Friday 29 August 2014

OMEGA GUARD DAN ALFALFA SHAKLEE BANTU AYAH SEMBUH DARI PENYAKIT GOUT YANG DIHIDAPINYA SELAMA 20 TAHUN

August 29, 2014 0 Comments
Pagi tadi ada wassap dengan customer tentang gout..Dia dapat info dari entry saya yang sebelum ni tentang vitamin untuk pesakit gout. Dia nak belikan untuk mak dia...Saya suggest kat dia beberapa pilihan ikut bajet dia...samada Vivix, Omega Guard & Alfalfa...
Tengah-tengah wassap tu teringat pula kisah tentang pesakit gout yang telah berjaya mengawal penyakitnya..Saya ada bercerita dengan beliau pasal ni..So kali ni nak bercerita juga dengan anda semua, kut-kut ada yang sedang berikhtiar mencari penawar untuk penyakit gout...
Omega Guard & Alfalfa bantu ayah sembuhkan penyakit gout yang dihidap selama 20 tahun!
Ini kisahnya ***

KISAH BENAR 
----------------------
[AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN..…]
Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun.Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon.Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba disana bersama kakak saya.
Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan.katanya kakinya amat sakit.nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.
“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?”
“Adakah ayah lumpuh?”
Astagfirullah…susahnya hati saya masa itu.Terbantut nak bersukaria.Hari yang gembira bertukar menjadi duka.Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta.Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran.Ayah diberi Pill Killer.
Sehingga kini umur saya 30 tahun.
Ayah masih makan pill killer setiap kali gout menyerang.Dah jadi macam gula-gula.Goutnye kerap bertandang.Sekarang makin teruk.Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan.Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu.Naik seram saya tengok. Dalam hati…bilakah semua ini akan berakhir.
Saya simpati ayah jalan henjut-henjut.
Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir.
Saya nangis belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.
Hanya doa yang mampu saya panjatkan.Doa yang tanpa usaha.
Ustaz masa sekolah cakap…Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA.tetapi ituje yang saya mampu.
Sedih.
1 hari..tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee.Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan.Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali.wahh menarik!!teruja saya nak berikan kepada ayah saya.Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol.tiba waktu makan,saya SMS ayah.
“Ayah dah makan OMEGA?”
“Dah makan ALAFA?”
Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat.Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini.
Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.
Hari yang cerah.Ayah baru pulang dari cek up di hospital.Wajahnya girang dan berseri.
Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.
“Kertas apa ni?”
Masyallah!!terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!!
Ya Allah..bergenang air mata saya.
“Dah 20 tahun…ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah
Dah setahun ayah bersama Shaklee…saya asyik intai je kakinya.tiada lagi bengkak…tiada jalan hinjut-hinjut…tiada nanah besar-besar.
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan…
Terima kasih Allah…..
testimonial vitamin shaklee untuk penyakit gout

"..Why i love this amazing company....Not a ringgit was earned without somebody first helping somebody else become healthier, giving somebody an opportunity to have better life for their family, making planet a more sustainable place.."~CEO Shaklee Corporation

*****
Terharu dan gembira..masa mula-mula saya baca kisah ini, bergenang air mata..dapat dibayangkan perasaan seorang anak yang berjaya membantu ayahnya pulih dan dapat menjalankan kehidupan dengan sihat dan ceria..
Alhamdulillah~~~

Semoga entri testimonial ini dapat dijadikan panduan bagi membantu lebih ramai mereka yang sedang menderita penyakit gout untuk pulih..Ketahuilah, produk Shaklee adalah 100% selamat, berkesan, mesra alam dan yang paling penting dijamin halal....




Thursday 28 August 2014

TRIP BERTARAF 5 BINTANG KE ITALY 2015 BERSAMA SHAKLEE BUKAN HANYA MIMPI

August 28, 2014 2 Comments
Saja nak bakar semangat sendiri..Sapa lagi nak bawak pergi melancong oversea tanpa keluarkan duit sesen pun. Modal pun cuma RM75 iaitu masa daftar jadi ahli..
Mungkin bagi orang lain, eleh setakat pergi Italy tak heran..Tapi bagi saya, anak kampung yang belum pernah melangkah kaki ke luar negara, peluang sebegini tak patut dipandang sebelah mata..

Pastu bukan je dapat pergi melancong,
dapat lagi duit poket..
makanan halal disediakan khas..
Duk hotel 5 bintang..
Layanan 5 bintang..

Pejam mata sat, bayangkan....





Tahun depan ke Italy!
Shaklee sponsor..trip 5 bintang yea...

YEAY!!!!



Jana Hazana
ID908814
017-3125484

Wednesday 27 August 2014

VITAMIN TERBAIK UNTUK PELAJAR HILANGKAN MENGANTUK DAN TINGKAT PRESTASI PEMBELAJARAN

August 27, 2014 0 Comments
Bagi pelajar tak kira lah peringkat sekolah rendah ke, universiti ke perkara paling penting yang mesti dijaga ialah kecerdasan minda dan kesihatan fizikal. Minda yang kurang cerdas akan menyebabkan gejala kurang fokus dalam pembelajaran, mudah hilang tumpuan, lemah daya ingatan dan sering mengantuk ketika dalam kelas..Kesihatan fizikal juga amat penting kerana ia boleh mempengaruhi otak dan daya pemikiran..fizikal yang lemah menyebabkan mudah letih, penat, lesu, stress, mudah demam dan selsema, migrain dan kurang bersemangat..

vitamin terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk


Antara punca utama mengantuk dalam kelas ialah faktor pemakanan antaranya tidak mengambil sarapan pagi yang berkhasiat. Sarapan pagi yang berkhasiat amat penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan. Gemar memakan jajan atau 'junk food' boleh menganggu kadar bekalan oksigen ke otak. Oleh itu ia akan menyebabkan otak kurang cergas dan lemah daya ingatan. Tabiat tidur lewat malam juga menjadi punca mengantuk dalam kelas.

Sebagai pelajar, kalau boleh tak nak mengalami perkara-perkara diatas ye...Mesti sentiasa sihat, cergas dan cerdas baru boleh cemerlang, cerah masa depan..Vitamin minda terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran boleh bantu pelajar supaya badan sihat otak cerdas adalah set vitamin yang membantu menyihatkan badan, tingkatkan daya ingatan dan meningkatkan kecerdasan otak.


suplemen untuk pelajar


BComplex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B iaitu termasuk 100% biotin dan asid folik yang sangat penting untuk saraf tunjang dan pengeluaran tenaga. Ia juga bagus untuk mata dengan tingkatkan kualiti penglihatan dan elak mata letih..

Omega Guard mengandungi 98% lemak Omega-3 yang membekalkan DHA, EPA dan ALA yang sangat penting untuk sel-sel otak berhubung.  Mereka yang mengamalkan Omega Guard nyata mempunyai daya ingatan, daya tumpuan yang lebih tinggi dan daya penyelesaian masalah yang lebih cekap.

ESP membekalkan protin yang lengkap dengan vitamin dan mineral termasuk kalsium yang penting untuk keperluan tubuh. Satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu. Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh.

Kelebihan lain bagi vitamin terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran selain dari untuk badan sihat dan minda cerdas adalah ia boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Bila badan cergas dan bertenaga maka kita mudah bangun pagi dan tiada masalah sering mengantuk dalam kelas..

Baca: Cara atasi badan lesu dan lemah


Hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran dengan vitamin bermula hari ni. Bertindaklah sekarang. Dapatkan vitamin terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran ini dari saya dengan menghubungi saya ditalian berikut

vitamin untuk pelajar


Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesa via POSLAJU & GDEX




Monday 25 August 2014

GET CLEAN WATER PITCHER: PENAPIS AIR MODEN UNTUK AIR MINUMAN BERSIH SEPANJANG MASA

August 25, 2014 1 Comments
Sapa suka pergi melancong pastu tinggal di hotel atau homestay?
Atau mereka yang suka aktiviti luar seperti berkelah dan berkhemah?
Biasanya nak dapatkan air minum camana? Yang ada anak kecil mesti nak buat susu dengan air suam..Selalunya anda akan beli air mineral kan, ada juga yang tadah air paip pastu masak..Yang beli air mineral tu ok lagi, cuma nak kena keluarkan ongkosnya..tapi bagi yang tadah air paip tu, adakah anda pasti sejauh mana tahap kebersihan air tersebut?

Selain dari cara diatas, anda ada pilihan lain untuk mendapatkan air minum yang terjamin lebih bersih & selamat untuk seisi keluarga iaitu dengan memilih Get Clean Water Pitcher. Dengan get clean water pitcher ni, anda boleh dapatkan air yang lebih bersih dan sihat! Ia berupaya mengasingkan 99% pencemaran dan bahan kimia yang terdapat dalam air termasuk klorin, merkuri, plumbum dan banyak lagi.


get clean water pitcher


Kelebihan Get Clean Water Pitcher yang canggih ini;

  • Ia merupakan penapis air yang pertama guna blok karbon yang diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.. Sila berhati-hati, terdapat pengeluar penapis air lain menggunakan penapis yang diperbuat dari bahan sintetik ataupun tulang!

get clean water pitcher


  • Ia merupakan jug pertama yang mempunyai meter untuk mengukur kapasiti air yang telah ditapis secara automatik akan memberi isyarat apabila tiba waktu untuk menukar penapis baru.
get clean water pitcher

  • Bahan binaan jug adalah daripada plastik bebas BPA
  • Air yang ditapis boleh terus diminum.
  • Untuk setiap blok karbon (penapis) boleh menapis air sehingga 80 gelen (303Liter) air. (Bersamaan dengan 33 botol air mineral 9 L)
  • Tak perlu guna elektrik mahupun bateri
  • Terjamin bersih, selamat & mesra alam
get clean water pitcher

  • Diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

testimonial get clean water pitcher


Get Clean Water Pitcher adalah pilihan paling bijak untuk mendapatkan air minuman yang bersih dan sihat disamping menjimatkan kos. 

Jom mulakan pengalaman indah anda bersama Get Clean Water Pitcher dengan pek permulaan yang berharga RM460.00 (WM) / RM483.00 (EM) yang mengandungi;
1 Unit Jug (pitcher)
1 Unit housing kit
4 Unit filter

Untuk order atau pertanyaan sila hubungi saya disini

get clean water pitcher








Friday 22 August 2014

MH17: PERJALANAN PULANG YANG TERAKHIR....AL-FATIHAH ~~

August 22, 2014 0 Comments
Akhirnya, mereka sudah tiba...perjalanan pulang buat yang terakhir..Walaupun bukan begini yang mereka dan kita inginkan tapi kita sebagai manusia hanya merancang..Sesungguhnya Dia lah yang Maha Menentukan lagi Maha Mengetahui
Jom perbanyakkan bacaan Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada jenazah penumpang-penumpang MH17 yang beragama Islam. Semoga dipermudahkan segala urusan pulang mereka ke tanahair, dan semoga dipermudahkan juga urusan mereka di alam barzakh
Sedekahkan juga kepada ahli keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia supaya mereka dapat menghadapi ujian ini dengan penuh sabar

Al-Fatihah 
Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.
Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”
Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan”
Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”
Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus”
Ayat 7: “(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.


Amin ya Rabbal Aa'lamin

Thursday 21 August 2014

HILANGKAN MIGRAIN DENGAN COQHEALTH SHAKLEE

August 21, 2014 0 Comments
Coqhealth ni banyak kelebihannya. Selain dari bantu tingkatkan tenaga, kesuburan dan cantikkan kulit ia boleh bantu hilangkan masalah migrain dan sakit kepala juga tau. Jadi, jika anda sekarang sedang mengalami masalah sering diserang migrain dan sakit kepala, cubalah Coqhealth dan ia akan hilangkan migrain dengan berkesan. Kesan sampingan? selain dari hilangkan migrain anda akan lebih bertenaga, kulit anda juga boleh jadi lebih cantik!

