Anak ketagih tengok tv, 5 tip ibubapa boleh buat untuk menanganinya

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, terlalu banyak menonton tv boleh mengganggu proses tumbesaran otak mereka yang sedang kritikal ketika itu. Jana akui, Hazim & Haziq pun tengok tv bermula dari kecil. Masa tu jana duk dengan diorang je kat rumah, senang nak tinggal sekejap pergi tandas ke pergi solat ke bila letak depan tv. Tv jadi pengasuh sambilan.

Lama-lama dah jadi tabiat. Makin besar jadi makin ketagih tengok tv. Belum lagi masuk bab tingkahlaku yang kasar, meniru aksi-aksi dalam cerita kartun dan susah nak tumpu perhatian ketika belajar. Sekarang, yang lebih teruk hanya sebab tv boleh bergaduh. Berebut remote, berebut rancangan tv.

atasi masalah anak kuat tengok tv


Menurut kajian yang dijalankan di Jepun, kanak-kanak yang terlalu banyak menonton tv iaitu melebihi 2 jam sehari boleh menyebabkan perubahan pada struktur otak. Menerusi ujian MRI, lagi banyak kanak-kanak itu menonton tv lagi banyak warna kelabu terbentuk di frontopolar cortex iaitu bahagian depan otak. Bahagian ini berkaitan dengan kebolehan pertuturan dan IQ manusia. Akibatnya kanak-kanak akan mengalami lemah daya pertuturan.

Kesan negatif lain terhadap anak ketagih tengok tv ialah;
  • Boleh menyebabkan masalah mata
  • Melemahkan daya pemikiran dan intelek
  • Berisiko untuk terlalu banyak makan (obesiti) atau tidak lalu makan langsung
  • Masalah kurang daya sosial. Kurang bergaul dengan orang sekeliling, kurang empati dan lebih teruk menyebabkan tiada keyakinan diri

Tak dinafikan melalui tv banyak juga yang anak-anak kita boleh belajar namun pendekatan lain perlu diambil berat supaya tv hanya membawa kesan yang baik-baik aje terhadap anak-anak kita. Contohnya berkomunikasi dalam bahasa inggeris, belajar nilai-nilai murni dan banyak lagi

5 tip atasi tabiat anak ketagih tengok tv yang boleh dibuat oleh ibubapa. Biar mengamuk sekarang, jangan rosak dikemudian hari..tak paham takpe..hehehe

1. Hadkan waktu menonton
  • Dekat tempat menonton tv penuhkan dengan barang yang tiada skrin contohnya buku & majalah kanak-kanak, buku aktiviti, barang permainan, puzzle buku & pensil mewarna. Ini akan mengalihkan perhatian anak-anak dari tv.
  • Elakkan dari letakkan tv dan komputer dalam bilik tidur.
  • Tutup tv pada waktu makan.
  • Jangan benarkan anak-anak buat kerja sekolah depan tv. Sebaiknya tutup tv.
  • Jangan jadikan waktu menonton tv sebagai hak mutlak anak-anak. Latih mereka supaya waktu menonton tv adalah sebagai upah kepada sesuatu tugas yang telah diselesaikan dengan baik. Tak menolong ummi abah, takleh tengok tv.....

2. Sekatan waktu menonton tv pada hari-hari tertentu contohnya pada hari sekolah. Masa yang terluang selepas waktu sekolah boleh diisi dengan aktiviti lain seperti siapkan kerja-kerja sekolah, beriadah bersama keluarga atau buat kraftangan.

3. Ibu bapa sebagai rolemodel mesti tunjukkan contoh yang baik. Hadkan waktu menonton rancangan kegemaran. Jangan jadi macam mak ketam ajar anak berjalan...

4. Sentiasa ajak anak-anak untuk buat aktiviti yang menyeronokkan pada waktu lapang sebagai alternatif menonton tv. Masak kek, melukis, main boardgame, belajar taekwondo, beriadah di taman bersama keluarga dan sebagainya.

5. Buat jadual menonton tv setiap minggu. Rancangan apa, waktu bila. Pastikan tv ditutup selepas rancangan tamat.



Anak-anak kita, kita lah yang menentukan coraknya. Biar susah sekarang, jangan susah kemudian. Bak kata orang-orang lama melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan dah jadi buluh baru nak lentur, boleh patah buluh tu nanti. Kita jugak yang tercedera.

Sayang anak jangan dibiarkan mereka buat sesuka hati. Nak taknak, walaupun kita kepenatan, tak cukup masa nak layan anak-anak jangan sampai tv mengambil alih kasih sayang anak-anak terhadap kita. Jangan biarkan anak ketagih tengok tv. Dari kecil la kita nak latih jadi insan yang berguna dan bertanggungjawab boleh diharap.

Sekiranya anak kita ketagih tengok tv, suka sangat tengok tv sampai tak ambil peduli keadaan sekeliling, berwaspadalah. Kita tak tau kesan buruk tu lama-lama akan merosakkan mereka. Amik langkah pendekatan yang sewajarnya.

Baca: Vitamin untuk bantu pelajar skor A 
Baca: Cara mudah dan selamat untuk atasi masalah batuk berkahak pada anak-anak

Salam sayang, 
Jana


5 comments:

  1. Anak sy pun tengok tv tapi bukan rancangan tv... Tapi movie yg telah ditapis dan diluluskan je boleh tengok..

    ReplyDelete
  2. Memang betul..anak2 wa hantu kartun.Salam kenal #dtg follow.

    ReplyDelete
  3. Memang tak elok biarkan anak-anak bebas mebonton tv.. Bagus perkongsian ini..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian.. anak sy addict sgt dgn astro ceria tu..
    skrg ni dah start control sbb dah sekolah tadika...

    ReplyDelete

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...