Sunday 19 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Bharu

October 19, 2014 1 Comments
Assalamualaikum..Memperkenalkan Pengedar Shaklee Kota Bharu yang sah lagi terlatih iaitu Puan Wan yang sentiasa bersedia membantu anda untuk mendapatkan produk-produk dan vitamin Shaklee. Konsep Shaklee adalah mementingkan konsultasi supaya pengguna akan mendapat hasil yang terbaik untuk kesihatan mahupun kecantikan dan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Kelebihan pengedar Shaklee Kota Bharu, Puan Wan ialah:

  • Mempunyai stok sedia ada yang boleh terus dihantar ke tempat anda.
  • Pembayaran boleh dibuat semasa penghantaran (Cash On Delivery).
  • Boleh mendapatkan tip-tip, konsultasi dan nasihat cara makan secara face to face.
  • Kebolehpercayaan yang tinggi

Sekiranya anda mementingkan kriteria-kriteria diatas, dapatkan vitamin Shaklee dari pengedar Shaklee Kota Bharu, Puan Wan ditalian berikut;

cod shaklee di kota bharu

Nama penuh : Wan Nurhasliza

Shaklee ID : 932441

Facebook : AF Corner

Kawasan penghantaran PERCUMA : 
Kota Bharu, Kubang Kerian, Ketereh, Kok Lanas dan sekitarnya.

Selain mendapatkan vitamin Shaklee dari pengedar Shaklee di Kota Bharu, anda juga boleh mendapatkan terus produk Shaklee di stokis Shaklee Kota Bharu atau mana-mana cawangan Shaklee di seluruh Malaysia. Shaklee ID yang sah akan diperlukan untuk setiap pembelian dan daftar keahlian Shaklee.

Sekiranya anda ingin mendapatkan vitamin Shaklee secara COD berserta konsultasi PERCUMA, jom hubungi pengedar Shaklee di Kota Bharu hari ini.




Saturday 18 October 2014

Makan-makan: Restoran kegemaran saya

October 18, 2014 0 Comments
Sapa suka makan makanan Thai? Ni nak kongsi sikit tentang satu restoran masakan ala Thai kegemaran saya sekeluarga. Restoran ni terletak di batu 8, Gombak..bagi yang tak biasa dengan area Gombak, restoran ni terletak di tepi jalan lama yang menghala ke Karak..Senang je nak cam sebab kat situ ada juga restoran-restoran lain dan tempat parking yang agak luas. So walaupun malam, tempat tu agak meriah ditambah dengan hiasan lampu neon yang berwarna-warni.

Nama restoran tu ialah Wira Seafood. Menu kegemaran kami adalah Ikan Siakap Stim Limau, Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Poktek, Kerabu Suhun, Daging Masak Merah, ABC dan Pulut Mangga. Banyak lagi menu-menu lain yang ada tapi itu lah yang selalunya kami akan order..

makan

Sori la takde gambar yang saya boleh kongsi sebab selalunya bila makanan dihidangkan, baca doa makan dan terus NGAPP!! Gambar kedai lagi la takde..Mujur ada 1 gambar Pulut Mangga ni..

Dari segi harga, bagi kami berpatutan la dengan mutu makanan, suasana restoran dan servis yang disediakan. Cepat, sedap dan selesa. Sesuai untuk yang datang bersama kawa-kawan mahupun keluarga yang bawa anak-anak kecil...Makanan western pun ada ye..

Jika anda berjalan-jalan ke Gombak dan ingin mencari restoran masakan ala Thai untuk makan malam, singgah lah ke Restoran Wira Seafood.


Friday 17 October 2014

HOMEMADE Resipi: Teresek Jantung Pisang

October 17, 2014 2 Comments
Teresek adalah masakan tradisional orang -orang negeri Kelantan dan biasanya dibuat pada waktu kenduri. Selain jantung pisang, kacang panjang dan kulat sisir pun boleh dimasak teresek. Bergantung pada bahan mentah yang ada..biasala kat kampung bahan-bahan mentah tu boleh dikutip dari kebun je, dalam kuantiti yang banyak pulak tu..

Teresek adalah salah satu makanan kegemaran saya sepanjang masa. Sebab dah makanan kegemaran haruslah saya belajar memasaknya. Tak payah tunggu kenduri, tiap-tiap hari pun boleh makan..Homemade resipi je..Oleh kerana kali ni ada banyak jantung pisang yang saya ambil sendiri dari kebun maka saya nak kongsi homemade resipi Teresek Jantung Pisang..

resipi teresek

Bahan-bahan;

4 biji Jantung pisang
1/2 Ekor ayam berserta kaki, leher, hati
2 cawan Santan pekat
1/2 cawan Kerisik kelapa
2 peket rempah kari daging Cap Orang Terbang
15 biji Cili kering
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia dan lengkuas
Asam keping
Gula dan garam

Cara-cara;

1. Hiris jantung pisang dan rendam dalam air garam buat seketika. Kemudian toskan.

2. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas yang telah dikisar bersama hingga naik bau.

3. Masukkan rempah kari dan kacau hingga wangi dan pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan kacau sebati dan tunggu hingga sedikit kering.

5. Masukkan jantung pisang, asam keping dan sedikit garam dan kacau hingga jantung pisang agak lembut.

6. Masukkan santan dan kerisik. Kacau hingga mendidih.

7. Rasakan gula dan garam.  Bagi saya, kalau nak lagi sedap tukar gula dengan gula melaka.

Kalau nak pedas, tambah beberapa cilipadi ke dalam teresek semasa sedang mendidih. Makan bersama nasi putih dan ikan kering panas-panas..perghh sangkut habis..mertua lalu depan mata pun tak nampak dah..hehehe

Senang dan mudah je kan?

Jom la cuba resipi Teresek Jantung Pisang...



Thursday 16 October 2014

Vitamin Shaklee yang pertama saya makan

October 16, 2014 0 Comments
Vitamin Shaklee yang pertama saya makan ialah set vitamin untuk ibu mengandung yang terdiri daripada Ostematrix, Bcomplex, Vita-lea dan SR Vita-C. Set vitamin untuk ibu mengandung ini lah yang membuatkan saya terjebak dengan dunia bisnes Shaklee hingga lah sekarang. Biasala kan, bila kita dah jumpa sesuatu yang baik tentu lah nak kongsi dengan keluarga dan kawan-kawan kan? Supaya mereka juga dapat manfaat sebagaimana yang saya dapat. Sharing is caring katanya..

vitamin untuk ibu mengandung


Masa tu saya hamil buat kali ke-2. Berbanding kehamilan pertama, badan rasa sangat lemah. Mudah demam, sakit-sakit badan dan dalam masa yang sama nak jaga si kembar yang sedang aktif. Faham-faham je la budak-budak kecil ni, banyak hal. Makan memilih, selalu demam, batuk selsema, sembelit lagi tu bercampur pula dengan diri sendiri yang kurang sihat dan tak bertenaga. Dengan keadaan rumah lagi yang sentiasa bersepah dan berhabuk. Stress memanjang. Bila dah badan penat dan lesu mula lah garang semacam. Kadang-kadang saya jadi macam singa, kadang-kadang saya jadi macam mak tarzan...fuhhh

Bila buat pemeriksaan kat hospital Alhamdulilla saya dan baby dalam kandungan takde apa-apa masalah. Vitamin ibu mengandung yang diambil dari hospital pun tak pernah skip makan. Hingga dah masuk 5 bulan, pinggang saya pula mula berbunyi 'klik' bila berjalan. Risau betul masa tu..

Hinggalah suatu hari saya terpandang status kawan kat fb pasal vitamin Shaklee untuk ibu mengandung ni yang boleh bantu atasi masalah-masalah saya masa tu. Tak fikir panjang dah terus order. Tak sampai seminggu kemudian, saya mula rasa perubahan demi perubahan yang positif antaranya:

  • Badan rasa bertenaga. Tiap-tiap hari masak lauk sedap-sedap
  • Tiada lagi sakit-sakit badan. Pinggang pun takde bunyi dah. Kemas rumah, mop lantai, cuci toilet selamba je...
  • Tiada lagi rasa macam nak pitam dan pening-pening lalat.
  • Hilang stress. Mood baik je..boleh layan karenah sikembar..
  • Malam-malam bila sejuk kaki tak kejang pun


Ini kisah 2 tahun yang lalu. Ala-ala testimoni set hamil Shaklee pulak. Sekarang ni pun saya masih ambil vitamin-vitamin ni. Cuma sekarang ni lebih advance sebab ada vitamin lain juga yang saya ambil seperti Vita-E Complex, Alfalfa Complex, ESP, Cinch dan banyak lagi lah. Pastu bukan saya sorang je, sikembar, suami, mak dan ahli keluarga yang lain pun turut merasai keberkesanan vitamin-vitamin Shaklee. ALHAMDULILLAH...



Wednesday 15 October 2014

Ada apa dalam beg tangan saya

October 15, 2014 1 Comments
Bila nak keluar saya jarang bawa beg tangan. Setakat nak pergi pasar, bawa anak-anak pergi playground atau cod vitamin Shaklee saya lebih suka bawa wrislet je sebab lebih mudah dibawa ke mana-mana dan lebih praktikal. Boleh sangkut kat pergelangan tangan je. Cukup ada barang-barang wajib je seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad nikah, kad perubatan dan telefon bimbit..

Tapi bila nak pergi ke tempat-tempat tertentu, terpaksalah galas beg tangan juga. Jom selongkar sikit apa ada dalam beg tangan saya

beg tangan

Ni lah biasanya 'isi perut' beg tangan saya..mesti ada;

Organizer. Dalam organizer tu ada senarai idea nak buat entri blog, senarai impian dan kata-kata semangat, senarai harga vitamin Shaklee, tempat saya salin tip-tip bisnes dan produk dari group, rujukan untuk konsultasi, senarai untuk topup stok..dan macam-macam lagi lah..

Pencil case. Dalam tu ada gunting, marker, gam, stapler, pita pelekat..ini tabiat dari zaman belajar di universiti. Bila nak isi form ke, urusan poslaju ke senang tak payah pinjam orang punya.

Tuala wanita..sebagai persediaan bila dah dekat tarikh yang berkenaan. So takde lah kelam kabut nak beli.

Tu lah dia apa ada dalam beg tangan saya. Simple je kan. Alat kosmetik takde sebab saya tak pakai pun. Cuma ada 1 pewangi yang kakak saya bagi sebagai cenderahati dari Mekah, tu pun saya pakai ketika nak solat je.


Vitamin untuk tulang patah agar cepat sembuh

October 15, 2014 9 Comments
Jika anda atau ahli keluarga sedang mengalami patah tulang, tulang retak atau baru je menjalani pembedahan tulang, jangan sesekali abaikan pengambilan vitamin untuk membantu merawat tulang patah agar cepat sembuh.

Vitamin untuk tulang patah agar cepat sembuh bukan sahaja penting untuk bantu merawat tulang patah dan retak agar cepat sembuh malah bantu kuatkan sistem imun bagi melawan sebarang jangkitan pada luka dan membina semula dan mengukuhkan sel-sel tulang, daging dan otot supaya dapat kembali berfungsi seperti biasa malah lebih kuat.

Vitamin untuk merawat tulang patah agar cepat sembuh ini akan memastikan nutrisi yang betul yang diperlukan tubuh semasa dalam proses penyembuhan supaya mencukupi terutamanya bagi mereka yang lebih berusia, kekurangan nutrisi, ada penyakit sedia ada dan merokok.

tulang patah cepat sembuh


Tulang merupakan tisu unik yang boleh tumbuh semula namun ia bergantung kepada keupayaan tubuh untuk menentukan samada tulang dapat bercantum dengan cepat atau tidak. Keupayaan tubuh pula ditentukan oleh beberapa faktor antaranya nutrisi.

Proses penyembuhan yang sempurna akan membolehkan tulang patah cepat sembuh dan pesakit kembali sihat seperti biasa malah tulang lebih kuat dan dapat berfungsi seperti sediakala. Pemulihan yang cepat dan sempurna juga boleh mengelakkan dari sebarang masalah lain seperti luka bernanah akibat jangkitan kuman, tulang sembuh dalam posisi yang salah dan tulang tidak bercantum dengan sempurna.

Set vitamin shaklee untuk merawat tulang patah agar cepat sembuh dan dapat berfungsi seperti sediakala adalah ZINC COMPLEX, OSTEMATRIX dan ESP termasuk ADVANCE JOINT HEALTH TABLET sekiranya melibatkan sendi seperti lutut. Ia amat disarankan juga untuk mereka yang baru menjalani pembedahan tulang masuk besi.


atasi tulang patah lambat sembuh
Vitamin untuk tulang patah agar cepat sembuh

Jom baca mengapa setiap vitamin diatas penting untuk merawat tulang patah agar cepat sembuh:

  1. ZINC COMPLEX membantu cepatkan pemulihan luka. Zink penting dalam sintesis DNA, protin, pembahagian sel dan pembentukan kolagen yang merupakan proses penting untuk pertumbuhan semula dan pemulihan tisu-tisu tubuh. Dengan bekalan zink yang mencukupi, tulang akan pulih dengan lebih cepat. Sistem imun juga lebih kuat bagi melawan jangkitan.
  2. OSTEMATRIX lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium merupakan mineral utama dalam komposisi tulang manusia dan sangat penting untuk tulang terutamanya dalam proses pemulihan. Magnesium pula berfungsi menjadikan kalsium lebih mudah diserap oleh tubuh.
  3. ESP membekalkan protin yang penting untuk memulih dan menggantikan sel-sel yang lebih sihat. Oleh itu bukan sahaja luka cepat sembuh malah dapat pudarkan parut juga. Protin juga memberikan tenaga segera bagi mereka yang terpaksa berpantang makan atau selepas menjalani pembedahan.

Update terkini:

Zinc Complex tiada stok. Pengguna boleh menggantikannya dengan Vita-c Plus atau Vivix.



Set vitamin Shaklee untuk patah tulang agar cepat sembuh ini sesuai digunakan walaupun pesakit mempunyai masalah kencing manis malah membantu pesakit mengawal gejala kencing manis. Ia juga tidak mempunyai kesan buruk untuk jangka masa panjang kerana 100% bebas steroid dan bahan kimia bahaya.

Set vitamin shaklee untuk rawat tulang patah cepat sembuh ini juga boleh mengatasi masalah tulang rapuh. Customer jana pernah bagitau, sejak amalkan set vitamin untuk tulang patah cepat sembuh ni tiap kali pergi x-ray tulang dia kelihatan makin jelas. Doktor pernah bagitau dia, sebelum ni dia ada masalah tulang rapuh.


Bagaimana nak dapatkan set vitamin tulang patah Shaklee ni dan agar tulang patah dan retak dapat sembuh dengan cepat? Jom dapatkannya dengan menghubungi jana ditalian berikut.

Nasihat cara makan yang berkesan serta konsultasi percuma akan diberi sepanjang penggunaan vitamin eksklusif untuk customer jana.

Ingat, jangan abaikan rawatan patah tulang dari pakar tulang tau!


merawat tulang patah supaya cepat sembuh

Penghantaran pantas & tepat ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia.


Monday 13 October 2014

Percutian idaman saya..

October 13, 2014 3 Comments
Selain menziarahi tanah suci Mekah, percutian idaman saya ialah menikmati suasana indah damai yang sejuk lagi nyaman dengan pemandangan indah penuh bunga-bungaan berwarna-warni, bukit bukau, bangunan klasik secara berbasikal bersama insan-insan tercinta.

Tempat yang tersenarai dalam percutian idaman saya ialah ladang bunga tulip di Belanda, padang bunga-bunga liar di Colorado di US, festival dan taman-taman bunga Sakura mekar di Jepun, ladang bunga matahari di Tuscany, Itali dan padang bunga lavender di Provence, Perancis..



Dalam percutian idaman saya, saya gemar pilih untuk tinggal di homestay yang bercirikan budaya tempatan dan bergaul dengan penduduk tempatan. Dapat berbasikal menikmati pemandangan indah ciptaan tuhan memang tak terbanding nikmatnya..



Semoga percutian-percutian idaman saya ni menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Impian ni bukan untuk saya sorang tapi juga kepada insan-insan tersayang yang sentiasa teguh menyokong saya dalam apa jua keadaan. Impian yang disertakan usaha dan doa pasti akan dimakbulkan ye tak?

Anda juga sekiranya ada percutian idaman, berusahalah untuk menjadikan ia satu kenyataan..


Salam sayang...Jana


Sunday 12 October 2014

Kelebihan dan kebaikan vitamin C Shaklee

October 12, 2014 0 Comments
Dalam banyak-banyak vitamin, vitamin c Shaklee lah yang paling banyak permintaan dipasaran. Apa taknya, kalau nak cantik mesti ada vitamin c..Kalau nak sihat mesti ada vitamin c..kalau hamil mesti ambil vitamin c..pendek kata vitamin c ni adalah keperluan asas untuk kesihatan dan kecantikan. Kalau nak dibandingkan kelebihan dan kebaikan vitamin c Shaklee dengan vitamin c yang lain dipasaran, sudah tentu tiada yang dapat menandinginya.

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan dan kebaikan vitamin c Shaklee, jom baca dulu apa itu vitamin c dan mengapa kita sangat memerlukannya.
kebaikan vitamin c shaklee
Vitamin c atau dikenali sebagai asid askorbik berperanan membantu 
  • Mengaktifkan sel-sel darah putih yang berperanan penting melawan serangan bakteria dan virus. 
  • Bersifat antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas dari merosakkan sel-sel.
  • Vitamin c merangsang pengeluaran asid bile yang berperanan mengawal paras kolesterol. 
  • Bantu mencegah atherosclerosis iaitu penyakit akibat lemak dan kolesterol yang melekat pada dinding pembuluh darah dan menyekat alirannya. Dengan ini membantu mengawal tekanan darah tinggi.
  • Menguatkan dan menganjalkan dinding pembuluh darah.
  • Vitamin c merangsang pengeluaran kolagen yang penting dalam proses pemulihan luka dan parut.
  • Vitamin c penting untuk mereka yang mengamalkan cara hidup vegetarian kerana ia meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging.
  • Menyekat jangkitan, alahan dan alergi.
  • Mengatasi masalah pendarahan seperti gusi berdarah, lebam (haemorrhages)

Namun, vitamin c adalah sangat mudah termusnah akibat stress, pencemaran, pengambilan ubat tahan sakit dan kaedah pencegahan kehamilan. Menghisap sebatang rokok mampu memusnahkan sehingga 100mg vitamin c.

Vitamin c juga bersifat larut air. Oleh itu ia mudah untuk tersingkirkan menerusi air kencing dan peluh.

Adakah vitamin c dari buah sudah memadai?

Setiap hidangan buah-buahan menyediakan 45-60mg vitamin c. Buah akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah tersebut ranum. Dengan ini buah yang tidak ranum mengandungi hanya sedikit vitamin c. Kandungan Vitamin c akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan selebihnya akan musnah apabila terdedah kepada suhu tinggi.


Kelebihan dan kebaikan vitamin C Shaklee

kebaikan vitamin c shaklee

  • Setiap tablet membekalkan 500mg vitamin c yang diekstrak dari 7.5 biji oren dan buah-buahan sitrus.
  • Menggunakan teknologi pelepasan berperingkat (sustained release) vitamin c selama 5 jam berturut-turut. Ini membenarkan vitamin c untuk berada dalam tubuh dengan lebih lama. 
  • Diperkayakan dengan bioflanovoid (dari sumber kulit buah) sebanyak 120mg dalam setiap tablet yang berfungsi meningkatkan lagi keberkesanan vitamin c disamping berfungsi melegakan inflamasi, menentang jangkitan bakteria dan serangan radikal bebas.
kebaikan vitamin c shaklee

Antara lain kebaikan vitamin C Shaklee ialah ia terbukti berkesan;
  • Menghilangkan masalah alergi dan resdung
  • Mencerah dan mencantikkan kulit
  • Mengatasi demam dan selsema

Siapa yang PERLU ambil vitamin C Shaklee;
  • Perokok tegar.
  • Pesakit diabetes. Lazimnya pesakit diabetes kehilangan vitamin c yang banyak melalui kencing yang kerap. Paras gula yang banyak akan bersaing dengan vitamin c dalam salur darah. Bila vitamin c kurang akan menyebabkan gejala seperti luka sukar sembuh dan gangren.
  • Pesakit kanser kerana vitamin c berupaya memperlahankan pertumbuhan tumor.
  • Mereka yang minum alkohol.
  • Pesakit rheumatoid arthritis
  • Ahli sukan
  • Mereka yang sedang mengambil pil perancang, aspirin, antibiotik
  • Mereka yang sedang dirawat atau baru selesai menjalani pembedahan.
  • Mereka yang mementingkan kecantikan
  • Ibu mengandung, ibu lepas bersalin dan ibu menyusu.
  • Mereka yang mempunyai masalah resdung, alergi dan alahan

Adakah vitamin c penyebab gastrik?

Vitamin c tidak menyebabkan gastrik sama sekali sebaliknya ia bantu menghilangkan masalah gastrik. Vitamin c boleh mengurangkan jangkitan bakteria H.pylori yang merupakan salah satu penyebab gastrik. Vitamin c juga memudahkan proses penghadaman dan mengurangkan ketidakselesaan dan keradangan pada dinding perut.

Ole itu sekiranya anda inginkan vitamin c yang terbaik, pilihlah vitamin c Shaklee iaitu SR Vita-C Plus. Dengan harga hanya RM97.50 untuk 180 biji, anda akan mendapat manfaat yang lebih bukan sekadar untuk kecantikan malah untuk kesihatan anda keseluruhannya.

Bagaimana hendak mendapatkan vitamin c shaklee? Anda boleh mendapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Jom hubungi saya di talian berikut

kelebihan dan kebaikan vitamin c shaklee

Friday 10 October 2014

3 perkara tentang saya yang ramai orang tak tau

October 10, 2014 4 Comments
Sempena menyahut cabaran untuk update blog selama 7 hari berturut-turut, suka saya nak cerita tentang fakta diri sendiri pula. Ye lah, selalunya fakta tentang masalah kesihatan, punca dan vitamin je kan..kali ni ubah topik sikit..

3 perkara tentang saya yang ramai orang tak tau...

1. Sangat suka makan makanan pedas

Walaupun saya orang Kelantan, tahap kepedasan saya sangat tinggi. Ha..camana tu. Kalau pergi makan kat Nando's yang extra hot peri-peri tu macam just nice bagi saya.Masakan seperti masak lemak cilipadi ke, tomyam ke, memang toplist menu kegemaran saya..cili tu saya buat ulam. Bila malas nak masak saya potong je cili kecil-kecil pastu letak kicap sikit makan dengan telur goreng dan nasi. Fuhh, selera makan tu terus datang membuak-buak..

Masak lemak cilipadi


Pendek cerita, kalau tak pedas hilang selera...makan pun ciput je

Dulu-dulu masa awal perkahwinan selalu kena perli dengan suami sebab dia tak suka makan pedas! Mana taknya, budu sepiring pun sampai 7-8 biji cili...So kena la biasakan control sikit tahap kepedasan dalam masakan..Sebab tu sekarang, sambal belacan ke, jeruk cili padi ke WAJIB ada untuk saya layan selera pedas tu sorang-sorang..


2. Suka main dengan kucing tapi malas nak bela

Dulu masa kecil kakak saya bela kucing banyak juga la dalam 4-5 kalau tak silap saya..masa tu seronok sebab setiap masa dapat main kucing..Tengok tv dengan kucing, tidur dengan kucing, makan dengan kucing, jalan-jalan naik kereta pun bawak kucing. Paling seronok bila kucing tu beranak, kitaorang pula yang happy lebih-lebih. Tak bosan-bosan ulang alik jenguk anak-anak kucing dalam kotak...

Namun disebalik kecomelan kucing yang manja tu, ada sifat pengotor yang saya malas nak layan..Ha..camana tu..Kucing  tu kalau yang jantan suka 'tanda' kawasan dia dengan kencing merata-rata, berak pula nak kena sediakan tempat khas yang perlu ditukar setiap hari, bulu-bulu bersepah melekat dimana-mana, pastu kucing-kucing tu suka cakar-cakar sofa, tilam..lama kelamaan habis rosak sampai terkeluar span. Sebab tu lah sekarang saya malas dah nak bela kucing..


3. Saya seorang yang tak pandai bercakap

Tak pandai bercakap ni maksud saya tak pandai nak bercakap dikhalayak ramai, tak pandai nak pujuk memujuk, tak pandai nak berbahas..bercakap berdasarkan fakta tu boleh la tapi kalau nak menokok tambah tu memang tak pandai..Straight to the point kata orang putih..mungkin sebab saya ni pemalu sikit kut, cakap pun tak banyak..

Sebab tu saya buat bisnes online. Saya lebih selesa untuk berkongsi idea, pendapat, pengalaman & ilmu pengetahuan menerusi papan kekunci. Bila ada customer call atau pergi jumpa customer bila nak COD, sebenarnya saya sangat gugup tuhan je la yang tau. Tapi syukur lah, lama kelamaan saya dah biasa so takde la jelas sangat 'kegugupan' saya tu...


Tu dia 3 perkara tentang saya yang ramai tak tau..dikesempatan ini saya  nak mohon maaf sekiranya ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita..tak kira lah dari segi penulisan di blog atau ketika berurus niaga dan konsultasi. Jika ada, itu semua adalah diluar kesedaran saya dan saya mohon dimaafkan.

Salam sayang,

Jana Hazana SID 908814
017-3125484


Monday 6 October 2014

Ketahui punca dan cara hilangkan keputihan semasa mengandung

October 06, 2014 13 Comments
Pengetahuan tentang punca dan cara hilangkan keputihan semasa mengandung penting bagi setiap orang kerana dengan pengetahuan ini mereka boleh membezakan antara keputihan yang selamat dan keputihan yang boleh membahayakan dan cara-cara untuk mengatasinya.

Keputihan semasa mengandung mahupun dikalangan wanita yang tidak mengandung adalah normal kerana ia berperanan penting dalam penjagaan fungsi organ pembiakan wanita. Cecair yang dihasilkan oleh kelenjar didalam rahim dan serviks berfungsi untuk membawa keluar bakteria dan sel-sel mati. Ini akan membantu organ pembiakan wanita sentiasa bersih dan mencegah serangan jangkitan. Sumber




Keputihan ketika mengandung (Leukorrhea) biasanya bersifat cair, berwarna putih susu dan bau yang tidak kuat (malah ada yang tidak berbau langsung). Semasa mengandung, penghasilan hormon estrogen akan meningkat maka ia menyebabkan keputihan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding sewaktu tidak hamil. Leukorrhea tidak membahayakan bayi dalam kandungan mahupun ibu.

Walaubagaimanan pun, apabila keputihan itu bersifat kekuningan atau kehijauan dan pekat, melibatkan gatal-gatal, sakit dan kemerahan, berbau hanyir dan sakit ketika bersama suami mahupun ketika membuang air kecil ini menandakan kemungkinan ada jangkitan kulat ataupun bakteria dan memerlukan rawatan segera. Jangkitan ini berisiko menyebabkan kelahiran pra-matang atau kematian bayi dalam kandungan.

Paras hormon estrogen semasa mengandung menyebabkan faraj menghasilkan lebih banyak glikogen dimana ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat.

Cara merawat keputihan semasa mengandung

Bawang putih dapat membantu merawat keputihan semasa mengandung kerana bawang putih mampu mencacatkan aktiviti dan membunuh bakteria, kulat dan virus. Allisin berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah terhadap kesihatan. Allisin tidak terdapat dalam bawang putih biasa tetapi terhasil apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Walaubagaimanapun, pengkaji telah menemui bawang putih akan kehilangan keberkesanannya pada suhu 100°C..

Shaklee Garlic Complex bertindak sebagai anti bakteria dan anti-kulat yang dapat menghilangkan keputihan semasa mengandung. Selain itu, ia juga membantu mengawal tekanan darah, menstabilkan glukos dalam darah dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh ibu mengandung.

keputihan semasa mengandung


Keistimewaan dan kelebihan Garlic Complex Shaklee ialah

  • Pengekalan 100% allisin aktif. Jarang suplemen bawang putih dipasaran yang mengandungi allisin aktif.
  • Dwi teknologi bagi mengawal bau 
  • Perisa semulajadi dari ekstrak Rosemarry dan Spearmint
  • Diperkayakan dengan vitamin E bagi meningkatkan sebatian aktif dan keberkesanan Garlic Complex pada tubuh
  • Setiap 2 tablet Garlic Complex membekalkan 1,000mg ekstrak bawang putih tulen
  • 100% antibiotik semulajadi. 
  • Tiada bahan kimia dan sintetik, perasa dan pewarna tambahan.

keputihan ketika mengandung


Keputihan semasa mengandung jangan diambil mudah. Segera lah dapatkan rawatan doktor bagi menjamin kesihatan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Garlic Complex juga boleh bantu mencantikkan kulit.

Harga sebotol Garlic Complex hanya RM59.63 sebotol, dengannya anda akan mendapat banyak faedah untuk kesihatan.

