10 kebaikan tabiat bangun awal pagi sebelum matahari terbit

Saya percaya, waktu sahur mesti ramai yang bangun sekadar minum air, pastu terus sambung tidur semula. Rugi waktu tidur katanya. Mata pun buka separuh je, jalan terhuyung hayang. Ada yang lebih tak bagus, terus tak bangun sahur. Berjaga sampai tengah malam pastu gi makan kat kedai mamak kononnya nak ganti sahur so tak perlu bangun dah. Alasan, takut mengantuk kat tempat kerja atau dalam kelas.

Tahu ke tak tahu bahawasanya bangun seawal 4.30 pagi mempunyai banyak kelebihan dan kebaikannya yang tersendiri. Bukan agama Islam je yang menyuruh penganutnya bangun awal pagi malah mereka yang beragama lain pun sama. Jom semak 10 kebaikan bangun awal pagi sebelum matahari terbit;


kebaikan bangun awal pagi


1. Kajian oleh University Texas pada tahun 2008 telah menunjukkan, pelajar yang bangun awal pagi memperolehi gred CGPA yang lebih tinggi berbanding pelajar yang suka berjaga malam dan bangun lewat pagi.

2. Cristoph Randler, seorang pakar Biologi dari Harvard telah menemui bahawa mereka yang mempunyai tabiat bangun awal adalah lebih proaktif. Mereka ini mempunyai impian dan matlamat jangka masa panjang dan berusaha gigih untuk mencapai segala yang diimpikan.

3. Kajian dari Randler juga menunjukkan, mereka yang mengamalkan tabiat bangun awal pagi berupaya menangani masalah dengan lebih efisien. Biasanya mereka ini lebih berjaya dalam dunia bisnes.

4. Perancang masa yang lebih baik. Mereka mempunyai banyak masa yang sunyi sepi untuk menetapkan matlamat hidup, organisasi dan rancangan sepanjang hari dan minggu.

5. Mempunyai lebih banyak masa untuk bersenam. Senaman yang konsisten mampu meningkatkan tenaga, mood yang baik, kecergasan dan membantu tidur waktu malam yang lebih lena.

6. Pakar mengatakan, mereka yang mempunyai tabiat tidur awal dan bangun awal pagi mempunyai ritma alam semulajadi yang seimbang. Ini membantu waktu tidur yang berkualiti.

7. Mereka yang mempunyak tabiat bangun awal pagi lebih gembira, optimis, positif, rajin dan teratur. Mereka yang sering tidur lewat malam dan bangun lewat pagi mudah mendapat tekanan dan pesimis (berfikiran negatif). Kajian dari Jerman pada tahun 2013 telah menemui hubungan rapat antara tekanan mental dan tabiat tidur lewat malam.

8. Dapat mengelakkan kesesakan ketika menggunakan pengangkutan awam dan lalulintas dengan kata lain dapat mengelak dari terburu-buru mengejar masa.

9. Cenderung untuk mengambil sarapan yang lebih sihat dan mempunyai bentuk tubuh yang lebih menawan. Kajian dari University Northwestern pada tahun 2011, mereka yang sering tidur lewat malam cenderung mengambil sebanyak 248 lebih banyak kalori dalam sehari dan mempunyai purata BMI yang lebih tinggi 2 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal pagi.

10. Bangun awal pagi membolehkan kita menjalankan ibadah seperti solat sunat fajar, solat sunar tahajjud dan berzikir sebelum menunaikan solat fardhu subuh. Ketika inilah Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki, memakbulkan doa-doa mereka yang berdoa dan memberi dorongan dan kekuatan kepada jiwa hamba-hambaNya.


Kesimpulannya, tak rugi pun waktu tidur tu jika kita bangun tidur awal pagi sebelum matahari terbit. Waktu pagi juga adalah waktu dimana aliran darah dan minda kita berada dalam keadaan paling rileks, degupan jantung paling stabil dan otak paling cerdas. Tabiat ini bukan saja bagus untuk mereka yang berniaga je, pelajar dan pekerja makan gaji pun sepatutnya turut mengamalkan tabiat bangun awal pagi setiap hari bagi mendapatkan hidup yang lebih berkualiti bebas dari tekanan.

Tips supaya mudah bangun pagi ialah:
  • Tidur seawal 9.30 malam
  • Berniat untuk bangun awal dan berdoa
  • Kunci jam loceng
  • Letakkan jam loceng jauh dari capaian
  • Elakkan dari minum minuman berkafein sebelum masuk tidur. Sebaiknya minum susu atau ambil suplemen yang mengandungi kalsium atau minum air kosong.
  • Tutup lampu, tidur dalam keadaan yang gelap membantu kita tidur dengan lebih berkualiti.
  • Matikan atau tutup semua alat-alat eletrik dan elektronik yang berhampiran

Adakalanya faktor kekurangan nutrisi juga mempengaruhi kualiti tidur seseorang. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kekejangan, badan rasa lenguh dan tubuh rasa ketat sekaligus menganggu tidur yang berkualiti dan mencukupi. Begitu juga dengan tekanan mental atau depresi

Shaklee Ostematrix membantu membekalkan keperluan kalsium dan magnesium kepada tubuh. Dengan Ostematrix, kita akan dapat mengatasi masalah-masalah kekejangan, lenguh-lenguh dan tubuh rasa ketat. Shaklee Omega Guard pula membekalkan asid lemak Omega-3 yang lengkap dengan DHA, EPA dan ALA bukan saja bagus untuk otak malah membantu menangai depresi. Jadi, jika anda mengalami masalah tidur, sila dapatkan vitamin untuk tidur nyenyak segera.

vitamin untuk tidur nyenyak


Jom amalkan tabiat bangun awal pagi dan nikmati kebaikan dan kelebihannya. Jangan lupa untuk terus mandi ye. Mandi dengan air sejuk sebelum matahari terbit adalah petua untuk kulit awet muda, otak yang cergas, bagus untuk jantung dan banyak lagi.

Berminat nak dapatkan vitamin untuk tidur yang nyenyak? Harganya cuma RM207.60 termasuk pos. Bolehlah hubungi saya ditalian berikut

Salam sayang, Jana






Promosi Vivix 2015 lebih menjimatkan beri keuntungan berganda

Orang yang bijak buat pilihan, bijak rebut peluang, sudah pasti akan borong Vivix sekarang. Mengapa? Sebab sekarang ni promosi Vivix bagi tahun 2015 sedang berlangsung dengan meriahnya. Kita bukan je dapat berjimat dengan setiap pembelian Vivix malah dapat keuntungan berganda-ganda. Apa yang untung tu? Untung dari segi kesihatan, awet muda (orang yang amal Vivix secara konsisten biasanya kelihatan 20 tahun lebih muda) dan semestinya turut jimat dari segi kewangan. Dah nama pun promosi Vivix kan



Kelebihan dan kebaikan Vivix Shaklee
  1. Membantu mencegah kanser - menghalang sel-sel kanser dari merebak
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung - melindungi jantung
  3. Mengurangkan kompilasi penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang
  4. Menyokong kesihatan sendi dan membantu memperbaiki arthritis
  5. Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk
  6. Membantu mengurangkan kesan serangan strok - angin ahmar
  7. Membantu merawat penyakit Parkinson
  8. Menggalakkan kesihatan keseluruhan yang unggul -  penuaan yang sihat, awet muda, berhenti merokok
  9. Membantu pesakit kanser yang telah menjalankan kemoterapi supaya cepat sihat - mengembalikan selera makan, beri tenaga
  10. Meningkatkan kekuatan sistem pertahanan badan

Ni kisah seorang suami yang tak percaya pengambilan suplemen boleh membantu memberi kesihatan yang lebih baik. Dah hampir lumpuh pun masih liat nak ambil suplemen..


Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on
Vimeo.


Ni pulak kisah perokok tegar yang sedang berusaha nak berhenti merokok. Macam-macam cara dah dia cuba akhirnya terbuka hati nak cuba Vivix. Kesannya sangat mengejutkan


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Kuasa akhirnya masing-masing dapat mengubah kualiti kesihatan mereka kearah yang lebih baik. Sebab tu promosi Vivix 2015 ni bukan saja menjimatkan malah sangat menguntungkan.

Ni baru 2, ada banyak lagi kisah-kisah pengguna Vivix yang telah berjaya mengharungi dan mengatasi masalah kesihatan bukan sahaja pada diri mereka juga kepada keluarga mereka.

Keistimewaan Vivix yang merupakan suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia

1. Berkeupayaan membaiki kerosakan DNA
Setiap hari sel-sel tubuh akan mengalami kerosakan salah satunya akibat serangan dari radikal bebas. Serangan-serangan ini menyebabkan kerosakan pada pengkalan data genetik lalu menghasilkan satu "typo" yang akan mengganggu fungsi-fungsi sel. Ini menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat (tua sebelum waktu) dan terjadinya penyakit-penyakit kronik seperti kanser. Vivix berfungsi dengan melindungi dan membaiki  sel-sel DNA dan mencegah dari berlakunya "typo" tadi. Misalnya pesakit kanser yang selesai menjalani rawatan kimoterapi, Vivix membantu mengembalikan kondisi sel-sel tubuh yang sihat.

2. Menggalakkan pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel
Vivix menggalakkan pembentukan baru mitokondria yang berfungsi sebagai penjana tenaga didalam sel. Apabila usia kita meningkat, atau mengidap suatu penyakit kecekapan mitokondria menurun, maka tenaga turut menurun menyebabkan fungsi-fungsi sel turut terganggu. Vivix membantu memastikan sel-sel dapat berfungsi dengan baik semula.

Nak tau, adalah normal bagi pengguna tegar Vivix kelihatan jauh lebih muda dari usia sebenar
Baca bagaimana Vivix bertindak menangguh tanda-tanda penuaan

Promosi Vivix 2015 lebih menjimatkan dan beri keuntungan berganda. Waktu terhad, sapa tak rebut peluang ni dia rugi.


Sebagai tambahan untuk lebih menguntungkan anda, setiap pendaftaran sekarang akan automatik join program YES. Apa YES tu? YES ialah program untuk usahawan muda yang berimpian untuk bebas kewangan dan berjaya dunia dan akhirat.

Jika berminat nak tau lebih lanjut jemput hubungi saya di talian yang tertera. Bila dah join Shaklee ni umpama sebelah kaki dah jadi jutawan. Konsep yang diguna sangat mudah GUNA ~ KONGSI ~ JUAL..Anda dah guna so boleh kongsi pengalaman..dari pengalaman tu lah boleh bantu orang lain pula untuk cuba Shaklee dan upgrade kesihatan dan kehidapan mereka..

Camana nak dapatkan promoi Vivix 2015 dan berjimat dan untung berganda-ganda? Jom hubungi saya ditalian berikut



9 petua melambatkan penuaan dan kekal awet muda

Dalam aktiviti seharian kita ada beberapa tabiat yang boleh bantu kita untuk kekal awet muda dan melambatkan proses penuaan. Eh, bukan ke tua itu pasti, mana boleh hentikan masa yang berlalu supaya kita sentiasa kekal awet muda? Ye, betul. Menjadi tua itu pasti tetapi penuaan dan menjadi tua adalah 2 perkara yang sangat berbeza. Penuaan merupakan proses perubahan keatas fizikal seseorang individu yang boleh berlaku bergantung genetik, tabiat pemakanan dan gaya hidup manakala menjadi tua adalah lumrah alam yang sememangnya akan terjadi pada setiap manusia. Proses penuaan boleh diperbaiki manakala menjadi tua tidak boleh.

Penuaan akan menyebabkan seseorang yang baru berusia hujung 30-an kelihatan seperti berumur 50-an. Kulit kusam, liang pori besar, kedut-kedut halus, lemah daya ingatan dan sakit-sakit sendi adalah contoh tanda-tanda penuaan. Pada usia yang sudah tua, tampil kekal awet muda adalah bonus. Tapi ia bukan perkara mudah dan boleh berlaku dalam sehari-dua. Untuk kekal awet muda, kita perlulah menjaganya sejak dari awal lagi.



Proses penuaan boleh bermula seawal umur 25 tahun dimana tubuh mula berhenti menghasilkan kolagen secara semulajadi dan merosot tahun demi tahun, prestasi sel-sel yang telah rosak dan mati untuk membina dan membaiki semula menurun dan kekurangan nutrisi penting. Antara faktor utama yang menggalakkan penuaan ialah:

  • Merokok dan asap rokok
  • Penggunaan dadah & alkohol
  • Pengambilan ubat-ubatan untuk jangka masa yang panjang
  • Terlalu gemuk/terlalu kurus
  • Kekurangan zat
  • Kerap makan makanan segera, tinggi gula dan tinggi glisemik
  • Terdedah kepada cahaya matahari tanpa pelindung

Proses penuaan bagi wanita yang kerap hamil dan menyusukan anak tetapi tak menjaga pemakanan adalah lebih cepat. Proses penyusuan sebagai contoh, zat-zat dari tubuh ibu akan diambil oleh anak melalui susu ibu. Oleh itu, anda mestilah menjaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat, cegah stress, tidak merokok dan tidak minum alkohol serta mengamalkan petua berikut untuk kekal awet muda.


9 petua untuk melambatkan penuaan dan kekal awet muda

1. Amalan pemakanan tinggi protin. Tapi sila pastikan ianya rendah indeks glisemik dan rendah lemak seperti dada ayam, minuman protin dan putih telur.

Kebaikan protin dalam melambatkan penuaan dan kekal awet muda ialah mengawal paras insulin. Paras insulin penting dalam mengawal berat badan ideal dan mencegah penyakit kronik. Protin juga menggalakkan paras gula dalam darah yang stabil,  mengawal kortisol dan membantu mencegah stress.

2. Amalan 200-400mg vitamin B6 dan B12 untuk mengurangkan kortisol dan meningkatkan paras seretonin, sejenis hormon yang mencegah tekanan mental dan kekeliruan.

Pada paras tertentu kortisol adalah sangat penting pada tubuh kita. Namun pada paras yang terlalu tinggi kortisol boleh menganggu kesihatan tulang dan otot, melambatkan proses penyembuhan dan pembinaan semula sel-sel normal dan menganggu penghadaman, metabolisme dan mental. Mereka yang ingin kekal awet muda mesti kawal paras kortisol supaya tak terlalu tinggi.

3. Amalkan gaya hidup aktif atau rajin bersenam. Apabila kita rajin bersenam atau aktif, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hormon yang boleh membantu melambatkan penuaan dan kekal awet muda. Dikenali sebagai hormon pertumbuhan, ia berperanan penting untuk kulit, libido, mengekalkan berat badan ideal, jisim otot dan paras tenaga.

4. Elak dan legakan stress. Terdapat banyak cara dalam menangani stress. Stress yang berlebihan boleh menggalakkan penghasilan hormon kortisol. Antara cara yang berkesan untuk elak dan legakan stress supaya melambatkan penuaan dan kekal awet muda ialah dengan mendekatkan diri dengan tuhan. Tidak sama sekali meninggalkan solat dan membaca al-Quran, bersedekah selain mengurut badan, minum teh herba, mempunyai hobi dan meluangkan masa bersama orang-orang yang tersayang.

5. Tidur yang mencukupi 6-8 jam sehari. Tidur dapat membantu kurangkan stress disamping merehatkan tubuh dan otak. Kekurangan waktu tidur akan mengganggu penghasilan hormon pertumbuhan yang boleh membantu melambatkan penuaan dan kekal awet muda. Walaubagaimana pun cuba sedaya upaya untuk bangun sebelum matahari terbit. Mengikut petua orang-orang lama, untuk kulit cerah berseri bangun tidur sebelum subuh dan terus mandi.

6. Amalkan pemakanan tinggi antioksidan iaitu vitamin a, vitamin c, vitamin e dan selenium untuk melawan serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh. Antara contoh radikal bebas yang sangat merosakkan ialah rokok dan asap rokok.

7. Amalkan suplemen yang boleh menggalakkan penghasilan elastin dan kolagen. Kolagen penting untuk tubuh kerana ia umpama gam yang memastikan sel-sel tubuh melekat antara satu sama lain dengan kemas. Kekurangan elastin dan kolagen adalah punca kulit dan otot kendur, sakit sendi, liang pori membesar, masalah penglihatan dan rambut gugur. Ini termasuklah glukosamin, kondroitin dan asid hyaluronic.

8. Banyakkan minum air kosong lebih kurang 3L setiap hari dan kurangkan makanan dan minuman tinggi gula. Tingkatkan sistem imunisasi tubuh. Pertahanan tubuh yang kuat membantu dari mudah jatuh sakit.

9. Bertenang. Sentiasa senyum dan berfikiran positif.


Melambatkan penuaan dan kekal awet muda bukan hanya penting untuk penampilan tetapi penting juga untuk mencegah penyakit-penyakit kronik yang disebabkan penambahan usia seperti penyakit darah tinggi, penyakit jantung, nyanyuk dan sebagainya.

Mereka yang mengamalkan vitamin Shaklee biasanya akan kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mengamalkan sebarang vitamin walaupun usia mereka sebaya.




Vivix sangat kaya dengan bahan tinggi antioksidan yang sangat bagus untuk kekal awet muda. Ia sangat halus dan bertindak hingga ke peringkat sel dengan melindungi sel, melambatkan penuaan dan penimbunan protin AGE yang menyebabkan kerosakan pada sel. Vivix merupakan suplemen anti-penuaan nombor 1 didunia. Hanya boleh didapati dari Shaklee.

