Saturday 15 August 2015

Khas untuk peminat petai: cara buat jeruk petai yang mudah

August 15, 2015 6 Comments
Assalamualaikum

Edisi khas untuk peminat petai, kali ni jana kongsi cara buat petai jeruk dari rumah yang mudah. Buat je sendiri, pasti lebih terjamin kebersihan dan kesuciannya.

Jujur jana akui, jana adalah peminat tegar makanan eksotik dari hutan seperti petai, jering, kerdas, ulam-ulaman termasuk kulat sisir ye. So jika awak pun suka makan benda-benda macam ni, kita geng!

Petai ni berbuah ikut musim ye. Pada ketika luar musim, susah sikit nak dapatkan petai yang segar, biji besar-besar dan murah. Tapi jika waktu musim petai, harga memang merudum. Contohnya macam sekarang. Dah la petai segar-segar, biji besar-besar pulak tu. Time ni lah paling sesuai untuk borong petai banyak-banyak pastu buat jeruk. Menjeruk makanan ni kan salah satu cara untuk simpan makanan supaya tahan lama. Lagi lama lagi sedap pulak tu.

Ni cara buat petai jeruk style mak jana. Lain orang lain sikit caranya ye.

Langkah 1

homemade petai jeruk

Borong petai banyak-banyak. Pastikan petai yang segar, muda, biji besar-besar untuk kepuasan berganda. Memang lagi banyak petai lagi leceh nak proses tapi bak kata pepatah dulu-dulu, "susah dahulu senang lenang kemudian".


Langkah 2

jeruk petai

Selepas petai dibersihkan, celur sekejap. Didihkan air terlebih dahulu baru masukkan petai. Untuk mudahkan kerja-kerja dilangkah seterusnya jana potong dulu bahagian tepi bilah petai yang agak keras tu. Nak tau dah cukup celur ke tak, biji petai mudah nak tanggal bila kita picit. Tapi jangan overcooked pulak ye!


Langkah 3

jeruk petai

Ini lah dia biji-biji petai yang dah dipicit keluar dari kulitnya. Time ni kalu petai tu tak cukup celur, memang sakit jari-jemari halus tu ye. Sebab tu kena pastikan petai dicelur cukup-cukup masak. Petai mudah dipicit tapi masih kekal rangup.


Langkah 4

jeruk petai

Seterusnya rendam petai-petai dalam air bersih. Kalu pakai air tapis lagi bagus. Ini belum boleh makan lagi ye. Kena rendam dulu semalaman dalam bekas bertutup dan tukar air bersih lain untuk selama 2-3hari. Tujuannya untuk tanggalkan selaput-selaput kuning macam dalam gambar tu.


Langkah 5

Pindahkan petai kedalam balang/botol. Guna air tapis atau air masak bersuhu bilik hingga cukup-cukup tenggelam semua petai tu dan masukkan garam secukup rasa. Banyak mana secukup rasa? Untuk petai sebanyak dalam gambar ni jana guna 2 setengah senduk besar garam kasar. Masukkan juga 3-5 biji cilipadi.

Tutup rapat dan biarkan selama 2-3 hari sebelum boleh makan. Lagi lama lagi sedap tau.

Selamat mencoba!

Salam sayang,,jana


Wednesday 12 August 2015

10 koleksi resipi smoothie untuk kurus

August 12, 2015 0 Comments
Ada customer tanya jana, set kurus shaklee tu sampai ada 2 Cinch Shake. Sedap ke tak sedap Cinch tu? Kalu tak sedap jenuh la nak habiskan 2 tong Cinch. Kena amik tiap-tiap hari lak tu.. Takpe jana faham situasi awak. Jana pun macam tu jugak.. Ye lah, diet diet jugak tapi tak perlu la sampai tahap nak korbankan nikmat deria rasa kan?

