Wednesday 3 September 2014

# Amalan Tarik Rezeki

AMALAN-AMALAN PALING MUDAH UNTUK TARIK REZEKI

Jom ramai-ramai amalkan amalan tarik rezeki ni. Mudah je...
Supaya sama-sama kita dapat nikmati kesenangan dan kebahagian dunia & akhirat.
Dapat rezeki yang halal, harta yang diberkati, hati yang tenang dan sentiasa mendapat rahmat dari Nya..

Bukan nak kena sembelih ayam hitam atau buat pulut kuning ye..
Tangkal-tangkal azimat pun kita tak pakai..
Perkara-perkara syirik sila buang jauh-jauh..Berdosa besar tu.

Amalan tarik rezeki

  • Sentiasa lah bersyukur. Bersyukur bermakna kita berterima kasih dengan Allah s.w.t atas pemberiannya. 
  • Jangan menderhaka pada ibu bapa dan berbaktilah terhadap mereka
  • Jaga silaturahim sesama manusia...
  • Rajin-rajinkan lah bersedekah dengan hati yang ikhlas..ingat formula ni; 1-1=10
  • Jangan sesekali tinggal solat dan solat lah diawal waktu..
  • Amalkan solat sunat tahajjud, solat sunat dhuha
  • Tinggalkan perkara-perkara maksiat
  • Bangun awal pagi
  • Banyakkan membaca Al-Quran


Rezeki tu datang dari Allah S.W.T
Oleh itu, kalau nak sentiasa murah rezeki, 'berbaik-baiklah' dan 'rapatkanlah' diri denganNya

Tapi kena ingat, rezeki bukan lah duit dan harta semata-mata..
Udara yang kita sedut pun kira rezeki..
Termakan makanan tak sedap pun dikira rezeki tau..anak-anak yang comel, suami atau isteri yang gemuk itu semua adalah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita...


murah rezeki



Salam sayang..Jana




No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana