Tuesday 30 September 2014

MENGATASI TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA HAMIL

September 30, 2014 0 Comments
Tekanan darah tinggi biasanya lebih kerap berlaku pada ibu mengandung buat kali pertama iaitu sehingga 25% peratus. Ia ditakrifkan pada bacaan 140/90mmHg atau lebih. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menyebabkan kompilasi terhadap ibu dan bayi dalam kandungan seperti plasenta terpisah dari uterus sebelum waktu bersalin, bayi lahir pra-matang, masalah tumbesaran bayi dalam rahim dan banyak lagi. Pendek kata, ia membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.

Tekanan darah tinggi semasa hamil terdiri daripada:
  • Tekanan darah tinggi sedia ada ~ sebelum 20 minggu kehamilan. Ibu yang mengalami tekanan darah tinggi sedia ada ini dianggarkan berisiko lebih tinggi untuk mengalami praeklampsia.
  • Tekanan darah tinggi akibat mengandung (Hipertensi Gestasi) ~ lazimnya dialami selepas 20 minggu kehamilan dan akan hilang selepas melahirkan bayi.
  • Praeklampsia ~ kedua-dua jenis tekanan darah tinggi diatas boleh menjadi lebih parah dan menyebabkan preaeklampsia. Diantara simptomnya ialah tekanan darah yang tinggi dan terdapat protin dalam air kencing. Praeklampsia boleh merosakkan otak, buah pinggang dan organ-organ lain dan boleh meragut nyawa kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan. Ia boleh melarat kepada kejadian eklampsia.

darah tinggi ketika mengandung


Ibu-ibu yang berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi semasa hamil:
  • Kehamilan pertama
  • Kandungan kembar
  • Faktor genetik
  • Sejarah kehamilan dengan praeklampsia
  • Tekanan darah tinggi sebelum hamil
  • Mempunyai penyakit buah pinggang
  • Kencing manis
  • Hamil pada usia kurang 20 tahun dan lebih 40 tahun

Ibu-ibu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi semasa hamil masih boleh bayi yang sihat sekiranya darah tinggi dikesan dan dirawat dari peringkat awal. Sesetengah faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi semasa hamil tidak boleh dikawal dan dielakkan. Namun ada juga yang boleh bantu mengawal dan mengelakkan tekanan darah tinggi semasa hamil antaranya:
  • Kurangkan garam dalam makanan
  • Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  • Tingkatkan pengambilan makanan tinggi protin dan kurangkan makanan bergoreng dan tidak berkhasiat
  • Lakukan senaman sewajarnya
  • Tinggikan kaki bila berbaring
  • Elakkan minuman beralkohol dan merokok
  • Elakkan minuman berkafein
  • Jangan abaikan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor

Sekiranya anda disarankan untuk mengambil makanan tambahan bagi mengatasi tekanan darah tinggi semasa hamil, berikut adalah beberapa vitamin yang boleh membantu;

darah tinggi ketika mengandung




Untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini boleh hubungi saya disini





Monday 29 September 2014

MENGENAL PASTI DAN MENCEGAH PRAEKLAMPSIA SEMASA MENGANDUNG

September 29, 2014 1 Comments
Selalunya ramai customer datang pada saya untuk Set Kencing Manis Semasa Mengandung, tapi sejak kebelakangan ni, ada pula yang mula bertanyakan vitamin Shaklee untuk membantu mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi semasa mengandung atau secara spesifiknya praeklampsia. Jadi kali ni saya nak berkongsi tentang mengenal pasti dan mencegah tekanan praeklampsia semasa mengandung supaya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana yang mungkin sedang mencari jalan penyelesaian.

Sebab tu setiap kali pergi chekc-up tekanan darah ibu-ibu mengandung akan diperiksa. Ia penting untuk mengenal pasti sekiranya ada masalah dengan tekanan darah. Tekanan darah dengan bacaan 140/90 atau lebih, dicatat 2 kali dalam masa yang berbeza adalah dikira tidak normal.


praeklampsia


Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang praeklampsia, jom kenal pasti jenis-jenis tekanan darah tinggi semasa mengandung;
  • Hipertensi sedia ada ~ Tekanan darah tinggi yang sudah ada sejak sebelum kehamilan
  • Hipertensi Gestasi ~ Tekanan darah tinggi yang terjadi selepas 20 minggu kehamilan.
  • Pra-eklampsia 

Mengenal pasti praeklampsia

Praeklampsia adalah kompilasi semasa mengandung. Punca sebenar tidak diketahui namun pakar-pakar percaya ia bermula dari plasenta (uri). Pada awal kehamilan, salur-salur darah yang baru akan dibina untuk membekalkan darah kepada plasenta. Namun bagi mereka yang mengalami praeklampsia, salur-salur darah tidak dibina dengan sempurna. Lebih sempit dari salur darah normal dan memberikan tindak balas berbeza terhadap isyarat hormon. Keadaan ini menyebabkan jumlah darah yang dapat melaluinya adalah terhad.

Tanda-tanda utama praeklampsia ialah tekanan darah yang tinggi disertai dengan kehadiran protin dalam air kencing (protinuria) biasanya selepas 20 minggu kehamilan. Ia juga boleh melibatkan bengkak (sembap) yang berlaku secara tiba-tiba pada kaki dan tangan dan berat badan yang meningkat secara mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh dan protin dalam air kencing. Praeklampsia boleh mengganggu organ-organ penting seperti otak, buah pinggang, darah termasuk paru-paru. Sebab tu pesakit akan turut mengalami;

  • Sakit kepala yang teruk
  • Gangguan penglihatan termasuk sensitif pada cahaya
  • Sakit pada bahagian perut biasanya sebelah kanan bawah tulang rusuk 
  • Loya-loya dan muntah
  • Air kencing sedikit
  • Pernafasan yang pendek 
  • Pengurangan paras platelet dalam darah (agen pembekuan darah)

Risiko praeklampsia ialah:

Mengurangkan aliran darah ke plasenta maka ini akan menyekat bekalan oksigen dan nutrisi kepada bayi. Ini akan mengganggu tumbesaran bayi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang.

praeklampsia



Plasenta terpisah dari dinding uterus (placental abruption) sebelum sampai waktu bersalin. Ini boleh mengakibatkan kerosakan pada plasenta dan menyebabkan pendarahan.


praeklampsia


Jika dibiarkan tanpa rawatan rapi, praeklampsia boleh melarat menjadi eklampsia yang boleh menyebabkan sawan atau konvulsi yang boleh menjurus kepada koma dan meragut nyawa. Eklampsia lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.


Siapakah yang berisiko
  • Kehamilan pertama
  • Ibu mengandung berusia lebih 40 tahun
  • Mempunyai tekanan darah tinggi sebelum kehamilan
  • Mempunyai masalah kencing manis
  • Obesiti
  • Mempunyai sejarah praeklampsia pada kehamilan sebelum ini
  • Mempunyai sejarah keturunan yang mengalami tekanan darah tinggi
  • Kehamilan kembar

Mencegah praeklampsia

Cara yang terbaik ialah pastikan ibu mengandung menghadiri temujanji antenatal sejak dari awal kehamilan. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dapat mengesan tanda-tanda awal praeklampsia.

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan manusia serta komponen utama kepada hormon. Kekurangan protin boleh menjurus kepada masalah penghasilan darah, organ dan hormon. 

Kalsium telah terbukti dapat membantu mencegah praeklampsia bagi sesetengah wanita.

Kebaikan ESP (Energizing Soy Protin)
  • Dihasilkan dari kacang soya yang tidak diubah genetik (non-GMO)
  • Satu-satunya produk soya dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Membekalkan asid amino yang penting untuk membina otot, darah, organ, kulit dan lain-lain.
  • Tidak mengandungi bahan sintetik, pewarna dan perasa tiruan.
  • Membekalkan tenaga
  • Rendah Indeks Glisemik
praeklampsia



Kebaikan Shaklee Ostematrix

  • Merupakan suplemen kalsium yang paling seimbang kandungannya dan memastikan penyerapan 99%.
  • Lengkap dengan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, boron, zink, kuprum dan mangan.
  • Membantu ibu hamil mengatasi masalah kejang kaki
  • Bagus untuk pembinaan tulang dan gigi janin
praeklampsia



Sekiranya anda dikalangan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat praeklampsia, adalah disarankan untuk mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee yang tersebut dari awal. Mencegah adalah jauh lebih baik dari merawat.

Untuk order atau pertanyaan sila wassap/sms/call saya disini. 

praeklampsia




Sunday 21 September 2014

KECILKAN LIANG PORI SAMBIL DAPATKAN KULIT CERAH, LICIN DAN GEBU DENGAN VITAMIN SHAKLEE

September 21, 2014 3 Comments
Ini realiti. Sesiapa pun sukakan kulit yang cerah, licin dan gebu tambah-tambah dikalangan wanita. Lelaki yang berkulit cerah, licin dan gebu pun sedap mata memandang apatah lagi wanita. Tapi jangan lupa ditambah dengan senyuman yang manis dan ikhlas nanti akan jadi lebih cantik berseri-seri. Kali ni saya nak kongsi tentang cara nak dapatkan kulit cerah, licin dan gebu malah kecilkan liang pori iaitu dengan mengamalkan vitamin set kecantikan kulit Shaklee. Efek dia? asalkan ia diambil secara konsisten menyeluruh ye, bukan tang muka je...kulit juga akan jadi lebih lembut untuk jangka masa yang lama. Double bonus katanya..Asal nak kulit wajah je cantik, tup tup hingga ke tumit kaki pun jadi lembut..Gitu. Ini bukan overclaim, ini pengalaman sebenar.