Eh kalu ada yang tertanya-tanya camana set kurus shaklee tu, ni ha rupa dia.

set kurus shaklee

Jom tengok fungsi setiap vitamin dalam set kurus Shaklee:
  • Lecithin untuk rangsang tubuh memecah, membakar dan menyingkirkan lemak dengan efektif. Bukan tu je, Lecithin juga bagus untuk menguatkan ingatan juga ye. Sambil kuruskan badan, tahap kecerdasan otak jangan diabaikan.
  • Herblax untuk mencuci sisa-sisa toksin (detoks), mengatasi sembelit dan melawaskan pembuangan najis tersekat
  • Vitalea untuk memastikan keperluan nutrisi, vitamin, zat dan mineral yang diperlukan tubuh sentiasa mencukupi.
  • Cinch Shake protin yang diperkaya dengan leucine untuk membina otot, meningkatkan metabolisme dan membakar kalori.
Nampak kan ada 2 tong Cinch disarankan untuk meguruskan badan dengan jayanya? Jika awak risau akan bosan dengan rasa yang sama, jom tengok 10 koleksi resipi smoothie untuk kuruskan badan tanpa mengorbankan nikmat rasa yang dikurniakan Allah S.W.T:


menu diet untuk kurus
Mango Suprise



menu kurus sihat
Summer Strawberry Basil Smoothie



menu diet untuk kurus
Luxury Blueberry-banana smoothie



menu diet untuk kurus
Strawberry banana shake




menu diet untuk kurus
Scarlet watermelon-kiwi Smoothie



menu diet untuk kurus
Phytonutrient-rich smoothie



menu diet untuk kurus
Love JiHyo Chocoraspberriess Shake



menu diet untuk kurus
Mangosteen Energizer



menu diet untuk kurus
Strawberry kiwi smoothie



menu diet untuk kurus
Yummy licious smoothie

Itulah dia 10 koleksi resipi smoothie untuk kurus.  Sedapnya kalu nak tau kene try sendiri. Bagi jana, memang sedap,  mengenyangkan dan yang paling penting berkesan membantu dalam menguruskan badan! Sebab tu suka sangat smoothie ni. Eh jangan tak tau, selain ESP dan Cinch Shake, boleh juga guna Meal Shakes untuk buat resipi smoothie nie...

Bagi yang belum memiliki set kurus shaklee serta cinch ni, jangan tunggu tangguh lagi. Jom cecepat dapatkannya sekarang jugak. Order now!
Resipi dah ada, tunggu jana bagi panduan je lagi..pastu tambah dengan aktiviti mengeluarkan peluh inshaa Allah awak akan dapat kesannya.

Selamat mencoba!

Salam sayang, Jana

p/s: camana nak order? Jom hubungi jana 
017-3125484 (wassap)



Monday 10 August 2015

5 tips penting yang patut dilakukan ketika awal pagi gaya jutawan

August 10, 2015 0 Comments
Assalamualaikum. Selamat pagi. Semua dah bangun? Bagus bangun awal pagi, murah rezeki, juga dipermudahkan banyak urusan. Jana dapat tau tip-tip yang patut kita lakukan pada awal pagi. Banyak kebaikannya kalu kita amalkan. Yang penting sebaiknya bangunlah sebelum masuk waktu subuh.

1. Berfikiran positif sejurus bangun tidur

Fikirkan impian kita, atau perkara-perkara yang baik je. Contoh; celik mata je terus fikir "aku pasti berjaya, kaya dan bahagia". Ketika ini minda separa sedar kita sangat kuat dan boleh menjadikan apa yang kita bayangkan dan fikirkan suatu kenyataan.

Elakkan dari terus fikir masalah atau perkara yang kita tak suka.


2. Ucapkan syukur

Bersyukurlah sebab masih bernyawa, dapat tidur dan merehatkan badan dengan selesa bersama keluarga tersayang..


3. Menunaikan kewajipan iaitu solat subuh

Perkara wajib jangan sesekali kita abaikan. Solat adalah cara untuk kita 'berkomunikasi' dan menjaga hubungan dengan Si Pencipta. Ucapkan syukur, minta la apa saja dengan-Nya.

Jika terlewat bangun tanpa sengaja jangan la pergi sambung balik tidur, tapi terus bangun dan solat.


4. Membaca al-quran

Menurut kajian, membaca al-quran pada waktu pagi dapat memelihara fungsi penglihatan mata dengan baik dan melatih kekuatan fungsi paru-paru dengan berkesan.

Ini adalah jauh lebih baik dari merokok atau terus melihat skrin smart fon sebaik sahaja bangun dari tidur.


5. Bersedekah

Bersedekah adalah pintu rezeki. Kita nak pintu rezeki kita sentiasa terbuka? Bersedekahlah. Sediakan tabung khas untuk sedekah subuh dan masukkan sejumlah wang yang kita rasa nak sedekah masa tu. Jangan teragak-agak. Tetapkan satu hari dalam sebulan dan serahkan duit sedekah subuh itu kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, anak-anak yatim miskin dan sebagainya.


Ini la 5 tip apa yang patut kita lakukan pada awal pagi supaya cepat jadi kaya, hidup sejahtera dan aman bahagia. Selamat beramal. Jom kita berganding bahu, beramal soleh, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, perniagaan yang maju dan sama-sama membangunkan ekonomi ummah.

Salam sayang,
Jana

Sunday 9 August 2015

Mengatasi masalah tumit kasar dan merekah yang hodoh dengan mudah

August 09, 2015 0 Comments
Jana tau ramai yang ingin mengatasi masalah tumit kasar dan merekah yang hodoh dengan cara yang paling mudah dan selamat tapi cepat kan? Losen biasa kat pasaran ada yang tak berkesan pun, wangi je lebih. Ada pulak tu jenis yang kikir kulit tumit yang kasar macam nak licinkan permukaan kayu. Ada sapa-sapa penah try?

Kalu anda nak tau, ada cara untuk mengatasi masalah tumit kasar dan merekah yang hodoh dengan cara yang paling mudah dan selamat. Memang terbukti berkesan sebab jana sendiri dah pernah guna dan berjaya mengatasi masalah tumit kasar dan merekah. Bukan jana sorang ye tapi ramai dah yang bagitau benda sama bahawa losen ini mampu melembutkan tumit yang kering dan kasar serta mengatasi kerekahan.

tumit kasar dan pecah-pecah


Punca utama tumit yang kasar dan pecah terjadi adalah kerana kekurangan kelembapan. Ditambah pula dengan aktiviti seharian seperti banyak berjalan dan berdiri, penggunaan tapak kasut atau selipar yang keras tumit akan menjadi kasar dan merekah. Pertambahan berat badan juga menjadi punca tumit jadi kasar dan merekah.

Tumit yang kering dan merekah memanglah takkan membahayakan kesihatan hingga boleh membawa maut namun, selain dari mengganggu pandangan mata jika tak dirawat dengan segera akan menyebabkan keadaan yang lebih teruk iaitu pecah-pecah, berdarah dan menyakitkan. Bila keadaan dah teruk maka makin susah lah untuk mengatasi masalah tumit kering dan merekah yang dialami.

Untuk mengatasi masalah tumit kasar dan merekah ada beberapa cara iaitu:
  • Pastikan minum air sekurang-kurangnya 3L setiap hari.
  • Amalkan pengambilan protin dan kolagen.
  • Pakai kasut atau selipar yang bersesuaian dan lembut pada kaki.
  • Kawal berat badan ideal
  • Sapu losen pada tumit secara konsisten sebelum tidur

Hokey, cakap pasal losen. 
Losen yang jana dah tau berupaya mengatasi masalah tumit kasar dan merekah ni adalah losen yang sama boleh digunakan untuk mengatasi masalah ruam, gatal akibat gigitan serangga malah dapat mengatasi masalah celah jari kaki yang berair dan gatal. Sebab tu ia digelar krim serbaguna. Baby dan kanak-kanak pun boleh guna tau.


tumit kasar dan pecah-pecah


Krim serbaguna HERBAL BLEND Shaklee berkesan untuk mengatasi masalah tuumit kasar dan merekah. Bukan tumit je malah kulit kasar bahagian-bahagian lain seperti siku, lutut dan tapak kaki.

Istimewanya Herbal Blend ialah ia 100% bebas paraben, steroid dan bahan-bahan kimia berbahaya lain. Pernah tengok losen yang ada tarikh 'best before'? Herbal Blend ada. Ini menunjukkan Herbal Blend tidak mengandungi pengawet. Selain tu, berikut adalah keistimewaan Herbal Blend Shaklee:
  • Beri kesan yang melegakan. Sebab tu bayi dan kanak-kanak suka.
  • Ada ujian klinikal yang membuktikan keberkesanan Herbal Blend terhadap kulit kasar. Losen lain hado?
  • Kesejukan mentol dan tidak melekit. 
  • Dibuat daripada ekstrak tulen herba-herba semulajadi yang menyegarkan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemarry

atasi tumit pecah dan merekah


Untuk kesejahteraan keluarga jana sangat mencadangkan setiap rumah mesti ada sekurang-kurangnya 1 tiub Herbal Blend Shaklee dalam satu masa. Rumah jana sendiri ada 3 tiub sebab mak boleh guna untuk mengatasi masalah tumit kasar dan merekah, abah dan anak-anak boleh guna untuk atasi gatal-gatal akibat gigitan serangga dan ruam, manakala nenek boleh guna Herbal Blend untuk masalah kulit kering..

