak so faham-fahamlah tahap bersepahnya tu kan..Biasanya saya guna sabun pencuci pinggan kemudian saya bilas dengan kain lembap 2-3 kali setiap kali lepas makan. Walaupun dah lap bersih, pantang letak makanan sekejep pun semut boleh datang berkampung kat atas meja makan saya tu. Tapi bila saya guna Basic H, awal-awal tu ada je semut tapi lama kelamaan semut dah tak naik berkampung kat meja makan tu lagi dah...Buat cuci dapur pulak tak perlu nak cerita panjang la kan, memang bersih dan berkilat. Sedap betul mata memandang. Hati pun jadi senang dan tenang bila tahu ia dijamin selamat untuk keluarga saya...

Banyak lagi kegunaan Basic H ni, bukan sekadar pencuci serbaguna tau...Next time panjang umur ada rezeki saya cerita lagi pengalaman-pengalaman manis saya dengan Basic H ni...


kegunaan basic h



No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...