Collagen Powder Shaklee adalah kolagen dari sumber sisik ikan air dalam yang turut diperkayakan dengan vitamin C, vitamin B, asid hyaluronic dan lain-lain. Kajian klinikal menunjukkan mereka yang mengambil Collagen Powder selama 8 minggu berturut-turut mengalami:
  • 69% lebih lembap
  • 75% lebih licin
  • 80% kurang kedutan
  • 90% lebih berseri
ESP membekalkan asid amino yang penting untuk awet muda dimana ia penting untuk pembinaan otot, kuku, rambut, organ, kulit dan sebagainya.


Kesan pengambilan vitamin-vitamin diatas bukan hanya pada kulit wajah namun kulit seluruh tubuh, malah mencegah kanser dan penyakit-penyakit kronik lain, jantung jadi lebih kuat dan sihat, otak lebih cergas malah sangat bagus untuk membaiki penglihatan dan sendi-sendi. Pendek kata, kekal awet muda secara keseluruhan.

Bagaimana hendak mendapaktan vitamin-vitamin diatas untuk membantu anda melambatkan penuaan dan kekal awet muda? Sila hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara makan secara eksklusif



7 makanan untuk atasi masalah rambut gugur dan dapatkan rambut kuat, sihat dan lebat

Sungguh menyakitkan pandangan mata bila tengok rambut gugur bersepah atas lantai kan? Melekat di sikat, atas bantal malah ada jugak yang termasuk dalam masakan tanpa sengaja. Lebih menakutkan bila rambut yang kat atas kepala pun semakin nipis dan jarang. Masalah rambut gugur bukan masalah kaum wanita saja, kaum lelaki pun boleh mengalami masalah serupa. Rahsia untuk dapatkan rambut yang kuat, sihat dan mengatasi masalah rambut gugur bukanlah bergantung pada penggunaan shampoo atau produk rambut yang berjenama terkenal dan mahal semata-mata tapi rahsia untuk atasi masalah rambut gugur adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai. Diet yang betul bukan sahaja bagus untuk kesihatan rambut malah untuk kesihatan keseluruhan juga. Jom semak 7 jenis makanan yang boleh bantu kita atasi masalah rambut gugur seterusnya jadikan rambut lebih kuat, sihat dan lebat.


masalah rambut gugur


7 makanan untuk atasi masalah rambut gugur dan dapatkan rambut kuat, sihat dan lebat

1. Makanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 seperti ikan salmon. Asid lemak Omega-3 membantu menyuburkan rambut, membuatkan rambut bersinar dan lebat. Bagusnya asid lemak Omega-3 ia bukan sahaja untuk rambut tetapi turut bantu mencergaskan otak malah boleh mencegah penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan Alzheimer.

2. Yogurt dengan tinggi protien. Selain dari protin untuk binaan sel-sel umbi rambut, ia turut mengandungi vitamin B5 yang melancarkan aliran darah ke kulit kepala, bantu pertumbuhan rambut dan mencegah rambut gugur. Vitamin B5 turut dikenali sebagai pentothenic Acid.

3. Sayur bayam adalah salah satu antara sayur berdaun hijau yang membantu mencegah rambut rapuh dan mudah rosak. Ia kaya dengan vitamin A, zat besi, beta karotena, folate dan vitamin C.

4. Jambu batu sangat kaya dengan vitamin C. Ia membantu mencegah rambut bercabang.

5. Tiram merupakan makanan tinggi zink. Salah satu faktor masalah rambut gugur adalah akibat kekurangan zink. Bulu mata yang sering gugur juga adalah petanda tubuh kekurangan sumber mineral zink. Zink sangat penting dalam pembinaan sel-sel badan termasuk lah rambut.

6. Kayu manis sangat bagus untuk melancarkan peredaran darah. Ini akan membolehkan folikel rambut mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang mencukupi.

7. Telur membekalkan sumber protin dan vitamin B iaitu biotin untuk rambut sihat. Kekurangan protin dan vitamin B akan menyebabkan rambut gugur, Biotin juga membantu menguatkan kuku yang rapuh.


Namun tak semua boleh mengamalkan 7 makanan diatas setiap masa kan? Jangan risau, jangan mengeluh, Ada vitamin Shaklee yang boleh bantu atasi masalah rambut gugur dan dapatkan rambut kuat, sihat dan lebat. Vitamin tersebut ialah BComplex, Zinc Complex dan ESP.

atasi masalah rambut gugur


ESP membekalan protin yang merupakan bahan penting untuk pembinaan sel-sel rambut. Kekurangan protin akan menyebabkan masalah rambut gugur, kuku rapuh dan rambut keperangan.