Harga Herbal Blend Shaklee hanya RM27.00 sahaja.
Untuk dapatkannya jemput hubungi jana ditalian berikut

tumit kasar dan pecah-pecah






Thursday 6 August 2015

Cerita kami di hari raya Aidilfitri 2015

August 06, 2015 0 Comments
Macam biasa tiap-tiap tahun mesti nak cerita pasal raya. Kenangan indah mesti nak simpan sampai bila-bila. Esok-esok senang anak cucu nak baca kisah camana nena jana masa muda meraikan hari raya.

Biskut Raya

Tahun ni special sikit sebab first time jana berpeluang buat biskut raya. Awal-awal dah ada buku resepi tapi bila nak start, hilang pulak buku tu. Menggagau la jana Google cari resipi yang simple tapi sedap. Maklum la, jana ni kira tahap amatur je. Tambah pula ada anak dara rajin menolong so jana jadi lebih bersemangat nak buat biskut raya.



Alhamdulillah, hujung puasa dan hari raya baru ni mak sempat sembuh dari masalah tulang retak. Mak sangat berdisiplin amal vitamin Shaklee untuk Set Tulang iaitu ESP, OSTEMATRIX & ZINC COMPLEX. Dengan izin Allah, cepat sembuh. Dah boleh berjalan pun cuma nak buat kerja berat tu masih tak boleh. Masak pun tak boleh lagi. Kena pula 2 orang adik beradik jana giliran beraya di rumah mertua masing-masing so tinggal la jana yang kena galas tanggungjawab sebagai ketua tukang masak! Tinggi betul pangkat tu ye..kikiki

Menu pilihan

Oleh kerana kekurangan ahli kabinet dapur, maka menu pilihan raya jana yang pilih. Plan untuk 3 hari terus sebab senang nak sediakan bahan-bahan. Menu pilihan pada hari raya pertama ialah mee kari 'bekeng'. Ada bekeng kat belakang tu sebab kuah kari terlebih cili kering so warna dia jadi terlebih merah! Pfftt..


Ni dia hah list menu raya pertama hingga raya ke-3. Tampal kat peti ais. Selain mee kari ada juga rendang ayam, lemang dan tapai. Alhamdulillah...nikmat rezeki....ada lagi jiran dan mak-mak sedara hantar ketupat dakap. 

Raya tu raya jugak, jana memang takkan tinggalkan lecithin, herblax dan bcomplex supaya badan sentiasa cergas bertenaga, cegah serangan migrain, taknak bagi lemak-lemak berkumpul dalam badan dan yang paling penting melawaskan pembuangan air besar.

Dalam duk happy tu jangan lupa pada yang serba kekurangan. Pergi la hulur makanan, duit dan rai kan hari raya bersama-sama. Lagi satu jana nak pesan time pergi beraya tu tak payah la bz sangat main fon. Macam la anda sorang je yang ada smart fon dan pandai main facebook dan wassap. Ahakss..

ok lah, jana nak mohon maaf jika ada tersilap bicara hingga menyinggung anda semua selama kita berblogging atau berurusniaga. Mohon dimaafkan jangan simpan dendam ye..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


P/s; tahun ni tak cukup bajet nak pasang pelita. Pasang lampu liplap pun ok lah

Salam sayang;
Jana

Wednesday 5 August 2015

Cara cepat untuk sembuhkan tulang patah dan retak

August 05, 2015 2 Comments
Ni jana nak cerita macam mana cara cepat untuk sembuhkan tulang patah dan retak. Kisah mak jana sendiri ye. Mak jana dah berusia 60 lebih. Ada masalah tekanan darah tinggi sekali tu. Nak dijadikan cerita tengah bulan 5 baru ni mak jatuh dan tak boleh bergerak. Paling menakutkan bila doktor pakar dah sahkan tulang pinggul mak retak! Masa tu memang cuak tak habis tak boleh nak cerita. Apa yang lebih kami risau adalah, atas faktor usia mak doktor cakap proses penyembuhan tulang patah dan retak biasanya agak lambat. Paling cepat selepas 3 bulan baru boleh berjalan!

Ditambah pula cerita-cerita dari jiran tentang kenalan mereka yang mengalami patah tulang dan retak lambat sembuh malah ada yang lebih kronik tak boleh berjalan hingga sekarang walaupun dah hampir setahun berlaku! Tidak!!!

tulang patah cepat sembuh
Mak dengan tongkatnya

Mak adalah tonggak keluarga kami. Kesihatan mak adalah keutamaan kami. Mak pula jenis yang aktif, tak boleh duk diam. Mak suka tanam bunga dan berkebun, mak suka jalan-jalan cari makan dengan anak cucu, mak suka memasak, mak juga suka main dengan cucu-cucunya bila ada masa lapang. Untuk seseorang yang aktif macam mak, tak mungkin boleh terlantar dan bertahan hingga ke 3 bulan. Kami risau nanti masalah lain pulak yang datang, maklumlah orang yang terlantar sakit ni stress tau..

Sebelum ni mak memang pengamal tegar Omega Guard Shaklee untuk darah tinggi. Dengan bantuan Omega Guard darah tinggi memang terkawal cantik. Bila tanya selamba je mak cakap, "mak makan Omega Guard je sekarang sebab ubat darah tinggi yang hospital bagi jatuh celah katil." Mak cakap lagi, belajar mengaji pun cepat faham dan ingat. Tau tak, sebelum ni mak tak pandai baca Quran. Bila anak-anak dah besar dah ada cucu baru nak belajar tu pun merangkak-rangkak sampai kena tulis ikut rumi. Tapi sejak amal Omega Guard, sekali ajar mak terus tangkap. Guru yang mengajar mak pun puji. Dalam bab untuk tulang patah dan retak, Omega Guard berfungsi sebagai anti keradangan.

tulang patah dan retak cepat sembuh

Jadi untuk tulang retak jana bagi mak ESP Shaklee, Ostematrix Shaklee dan Zinc Complex Shaklee. Set vitamin Shaklee untuk tulang patah dan retak. Cara makan dia of kos la tak sama macam biasa yang kita amik untuk jaga kesihatan. Ni untuk penyembuhan lain ye. Ada doktor bagi ubat tahan sakit mak tak amik pun sebab doktor tu dah pesan, side efek ubat ni boleh buat mak muntah-muntah. Awal-awal lagi mak taknak amik.

ESP bantu bekalkan sumber protin yang berkualiti. Diulangi, BERKUALITI. Sebab protin ni akan bantu bina sel-sel baru dan baiki sel-sel kita yang rosak. Kalu tubuh tak cukup protin camana sel-sel kita nak membaikpulih dengan baik? Sebab tu untuk kes-kes penyembuhan mesti ada protin. Nak protin yang berkualiti mesti ada ESP.

Ostematrix ni vitamin kalsium. Seperti yang kita dah tau kalsium sangat penting untuk tulang, otot dan gigi. Kalsium yang cukup akan bantu tubuh kita untuk bina semula tulang kuat dan sihat. Ostematrix lebih bagus berbanding pil-pil kalsium lain sebab ada magnesium. Hasilnya, kalsium lebih stabil dan boleh menyerap dengan sangat pantas. Ingat kalsium, ingat Ostematrix hokeh!

Zinc Complex pula untuk pembinaan (biogenesis) sel-sel tubuh. Luka cepat sembuh malah sistem imun pun turut lebih gagah.

Baca lebih lanjut tentang Vitamin untuk tulang patah agar cepat sembuh
Testimoni pemuda patah tulang belakang sembuh dalam masa sebulan je?!

Selepas 3 minggu, mak ulang temujanji dengan doktor pakar. Doktor cakap dah ada tulang baru tumbuh kat area retak tu. Alhamdulillah.. Ni testimoni mak jana sendiri untuk tulang retak dan patah cepat sembuh dengan mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee.


Follow Instragram Jana_Hazana