Baca: Keputihan antara punca suami menjauhkan diri
Baca: Mengatasi kencing manis semasa hamil

Bagaimana hendak mendapatkan Garlic Complex dan hilangkan keputihan ketika mengandung? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut



Atau anda boleh dapatkannya melalui saya. Sila hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi dan nasihat cara makan secara eksklusif.




PENGEDAR SHAKLEE DI MACHANG & TANAH MERAH

October 06, 2014 0 Comments
Assalamualaikum & salam sejahtera..

Pengumuman buat rakyat negeri Kelantan..
Sekiranya anda ingin mendapatkan produk Shaklee dan sedang mencari pengedar Shaklee di Machang atau pengedar Shaklee di Tanah Merah boleh hubungi saya.

Kriteria;

  • 5 tahun pengalaman bersama Shaklee (pengguna & pengedar)
  • Menyediakan nasihat cara makan & konsultasi eksklusif sepanjang penggunaan vitamin.
  • Profesional



Sekiranya anda pentingkan kriteria-kriteria diatas jom hubungi saya, pengedar Shaklee di Machang, Tanah Merah di talian berikut:

stokis shaklee machang




Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee sendiri bolehlah mengunjungi stokis Shaklee di
Sunway Pinnacle (Ibu Pejabat Shaklee - 03-5622 3188), Sri Rampai (Cawangan Center - 03-4142 1067), Ipoh (Cawangan Utara - 05-241 8260), Pulau Pinang (Cawangan Utara - 04-397 4325), Johor Bahru (Cawangan Selatan - 07-352 5188) dan  Kota Bharu (Cawangan Pantai Timur - 09-747 8688) .

ID sah ahli/pengedar diperlukan ketika membuat pembelian di kaunter.



Saya sebagai pengedar Shaklee Malaysia khususnya di Machang, Tanah Merah menyediakan servis PENGHANTARAN PRODUK SHAKLEE di area Bandar Machang, Bandar Tanah Merah, Temangan, Bandar Baru Tanah Merah dan kawasan sekitarnya..

Jom dapatkan produk Shaklee dari saya iaitu pengedar Shaklee di Machang, Tanah Merah hari ini. Setiap pembelian akan disertakan dengan cara makan vitamin yang betul, tip-tip dan konsultasi secara percuma. Jika berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan had yang anda sendiri tentukan juga akan diberi bimbingan secara eksklusif dan profesional. Pengalaman tidak diperlukan.

Sekiranya anda seorang yang pentingkan kesihatan dan kecantikan, anda sudah pasti akan memilih Shaklee...Jom tingkatkan kualiti hidup demi mereka yang tersayang..

Salam Sayang, 

Jana Hazana (ID 908814)
017-3125484 

Pengedar Shaklee Machang
Pengedar Shaklee Tanah Merah
Pengedar Shaklee Kelantan



Sunday 5 October 2014

MERIAHNYA HARI RAYA AIDILADHA

October 05, 2014 1 Comments
Macam biasa hari raya ni saya beraya di rumah mak di Kelantan. Macam biasa juga, raya di rumah mak meriah dan mewah dengan makanan yang sedap-sedap. Sebab tu setiap kali raya terutamanya pagi raya saya memang tak boleh beraya kat tempat lain selain rumah mak. Kemeriahan tu memang dirasai sejak dari petang sehari sebelum tu bila periuk-periuk besar mula diturunkan dari almari, bawang-bawang mula dikupas, dapur ke-2 mula dipasang..suara hiruk pikuk si kembar dan sepupu-sepupu bergurau senda...

Memang meriah...




Ni menu pagi raya Aidiladha kami sekeluarga..
Ada soto dan nasi impit berkuah kacang..
Buat soto ni sebab nak tarik selera anak-anak..diorang suka sangat makan soto. Hingga jam 1 tengahari, si kembar dah pun habiskan 4 mangkuk soto setiap seorang...sama lah sepupu diorang Kak Yong dan Hafiz. Bila sorang mintak, nanti semua pun beratur nak jugak..Puas hati saya dan kakak selepas semalaman didapur menyediakan soto..Anak-anak berselera makan, mak mana tak gembira ye tak??

Untuk menu tengahari dan malam..
Mak masak singgang daging dan daging goreng berkunyit..Untuk daging goren berkunyit saya dah request guna kunyit hidup dan letak bawang besar banyak-banyak..bagi kaww daging goreng berkunyit tu..

Oh ye, jika anda sedang bergelut dengan masalah tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah, saya nak sarankan vitamin Garlic Complex.


Garlic Complex boleh membantu anda memperbaiki kestabilan tekanan darah dengan berkesan... Selain itu Garlic Complex juga bantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Harga sebotol Garlic Complex hanyalah RM47.50 sahaja.

Baca: Menurunkan paras kolesterol tinggi dan mencegah penyakit darah tinggi


Nikmatilah hidup yang lebih berkualiti dengan kesihatan yang optimum. Anda berhak memilikinya. Bagaimana hendak dapatkan Garlic Complex? Hubungi saya pengedar Shaklee anda


Salam Sayang.....

Jana Hazana
017-3125484


Saturday 4 October 2014

HILANGKAN MASALAH LINGKARAN GELAP BAWAH MATA DAN EYE-BAG UNTUK PENAMPILAN YANG LEBIH MENARIK DAN MEYAKINKAN

October 04, 2014 0 Comments
Hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag (mata sembap) dapat membantu penampilan seseorang agar nampak lebih menarik dan menyakinkan. Ini kerana mata yang cantik tanpa masalah lingkaran gelap bawah mata atau mata panda dan eye-bag membuatkan seseorang itu nampak sihat, cergas dan bertenaga. Masalah mata panda dan eye-bag juga menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih berusia.

Apakah faktor yang menyebabkan lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag

Lingkaran gelap bawah mata sebenarnya merupakan salur-salur darah yang kelihatan menerusi kulit. Faktor keturunan boleh menyebabkan keadaan ini berlaku..Ini kerana kulit dibahagian bawah mata merupakan kulit yang paling nipis berbanding kulit dibahagian-bahagian lain dan berbeza antara setiap individu. Mereka yang mempunyai struktur tulang tertentu yang menyebabkan bebayang pada sekitar mata juga menyebabkan lingkaran gelap bawah mata kelihatan jelas.