B-Complex lengkap dengan 8 komponen vitamin B termasuk B5, Biotin dan Folate untuk rambut kuat, sihat dan lebat. B-Complex juga berfungsi sebagai antistress yang merupakan salah faktor keguguran rambut.

Zinc Complex membekalkan mineral zink untuk rambut yang kukuh dan kuat. Zink juga membantu pembentukan kolagen dan protin untuk pertumbuhan rambut, kuku dan organ-organ lain.

atasi masalah rambut gugur


Shampoo organik tanpa bahan kimia bahaya: Set penjagaan rambut Shaklee Prosante untuk rambut gugur dan berkelemumur

Rambut gugur boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih tua kerana rambut yang semakin nipis. Lebih memburukkan keadaan bila rambut mula botak dan nampak bertompok-tompok. Rambut gugur sering berlaku terhadap ibu yang sedang hamil, berpantang dan menyusu kerana ketika ini keperluan nutrisi yang seimbang sangat diperlukan. Begitu juga dengan mereka yang sibuk bekerja, sentiasa berada dalam keadaan stress dan sukar mendapatkan makanan berkhasiat.

Daripada duk memendam perasaan tengok rambut bersepah-sepah dimerata tempat, baik ambil langkah penyelesaian yang bijak. Rambut itu mahkota.

Harga runcit set vitamin untuk mengatasi masalah rambut gugur ni ialah RM247.50 termasuk pos. Untuk mendapatkannya, anda boleh terus order dengan klik pada butang order berikut



Atau anda boleh mendapatkan set vitamin untuk mengatasi masalah rambut gugur dari saya berserta konsultasi dan nasihat cara makan. Sila hubungi saya ditalian berikut



Resipi solok lada mudah

Solok lada adalah salah satu menu feveret saya tak kisah la buat makan dengan nasi kerabu ke, nasi dagang ke, nasi putih singgang daging ke..puasa ke raya ke..haha ada ke hari raya orang hidang solok lada. Saya belum pernah jumpa lagi tu.. Rahsia kesedapan solok lada tu ialah filling (inti) mesti guna kelapa parut yang belum diperah. Kelapa yang diperah santannya jangan sesekali buat filling solok lada...nanti hilang feel you..hilang lemak manis nya tu. Lagi satu rahsia kesedapan solok lada adalah penggunaan jenis cili. Bukan semua cili sesuai digunakan untuk buat solok lada okeh..

Cili yang paling sesuai untuk buat solok lada adalah cili besar yang berwarna hijau muda. Kat Kelantan memang bersepah cili tu. Selalunya saya beli ngan adik jual atas van tu. RM2 dapat dah dalam 15 biji. Murah ke murah? Hahaha...murah kan?? Sapa yang belum pernah tengok cili besar hijau muda tu.. ni la rupa parasnya yang menggoda tu

Gambar ambik dari internet ;)

Saya tak pasti jika cili ni ada namanya yang tersendiri. Tapi makcik-makcik kat kampung saya memang panggil cili ni lada solok. Selain dari buat solok lada, cili ni sangat sedap jika dimakan bersama meehun goreng, mee celup, mee goreng atau mee segera. Cili dipotong dan digaul bersama dengan gula, garam dan cuka. Rangup masam manis pedas. Walawey..memang terangkat habis. Nak jeruk pun boleh ye...

Biasanya kalau beli yang dah siap harganya boleh jatuh RM2 untuk 3 biji. Tapi kalau anda penggemar solok lada, sila buat sendiri. Kosnya murah sangat. Cara-cara nak buat solok lada pun mudah sangat.

Sejurus sebelum dimasak


Resipi solok lada

Bahan:

  1. 15 biji Cili besar 
  2. 1/3 biji Kelapa ditumbuk
  3. 1-2 cawan santan separa pekat
  4. 2 ekor ikan rebus siang buang tulang. Ditumbuk
  5. 3-4 biji Bawang merah ditumbuk
  6. 1/2 sudu kecil Lada hitam ditumbuk
  7. Sedikit Halia ditumbuk
  8. 2-3 helai Daun pandan
  9. Gula dan garam


Cara-cara membuat solok lada
  1.  Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.
  2. Gaul kelapa, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata.
  3. Sumbat kelapa yang sudah digaul kedalam cili. 
  4. Lapik periuk dengan daun pandan & susun solok lada yang telah ada inti diatasnya. Tutup dengan daun pandan
  5. Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada
  6. Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok lada kelihatan dah masak
Siap.

Mudah je kan? Nikmatilah bau harum yang semerbak sepanjang solok lada kat atas api. Berlari-lari anak masuk dapur tanya, "ummi masak apa? bau sedap". 

Solok lada biasanya dihidang bersama nasi kerabu. 
Tapi saya suka sangat solok lada digabung bersama singgang daging. Gabungan rasa solok lada yang pedas lemak-lemak manis, singgang daging yang masam-masin..syok gitu

Jom try

Salam Sayang
Jana


Bantuan asas kecemasan di rumah yang wajib diketahui ibu dan bapa

Pengetahuan asas tentang keselamatan dan bantuan kecemasan di rumah adalah sangat penting dan wajib diketahui oleh ibu bapa dan seluruh anggota keluarga termasuk anak-anak yang masih bersekolah supaya apabila berlaku suatu kemalangan yang melibatkan kecederaan fizikal, rawatan awal dan langkah penjagaan yang betul dapat diberikan kepada mangsa sebelum dibawa ke hospital. Kemalangan boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan dimana-mana sahaja. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan tentang bantuan asas kecemasan setiap keluarga boleh bersedia dan tidak panik apabila sesuatu berlaku dan boleh bertindak sewajarnya bagi mengurangkan tahap bahaya,  kecederaan dan kesakitan yang dialami.



Definisi kecemasan disini adalah situasi yang melibatkan kecederaan serius yang memerlukan rawatan dengan kadar segera. Bantuan asas kecemasan ini bukanlah rawatan perubatan sebenar tetapi hanyalah pertolongan sementara bantuan dan rawatan perubatan sebenar diperolehi dari mereka yang bertauliah.

Tulang patah dan retak

Boleh berlaku sekiranya jatuh atau dilanggar objek. Untuk mengetahui jika kecederaan melibatkan tulang patah atau retak, perhatikan:
  • Posisi asal tulang berubah/bengkok/membonjol dibawah kulit.
  • Sakit ketika anggota badan digerakkan/disentuh/ditekan
  • Bengkak dan lebam
Bantuan asas kecemasan:
1. Jika cedera parah, segera buat panggilan kecemasan. Antara indikasi kecederaan tulang patah yang parah melibatkan:
  • Mangsa tak sedarkan diri
  • Mangsa pucat, berpeluh dan keliru
  • Pendarahan yang banyak
  • Babitkan bahagian kepala, leher, tulang belakang, pinggul dan pelvik
  • Tulang menembusi kulit
2. Hentikan aliran darah dengan menekup luka dengan kain yang bersih.
3. Jangan gerakkan/alihkan anggota badan yang terbabit. Jika terpaksa alihkan mangsa, minimakan pergerakan anggota tubuhnya.
4. Jangan cuba betulkan tulang yang patah ke kedudukan asal.
5. Untuk kurangkan bengkak dan kesakitan, letakkan pek ais yang dibalut tuala nipis disekitar tempat yang terbabit.
6. Mangsa mungkin alami kejutan. Perhatikan kulit yang pucat, tak sedarkan diri/separa sedar, nadi lemah, mata kaku dan loya. Jika berlaku sedemikian:
♧ baringkan mangsa dan tinggikan kaki
♧ jika mangsa muntah, iringkan tubuhnya
7. Tunggu ambulans tiba atau bawa mangsa ke hospital dengan segera.


Digigit serangga/binatang berbisa

Perhatikan bekas gigitan, bengkak dan kemerahan dan sakit bila disentuh/ditekan. Mangsa mungkin mengalami reaksi alahan seperti sukar bernafas, loya dan muntah

Bantuan asas kecemasan:
1. Buang sengat yang masih melekat pada kulit secepat mungkin.
2. Bersihkan tempat luka dengan air suam atau antiseptik dan keringkan dengan kain lembut.
3. Letakkan pek ais disekitar kawasan yang disengat bagi mengurangkan bengkak dan kesakitan.
4. Jangan picit atau urut bahagian yang disengat kerana bisa mungkin merebak ke bahagian lain dalam salur darah. Kurangkan aliran darah
5. Bagi gigitan binatang berbisa, jangan hisap, cuci atau potong bahagian yang terbabit. Kurangkan aliran darah ke bahagian tersebut.
6. Jika perlu dapatkan rawatan hospital, buat panggilan kecemasan atau bawa mangsa ke hospital dengan segera.