kuilt cerah licin dan gebu


Untuk kesan kulit yang cerah, licin dan gebu yang lebih tahan lama, cara 'rawatan dalaman' adalah lebih baik berbanding dengan hanya memakai produk sapu secara luaran. Apa perlu ada untuk dapatkan kulit yang cerah. licin dan gebu dan supaya ia dapat bertahan dengan lebih lama ialah

1. Protin penting kerana ia membina sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah mati. Setiap hari sel-sel kita akan mati dan sel-sel baru perlu dibina. Protin juga merupakan agen anti-penuaan dengan mengembalikan kepejalan otot dan radian kulit. Jika tubuh kekurangan protin maka menyebabkan kulit kusam, parut susah hilang..

2. Antioksidan penting bagi melawan kerosakan sel-sel akibat serangan radikal bebas. Ia penting bagi melawan jangkitan penyakit seperti demam dan selsema malah boleh melawan serangan kulat pada kulit yang menyebabkan panau, kurap dan sebagainya.

3. Elak stress. Gaya hidup berkait rapat dengan kecantikan kulit. Mereka yang sering mengalami stress biasanya mudah untuk mendapat masalah jeragat dan jerawat malah kebiasaannya mudah nampak tua.

Sebab tu untuk dapatkan kulit cerah dan gebu anda perlu mengamalkan ESP, Vitamin C, Vitamin E dan BComplex.

kulit cerah dan gebu


Kelebihan vitamin Shaklee untuk dapatkan kulit cerah, licin dan gebu:

ESP
  • Membekalkan protin dari sumber soya non-gmo iaitu asid amino perlu yang penting untuk kulit, otot, kuku, rambut, darah dan organ. Pengambilannya yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Mengembalikan keremajaan kulit dengan merangsang pembentukan otot dan kulit, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan dan memudarkan parut.
  • Memperbaiki pigementasi dan menghalang otot dari menggeleber.
  • Apabila tubuh mampu membina sel-sel baru dengan optimum, ini akan memudahkan sel-sel yang telah mati ditanggalkan menghasilkan kulit yang licin, halus dan lembut.
  • Ciri-ciri mereka yang memperolehi protin yang mencukupi ialah kulit yang berseri-seri (glowing) dan gebu tanpa mengira usia.
SR Vita-C Plus
  • Vitamin C merangsang pembentukan kolagen secara semulajadi dalam tubuh. Dengan itu ia boleh menghalang kulit dari menggeleber. 
  • Membantu mengecilkan liang pori.
  • Menghalang serangan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit seperti jerawat.
  • Pengambilan setiap hari menjadikan kulit lebih cerah.
  • Menghalang pembentukan pigment yang menjadi punca jeragat.
Vita-E Complex
  • Vitamin e mampu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut dan garis halu, menghilangkan bintik-bintik halus di pipi, menghilangkan parut dan mampu memulihkan struktur kulit.
  • Turut mengandungi selenium yang membantu tubuh menyerap vitamin e dengan lebih optimum, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu otot.
  • Ia boleh dikenakan terus pada kulit untuk mengatasi masalah parut.

B-Complex
  • Membantu mengatasi kelesuan dan keletihan. 
  • Memelihara kesihatan fungsi saraf sekaligus membantu mengatasi tekanan, kemurungan, sakit kepala dan insomnia.
  • Membantu pembentukan sel-sel darah merah yang sihat dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Kalau nak vitamin Shaklee untuk kecilkan liang pori boleh juga amalkan gabungan vitamin-vitamin tersebut..Selain dari harga yang lebih murah dan set ini juga berbaloi kerana boleh bertahan sehingga berbulan-bulan..Dari pengalaman saya sendiri, vitamin-vitamin Shaklee ni sangat membantu saya mengecilkan liang pori selain mencantik dan melembutkan kulit..

Testimoni mereka yang berjaya dapatkan kulit cerah, licin dan gebu dengan vitamin Shaklee

kulit cerah dan gebu

kulit cerah dan gebu

kulit cerah dan gebu


Ada yang berkesan dalam masa 1 bulan dan ada yang berkesan selepas 6 bulan. Kebanyakan feed back yang positif dan pantas diperolehi dari mereka yang mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee ini dengan kontisten. Cepat atau lambat yang penting adalah ia selamat untuk jangka masa panjang. Sabar dan istiqamah dan hasilnya sangat manis.

