Resepi pulut mangga simple tapi sedap

Tiap kali pergi makan kat Wira Seafood atau mana-mana kedai makan yang ada jual pulut mangga memang saya takkan miss untuk beli. Maklumla, makanan kegemaran saya tu. Saya mula kenal pulut mangga ni masa Thai Food Festival kat KL Sentral. Masa tu kerja kat Plaza Sentral sebelah tu je..tiap2 hari sanggup menapak ke KL Sentral semata-mata untuk lunch makanan thai. Mula-mula tu tak pandang pun..apa pulut makan dengan mangga, macam tak kena je...pulut durian ok la. Tapi bila dah pekena sekali perghhh...baru ku tau betapa syoknya pulut mangga tu. Sejak dari tu memang asyik terbayang-bayang je pulut mangga tu di mata dan anak tekak. Memang tervaik!

Setelah agak sekian lama, pada suatu hari yang damai..tiba-tiba ada orang mengidam nak makan pulut mangga. Patut la siap order Harum Manis sekali. Ingatkan nak makan camtu je Harum Manis tu rupanya nak kena masakkan pulut pulak. Maka bermula lah episod pencarian resipi pulut mangga yang paling mudah tapi sedap.


Cerita pasal Harum Manis ni, memang sesuai benar dengan nama yang diberi. Sebagaimana namanya sebegitulah rasanya. Tapi ni bonus lah..kalu takde Harum Manis, pakai mangga lain pun boleh dengan syarat mangga tu ranum dan manis.

Meh saya kongsi sikit resipi pulut mangga yang simple lagi sedap yang telah diejas mengikut kesesuaian tahap skill memasak saya.. Maklum la, saya ni skill masih ditahap protege. Nak mengukus bagai memang tak dapat lah..sebab tu saya pilih cara yang lebih simple. Janji sedap.

Step 1. Masak pulut
Saya masak pulut cara tanak pakai rice cooker je. Beras pulut tu biar sedang elok tenggelam. Air tak boleh banyak ye sebab nanti nak kacau dengan santan pulak. Pulut tu pulak taknak keras, nanti tak sedap. Biar lembut.

Step 2. Santan
Sementara pulut sedang ditanak, sebatikan santan dengan sedikit garam atas api kecil. Santan tu jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Kacau hingga agak-agak masak.

Step 3. Gaul pulut dengan santan
Sebaik butang rice cooker pulut tu naik, ambil sedikit santan tadi dan gaulkan sebati dengan pulut. Banyak mana santan tu agak-agak lah supaya pulut tu ada rasa lemak-lemak sikit. Tutup semula rice cooker dan biarkan.

Step 4. Masak santan
Baki dari santan masak tadi tu masukkan gula, garam dan tepung jagung secukup rasa biar cukup rasa manis masinnya. Letak tepung jagung sikit supaya santan tu mudah melekat kat pulut dan mangga tu nanti..

Step 5. Buah mangga
Kopek kulit mangga pastu hiris potong sesedap rasa dan hidang bersama pulut.

TADAA!!


Presentation memang kelaut..malas nak menghias menyusun bagai. Masa ni tak sabar sangat dah nak NGAPP!! Hehehe...

Ketahui cara kawal kolesterol dan cegah penyakit darah tinggi penyebab strok

Perut buncit macam orang mengandung 5 bulan sepanjang tahun?

Bagi saya, cara makan pulut mangga yang paling sedap ialah pulut dan santan tu dimakan pada suhu bilik dengan mangga yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Nikmatnya sungguh tak terkata.

Jom try ♡ resipi pulut mangga yang simple tapi sedap..

Salam sayang, Jana




Set bersalin terbaik yang bantu luka cepat sembuh, badan cepat kurus dan banyakkan susu badan

Ciri-ciri set bersalin terbaik ialah yang dapat membantu luka cepat sembuh, badan mampu kembali ke bentuk asal, cegah stress, atasi sembelit dan dalam masa yang sama tidak ganggu penyusuan malah bantu banyakkan susu badan.

Masalah yang biasa dihadapi oleh ibu baru lepas bersalin antaranya ialah luka lambat sembuh, stress sebab tak cukup tidur bayi berjaga malam dan kuat menangis dan yang paling menggerunkan ialah sembelit. Belum lagi masuk bab bayi demam kuning, tak selera makan, kebas-kebas hujung jari, sakit-sakit belakang dan banyak lagi kalau nak saya senaraikan kat sini memang berjela-jela lah entri kali ni jadinya.

Semua orang pun tau tempoh berpantang adalah tempoh yang paling memenatkan dari segi emosi, mental dan fizikal. Bersediakah anda? Dengan adanya set bersalin yang baik boleh bantu luka cepat sembuh, badan cepat kurus malah bantu banyakkan susu badan.




Sebab itu lah set bersalin yang bagus amat penting bagi membantu anda elak & cegah masalah-masalah diatas jadi berlarutan. Set bersalin sepatutnya boleh membantu anda cepat sembuh, tenang, bertenaga dan dalam pada masa yang sama tidak mengganggu proses penyusuan. Tapi ada pelbagai pilihan dipasaran, mana satukah set bersalin yang paling bagus? Jom saya bantu anda buat pilihan set bersalin terbaik yang bantu luka cepat sembuh, badan cepat kurus dan dalam masa yang sama bantu banyakkan susu badan.

Untuk makluman, bukan semua ibu berpantang dan menyusu boleh ambil jamu dan tidak memberi kesan sampingan terhadap bayi. Setiap individu mempunyai tindakbalas yang berbeza sebab tu ada yang ok ada yang tak sesuai akibatnya seperti luka bernanah, bayi tak boleh menyusu dan sembelit.

Set bersalin Shaklee menggunakan konsep pemakanan seimbang untuk ibu dalam pantang. Maklum la makan pun berpantang camana nak dapat zat dan mineral secukupnya sedangkan selepas bersalin tubuh ibu dalam fasa perubahan hormon, penyembuhan dan penyesuaian tubuh untuk menyusu bayi. Jika tubuh tak mampu sediakan keperluan yang secukupnya, segala proses tersebut boleh tergendala menyebabkan masalah berat badan, masalah penyusuan malah masalah bahagian keintiman juga.

Jom semak bagaimana set bersalin Shaklee bantu ibu dalam pantang luka cepat sembuh, badan cepat kurus malah lebih mantap dari sebelum hamil dan banyakkan susu ibu.


set berpantang shaklee


Esp membekalkan sumber protin berkualiti tinggi yang bantu bina & baiki semula sel-sel yang rosak. Antara bahagian yang paling teruk alami perubahan sewaktu hamil dan bersalin adalah kulit, hormon dan otot contohnya kulit yang menggeleber dan organ peranakan. Sekiranya sel-sel tidak dibaiki dan dibina semula secara progresif, maka bahagian-bahagian tersebut susah nak sembuh dan kembali seperti sedia kala. Protin juga adalah komponen penting dalam penyusuan ibu.

Vitalea membekalkan vitamin, zat dan mineral yang seimbang yang takkan mampu disediakan melalui makanan. Ia menyediakan 30 nutrisi yang diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitalea Shaklee turut diperkayakan dengan zat besi yang menggalakkan pembentukan sel-sel darah merah yang sihat. Memberi tenaga dan elak lesu.

Ostematrix memastikan keperluan ibu berpantang terhadap kalsium mencukupi. Ibu yang sedang menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 1,000mg kalsium setiap hari. Kalsium sangat penting untuk gigi dan tulang yang kuat serta sistem saraf, otot dan kawal tekanan darah. Sebab tu dengan Ostematrix ibu berpantang dapat elak dari masalah kekejangan, kebas-kebas hujung jari dan masalah sembelit.

Zinc Complex membantu regenerasi sel-sel tubuh. Ia membantu luka cepat kering dan sembuh malah memudarkan parut. Ini sangat penting terutamanya dikalangan ibu bersalin secara pembedahan. Zinc Complex juga berkesan mengurangkan masalah rambut gugur, mencantikkan kuku kerana zink berperanan penting dalam pembentukan protin.

B-Complex sangat penting dalam membantu ibu-ibu berpantang cegah stress sekaligus menghindarkan masalah meroyan kerana ia berfungsi memelihara kesihatan fungsi saraf. Berkesan atasi masalah sakit kepala dan tingkat metabolisme.

Vitamin C penting untuk tingkat sistem pertahanan tubuh, merangsang pembinaan kolagen secara semulajadi dan mencegah masalah pendarahan dalaman seperti gusi berdarah dan lebam-lebam. Vitamin C diperkayakan dengan bioflanovoid yang bantu tingkatkan penyerapan vitamin c selain melegakan kesakitan dan mencegah jangkitan.

Omega Guard asid lemak omega-3 yang mengandungi DHA & EPA yang penting untuk otak dan memori ibu serta perkembangan otak, saraf refleks dan penglihatan bayi. Selain untuk otak, ia amat berkesan dalam membantu ibu menurunkan berat badan dengan cepat dan kembali ramping.



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.


Set bersalin terbaik yang berkesan luka cepat sembuh, badan cepat kurus dan susu badan banyak akan membantu ibu lebih bersedia untuk meneruskan rutin seperti sedia kala sebaik sahaja habis tempoh berpantang. Ada juga yang belum sempat habis berpantang lagi dah kena jalankan tugas hakiki iaitu tugas sebagai ibu dan isteri seperti memasak untuk suami dan anak-anak, hantar dan ambil anak sekolah. Malah ada yang perlu duduki peperiksaan dan urusan rasmi yang tak dapat dielakkan. Sebab tu pilihan set bersalin yang terbaik amat penting.

Kelebihan set berpantang Shaklee ialah:
  • Diperbuat dari bahan organik dan semulajadi
  • Terbukti menyerap didalam tubuh manusia dengan pantas
  • Tiada unsur dadah, tiada steroid, tiada pewarna, pengawet dan perisa tambahan
  • Telah melalui ujian-ujian klinikal bagi memastikan ia berkesan dan selamat diambil untuk jangka masa panjang
  • Selamat diambil oleh ibu walaupun sedang menyusu bayi demam kuning

Namun jangan pula keperluan seperti berbengkung dan mengurut diketepikan. Berbengkung sangat penting untuk elak masalah perut buncit iaitu diastesis recti yang boleh menyebabkan anda kelihatan seperti ibu mengandung 5 bulan sepanjang tahun.

Bagaimana nak dapatkan set bersalin shaklee yang berkesan untuk luka cepat sembuh badan cepat kurus dan banyakkan susu badan? Anda boleh dapatkannya dari saya dengan menghubungi talian berikut dan dapatkan konsultasi serta cara makan yang eksklusif



Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...