Friday 4 July 2014

# Keburukan Minum Ais

ELAK BERBUKA DENGAN AIS PASTIKAN TUBUH CERGAS SIHAT BERTENAGA

Nikmatnya dapat berbuka dengan ais bukan? Tambah pulak siang hari yang panas, sibuk ke sana ke sini selesaikan urusan harian. Memang mendahagakan. Tambah pulak dengan nafsu orang puasa ye tak, kadang-kadang tu sampai 2-3 jenis air berais atas meja untuk diminum sekaligus. Tapi walau pun nikmat, minum ais ni ada keburukan yang tersendiri ye, so kalu boleh elakkan berbuka dengan ais. Ia bukan sahaja untuk pastikan tubuh cergas sihat bertenaga je tapi ada sebab lain juga.




Perasan tak, jika minum ais perut rasa dah penuh tapi tekak masih haus. Tak puas, rasa nak minum ais lagi dan lagi dan lagi...Last2, perut pun rasa senak..Mesti mau ingat, minum ais ketika berbuka boleh menyebabkan tubuh jadi lemah dan lesu..Lebih teruk, boleh menyebabkan sakit perut..

Minuman berais ganggu proses penghadaman

Minuman ais akan mengganggu kebolehan semulajadi tubuh untuk memproses makanan yang dimakan dengan sempurna. Ia menyebabkan proses-proses tersebut menjadi lebih perlahan. Ini akan mengganggu penghadaman dan boleh menyebabkan tubuh gagal menyerap zat & nutrisi dari makanan yang diambil. Makanan juga tidak dapat ditukar kepada tenaga.

Makanan yang dihadam dengan sempurna akan ditukar kepada tenaga dan nutrisi bagi memastikan setiap organ dapat berfungsi dengan lancar. Malah tenaga tersebut digunakan untuk kita menjalankan tugasan harian. Apabila tubuh tidak mendapat tenaga dan nutrisi yang mencukupi, ia boleh menyebabkan antaranya sistem imun terganggu. Tubuh akan mudah mendapat jangkitan penyakit seperti demam, sakit tekak dan selesema.
[sumber]

Hilang kandungan air dalam tubuh

Lagi, apabila minum minuman berais sejumlah tenaga diperlukan untuk mengimbangi suhu dalam badan kita supaya kembali kepada normal. Maka tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada proses penghadaman telah berkurangan. Sebab tu selepas makan disertakan minuman berais, tubuh akan rasa lemah dan lesu. Lagi, apabila banyak tenaga digunakan ini akan menyebabkan tubuh kita cenderung untuk kehilangan kandungan air. Sebab tu kalau diperhatikan, minum ais sebabkan lebih cepat rasa haus dan kulit jadi kering.

Lemak terkumpul

Terdapat kajian yang menunjukkan minuman berais menyebabkan lemak-lemak dalam makanan yang diambil mengeras dan lebih sukar untuk diproses dan dicerna. Oleh itu tubuh tidak dapat menyingkirkan lemak-lemak tersebut dengan sempurna.


Oleh itu, minumlah air yang panas, suam atau bersuhu bilik ketika berbuka untuk pastikan tubuh sentiasa cergas sihat dan bertenaga. Orang-orang Cina mengamalkan minum teh hijau supaya dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu proses penghadaman. Badan pun jadi bertenaga.

Kalau nak lagi best, minumlah air lemon. Lemon kaya dengan vitamin C dan beberapa nutrien yang terbukti mempunyai kesan antibakteria, boleh membakar lemak dan awet muda. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun dan menguatkan kesihatan..




No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana