Tuesday 30 September 2014

# ESP # Omega Guard

MENGATASI TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA HAMIL

Tekanan darah tinggi biasanya lebih kerap berlaku pada ibu mengandung buat kali pertama iaitu sehingga 25% peratus. Ia ditakrifkan pada bacaan 140/90mmHg atau lebih. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menyebabkan kompilasi terhadap ibu dan bayi dalam kandungan seperti plasenta terpisah dari uterus sebelum waktu bersalin, bayi lahir pra-matang, masalah tumbesaran bayi dalam rahim dan banyak lagi. Pendek kata, ia membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.

Tekanan darah tinggi semasa hamil terdiri daripada:
  • Tekanan darah tinggi sedia ada ~ sebelum 20 minggu kehamilan. Ibu yang mengalami tekanan darah tinggi sedia ada ini dianggarkan berisiko lebih tinggi untuk mengalami praeklampsia.
  • Tekanan darah tinggi akibat mengandung (Hipertensi Gestasi) ~ lazimnya dialami selepas 20 minggu kehamilan dan akan hilang selepas melahirkan bayi.
  • Praeklampsia ~ kedua-dua jenis tekanan darah tinggi diatas boleh menjadi lebih parah dan menyebabkan preaeklampsia. Diantara simptomnya ialah tekanan darah yang tinggi dan terdapat protin dalam air kencing. Praeklampsia boleh merosakkan otak, buah pinggang dan organ-organ lain dan boleh meragut nyawa kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan. Ia boleh melarat kepada kejadian eklampsia.

darah tinggi ketika mengandung


Ibu-ibu yang berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi semasa hamil:
  • Kehamilan pertama
  • Kandungan kembar
  • Faktor genetik
  • Sejarah kehamilan dengan praeklampsia
  • Tekanan darah tinggi sebelum hamil
  • Mempunyai penyakit buah pinggang
  • Kencing manis
  • Hamil pada usia kurang 20 tahun dan lebih 40 tahun

Ibu-ibu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi semasa hamil masih boleh bayi yang sihat sekiranya darah tinggi dikesan dan dirawat dari peringkat awal. Sesetengah faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi semasa hamil tidak boleh dikawal dan dielakkan. Namun ada juga yang boleh bantu mengawal dan mengelakkan tekanan darah tinggi semasa hamil antaranya:
  • Kurangkan garam dalam makanan
  • Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  • Tingkatkan pengambilan makanan tinggi protin dan kurangkan makanan bergoreng dan tidak berkhasiat
  • Lakukan senaman sewajarnya
  • Tinggikan kaki bila berbaring
  • Elakkan minuman beralkohol dan merokok
  • Elakkan minuman berkafein
  • Jangan abaikan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor

Sekiranya anda disarankan untuk mengambil makanan tambahan bagi mengatasi tekanan darah tinggi semasa hamil, berikut adalah beberapa vitamin yang boleh membantu;

darah tinggi ketika mengandung




Untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini boleh hubungi saya disini





No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana