Thursday 29 October 2015

Ketahui 11 fakta risiko meroyan dikalangan ibu-ibu selepas bersalin

October 29, 2015 3 Comments
Sehingga kini sebab atau punca meroyan masih tidak dapat dikenalpasti secara saintifik. Dulu pendapat umum mengatakan 1 daripada 10 ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami meroyan, namun kini ada pendapat yang mengatakan 1 daripada 7 ibu yang baru melahirkan anak berisiko tinggi untuk mengalami meroyan. Adakah peredaran yang makin canggih dan moden yang menyebabkan gejala meroyan semakin meningkat?

Baru ni kecoh dimedia pasal isu meroyan yang telah meragut nyawa seorang ibu yang baru 10 hari bersalin. Ketika ini, jika ada yang buka mindanya akan sedar bahawa meroyan bukan sekadar masalah kecil yang boleh dilupakan atau disembunyikan sendirian, tetapi ia boleh melibatkan nyawa! Pada jana, jangan duk seronok sangat judge orang lain. Meroyan adalah sesuatu yang diluar jangkaan.



Apa itu meroyan

Kebanyakan ibu baru bersalin akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan emosi. Perasaan bercampur baur seperti rasa gembira, ada rasa takut, ada rasa trauma, ada rasa penat dan macam-macam lagi. Biasanya mereka akan mengalami perubahan mood, keliru, sering muram, tak lena tidur, hilang selera makan dan kadangkala menangis tanpa sebab. Ini biasanya akan berlaku sehari dua selepas bersalin dan hilang dalam masa yang singkat. Ini lebih dikenali sebagai baby blues.

Namun sesetengah mereka ada yang mengalami tekanan perasaan yang lebih teruk dan berpanjangan. Ini lah yang dipanggil meroyan atau postpartum depression. Ia sama macam baby blues tapi lebih parah hingga menganggu kemampuan ibu untuk menjaga bayi sendiri.

Simptom-simptom meroyan

Biasanya bermula seawal beberapa minggu selepas bersalin. Namun boleh juga bermula lebih lewat iaitu hingga ke 6 bulan selepas melahirkan.
  • Tekanan perasaan dan perubahan mood yang keterlaluan
  • Sering menangis dengan teruk
  • Sukar/tak boleh bersama bayi yang baru dilahirkan
  • Mengasingkan diri dari keluarga dan rakan-rakan
  • Hilang selera makan. Atau terlalu berselera makan lebih dari kebiasaan.
  • Tak boleh tidur. Atau terlalu banyak tidur lebih dari kebiasaan.
  • Rasa teramat letih, fatigue
  • Makin kurang berminat atau menikmati perkara-perkara yang sebelum ni amat digemari
  • Mudah berasa kecewa, mudah marah dan mengamuk
  • Perasaan takut tak mampu jadi ibu yang baik terlalu berleluasa
  • Memikirkan perasaan diri tak berguna, malu, rasa bersalah, tak mampu jadi ibu yang baik
  • Kebolehan untuk berfikir dengan jelas, fokus dan membuat keputusan mula semakin lemah.
  • Kekeliruan yang teruk dan serangan panik.
  • Cenderung untuk mencederakan bayi dan diri sendiri.
  • Sering memikirkan tentang kematian dan bunuh diri

Gejala meroyan jika tak dirawat dengan sempurna boleh berlarutan hingga kebeberapa bulan, malah lebih lama.


Ada juga keadaan yang dikenali sebagai depression psychosis yang terjadi dalam masa seminggu selepas melahirkan anak. Situasi ini jarang berlaku namun ia jauh lebih parah dari meroyan. Tanda-tanda dan simptomnya termasuk:
  • Keliru dan keadaan mental tak stabil
  • Terlalu obses memikirkan tentang bayi yang dilahirkan
  • Berhalunisasi dan percaya sesuatu yang tidak benar. Contoh: ada orang nak ambil baby dia
  • Gangguan tidur
  • Paranoia
  • Cuba mencederakan diri sendiri dan bayi

Depression psychosis boleh mengancam nyawa jika dibiarkan berlarutan dan memerlukan rawatan dengan segera.


Meroyan boleh terjadi pada mana-mana kelahiran, tak semestinya pada ibu yang melahirkan anak pertama saja. 11 fakta risiko meroyan dikalangan ibu-ibu baru bersalin:
  1. Ada sejarah masalah tekanan mental. Samada semasa hamil atau sebelum.
  2. Ada masalah bipolar diorder.
  3. Pernah mengalami masalah meroyan ketika kelahiran sebelum ini.
  4. Ada ahli keluarga terdekat yang mengalami meroyan atau masalah mental/mood tak stabil.
  5. Pernah mengalami stress yang melampau sebelum ini seperti kompilasi ketika hamil, penyakit, kehilangan kerja
  6. Anak yang dilahirkan mengalami masalah kesihatan atau cacat.
  7. Mengalami kesukaran menyusukan bayi.
  8. Mengalami masalah rumahtangga atau dengan pasangan hidup.
  9. Tidak mempunyai sokongan yang sewajarnya.
  10. Sedang mengalami masalah kewangan
  11. Kelahiran yang tidak dirancang atau tidak diingini.

Tidak diketahui punca khusus mengapa atau bagaimana meroyan terjadi. Namun, emosi dan perubahan fizikal sedikit sebanyak turut memainkan peranan
  • Emosi. Bila seseorang mengalami masalah tak cukup atau terlebih tidur, ia akan mengganggu keupayaan mereka untuk menangani walaupun masalah kecil. Mereka akan keliru tentang keupayaan sendiri untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan. Mereka ini juga merasakan diri tidak lagi menarik, bergelut dengan perasaan sendiri dan rasa hilang kawalan dalam kehidupan.
  • Perubahan fizikal. Selepas melahirkan bayi, akan berlaku perubahan hormon (progesteron dan estrogen) yang mendadak, hormon-hormon lain yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid mungkin turut menurun dengan mendadak sekaligus menyebabkan rasa letih dan lesu, tidak bertenaga seterusnya mengundang rasa tertekan.

Nasihat jana, jika ada ibu-ibu bersalin yang rasa tertekan atau mengalami simptom-simptom tadi, segera lah dapatkan bantuan. Berbincang lah dengan suami, ahli keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja yang terdekat atau berjumpa doktor. Jangan malu untuk berterus terang. Suami dan keluarga juga perlu faham keadaan ibu yang baru bersalin adalah sangat fragile emosi dan fizikalnya.

Baca: Tip luka bersalin cepat sembuh

Pastikan ibu-ibu berehat dan tidur secukupnya. Ada pentingnya mengapa ibu-ibu perlu berpantang dalam segala benda, tak boleh itu tak boleh ini. Tak perlu lah menyibukkan diri dengan facebook atau media social lain yang mungkin boleh menyebabkan ibu-ibu rasa tersinggung atau tertekan. 

Akhir sekali yang paling penting, jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita miliki seadanya. Bangga lah kerana memiliki, tak perlu tunggu orang puji.

Salam sayang, Jana



Thursday 22 October 2015

7 kesan sampingan vitamin e shaklee yang anda takmau terlepas

October 22, 2015 1 Comments
7 dari 10 perbualan dengan bakal customer mesti akan ada soalan, "ada kesan sampingan?". Ish mestila ada kesan sampingan. Semua benda yang kita buat pun akan ada kesan sampingannya. Kalu takde kesan apa pekdahnya nak buat tu ye tak? Meh sini jana nak kongsi 7 kesan sampingan vitamin e shaklee yang akan membuatkan awak rasa berdebar-debar dan tak sabar nak berkenalan dengan lebih mesra dengannya.

kesan sampingan vitamin e


Sebelum tu meh jana cerita sikit ciri-ciri kelebihan Vitamin E Complex Shaklee yang menjadikan ia antara vitamin e paling ngetop di dunia.
  1. Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang sangat kaya dengan vitamin E
  2. Ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi kemudian digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta) menjadikan ianya vitamin E paling lengkap dipasaran.
  3. Turut mengandungi 10mg selenium semulajadi yang akan membantu tubuh kita serap vitamin E dengan lebih cekap. Ia juga memelihara membran sel, sel-sel darah merah dan tisu-tisu otot.
  4. Formula terkini turut mengandungi ekstrak biji anggur
  5. 1 tab Vitamin E Complex Shaklee mengandungi 400IU vitamin E yg bersamaan 1kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500gm badam.

Sila take note vitamin E sintetik tidak akan memberi kesan yang sama dengan vitamin E semulajadi. Camana nak beza vitamin E sintetik dan vitamin E semulajadi? Perhati label vitamin E awak, 'd' untuk semulajadi, manakala 'dl' untuk vitamin E sintetik. Ni contoh vitamin E semulajadi

kesan sampingan vitamin e shaklee


Apa maksud vitamin E sintetik? Sintetik bermakna sumber yang dicipta dari persekitaran makmal untuk meniru sumber semulajadi. Contoh buah limau plastik yang mainan tu. Ada zat ke? Selamat ke? Sesuai ke untuk dimakan? Tergamak ke nak makan barang plastik?

Jadi, jika label vitamin E awak ada 'dl'..sila bertukar ke jenama Shaklee sekarang jugak!

Kebanyakan customer jana beli vitamin E Shaklee untuk masalah kulit seperti nak hilangkan parut, vitamin untuk kulit cantik. Tapi bila mereka dah amal vitamin E Shaklee untuk beberapa tempoh masa baru mereka sedar rupanya vitamin E Shaklee ni beri kesan sampingan lain.


7 kesan sampingan vitamin E Shaklee:
  1. Menyihatkan jantung. Pengambilan 800IU vitamin E dapat melindungi sel darah merah dari pengasidan lipid, tingkatkan kolesterol HDL, kawal tekanan darah tinggi, halang platelet darah melekat didinding arteri, halang anemia hemolitik, cegah penyakit jantung dan banyak lagi. Kajian dari University Harvard membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% manakala strok dengan 33%.
  2. Tingkatkan kesuburan. Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E dapat memulihkan kemampuan produktif. Lelaki yang mengambil 600IU-800IU sehari mendapati bilangan sperma mereka meningkat, tingkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutamanya pada motilitas sperma.
  3. Awet muda. Vitamin E Complex berupaya membantu memudarkan garis halus, parut, jeragat, mengecilkan liang roma, pulihkan tekstur kulit dan tona wajah, dan cantikkan otot dada dan paha. Wajah lebih berseri pinkish.
  4. Tingkatkan sistem pertahanan tubuh. Pengambilan lebih dari 1,200IU vitamin E sehari mampu melawan kanser, halang atau lambatkan pertumbuhan tumor dan kurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga boleh membaiki masalah katarak dan masalah penglihatan.
  5. Tingkatkan keinginan dan tenaga seksual. Vitamin E merangsang dan meningkatkan aliran darah dari jantung yang lancar sekaligus membawa bekalan oksigen yang mencukupi. Dengan itu lelaki dapat bertahan lebih lama. Bagi wanita, ekstrak biji anggur bantu menghasilkan cecair pelincir dan mengatasi masalah kekeringan.
  6. Baiki arthritis. Mengatasi kekejangan otot bahu, urat simpul (vena varikos), sakit sendi dan tingkatkan keanjalan salur darah.
  7. Biji-biji halus pada kulit muka (jerawat pasir) terutamanya area pipi akan hilang. Hasilnya kulit jadi lebih flawless dan bersih.

Itu lah dia kesan sampingan - kesan sampingan yang kita akan dapat bila amalkan vitamin E shaklee secara konsisten. Risiko untuk dapat kesan buruk tu sangat sikit sebab vitamin-vitamin Shaklee ni dibangunkan oleh saintis, ada kajian klinikal yang menjamin keberkesanan dan keselamatannya. 

Tak perlu risau ok!

Bagi pengunjung tegar spa untuk merawat kecantikan wajah, dengan masker vitamin E awak boleh berjimat duit dan masa. Vitamin E shaklee bukan je untuk di telan malah boleh dijadikan masker. Hasilnya kulit akan terasa sangat licin, moist dan tegang.

Jom segera dapatkan Vitamin E Shaklee dan nikmati kebaikan dan kesan-kesan sampingannya. Dapatkan 1 untuk suami dan 1 lagi untuk isteri. Baca lebih lanjut tentang Vitamin E Complex Shaklee DI SINI

Harga sebotol Vitamin E Complex Shaklee hanya RM156.25 (120 biji). Untuk order sila hubungi jana ditalian berikut



Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak


Monday 19 October 2015

Umur 6 tahun. Persediaan untuk si 5 tahun. Panduan untuk ibubapa.

October 19, 2015 0 Comments
Pejam celik pejam celik Tahun depan Hazim & Haziq dah masuk 6 tahun. Sekejap je rasanya masa berlalu. Jana bersyukur sangat dapat luangkan masa yang begitu berharga bersama mereka. Sakit demam, suka duka, susah senang semua depan mata je, jana sendiri yang uruskan.

Dulu jana boleh dukung mereka serentak, kiri & kanan. Sekarang jangan kan nak dukung, riba sorang pun rasa kemek dah paha. Walaupun kurus, Alhamdulillah mereka telah membesar bagai juara! Hehehe...Tapi risau jugak bila fikirkan adakah Hazim&Haziq dah capai tahap perkembangan yang sewajarnya? Membaca pun belum pandai apatah lagi nak menulis?




Kali ni jana nak kongsi milestone untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Apa yang anak-anak perlu bersedia untuk menghadapinya dan sebagai panduan kepada ibubapa supaya dapat pastikan perkembangan anak-anak tak ketinggalan jauh dan tak terlalu memaksa anak-anak untuk capai tahap perkembangan tertentu.


Perkembangan bentuk fizikal
  • Pada usia 6 tahun mereka akan dapat gigi baru; tumbuh gigi geraham. Kadang-kadang nak tumbuh gigi ni boleh membawa demam. Itu normal asalkan demam tak melarat dan ada-ada simptom-simptom lain.
  • Gigi susu mula tanggal. Walaupun gigi susu tu masih elok, ia tetap akan tanggal untuk beri laluan kepada gigi tunggal tumbuh.
  • Pertambahan ketinggian dan berat badan
Ketika ini ibubapa perlu menitikberatkan pemakanan anak-anak yang sihat & seimbang. Pastikan anak-anak mengambil cukup nutrisi seperti kalsium, zink, vitamin dan mineral lain untuk galakkan tumbesaran yang sihat. Latih mereka untuk mengutamakan makanan sihat dari rumah berbanding makanan segera.


Perkembangan kemahiran berfikir (kognitif)
  • Faham konsep bilangan dan boleh mengira.
  • Boleh beritahu umurnya sendiri
  • Mula pandai meluahkan sesuatu dengan baik melalui percakapan. Keinginan, rasa marah, rasa ingin tahu dan sebagainya.
  • Mula faham konsep sebab dan akibat contohnya tidur lewat malam akan mengakibatkan mengantuk untuk bangun awal pagi.
  • Belajar menulis
  • Faham konsep masa
Apabila si 6 tahun sudah mula pandai bercerita, meluahkan sesuatu, suka bertanya kita sebagai ibubapa mesti berperanan sebagai pendengar dan pemberi jawapan yang efektif. Beri respon dan tunjukkan minat untuk mendengar apa yang mereka ceritakan. Ini sangat membantu perkembangan kognitif mereka dan merapatkan anak-anak dengan ibubapa.

Lagi satu, jika anak-anak umur 3-5 tahun sangat liat nak belajar menulis dan mengira jangan la kita terlebih risau ye. Itu normal tambahan lagi budak lelaki. 


Perkembangan emosi dan sosial
  • Masih rasa takut benda yang sama ketika usianya 5 tahun ke bawah seperti takut binatang besar, takut serangga, takut ditempat asing, takut ditinggal keseorangan di dapur.
  • Ingin mak & ayah bermain bersama mereka.
  • Bermain menggunakan fantasi dan imaginasi.
  • Menganggap diri sebagai abang/kakak yang bertanggungjawab menjaga adik kecil.
  • Lebih gemar bermain dengan rakan sepermainan sama jantina.
  • Mula faham perasaan orang lain (empati), dengan dorongan dan tunjuk ajar dari ibubapa dan cikgu. Namun mereka masih fokus terhadap diri sendiri.
  • Mula pandai berlawak jenaka. Suka tengok & buat aksi jenaka.
Sebagai ibubapa, pastikan dapat luangkan masa sebanyak mungkin dengan si 6 tahun seperti bermain bersama, membaca buku bersama, berkelah dan sebagainya. Sekali sekala sertai imaginasi mereka ketika bermain. Raksasa perosak pokok, puteri elsa, anggota robocar. Jangan lupa semaikan nilai-nilai murni dan harga diri pada mereka. Jangan terlalu memaksa, jangan terlalu tegas dan jangan biarkan mereka terlalu banyak luangkan masa lapang keseorangan. 


Perkembangan daya bercakap
  • Kebanyakan anak-anak berusia 6 tahun mampu menceritakan semula rancangan tv kegemaran yang telah ditonton, aktiviti yang telah dijalankan di sekolah dengan baik.
  • Mampu bertutur dengan baik. Tidak pelat, penggunaan ayat yang betul.
  • Boleh mengeja nama sendiri, menulis beberapa abjad dan nombor.
  • Boleh membaca beberapa perkataan mudah.
Ibu bapa berperanan untuk beri pendedahan yang baik untuk si 6 tahun. Tunjukkan contoh yang baik seperti menjadikan amalan membaca sebagai keutamaan, rajin belajar dan bercakap menggunakan bahasa yang betul.



Tugasan mudah di rumah yang sesuai untuk anak-anak umur 6 tahun:

  • Mengutip sampah, 
  • Lipat selimut dan kemas katil
  • Membantu membersihkan halaman rumah 
  • Siram pokok

Umur 6 tahun, dedahkan mereka dengan amalan membaca al-quran, berpuasa, solat berjemaah, amalan sedekah, rajin memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Tekankan konsep belajar dalam keriangan supaya anak-anak dapat membesar dengan riang ria sambil jiwanya penuh dengan perkara positif.

Biasakan mereka dengan amalan berjimat cermat dan menghargai apa yang ada..

Tahun depan Hazim & Haziq dah 6 tahun. Manjanya bukan main lagi. Makan bersuap, tidur kena peluk, naik kereta duk atas riba. Pening jugak kami dibuatnya. Hampir 100% orang yang jana jumpa bagitau, ubat untuk kurangkan manja mereka adalah; beri adik

Salam sayang, Jana


Tuesday 13 October 2015

Anak ketagih tengok tv, 5 tip ibubapa boleh buat untuk menanganinya

October 13, 2015 5 Comments
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, terlalu banyak menonton tv boleh mengganggu proses tumbesaran otak mereka yang sedang kritikal ketika itu. Jana akui, Hazim & Haziq pun tengok tv bermula dari kecil. Masa tu jana duk dengan diorang je kat rumah, senang nak tinggal sekejap pergi tandas ke pergi solat ke bila letak depan tv. Tv jadi pengasuh sambilan.

Lama-lama dah jadi tabiat. Makin besar jadi makin ketagih tengok tv. Belum lagi masuk bab tingkahlaku yang kasar, meniru aksi-aksi dalam cerita kartun dan susah nak tumpu perhatian ketika belajar. Sekarang, yang lebih teruk hanya sebab tv boleh bergaduh. Berebut remote, berebut rancangan tv.

atasi masalah anak kuat tengok tv


Menurut kajian yang dijalankan di Jepun, kanak-kanak yang terlalu banyak menonton tv iaitu melebihi 2 jam sehari boleh menyebabkan perubahan pada struktur otak. Menerusi ujian MRI, lagi banyak kanak-kanak itu menonton tv lagi banyak warna kelabu terbentuk di frontopolar cortex iaitu bahagian depan otak. Bahagian ini berkaitan dengan kebolehan pertuturan dan IQ manusia. Akibatnya kanak-kanak akan mengalami lemah daya pertuturan.

Kesan negatif lain terhadap anak ketagih tengok tv ialah;
  • Boleh menyebabkan masalah mata
  • Melemahkan daya pemikiran dan intelek
  • Berisiko untuk terlalu banyak makan (obesiti) atau tidak lalu makan langsung
  • Masalah kurang daya sosial. Kurang bergaul dengan orang sekeliling, kurang empati dan lebih teruk menyebabkan tiada keyakinan diri

Tak dinafikan melalui tv banyak juga yang anak-anak kita boleh belajar namun pendekatan lain perlu diambil berat supaya tv hanya membawa kesan yang baik-baik aje terhadap anak-anak kita. Contohnya berkomunikasi dalam bahasa inggeris, belajar nilai-nilai murni dan banyak lagi

5 tip atasi tabiat anak ketagih tengok tv yang boleh dibuat oleh ibubapa. Biar mengamuk sekarang, jangan rosak dikemudian hari..tak paham takpe..hehehe

1. Hadkan waktu menonton
  • Dekat tempat menonton tv penuhkan dengan barang yang tiada skrin contohnya buku & majalah kanak-kanak, buku aktiviti, barang permainan, puzzle buku & pensil mewarna. Ini akan mengalihkan perhatian anak-anak dari tv.
  • Elakkan dari letakkan tv dan komputer dalam bilik tidur.
  • Tutup tv pada waktu makan.
  • Jangan benarkan anak-anak buat kerja sekolah depan tv. Sebaiknya tutup tv.
  • Jangan jadikan waktu menonton tv sebagai hak mutlak anak-anak. Latih mereka supaya waktu menonton tv adalah sebagai upah kepada sesuatu tugas yang telah diselesaikan dengan baik. Tak menolong ummi abah, takleh tengok tv.....

2. Sekatan waktu menonton tv pada hari-hari tertentu contohnya pada hari sekolah. Masa yang terluang selepas waktu sekolah boleh diisi dengan aktiviti lain seperti siapkan kerja-kerja sekolah, beriadah bersama keluarga atau buat kraftangan.

3. Ibu bapa sebagai rolemodel mesti tunjukkan contoh yang baik. Hadkan waktu menonton rancangan kegemaran. Jangan jadi macam mak ketam ajar anak berjalan...

4. Sentiasa ajak anak-anak untuk buat aktiviti yang menyeronokkan pada waktu lapang sebagai alternatif menonton tv. Masak kek, melukis, main boardgame, belajar taekwondo, beriadah di taman bersama keluarga dan sebagainya.

5. Buat jadual menonton tv setiap minggu. Rancangan apa, waktu bila. Pastikan tv ditutup selepas rancangan tamat.



Anak-anak kita, kita lah yang menentukan coraknya. Biar susah sekarang, jangan susah kemudian. Bak kata orang-orang lama melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan dah jadi buluh baru nak lentur, boleh patah buluh tu nanti. Kita jugak yang tercedera.

Sayang anak jangan dibiarkan mereka buat sesuka hati. Nak taknak, walaupun kita kepenatan, tak cukup masa nak layan anak-anak jangan sampai tv mengambil alih kasih sayang anak-anak terhadap kita. Jangan biarkan anak ketagih tengok tv. Dari kecil la kita nak latih jadi insan yang berguna dan bertanggungjawab boleh diharap.

Sekiranya anak kita ketagih tengok tv, suka sangat tengok tv sampai tak ambil peduli keadaan sekeliling, berwaspadalah. Kita tak tau kesan buruk tu lama-lama akan merosakkan mereka. Amik langkah pendekatan yang sewajarnya.

Baca: Vitamin untuk bantu pelajar skor A 
Baca: Cara mudah dan selamat untuk atasi masalah batuk berkahak pada anak-anak

Salam sayang, 
Jana


Follow Instragram Jana_Hazana