Thursday 2 July 2015

# B-Complex # Kebaikan dan Kelebihan

10 kebaikan vitamin bcomplex yang tak patut diabaikan oleh semua orang

Ramai yang beranggapan vitamin b hanya diperlukan ketika hamil. Ada juga oleh kerana salah anggap terhadap vitamin b ramai yang elakkannya kerana disangkakan boleh menyebabkan berat badan naik! Sapa punya ajaran sesat da.... Ini disebabkan kurang kesedaran akan kepentingan vitamin b. Lebih memburukkan keadaan, rasa vitamin b yang pahit juga menyebabkan vitamin b sentiasa dipinggirkan.

Vitamin bcomplex adalah gabungan 8 komponen vitamin b iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folic dan biotin yang sangat penting untuk semua peringkat umur tanpa mengira jantina. Ini kerana vitamin bcomplex memainkan peranan penting dalam membolehkan tubuh kita berfungsi dengan baik. Oleh itu vitamin b bukan hanya untuk ibu hamil, vitamin b perlu diambil oleh semua orang yang inginkan kualiti kesihatan yang lebih baik.


kebaikan vitamin bcomplex


10 kebaikan vitamin bcomplex yang tak patut kita abaikan untuk kesihatan menyeluruh dan juga kecantikan.

  1. Tukar makanan kepada tenaga. Vitamin bcomplex membantu melancarkan proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Oleh itu dapat mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
  2. Mencegah tekanan mental.  Vitamin bcomplex yang mencukupi dapat memelihara kesihatan fungsi saraf sekaligus dapat bantu meredakan sakit kepala, tekanan mental, stress, kemurungan dan insomnia.
  3. Membantu tumbesaran yang sihat. Vitamin bcomplex menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal dikalangan bayi dalam kandungan malah kanak-kanak yang sedang membesar. Vitamin bcomplex membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang janin.
  4. Mencegah rambut gugur dan melambatkan uban. Vitamin bcomplex sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan rambut.
  5. Baik untuk mata dan daya memori. Vitamin bcomplex bantu mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan daya fokus.
  6. Mencegah dan memperbaiki anemia. Komponen vitamin b boleh membantu membina sel darah merah yang sihat. Melancarkan aliran darah, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular,
  7. Merawat atau mencegah migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut, lemah semangat, badan rasa berat dan pening.
  8. Meredakan senggugut.
  9. Mencegah jangkitan lidah, nafas berbau dan mulut pecah-pecah.
  10. Meransang detoksifikasi. Menyingkirkan toksin dan meredakan alergi

Kesan kekurangan vitamin bcomplex
  • Nafas berbau
  • Anemia (wajah pucat)
  • Sering migrain
  • Stress
  • Lidah & mulut pecah-pecah
  • Bayi yang dilahirkan cacat. Seperti cacat tulang belakang (spina bifida)
  • Badan rasa lemau dan letih
  • Metabolisme rendah
  • Rambut gugur

kebaikan vitamin bcomplex




Keistimewaan bcomplex Shaklee
  • Asid folik yang dicipta oleh saintis Shaklee adalah semulajadi
  • Merupakan yang  pertama di dunia dengan kadar penyerapan yang sangat tinggi dan berkualiti.
  • Mengandungi 8 komponen vitamin b termasuk asid folik dan biotin sebagai yang disarankan oleh RDA
  • Vitamin bcomplex Shaklee tidak akan menyebabkan kulat atau bakteria yis aktif sebagaimana vitamin bcomplex yang diekstrak dari yis bir.

kebaikan vitamin bcomplex


Vitamin bcomplex Shaklee juga membantu melengkapkan regim untuk kecantikan kulit. Ia membantu memberikan kulit yang sihat dan berseri-seri. Sebab tu vitamin b sangat sinonim dengan 'beauty'. Selain untuk kulit cantik, vitamin bcomplex sangat disarankan untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu, mereka yang ada masalah diabetes, masalah badan letih dan lesu dan banyak lagi.


Semoga 10 kebaikan vitamin bcomplex ini dapat membantu memperbetulkan salah anggap orang ramai terhadap vitamin b. Sekiranya anda sedang mencari suplemen untuk kesihatan dan kecantikan, jangan sesekali lupa untuk ambil vitamin bcomplex juga!

Awas vitamin b sintetik yang sangat sukar dihadam dan diserap oleh tubuh!
Pastikan anda memilih yang semulajadi dan mempunyai daya serapan yang tinggi dan berkualiti.

Bagaimana nak dapatkan vitamin bcomplex Shaklee ni? Jemput hubungi saya ditalian berikut.

kebaikan vitamin bcomplex

No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana