5 tips penting yang patut dilakukan ketika awal pagi gaya jutawan

Assalamualaikum. Selamat pagi. Semua dah bangun? Bagus bangun awal pagi, murah rezeki, juga dipermudahkan banyak urusan. Jana dapat tau tip-tip yang patut kita lakukan pada awal pagi. Banyak kebaikannya kalu kita amalkan. Yang penting sebaiknya bangunlah sebelum masuk waktu subuh.

1. Berfikiran positif sejurus bangun tidur

Fikirkan impian kita, atau perkara-perkara yang baik je. Contoh; celik mata je terus fikir "aku pasti berjaya, kaya dan bahagia". Ketika ini minda separa sedar kita sangat kuat dan boleh menjadikan apa yang kita bayangkan dan fikirkan suatu kenyataan.

Elakkan dari terus fikir masalah atau perkara yang kita tak suka.


2. Ucapkan syukur

Bersyukurlah sebab masih bernyawa, dapat tidur dan merehatkan badan dengan selesa bersama keluarga tersayang..


3. Menunaikan kewajipan iaitu solat subuh

Perkara wajib jangan sesekali kita abaikan. Solat adalah cara untuk kita 'berkomunikasi' dan menjaga hubungan dengan Si Pencipta. Ucapkan syukur, minta la apa saja dengan-Nya.

Jika terlewat bangun tanpa sengaja jangan la pergi sambung balik tidur, tapi terus bangun dan solat.


4. Membaca al-quran

Menurut kajian, membaca al-quran pada waktu pagi dapat memelihara fungsi penglihatan mata dengan baik dan melatih kekuatan fungsi paru-paru dengan berkesan.

Ini adalah jauh lebih baik dari merokok atau terus melihat skrin smart fon sebaik sahaja bangun dari tidur.


5. Bersedekah

Bersedekah adalah pintu rezeki. Kita nak pintu rezeki kita sentiasa terbuka? Bersedekahlah. Sediakan tabung khas untuk sedekah subuh dan masukkan sejumlah wang yang kita rasa nak sedekah masa tu. Jangan teragak-agak. Tetapkan satu hari dalam sebulan dan serahkan duit sedekah subuh itu kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, anak-anak yatim miskin dan sebagainya.


Ini la 5 tip apa yang patut kita lakukan pada awal pagi supaya cepat jadi kaya, hidup sejahtera dan aman bahagia. Selamat beramal. Jom kita berganding bahu, beramal soleh, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, perniagaan yang maju dan sama-sama membangunkan ekonomi ummah.

Salam sayang,
Jana

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...