Ummi, kenapa benda hitam tu ikut ummi?

Lama tak berkongsi kisah-kisah seram. Dulu masa tinggal di asrama, mesti akan ada satu sesi berkongsi kisah seram bersama kawan-kawan. Pastu bila malam masing-masing mula la takut nak pergi tandas sorang-sorang, mesti berteman. Berteman pula rasa tak cukup sorang, mesti 2-3 orang baru hilang rasa takut. Bila teringat rasa kelakar la pula...Masa belajar di universiti pula, kalau tak berkongsi kisah seram, pakat ramai-ramai tengok CD cerita seram kat komputer. Nak tengok sorang-sorang memang tak mungkin. So tunggu bila ada geng baru boleh tengok.

Bila dah jadi mak orang ni jarang benar berpeluang dengar kisah-kisah seram. Jangan kata nak dengar, nak tengok movie seram pun tak boleh. Bukan apa, dah anak-anak duk berkepit 24 jam takkan nak tengok juga kut. Layan kartun je la..

Tapi semalam, ada kisah seram jam 12.30. Ini benar-benar berlaku.

Dalam jam 11 saya ajak anak-anak masuk tidur. Si Haziq masa tu agak cranky. Faham-faham je lah, sepanjang hari bermain dalam dan luar rumah mungkin dia terlampau penat, tak sedap badan. Fikir saya. Tak nak tidur dalam gelap, merengek minta saya pasangkan lampu tidur. Saya pula tak berapa gemar lampu tu sebab agak terang. Tapi sebab malas nak layan rengekan mereka, saya pasang juga.

Mereka terus baring dan tidur. Hazim terus terlena. Tapi Haziq walaupun mata dah pejam sekejap pusing ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap menggaru..Tetiba dia bangun duduk.

"Kenapa ni Haziq? gatal ke?"..

sambil mata masih pejam,
"ummi, nak susu",
"OK"...saya suruh dia baring dulu sementara saya pergi buatkan susu.

Tak sampai 5 minit bancuh susu. Sebelum masuk ke bilik sambil mengocak botol susu ditangan, saya sempat menjeling nombor digital jam penggera waktu solat yang akan mengeluarkan bunyi azan. Waktu tu nombor menunjukkan 12.30am.."uish, dah lewat malam" saya berbisik sendirian. Patutlah suasana sunyi dan sejuk je..

Bila melangkah masuk, saya tengok Haziq duduk disisi katil sambil memandang ke arah saya. Bila saya hulurkan botol susu ke tangannya tiba-tiba,

"Ummi, kenapa benda hitam tu ikut ummi?"..

Benda hitam? Rasa macam nak melompat je masa tu. Jantung pun berdebar kencang, rasa kebas seluruh badan. Dalam otak duk proses ayat 'benda hitam'...sebelum hisap botol tu sempat lagi dia sambung, "benda hitam kat situ, kat situ, kat situ.." sambil jari tunjuk ke beberapa tempat didinding dan atas lantai.

Banyaknya! Getus hati saya.

Masha Allah.."Ni ke?" saya cuba dapatkan kepastian.
Haziq mengangguk.

Terus hilang rasa kebas-kebas seluruh badan. Degupan jantung pun mula kembali normal...

"Itu dipanggil bayang-bayang, sayang", 

"OOoo..." terkebil-kebil mata Haziq pandang saya. Sambung hisap susu sambil baring dan pejam mata. Tak sempat habis susu sebotol dah terlena. Alhamdulillah, lepas tu kami 3 beranak tidur lena hingga ke subuh..

Oh Haziq, dengan selamba kamu telah berjaya buat bulu roma ummi meremang..Lain kali jangan buat lagi ye...Pagi ni, bila dikenang rasa nak tergelak pun ada...



No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...