Terkena air panas /melecur

Melibatkan kecederaan pada tisu kulit akibat terkena cecair bersuhu tinggi atau terbakar

Bantuan asas kecemasan:
1. Alihkan punca yang menyebabkan kecederaan.
2. Secara perlahan-lahan buang pakaian, rantai/gelang/cincin, jam tangan dikawasan yang terbabit kecuali yang melekat pada kulit.
3. Segera sejukkan tempat yang tercedera dengan air. Rendam di dalam bekas atau letakkan di bawah aliran air paip yang perlahan.
4. Jangan pecahkan kulit yang menggelembung/melepuh.
5. Jika perlu balut, balut dengan kain nipis dan lembut yang takkan melekat pada luka. Jangan gunakan kapas atau kain yang boleh melekat.
5. Segera bawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.


Renjatan elektrik

Berlaku apabila arus elektrik mengalir dari sumber elektrik melalui tubuh. Terkena renjatan elektrik boleh menyebabkan degupan jantung terhenti, terbakar dan renjatan

Bantuan asas kecemasan:
1. Arus elektrik boleh bergerak melalui sentuhan. Sebelum bertindak menyelamatkan mangsa, pastikan diri sendiri dilindungi dari aliran arus elektrik. Utamakan keselamatan.
2. Segera tutup sumber utama elektrik.
3. Buat panggilan kecemasan.
4. Jika terpaksa mengalihkan mangsa, pastikan anda menggunakan alat yang tak boleh alirkan arus elektrik seperti kayu, getah, kertas dan tembikar. Jangan dekati mangsa/kawasan kejadian jika lantai basah.
5. Jika mangsa terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi seperti kabel elektrik, jarakkan diri anda sejauh 20 kaki. Hanya ahli bomba dan penyelamat yang boleh bertindak.


Lemas

Kanak-kanak secara semulajadinya memang sangat suka bermain air. Mereka cepat, sifat ingin tahu yang tinggi tapi masih belum faham erti bahaya. Sebagai orang dewasa, jangan biarkan anak-anak bermain air bertakung seperti besen, tong,tangki dan kolam sendirian.

Bantuan asas kecemasan
1. Segera keluarkan mangsa dari air. Buat panggilan kecemasan.
2. Baringkan mangsa, dongakkan kepala dan angkat dagu untuk buka salur pernafasan. Dekatkan telinga anda pada mulut dan hidung mangsa untuk periksa pernafasan. Dengar, tengok, rasa dan perhatikan tanda-tanda mangsa masih bernafas.
3 Jika tiada pernafasan:
Bagi bayi bawah 1 tahun ~ letakkan mulut anda di hidung dan mulut mangsa dan beri pernafasan untuk 1 saat. Perhatikan turun naik dada.
Bagi kanak-kanak 1 tahun keatas ~ picit hidung mangsa dan letakkan mulut anda pada mulut mangsa. Beri pernafasan selama 1-2 saat dan perhatikan turun naik dada sebelum ulang bantuan pernafasan.
4. Jika dada naik, periksa nadi. Jika masih tiada nadi, dongakkan kepala mangsa dan ulang bantuan pernafasan.
5. Periksa nadi. Letak 2 jari pada leher mangsa, untuk bayi antara siku dan bahu dan tunggu selama 5 saat. Jika masih tiada nadi, ulang bantuan pernafasan setiap 3 saat.
6. Bagi bayi bawah 1 tahun ~ letakkan 2 jari pada tulang dada mangsa dan tekan untuk 5 kali (3saat setiap kali) dan beri bantuan pernafasan. Bagi kanak-kanak 1 tahun keatas ~ guna tapak tangan dan tekan dada mangsa 5 kali. Ulang periksa nadi dan bantuan pernafasan hingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri atau bantuan tiba.


Setiap rumah sepatutnya mempunyai sebuah kit kecemasan yang berfungsi. Dalam kit kecemasan sebaiknya ada:
1. Pengesat dan pembalut kain kasa yang disteril
2. Plaster
3. Kain segi tiga (anduh)
4. Termometer
5. Gunting
6. Klip keselamatan
7. Ubat/losyen gatal
8. Antiseptik
9. Ubat demam, selsema, penahan sakit

Sentiasalah berwaspada walau dimana kita berada. Kemalangan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan pada sesiapa sahaja. Bantuan asas kecemasan dirumah wajib diketahui bukan sahaja oleh ibu dan bapa malah setiap anggota keluarga. Jangan panik! tindakan pantas dan betul dalam memberikan bantuan kecemasan boleh menyelamatkan nyawa.


Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...