Eye-bag iaitu mata sembap pula disebabkan lemak yang berkumpul disekitar orbit mata. Tak semestinya badan gemuk ye, orang kurus pun ada lemak juga dan faktor keturunan yang menyebabkan ia berkumpul dibahagian mata. Lemak juga boleh menyimpan air oleh itu eye-bag akan kelihatan lebih jelas apabila cecair terkumpul.



Alergi, asma dan ekzema lazimnya akan membuatkan penghidap berasa gatal-gatal pada mata lalu menggosoknya. Aktiviti menggosok mata sedikit sebanyak boleh mencederakan kulit kawasan mata yang sangat nipis dan sensitif itu. Maka kulit akan menjadi lebih gelap atau pun bengkak. Untuk mengatasi masalah gatal-gatal akibat alergi, asma dan ekzema disarankan untuk mengamalkan vitamin Alfalfa Complex yang boleh membantu mengatasi gatal-gatal.

Kurang tidur iaitu tidak mendapat rehat yang mencukupi akan memaksa salur-salur darah untuk bekerja keras mengepam darah hingga menyebabkan lingkaran gelap bawah mata kelihatan lebih jelas. Sekirnya kurang tidur disebabkan insomnia, disarankan untuk mengamalkan vitamin Ostematrix dan ESP bagi membolehkan tidur yang lebih lena dan mendapatkan rehat yang mencukupi. Tidur yang berlebihan atau waktu tidur yang tidak menentu antara faktor biasa yang menyebabkan eye-bag.

Kandungan kolagen yang berkurangan seiring dengan peningkatan usia juga mempengaruhi. Pengambilan Collagen Powder dan vitamin C dengan konsisten membantu tubuh meransang membina semula kolagen untuk menegang dan menganjalkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Untuk hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag untuk penampilan yang lebih menarik dan meyakinkan, beberapa cara mudah boleh diamalkan seperti;
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Tekap mata dengan menggunakan benda-benda sejuk seperti ketulan ais, belakang sudu yang telah disejukkan, uncang teh atau hirisan timun.
  • Tidak merokok kerana merokok akan mengeringkan dan melemahkan struktru kulit

Selain itu terdapat cara yang lebih mudah dan berkesan dengan pantas untuk hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag untuk penampilan yang lebih menarik dan meyakinkan iaitu dengan menggunakan EYE TREATMENT  dari Shaklee. Dengan Eye Treatment, tiada lagi garis-garis halus dan kedutan yang ketara. Ia memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan mata sembap. Kelebihan Eye Treatment ialah terbukti berkesan secara klinikal


  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh 2 minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh 2 minggu
  • 20% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh 8 minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh 8 minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara pada kulit
  • Lembut untuk kulit mata yang nipis
  • Sesuai untuk leher dan bibir
  • Hipoalergenik dan telah diuji dan diakui oleh pakar-pakar oftalmologi serta selamat untuk pengguna kanta mata lekap

Dengan harga hanya RM52.50 anda boleh hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag untuk penampilan yang lebih menarik dan meyakinkan. Hanya 1 titik kecil setiap penggunaan membolehkan Eye Treatment tahan berbulan-bulan lamanya.

Bagaimana untuk mendapatkan Shaklee Eye Treatment? Anda boleh order terus dengan klik pada butang order berikut



Atau anda boleh dapatkannya dari saya dengan menghubungi talian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara penggunaan secara eksklusif. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah






Friday 3 October 2014

GABUNGAN ESP DAN VITAMIN E BERKESAN MENGHILANGKAN PARUT DAN MENCANTIKKAN KULIT

October 03, 2014 2 Comments
Menghilangkan parut bukanlah suatu yang mudah terutamanya bagi mereka yang lebih berusia. Ditambah pula tidak menjaga keseimbangan pengambilan nutrisi, menghilangkan parut akan menjadi lebih sukar dan akan mengambil masa yang sangat lama. Lebih teruk, parut-parut akan terus kekal. Jika anda sedang menghadapi dilema parut jangan risau, gabungan Shaklee ESP dan vitamin E berkesan menghilangkan parut dan mencantikkan kulit.

Mengapa Shaklee ESP?

Apabila kulit berparut, ini bermakna sel-sel dibahagian tersebut telah rosak. Protin berperanan penting dalam membina dan membaiki semula sel-sel bagi menggantikan yang telah rosak. Sebab itu lah tubuh manusia memerlukan protin yang tinggi supaya dapat mebina dan menggantikan sel-sel kulit, organ, rambut, darah dan lain-lain. ESP membekalkan protin yang merupakan asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia.. Asid amino sangat penting dalam memperbaiki dan membina semula sel-sel yang telah rosak.

Mengapa Vitamin E Complex?

Vitamin E merupakan antioksidan yang berupaya melindungi sel-sel dan melawan kerosakan akibat tindakan radikal bebas. Kelebihan Vitamin E Complex ialah, ia juga berkesan merawat parut dari dalam dan luar..Apa yang membuatkan Vitamin E Complex sangat bagus ialah;

  • Dilengkapi dengan selenium yang berfungsi membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan. Vitamin E tanpa selenium adalah vitamin E yang tidak lengkap.
  • Turut diperkaya dengan ekstrak biji anggur yang mana sifat antioksidannya bersifat 20x ganda lebih hebat dari vitamin E semata-mata. Biji anggur mengandungi Oligomeric Proanthi Cyanidin (OPC) yang membantu menganjalkan kulit dan menjadikan kulit lebih awet muda.
  • Diperbuat dari bahan organik dan semulajadi 

hilangkan parut


Dengan gabungan ESP dan vitamin E berkesan menghilangkan parut tak kira samaada parut jerawat, chicken pox, parut pembedahan ataupun parut kemalangan malah sekaligus mencantikkan semula kulit. Jangan terkejut jika kulit menjadi lebih cantik dari sebelum ini. Telah ramai yang berjaya mencantikkan dan menghilangkan parut dengan berkesan dan lebih cepat. 

Bagaimana mendapatkan ESP dan Vitamin E Complex?
Hubungi saya, Jana Hazana ID 908814 

FB: Jana Hazana
Wassap/sms/call: 017-3125484



Wednesday 1 October 2014

10 SEBAB MENGAPA ESP BAGUS UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

October 01, 2014 0 Comments
Teringat masa mengandungkan si kembar Hazim & Haziq..Tiap-tiap pagi mesti teringin sangat nak makan taufu-fa. Bayangkan rasanya yang manis-manis, lemak-lemak soya dan bila dimakan sejuk-sejuk, perghh..nikmat yang tak terhingga. Jadi masa tu tiap kali pasar malam, saya akan beli 3-4 bekas sekaligus, dan simpan dalam peti. Sampai satu ketika, masa pergi check-up kat GH ada nurse cakap ngan saya, jangan makan banyak sangat taufu-fa tu sebab air gula boleh naikkan gula dalam darah..aiseh..Masa tu tak kenal ESP Shaklee pun lagi..tak tau pun ESP Shaklee sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan terutamanya ibu hami, berpantang dan menyusu...

Sekarang bila dah kenal ESP Shaklee, tak berapa nak pandang dah taufu-fa tu..Bila makan taufu-fa rasa macam manis sangat pula air gula tu..Berbeza dengan rasa ESP yang manis-manis lemak soya tu..gitu..Padahal tak pandai nak explain..Tu yang buat ramai orang jatuh cinta dengannya berkali-kali..Itu baru rasanya, belum lagi rasa kesannya pada kesihatan dan kecantikan.

kebaikan esp shaklee


10 sebab mengapa ESP Shaklee sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan

1. ESP Shaklee adalah kunci kepada awet muda
ESP membekalkan protin yang sangat penting untuk pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh. Sel-sel yang rosak akibat penuaan, serangan radikal bebas dan stress dapat dibaiki dan dibina semula dengan efektif. Sel-sel yang sihat dan baru akan memberikan kesan awet muda. Sebab tu mereka yang mengamalkan ESP lazimnya berkulit cerah berseri-seri dan tiada masalah parut.

2. ESP Shaklee memberi tenaga segera
ESP sangat membantu dalam membekalkan tenaga segera. Secara kimia asid amino hampir sama dengan glukos kecuali ia turut mengandungi nitrogen. Apabila asid amino diproses dan nitrogen disingkirkan ia akan bertukar menjadi asid lemak atau glukosa yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Berbanding karbohidrat, protin membekalkan tenaga yang perlahan tetapi lebih tahan lama..Sebab tu ia sangat sesuai untuk ibu dalam pantang dan mereka yang berpuasa.

3. ESP Shaklee tidak mengandungi kolesterol dan rendah lemak
ESP adalah makanan tambahan bebas kolesterol. Tambahan pula ia bantu beri rasa kenyang yang lama oleh itu ia tidak menggemukkan dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin diet dan mengawal berat badan.

4. ESP Shaklee rendah Indeks Glisemik iaitu 39
Makanan rendah Indeks Glisemik akan membantu mengawal paras gula dalam darah dengan memecahkan gula secara perlahan-lahan dan melepaskan glukos kedalam sistem badan kita. ESP sesuai diambil oleh mereka yang mengalami diabetes.

5. ESP Shaklee diperbuat dari soya non-GMO
Non-GMO bermaksud organisma yang tidak diubah secara genetik dan membesar dalam keadaan fitrah semulajadi. Keburukan produk GMO ialah ia boleh memberi kesan jangka masa panjang terhadapa tubuh manusia. Oleh itu ESP bebas dari risiko kesihatan dan persekitaran yang tidak sihat malah mempunyai kualiti protin soya yang tinggi.

6. ESP Shaklee tidak diproses menggunakan alkohol
Sesetengah soya diproses dengan menggunakan alkohol. Selain dari menimbulkan keraguan terhadap pengguna islam ia juga menyebabkan kandungan isoflavon dalam soya hilang malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan. Soya ESP diproses dengan menggunakan air untuk mengekalkan isoflavone genistein dan deidzein yang kritikal demi kebaikan soya yang menyeluruh.

7. ESP Shaklee turut diperkayakan dengan unsur Kalsium
Ada kajian/artikel yang menyebut serbuk soya bersifat asid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Untuk itu, unsur Kalsium perlu ditambah secukupnya bagi meneutralkan kembali keasidan tersebut. Kebanyakan pengeluar protin soya tidak menambah Kalsium secukupnya.

8. ESP Shaklee lengkap dengan 9 asid amino perlu
Protin terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan setiap jenis protin yang berbeza mengikut keperluan tubuh manusia. terdapat asid amino yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan ia dikenali asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan tubuh manusia harus diperolehi dari sumber pemakanan dan ia dikenali sebagai asid amino perlu. ESP menyediakan semua 9 asid amino perlu tersebut.

9. ESP Shaklee menggunakan proses pensijilan IPP
Proses pensijilan IPP iaitu Identity Preserved Program memastikan kacang soya bebas dari pendedahan perubahan genetik daripada peringkat benih hingga ke pengeluaran.

10. ESP Shaklee selamat dan berkualiti
1 hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, bebas kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Inilah dia 10 sebab mengapa ESP Shaklee bagus untuk kesihatan dan kecantikan.

Ramai yang telah merasa kebaikan ESP Shaklee dan manfaatnya selepas mengamalkan secara konsisten walaupun belum pun habis setin.

Baca: Testimoni sendiri menggunakan ESP
Baca: Testimoni ESP untuk kulit cantik
Baca: Testimoni ESP untuk ibu hamil

Jom dapatkan Shaklee ESP sempena Promosi Oktober 2014;

promosi shaklee esp


Untuk mendapatkan ESP dan menikmati kebaikannya jom hubungi saya disini


Follow Instragram Jana_Hazana