Jom dapatkan kulit cerah, licin dan gebu dengan vitamin Shaklee hari ini. Saya adalah pengedar Shaklee di Gombak



COD area Greenwood, UIA, Giant Batu Caves, Selayang, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX


Saturday 20 September 2014

AKTIVITI SETIAP HARI: COD SHAKLEE DI AREA GREENWOOD

September 20, 2014 0 Comments
Assalamualaikum

Masak apa hari ni? Ke makan kat luar? Mana-mana pun boleh asalkan kebersihan dan keseimbangan nutrisi diutamakan. Saya? Hari ni saya masak je..Masak lemak cili padi rebung jeruk dengan ayam..fuh, panjang betul tajuk masakan saya hari ni..hehehe..

Dah makan nanti apa aktiviti anda? Saya macam biasa lah, aktiviti setiap hari ialah COD Shaklee di area Greenwood. Ada juga COD Shaklee ke UIA, Sentul, Selayang. Kadang-kadang pagi, kadang-kadang tengahari, kadang-kadang petang, kadang-kadang malam..Dah kerjanya sebagai pengedar Shaklee maklumlah, misi membantu penduduk area Greenwood mendapatkan kebaikan produk-produk Shaklee.. bukan sekadar di Greenwood, Gombak je tapi seluruh Malaysia juga.

pengedar shaklee di gombak


Ye lah, mudah kan..dah le dekat je..sambil-sambil pergi pasar beli lauk basah, singgah COD jap..sambil-sambil teman anak pergi playgrond pun boleh jugak..Boleh dikatakan COD Shaklee di area Greenwood ni adalah aktiviti harian..Kelebihan COD ni ialah bukan setakat boleh bayar cash tapi juga boleh bertemu mata antara pengedar Shaklee dan pengguna. Maka, nak bagi consultation ke, nak tanya ke, nak bagi tip-tip ke mudah la sikit..

pengedar shaklee di gombak


Jadi, buat orang-orang area Greenwood jika nak dapatkan produk Shaklee secara COD, boleh lah hubungi saya. Saya menyediakan servis COD Shaklee di area Greenwood dan seluruh Gombak amnya. Saya juga menyediakan servis COD Shaklee di area Selayang, Taman Melati dan juga Sentul.

Saya adalah pengedar Shaklee di Gombak

pengedar shaklee di gombak


Salam sayang...Jana Hazana


Thursday 18 September 2014

AKTIVITI HUJUNG MINGGU: SESI 3R BERSAMA MASTER

September 18, 2014 0 Comments
Belajarlah selagi ada nyawa. Jangan sesekali berhenti nanti rugi. Pergi belajar bukan rugi apa pun, lagi dapat ilmu dan pengalaman berharga.
Dapat jumpa kawan-kawan baru..
Dapat belajar serap ilmu secara live dari insan-insan hebat yang telah berjaya..

Dalam Shaklee, kami dilatih untuk berkongsi..
Kongsi kebaikan, kongsi kegembiraan, kongsi pengalaman..
Dengan harapan setiap perkongsian akan membawa kebaikan pada setiap orang..

"The more you share with others, 
the more valuable your share will become..
Do unto others as you would have them do unto you.."
Dr. Forrest C. Shaklee




Inilah aktiviti hujung minggu baru ni. Saja nak lepaskan diri dari tugas harian dirumah. Biar abahnya pula yang jaga si kembar. Sekali-sekala apa salahnya best jugak dapat jumpa kawan-kawan..

Seronok betul seminar ni sebab tak sempat nak bosan pun. Banyak betul aktiviti fizikal. Siap ada main baling-baling bola..hehe..Saya pun dapat juga peluang baling bola tu, pastu apalagi dapat hadiah le..tu yang best. Nampak je macam main-main tapi penuh dengan maksud tersirat dan tersurat.




SET BERSALIN SHAKLEE PASTIKAN KEPERLUAN NUTRISI IBU MENCUKUPI AGAR LUKA CEPAT SEMBUH DAN BERTENAGA

September 18, 2014 1 Comments
Set bersalin Shaklee ni berbeza dari set-set bersalin lain yang ada di pasaran. Biasanya set bersalin lain akan dilengkapi dengan minyak urut lah, minyak panas lah, bengkung dan sebagainya tapi set bersalin Shaklee ni cuma ada vitamin-vitamin untuk dimakan sahaja. Maklum la kan, Set bersalin Shaklee ni lebih menekankan konsep memenuhi keperluan nutrisi ibu dalam pantang. So minyak-minyak ke bengkung ke memang takde...

Sepertimana yang semua orang tahu, semasa dalam pantang hampir semua makanan tak boleh diambil oleh ibu berpantang. Ini sebenarnya bukan dari segi perubatan tapi dari segi kepercayaan dan adat tradisional mengikut kaum..Kalau ikutkan kat hospital tu menu tomyam ayam pun ada dihidangkan tau...Bila balik rumah berpantang dengan mak dan nenek mula ni tak boleh makan, tu tak boleh makan..Dari pengalaman saya sendiri, dalam pantang ni lebih menyeksakan dari berpuasa sebab apa pun tak boleh makan..Cuma boleh makan ikan bakar dan sup sayur..Tiap-tiap hari makan menu sama boring jugak kan? Lagi, mana nak dapat nutrisi yang penting untuk keperluan tubuh?

Sebab tu dengan adanya set bersalin Shaklee ini ia boleh pastikan keperluan nutrisi ibu dipenuhi..Biasala, sewaktu berpantang badan rasa lemah, muka pucat, stress lagi sebab baby tak nak tidur malam dan macam-macam lagi lah..nak menyusukan baby lagi..sebab tu keperluan nutrisi yang lengkap adalah sangat penting bagi ibu dalam pantang.


Kelebihan set bersalin Shaklee
  • Boleh diambil seawal hari pertama bersalin samada bersalin normal atau pun secara pembedahan.
  • Membantu ibu lebih cergas, sihat, luka cepat sembuh, cegah stress, elak sembelit
  • Mesra bayi 
  • Berkesan mengatasi masalah sembelit - ramai dah yang cuba dan sangat berpuas hati
  • Harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM268.75 dan tahan untuk 2-4 bulan
  • Set bersalin Shaklee ini turut boleh dikongsi oleh suami (maklumlah suami pun kena bantu isteri)
  • Boleh bantu kualiti penyusuan ibu

set berpantang



Zinc Complex

Nak tahu kenapa ikan haruan sangat popular dalam membantu luka cepat sembuh?
Kerana ikan haruan sangat kaya dengan zink. Namun bukan semua orang boleh makan ikan haruan kan? Tambah pula zaman sekarang agak sukar nak dapatkan bekalan ikan haruan. Mujur ada Zinc Complex. Ia berfungsi membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Tambah pula Zinc Complex dapat membantu mengatasi sembelit dan rambut gugur berlebihan

Vita-Lea

Multivitamin Shaklee yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral termasuk zat besi. Ibu berpantang biasanya mengalami kehilangan darah semasa proses bersalin, oleh itu mereka amat memerlukan zat besi bagi membina semula sel-sel darah merah yang telah hilang. Oleh itu, badan akan cepat rasa cergas dan sihat.

SR Vita-C Plus

Vitamin C meransang pembinaan kolagen secara semulajadi dalam tubuh. Oleh itu ia boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sekaligus bantu pudarkan parut luka. Vitamin C juga bersifat tinggi antioksidan yang boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Ia bantu mencegah batuk, selsema dan demam.

B-Complex

Lengkap dengan kumpulan vitamin B yang membantu mencegah stress dan tekanan perasaan yang sangat berbahaya kepada ibu ketika dalam pantang. Ia juga bantu mencegah alergi dan memberikan tenaga kepada ibu berpantang walaupun terpaksa berjaga malam.


Ostematrix

Membantu ibu dalam pantang mendapatkan kalsium yang mencukupi iaitu 1,000-1,300mg setiap hari. Kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi yang kuat, otot dan sistem saraf. Bantu ibu elak sembelit dan atasi kebas-kebas hujung jari. Keperluan kalsium adalah teramat tinggi ketika mengandung dan menyusu hinggakan jika tak cukup kalsium akan diserap dari tulang si ibu. Ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan dikemudian hari.

Oleh itu, bagi ibu-ibu terutamanya yang terpaksa berpantang sendiri sambil kena jaga anak-anak yang dah besar Set Bersalin Shaklee adalah yang paling bagus untuk anda. Banyak manfaat yang anda akan perolehi bukan sekadar pada kesihatan malah kecantikan juga tau...

Harga untuk set bersalin Shaklee adalah RM329.75

Baca: Cara bantu luka pembedahan agar cepat sembuh
Baca: Set vitamin lengkap untuk ibu hamil, berpantang dan Menyusu

Berminat nak mendapatkan set bersalin Shaklee, anda boleh order terus dengan klik pada butang berikut



Atau anda boleh dapatkannya dari saya dengan menghubungi talian berikut dan dapatkan konsultasi serta cara makan secara eksklusif. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah

set bersalin


COD area: Greenwood, Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via Poslaju dan GDEX



Thursday 11 September 2014

Testimoni krim Herbal Blend Shaklee

September 11, 2014 0 Comments
Sapa dah pernah cuba krim Herbal Blend Shaklee..Bagi yang belum pernah, ini lah masanya untuk mencubanya.
Bila sapu kat kulit, rasa nyaman dan sejuk-sejuk gitu..
Bau dia wangi dan menenangkan..
Sapu kat bahagian yang gatal-gatal, gatal-gatal tu boleh hilang..
Sapu kat bahagian yang kasar dan keras seperti tumit, boleh jadi lembut bahagian tu..
Sapu kat ruam pada kulit bayi, boleh hilangkan ruam bayi tu..
Dengan izin Allah...

Pendek kata, Herbal Blend Multi-Purpose Cream ni memang syok!
Sebab tu ramai orang sukakannya..

Jom tengok testimoni krim Herbal Blend Shaklee..

herbal blend shaklee

harga herbal blend shaklee

harga herbal blend cream shaklee

herbal blend cream shaklee

herbal blend shaklee

herbal blend shaklee

herbal blend shaklee

herbal blend shaklee

Testimoni saya sendiri menggunakan krim Herbal Blend Shaklee, saya guna untuk sapu kat anak-anak yang digigit nyamuk. Sambil tu sapu sekali kat tumit  saya yang dah kasar dan bergaris ni. Lepas 2-3 malam sapu makin ok tumit tu. Takde dah yang kasar dan pecah-pecah tu malah kulit jadi lebih lembut. Sekarang mak saya pun dah jadi peminat krim Herbal Blend.

Harga untuk 1 tiub Herbal Blend Cream ini hanyalah RM37.50 (WM)
Sangat murah berbanding kelebihan dan kesannya yang menakjubkan..

Bagaimana nak dapatkan krim Herbal Blend Multipurpose? Anda boleh order terus dengan klik pada butang order berikut. (GST 6% & postage akan dikira)



Atau anda boleh dapatkannya dari saya dengan menghubungsi talian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara penggunaan secara eksklusif.

Jana Hazana ID908814
017-3125484 (Wassap/call/sms)


VITAMIN C BANTU IBU MENGANDUNG HILANGKAN SELSEMA DAN BATUK BERPANJANGAN

September 11, 2014 0 Comments
Sapa yang ada pengalaman selsema dan batuk berpanjangan semasa mengandung? Susah nak hilangkan? Dah la doktor tak berapa sarankan ambil ubat-ubatan takut ganggu baby dalam perut..Terpaksa la bersabar dan amalkan beberapa petua yang adakalanya membantu untuk sementara waktu..Pengalaman saya sendiri sewaktu hamil sikembar Hazim dan Haziq, batuk dari 3 bulan hamil hingga hujung ke 7 bulan memang tak dapat dilupakan..Hinggakan sakit tulang rusuk dibuatnya, bernafas pun pendek-pendek je. Masa tu jalan kaki dari Stesen Sentral ke Plaza Sentral yang 10 minit jalan kaki pun boleh jadi 20 minit..Termengah-mengah dan berhenti ambil nafas..Doktor sarankan pergi jumpa pakar pernafasan sebab risau kut-kut batuk tu berpanjangan hingga ke waktu bersalin dan boleh mendatangkan kesan buruk..

Semasa mengandung, sistem imunisasi akan berubah kerana ia bertujuan untuk melindungi bayi dalam kandungan. Biasanya tahap sistem imunisasi akan menjadi lebih rendah sebab itu lah ibu mengandung cenderung untuk mengalami batuk dan selsema yang berpanjangan...


batuk dan selsema semasa mengandung


Ada beberapa petua dari orang-orang lama yang berpengalaman pernah saya cuba untuk hilangkan selsema dan batuk berpanjangan semasa mengandung. Ini yang paling berkesan buat saya:

  • Waktu pagi makan sesudu madu yang diperah limau nipis. Kesannya, ok lah sikit batuk-batuk tu sebab biasanya waktu pagi kan sejuk, kalau tak makan madu campur limau nipis tu memang lagi teruk..Tapi kesan sementara je..
  • Minum susu suam..orang mengandungkan memang kena minum susu..Jadi bila bancuh susu tu, buat bagi pekat sikit pastu biar suam panas..Biasa nya saya bancuh malam sebelum tidur..Tapi dalam jam 3-4 pagi dah batuk semula, tak boleh tidur..
  • Makan Strepsil..ini bukan petua orang-orang lama tapi memandai sendiri je sebab tak tahan gatal-gatal tekak. Ok jugak, tapi masih kesan yang sementara..

Namun, setiap individu adalah berbeza. Tak semestinya petua yang saya kongsi diatas turut memberi kesan yang sama pada anda. Apa yang penting, ibu hamil juga perlu
  • Pastikan minum banyak air kosong. Jus buah bagus untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi tapi elakkan yang berais dan kurangkan gula.
  • Bersenam. Berpeluh dengan cara yang sihat akan membantu meningkatkan sistem peredaran dan membantu ibu hamil melawan jangkitan.
  • Jika merokok, berhentilah kerana selain melemahkan sistem imunisasi ia juga membahayakan bayi.
  • Banyakkan rehat, minimum kan stress
  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang


Vitamin C bantu ibu mengandung hilangkan selsema dan batuk berpanjangan. Memakan sebiji Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee adalah sama dengan memakan 7.5 biji oren termasuk kulitnya. Sebab tu ia sangat berkesan membantu meningkatkan sistem imunisasi dan boleh bantu ibu mengandung atasi selsema dan batuk berpanjangan. Ia bebas dari bahan sintetik dan tiada pewarna dan perasa tiruan. 

batuk dan selsema semasa mengandung

SR Vitamin C Plus ni bukan sahaja dapat bantu ibu mengandung hilangkan selsema dan batuk berpanjangan tapi turut boleh membantu hilangkan masalah resdung, hidung berair dan alergi. Sebab tu permintaan terhadapnya sangat tinggi. Murah pulak tu...

Ni salah seorang pengguna SR Vita C yang pernah berjaya mengatasi batuk dan selsema semasa hamil



Harga sebotol SR Vitamin C Plus (180 biji) hanya RM92.50 (WM) / RM97.50 (EM)
Untuk mendapatkannya,  anda boleh terus order disini dengan klik pada butang dibawah



Atau untuk sebarang maklumat sila hubungi saya disini. Saya adalah pengedar Shaklee Gombak dan Sentul.



COD area Greenwood, Taman Melewar, Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Taman Melati & Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX




Tuesday 9 September 2014

Merawat eczema supaya kulit lebih sihat & cantik

September 09, 2014 6 Comments
Banyak pulak kes eczema ni diorang duk bincang dalam group. Ye lah, eczema ni bukan je berlaku dikalangan bayi dan kanak-kanak je, orang dewasa pun boleh terkena. Yang bagusnya, perbincangan tu bukan hanya duk mengadu sedih dan gatal je tapi turut membincangkan cara merawat eczema dan langkah-langkah mengawalnya supaya kulit lebih sihat dan cantik. Ada yang kongsi pengalaman sendiri dan ada juga pengalaman hilangkan eczema pada anak-anak...

Eczema biasanya berkait rapat dengan alergi dan tidak mempunyai ubat yang spesifik untuk merawatnya..dengan adanya suplemen ia dapat bantu tingkatkan sistem pertahanan tubuh dan kawal masalah ini dari berpanjangan dan melarat...

Faktor yang menyebabkan gejala eczema menjadi lebih teruk ialah;
  • Mandi terlalu lama dan mandi air panas akan menyebabkan kulit menjadi kering
  • Menggaru akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk pada kulit
  • Bakteria dan virus
  • Pendedahan terhadap habuk dan hama
  • Cuaca panas dan lembab yang menyebabkan kulit berpeluh
  • Penggunaan bahan pencuci
  • Asap rokok, jerebu
  • Alergi pada sesetengah makanan

Oleh itu, sebagai langkah-langkah untuk mengawal eczema diantaranya pastikan rumah sentiasa bebas habuk, gunakan bahan pencuci yang bebas bahan kimia berbahaya seperti Basic H dan pencuci Get Clean, jaga pemakanan harian dan banyak lagi..


Merawat eczema pada orang dewasa

Bagi orang dewasa, suplemen yang disarankan ialah Vivix, ESP, Vitamin C, GLA Complex, Alfalfa, Nutriferon..Vitamin ini membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mengatasi keradangan dan gatal-gatal, membekalkan keperluan protin untuk kulit yang sihat, membina semula sel-sel kulit yang telah mati dan membantu tubuh untuk detoks

Berikut adalah diantara testimoni mereka yang sudah berjaya mengatasi masalah eczema dengan menggunakan vitamin-vitamin Shaklee...


hilangkan eczema

cara hilangkan masalah eczema

Vivix memberi kesan terhadap 4 mekanisme penuaan pada tahap sellular. Ia mengandungi 4 bahan utama iaitu anggur muscadine, purple carrot, elderberry dan knotweed jepun yang mempunyai berupaya:

  • Bersifat anti virus & anti bakteria
  • Tinggi antioksidan, anti radang, anti mikrobial dan anti carcinogen
  • mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus, bakteria dan kulat
  • menyingkirkan sisa-sisa toksin (detoks) didalam sel yang menjadi faktor utama masalah alergi, ekzema, lemah imunisasi dan lain2

cara hilangkan eczema



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam semua..nak share testimoni sendiri..dekat 5 bulan merana sakit tangan dan gatal2..sampai luka dan merekah.semua klinik pergi..swasta dan kerajaan..tetap x elok.masa pergi klinik nak ambil ubat hilangkan gatal..nurse beri injection smpai saya pengsan..huhu.masa tu masih menyusukan anak dgn susu badan..seksa sangat rasa..baru2 nie try esp + vita c +alfalfa..alhamdulillah..korg boleh tgk result dia sendiri..saya betul2 gembira dengan perubahan sekarang..
rawatan untuk eczema


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

rawatan untuk eczema



Merawat eczema pada bayi

Merawat eczema dikalangan bayi lebih mudah sekiranya bayi menyusu ibu. Ini kerana zat-zat dan nutrisi yang dimakan oleh ibu akan dapat juga pada bayi melalui susu ibu. Ini antara kelebihan Set Menyusu Shaklee yang mengandungi ESP, Alfalfa, Vitamin C dan lain-lain kerana selain dapat membantu ibu menambahkan susu badan ia turut membantu menangani masalah-masalah lain seperti eczema

Selain vitamin yang dimakan, terdapat juga Herbal Blend Cream untuk disapu pada kulit..

rawatan untuk ekzema



Merawat eczema pada kanak-kanak

Pada peringkat kanak-kanak, mereka sudah boleh makan dan minum dengan sendiri. Vitamin yang dapat dapat membantu merawat eczema pada kanak-kanak ialah Meal Shakes, Omega Guard dan Nutriferon

rawatan untuk ekzema



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum..

Sharing tentang nutriferon & my dotter. Alhamdulilah selepas suffer hampir setahun dari allergik, ekzema, alahan walau apa pun nma nya. Pasti ada tanda2 kulit kering & gatal seluruh bdn. Hampir 80% badan mia merah, kulit kepala berkuping2 dan kulit kering. Dah macam2 produk dari luaran mahupun dalaman. Satu pun tak sembuh2 jugak.

Hari ni hari ke-4 ber "NUTRIFERON SHAKLEE". Alhamdulilah kesan yg positif. Dengan izin Allah diberi bantuan nutriferon ni.. Walaupun belum sepenuh pulih. Tapi boleh nampak kulit dia jadi normal balik. In Shaa Allah akan diteruskan sampai bila-bila.

Anda juga mengalami kulit sensatif, allergik, kulit kering. NUTRIFERON boleh membantu anda.



Sekiranya anda atau ahli keluarga anda sedang bergelut dengan masalah eczema, bertindaklah segera untuk merawat dan mengawalnya. Jangan biarkan ia berlarutan. Vitamin Shaklee boleh membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria..Inshaa Allah

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut atau berminat untuk mendapatkan produk Shaklee untuk eczema, boleh hubungi saya disini


rawatan untuk eczema


Penghantaran ke seluruh Malaysia via POSLAJU & GDEX


Monday 8 September 2014

TESTIMONI GLA COMPLEX SHAKLEE

September 08, 2014 0 Comments
GLA oh GLA..apa itu GLA? adakah ia short form bagi GLAMOUR? GLAMOROUS? Ye lah, ia kan boleh membuat seseorang tu jadi lebih glamor. Dari yang tak cantik jadi lebih cantik, yang tak fofular jadi lebih fofular..Tapi bukan yea..Yang sebenarnya, GLA bukan short form bagi perkataan GLAMOUR...tapi short form bagi perkataan Gamma-Linolenic-Acid yang diekstrak dari bunga borage dan GLA ni sangat fofular dikalangan mereka yang ingin hamil, ada masalah senggugut, menapous, diabetes dan banyak lagi

Entry lepas dah cerita pasal Kebaikan Gla Complex Shaklee ni..kali ni nak kongsi testimoni tentang GLA Complex Shaklee pula. 

testimoni gla shaklee


Berikut adalah diantara sebahagian testimoni dari pengguna-pengguna 70 juta dos GLA Complex Shaklee. Bak kata slogan Shaklee, "Ia sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN & sentiasa MESRA ALAM"..


testimoni gla shaklee

testimoni gla shaklee

testimoni gla shaklee

testimoni gla shaklee

testimoni gla shaklee

testimoni gla shaklee

testimoni gla shaklee

testimoni gla shaklee

testimoni gla shaklee


Kredit: Dazzling Mom E-shoppe


GLA Complex sangat disarankan untuk wanita terutamanya yang ingin hamil, ada masalah jeragat, masalah ekzema, yang mengalami simptom-simptom prahaid dan menapous dan banyak lagi. Namun ini bukan bermakna lelaki tak boleh ambil GLA Complex Shaklee. GLA bagi lelaki bagus utnuk memperbaiki masalah prostat dan masalah kerap kencing. Ia juga berupaya menghalang komplikasi diabetes dan menghalang tekanan darah tinggi..

Harga sebotol GLA Complex hanya RM91.25.
Order segera dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut. (Postage  flat rate & gst 6% akan dikira)



Setiap kapsul GLA Complex Shaklee mengandungi 300mg gamma linolenic acid (gla) yang mana ianya adalah sumber terbaik omega-6. Digabung pula dengan minyak matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secaran klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun dengan baik ke dalam tisu dan sel.

GLA Complex Shaklee adalah GLA yang paling semulajadi dan yang paling efektif.








Follow Instragram Jana_Hazana