Bagaimana? Kajian telah menunjukkan salah satu punca migrain adalah disebabkan kekurangan tenaga dalam sel-sel. Coq10 berfungsi sebagai penjana tenaga dalam sel. Dengan menambahkan elemen coq10, maka tenaga dalam sel-sel turut bertambah. Dengan itu ia dapat hilangkan masalah migrain dengan berkesan.

shaklee coqhealth

Ini kerana Coqhealth membekalkan coq10 yang sangat penting untuk kesihatan jantung, kesuburan dan kecantikan. Selain itu, ia turut mengandungi vitamin E dan ekstrak teh hijau yang meningkatkan lagi tahap antioksidannya. Perbezaan coq10 dari Coqhealth Shaklee berbanding coq10 dari produk lain ialah ianya tulen dan semulajadi dan sama dengan coq10 yang dihasilkan oleh badan.

Berbanding dengan mengamalkan pengambilan pil tahan sakit yang bersifat sementara dan mempunyai kesan sampingan yang tidak baik, coq10 dari Coqhealth dapat hilankgan migrain dan mencegah serangan migrain dari berulang dan tidak mempunyai kesan sampingan yang buruk. Jadi ia boleh membantu anda untuk hilangkan migrain sepenuhnya. Ia juga turut membawa kebaikan untuk kesihatan jantung.

Ye lah, penjana tenaga sel ni kan amat penting untuk organ-organ yang memerlukan banyak tenaga seperti jantung, otak, buah pinggang malah termasuk organ seksual lelaki yea...Bila dah cuba nanti jangan terkejut pula tau!

Kebaikan Coqhealth Shaklee untuk kesihatan menyeluruh
Suami makan Coqhealth, isteri makin sayang

Sekiranya anda sering mengalam migrain dan sakit kepala, jangan tunggu lagi. Hilangkan migrain dengan COQHealth hari ini dan selain itu ia juga akan membantu anda menjana kesihatan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut atau order sila hubungi saya disini yang sentiasa bersedia membantu anda. Saya adalah pengedar Shaklee Gombak.

hilangkan sakit kepala


COD area; Taman Melati, Gombak, Selayang, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia via POSLAJU & GDEX




Wednesday 20 August 2014

10 SEBAB MENGAPA DETOKS SANGAT PENTING UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN

August 20, 2014 0 Comments
Salah satu ciri-ciri orang yang ada masalah toksin ialah bila dia ambil sesuatu suplement untuk kurus atau cantikkan kulit, tempoh masa untuk nampak kesan itu sangat lama atau langsung takde apa-apa kesan malah ada yang masalah jadi lebih teruk. Ada juga yang lain diharapkan, lain pula hasilnya..Contohnya, bagi yang ada masalah jerawat, jerawat tumbuh makin galak...Bagi yang ada masalah berat badan, makin bertambah pulak berat badannya tu..

Toksin adalah bahan kimia atau racun yang terhasil dari makanan yang dimakan, air yang diminum, bahan kimia yang digunakan sepanjang proses penyediaan makanan malah juga terhasil dari udara yang kita sedut termasuk aktiviti merokok.

Toksin akan tersingkir secara semulajadi dari tubuh kita melalui pembuangan najis dan peluh..Tapi oleh sebab faktor usia dan terlalu banyak pendedahan terhadap toksin, tubuh kita juga adakalanya gagal untuk singkir toksin sepenuhnya dan toksin-toksin tersebut akan tersimpan dalam usus, sel-sel dan tisu diseluruh tubuh termasuk otak!

10 sebab mengapa perlu detoks

1. Membuang toksin dari dalam tubuh manusia. Apabila tubuh kita bersih dari toksin, tubuh akan lebih sihat dan dapat berfungsi dengan lebih baik. Tubuh yang menyimpan toksin lama kelamaan akan terganggu metabolisme, kelakuan, sistem imun dan mudah dapat penyakit..

2. Halang penyakit kronik seperti kanser, penyakit saraf, penyakit jantung dan sebagainya

3. Memperbaiki sistem imunisasi tubuh

4. Bantu kurangkan berat badan. Toksin boleh menganggu kebolehan tubuh untuk membakar lemak secara semulajadi.

5. Melambatkan proses penuaan. Radikal-radikal bebas dan bahan seperti merkuri menyebabkan tubuh cepat mengalami penuaan kerana ia menghalang penyerapan nutrien dan zat-zat dari makanan. Ia juga menggalakkan masalah seperti sakit-sakit sendi, keradangan, sembelit dan stress.

6. Membaikpulih kualiti hidup. Bebas toksin akan menyebabkan tiada masalah sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur, tenaga malah memori juga semakin baik.

7. Tingkatkan tenaga mental dan fizikal. 

8. Mencantikkan kulit

9. Mental dan emosi lebih stabil

10. Sistem tubuh lebih seimbang. Sistem saraf, hormon dan penghadaman dapat berfungsi dengan lebih optimum dan dapat menjamin kesihatan tubuh.


Camana nak detoks?

set detoks shaklee


Shaklee ada set detoks yang berkesan untuk singkirkan toksin. Jika anda adalah seorang perokok aktif dan pasif tegar, atau pesakit yang telah mengambil ubat-ubatan secara berpanjangan amat disarankan amal set ini. Dengan kata lain, detoks mengembalikan keseimbangan dan membantu sistem tubuh berfungsi dengan baik. Cuci lah dalaman tubuh anda untuk kesihatan dan kesejahteraan.

Untuk maklumat lanjut atau order boleh hubungi saya disini



COD area; Taman Melati, Gombak, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia via POSLAJU & GDEX



Tuesday 19 August 2014

HERB LAX SHAKLEE BANTU ATASI SEMBELIT DAN PERUT BUNCIT

August 19, 2014 0 Comments
Tahukah anda, untuk kesihatan yang optimum seseorang itu perlu menjalani proses membuang air besar setiap hari. Bagi mereka yang membuang air besar selang 2 hari & keatas, atau jarang-jarang sekali adalah dikira mengalami masalah sembelit. Bayangkan sisa-sisa buangan tersebut 'disimpan & terperap' dalam perut, bukan kah itu suatu yang membahayakan kesihatan? Sisa-sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan boleh menyerap semula kedalam sistem tubuh dan menjadi punca pelbagai masalah kesihatan.

Herb-Lax Shaklee menggalakkan tindakan pembersihan usus yang lembut dan telah terbukti secara klinikal kesesuaiannya untuk digunakan dalam jangka masa panjang. So jika anda sedang mengalami masalah sembelit, Herb~Lax boleh membantu anda mengatasinya.


petua atasi sembelit


Herb Lax menggalakkan pembersihan najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita dengan meransang usus untuk mempercepatkan pembersihan secara lembut. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus.

Dengan mengamalkan Herb Lax secara konsisten bukan sahaja dapat mengatasi masalah sembelit malah dapat membantu menyingkirkan toksin (detoks), mengempiskan perut dan menurunkan berat badan. Sebab tu dalam Set Kurus Shaklee turut ada Herb Lax!

Herb Lax diformulasikan dari 9 campuran herba-herba iaitu

  1. Sienna leaves ~ meransang tindakan pembersihan pada usus dan perut, proses detoksifikasi dan meransang penyerapan lemak
  2. Buckhorn bark ~ melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi kelembapan pada usus
  3. Licorice root ~ membantu proses detoksifikasi
  4. Fennel seeds ~ mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut
  5. Anise seeds ~ meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  6. Rhubarb root ~ herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina sebagai antibiotik
  7. Blue malva flower ~ membantu proses detoksifikasi dan mengimbagi tekstur kulit
  8. Culver's root ~ membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  9. Alfalfa leaves ~ membersihkan usus, darah dan hati

petua elak sembelit

petua elak sembelit


Harga sebotol Herb Lax ni hanya RM52.50 (WM) / RM55.00 (EM)
Untuk membuat order, sila klik pada butang dibawah dan anda akan terus dibawa ke laman web rasmi Shaklee

Klik untuk order


Untuk maklumat lanjut, tip-tip, cara makan yang betul atau sebarang pertanyaan sila hubungi saya disini



Cod area; Taman Melati, Gombak, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via POSLAJU & GDEX


Monday 11 August 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE BANTU IBU HAMIL ATASI MASALAH BATUK YANG BERPANJANGAN

August 11, 2014 0 Comments
Sapa yang sedang alami masalah ni, hamil dan batuk? Bukan batuk biasa-biasa tau..ini batuk luar biasa punya. Apa tak nya, ubat-ubatan langsung tak memberi kesan..

Saya pun pernah alaminya semasa mengandungkan si kembar..batuk tu bukan seminggu, bukan 2 minggu tapi hampir 2 bulan!! Gatal-gatal anak tekak, batuk sampai tahap sakit bahagian rusuk setiap kali batuk..Malam-malam memang tak boleh tidur! Nak makan ubat banyak2, risau efek pada bayi dalam kandungan, tak nak makan ubat nanti batuk pulak menjadi-jadi..Masalahnya, makan ubat pun tak hilang batuk tu..Kata orang-orang lama, itu batuk 'pembawakan budak'. Bila sampai masa, batuk tu akan hilang dengan sendiri.

Tip-tip mengurangkan batuk

  • Makan sesudu madu yang dicampur perahan limau
  • Minum susu suam
  • Minum air asam jawa campur dengan air suam
  • Minum air kelapa fresh tanpa ais
  • Tidur malam sapu vicks / minyak panas
  • Makan gula-gula Strepsils
  • Minum air suam

Pada pengalaman saya, semua tip-tip diatas tak menyembuhkan tetapi sekadar memberikan kelegaan buat sementara waktu. Waktu malam tetap tak boleh tidur. Tapi ia mungkin berbeza mengikut individu, tak salah jika anda ingin mencubanya.

Omega Guard atasi batuk dengan berkesan

Omega Guard mengandungi asid lemak Omega 3 yang secara semulajadi membantu menguatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Ia amat bagus untuk mereka yang ada masalah bronkitis, lelah dan batuk yang berpanjangan. 

Berbeza dengan kehamilan ke-2, batuk juga tapi berbeza kali ni saya guna vitamin Shaklee. Tak sampai seminggu pun batuk pastu terus hilang hingga sekarang. Selsema pun jarang-jarang. Paling lama pun 3 hari sahaja tanpa sebarang ubat-ubatan. Vitamin Shaklee yang saya guna ialah Set Kehamilan Shaklee

vitamin shaklee untuk ibu hamil

Vitamin-vitamin ni membantu melengkapkan keperluan nutrisi tubuh semasa mengandung, kukuhkan sistem pertahanan tubuh, malah membantu memberikan tenaga untuk sepanjang hari. Sebab tu bila amalkan ni, takde masalah hb rendah, batuk & selsema, demam, letih & penat asyik nak tidur sepanjang hari...

Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Set Kehamilan Shaklee

Anda berminat untuk mendapatkan Omega Guard atau Set Kehamilan Shaklee atau ingin bertanya lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui

vitamin shaklee untuk ibu hamil

COD area; Gombak, Taman Melati, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui POSLAJU & GDEX


Saturday 9 August 2014

OMEGA GUARD BERKESAN BANTU ATASI BATUK BERKAHAK PADA KANAK-KANAK

August 09, 2014 2 Comments
Saya tau, ramai ibu-ibu yang sangat susah hati bila anak-anak mereka diserang batuk berkahak terutamanya yang berusia 5 tahun ke bawah. Tambah pula bila anak-anak pula jenis yang susah nak makan ubat, makin susahla nak hilang kahak tu malah ada yang lebih teruk terpaksa pakai pam untuk keluarkan kahak. Saya pun sama, paling tak sanggup bila anak-anak kena batuk berkahak...mahu tak tidur malam dibuatnya..muntah-muntah, tak selera makan, moody..bernafas pun ada bunyi kahak, hidung pula biasanya berhingus sepanjang masa...Ye lah, dah tak selesa..kanak-kanak mana reti nak ludah ke apa kahak tu kan...

Sebenarnya ada macam-macam petua dan cara yang boleh dilakukan untuk atasi batuk berkahak pada kanak-kanak. Tapi kali ni saya nak kongsi tentang cara yang paling saya suka guna sebab ia paling cepat berkesan iaitu Omega Guard Shaklee..

Omega Guard melawan batuk berkahak

Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3 yang secara semulajadinya boleh meningkatkan sistem imunisasi dan menyihatkan paru-paru. Ia bertindak dengan mencairkan kahak dan mengurangkan keradangan. Hingus juga lebih cepat kering. Oleh itu sangat membantu bagi anak-anak yang ada masalah bronkitis dan juga asma. 

Bila dah amalkan Omega Guard, anak-anak juga lebih sukar untuk dijangkiti selsema dan batuk. Walaubagaimanapun, Omega Guard ni hanya boleh diambil oleh kanak-kanak berusia setahun keatas. Bagi yang usia bawah setahun dan masih menyusu badan, ibu yang disarankan untuk mengambilnya.

Omega Guard juga mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk otak. Ia membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan daya pembelajaran. Oleh itu ia sangat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Lagi tentang Kebaikan & Kelebihan Omega Guard untuk seisi keluarga

Untuk maklumat lanjut, atau ingin mendapatkan Omega Guard sila hubungi saya melalui

pengedar shaklee gombak

Friday 8 August 2014

VITAMIN UNTUK JEMAAH HAJI: TINGKATKAN SISTEM IMUN & KECERGASAN

August 08, 2014 0 Comments
Bagi anda yang bakal menunaikan haji, umrah mahupun mana-mana destinasi keluar negara, saya sarankan anda lengkapi diri dengan vitamin selain dari ubat-ubatan yang sedia ada. Bukan apa, selain dari perubahan suhu dan cuaca disana, amat penting untuk kita perkukuhkan sistem imun diri bagi melawan apa-apa jangkitan. Vitamin juga boleh bantu membuatkan tubuh rasa cergas dan sihat. Yelah, semua tu dari Allah jua tapi tak salah kalau kita berusaha dan berikhtiar untuk memelihara kesihatan bukan?

Biasanya saya mencadangkan set berikut untuk bakal-bakal haji. 

suplemen untuk jemaah haji dan umrah

Perfomance Drink yang berperisa oren boleh diminum setiap hari bersama air suam mahupun sejuk. Selain dari mencegah kekeringan air dalam tubuh, ia membantu mengurangkan rasa dahaga yang melampau. Sebab tu ia sangat popular ketika bulan puasa.

Sekotak Nutriferon terdiri dari 30 paket kecil yang mudah untuk dibawa kemana-mana. Ia boleh diambil setiap hari ataupun ketika anda mula rasa macam hendak demam atau tak sedap badan. Ia akan merangsang interferon tubuh secara semulajadi bagi menguatkan sistem imun. 

Perubahan zon waktu mungkin boleh menyebabkan jet-lag. Bagi yang tak biasa atau atas faktor umur dan kesihatan, tubuh akan berasa cepat letih dan mudah hilang tumpuan. Ostematrix dan B-Complex boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Sekiranya anda turut mengalami sakit-sakit sendi, boleh tambah vitamin Advance Joint Healt Tablet ke dalam set diatas bagi membantu anda mengatasinya. Ia dijamin berkesan secara klinikal dalam masa 5 hari.

Harga bagi set vitamin untuk jemaah haji ini ialah hanya RM378.50 (Semenanjung Malaysia)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya boleh order disini dengan klik pada butang dibawah. Anda akan dibawa terus ke laman web rasmi Shaklee untuk proses pembelian

Klik untuk order

Dengan izin Allah, semoga perjalanan pergi dan balik serta amal ibadah anda ketika menunaikan haji ataupun umrah dapat berjalan dengan lancar dan sebagaimana yang diinginkan. 

Untuk maklumat lanjut, tip-tip, cara makan yang betul atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda;

pengedar shaklee gombak

COD; Gombak, Taman Melati, Sentul, Kota Bharu
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia melalui POSLAJU & GDEX


Thursday 7 August 2014

Tip pantang ibu keguguran bayi

August 07, 2014 0 Comments
Selepas mengalami keguguran, ibu juga perlu mengambil langkah penjagaan yang sama macam ibu selepas bersalin. Ini adalah penting bagi memastikan tubuh ibu kembali kuat dan pulih seperti sedia kala. Bagi ibu yang mengalami keguguran, tempoh berpantang adalah sebaiknya 2 minggu ke 20 hari. Masa tersebut adalah sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menguatkan kembali rahim ibu, melengkapkan keperluan nutrisi dan mengelakkan dari sebarang tekanan.

Kepentingan berpantang bagi ibu keguguran bayi

Bagi ibu yang berkerjaya, biasanya doktor akan bagi MC untuk hanya 2 minggu. Selama 2 minggu dalam pantang tu, jangan pula pergi melancong atau melakukan kerja-kerja berat. Sebaiknya berehatlah dan berpantang sahaja dirumah. Ibu yang mengalami keguguran juga perlu melalui sesi berpantang supaya;

  • Badan kembali sihat, kuat dan cergas seperti sediakala
  • Menyembuh dan menguatkan semula rahim
  • Elak masalah kedinginan terhadap hubungan suami isteri dikemudian hari
  • Elak dari kekecewaan dan tekanan perasaan
  • Menurut petua orang-orang lama, ibu yang tidak berpantang walaupun keguguran akan mengalami masalah angin, lemah dan sakit-sakit badan.


Tip pantang ibu keguguran bayi

  • Elakkan dari mengangkat benda-benda berat
  • Elakkan dari minum ais dan bergas
  • Bertungku amat digalakkan bagi melancarkan aliran darah dan dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat.
  • Pakai stokin kerana ia membantu menghangatkan kaki
  • Amalkan pengambilan suplemen bagi memastikan keperluan nutrisi yang mencukupi bagi membantu proses penyembuhan luka dalaman, mengembalikan tenaga dan menguatkan semula rahim

Vitamin terbaik untuk ibu yang mengalami keguguran

vitamin untuk keguguran kandungan


ESP

Membekalkan sumber protin yang mudah dihadam yang penting untuk otot, kulit, rambut darah dan lain-lain. Ia membantu menguatkan otot rahim supaya ia lebih bersedia untuk kehamilan seterusnya. Ia juga menbantu membekalkan tenaga segera dan 

Tahukah anda, protin sangat sensitif pada haba dan ia hanya boleh bertahan hingga 36°C sahaja? Pada suhu yang lebih tinggi, asid amino yang terkandung akan rosak dan terhapus. Dengan yang sedemikian, bagaimana anda akan mendapat bekalan protin dari sumber seperti telur, daging, ayam malah air soya yang telah dimasak pada suhu yang lebih tinggi??


Vita-lea

Multivitamin yang dilengkapi dengan formula zat besi. Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel-sel darah merah. Kekurangan zat besi akan menyebabkan masalah hb rendah, kulit yang pucat dan tubuh mudah penat. Lebih teruk kekurangan zat besi boleh menyebabkan pitam. Vita-Lea juga membantu melengkapkan keperluan nutrisi kerana ia turut mengandungi 12 vitamin dan 7 zat mineral yang disarankan oleh RDA.


Vitamin C Plus

Sangat berkesan dalam membina dan mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Ia akan menghalang serangan virus atau jangkitan yang boleh menganggu kesihatan ibu yang sedang berpantang. Ia juga meransang tubuh menghasilkan kolagen secara semulajadi dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka. 


B-Complex

Membantu melawan tekanan perasaan, kemurungan dan insomnia. Ia juga lengkap dengan asid folik semulajadi yang membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.


Zinc Complex

Zink membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Salah satu sumber zink yang tinggi ialah ikan haruan. Sebab tu ikan haruan sangat popular dikalangan ibu-ibu dalam pantang. Tapi bagi anda yang tidak gemar makan ikan haruan, Zinc Complex boleh membantu membekalkan keperluan zink anda. Ia juga membantu mencegah dari masalah keguguran rambut kronik.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan vitamin untuk ibu yang mengalami keguguran, atau sebarang pertanyaan jemput hubungi saya melalui



Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via Poslaju & GDex


Follow Instragram Jana_Hazana