Wednesday 2 December 2015

Hilangkan bengkak susu. 7 petua orang-orang lama dan moden

December 02, 2015 0 Comments
Mak-mak yang menyusu baby mesti pernah alami bengkak susu kan?. Jana sendiri masa menyusukan si kembar Hazim Haziq selalu sangat kena bengkak susu. Paling teruk sampai adakalanya demam dan sakit-sakit badan. Masa tengah bengkak tu susu akan drop, payudara akan sangat keras dan sentuh pun sudah menyakitkan.

Tapi jangan risau, jana dah cedok banyak petua-petua dari orang-orang yang lebih berpengalaman termasuk mak jana sendiri bagaimana nak hilangkan bengkak susu. Meh nak kongsi petua.

legakan bengkak susu


Bengkak susu terjadi apabila saluran yang membawa susu ke bukaan puting payudara tidak dapat mengalirkan susu dengan lancar. Antara sebab yang boleh menyekat aliran susu yang lancar lalu mengakibatkan gejala bengkak susu ialah:
  • Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya. Ini biasanya terjadi bila teknik lekapan mulut bayi ketika menyusu tidak betul.
  • Tidak mengosongkan payudara dengan kerap seperti bayi tidur terlalu lama. Pengeluaran melebihi permintaan.
  • Tidak pam setiap 2 jam hingga menyebabkan susu penuh.
  • Bra atau pakaian yang terlalu ketat.
  • Salah posisi ketika tidur 

melegakan bengkak susu dengan cepat


Jika susu terus dihasilkan dengan laju melebihi permintaan ia akan dipaksa keluar dari saluran susu ke dalam tisu payudara seterusnya menyebabkan kesakitan dan bengkak. Kawasan yang terbabit akan menjadi kemerahan, panas, ada bonjolan dan menyakitkan. Sistem imun yang mengesan kehadiran benda asing dalam darah akan memberi amaran untuk melawan benda asing tersebut. Sebab tu lah, ibu-ibu akan rasa suhu badan meningkat dan seterusnya demam.

Jangan risau, bengkak susu boleh dirawat dan dicegah.

Ada juga bengkak susu yang dikenali sebagai mastitis dimana ia merupakan keradangan pada tisu payudara yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.


7 Petua tradisional untuk hilangkan bengkak susu

Berikut adalah cara yang berkesan melancarkan semula aliran susu yang tersumbat seterusnya melegakan kesakitan bengkak susu

1. Sikat. Urut bahagian yang bengkak menggunakan sikat rambut. Caranya ialah urut menghala ke arah puting dan ulang beberapa kali.

2. Tuala panas. Tuam dengan menggunakan tuala yang direndam dengan air suam. Atau mandi dengan air suam. Selepas tu, urut dengan perlahan-lahan sebelum menyusukan bayi.

3. Daun kubis segar. Letakkan daun kubis segar pada payudara yang bengkak itu. Cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keradangan.

4. Menyusu lebih kerap. Susukan bayi dengan lebih kerap iaitu setiap setiap 2-3 jam hingga kedua-dua belah payudara kosong. Jika bayi tidur, kejutkan dia untuk bangun menyusu.

5. Pemakaian bra yang sesuai. Pakai bra menyusu untuk menyokong payudara setiap masa termasuk waktu tidur. Pastikan ia benar-benar padan.

6. Posisi bayi & urutan. Ketika menyusukan bayi, urut payudara dengan lembut dan perlahan-lahan bagi membantu melancarkan pengaliran susu. Pastikan kedudukan bayi betul untuk lekapan penuh.

7. Ubi kentang. Dalam masa 24 jam simptom-simptom bengkak susu muncul, ubi kentang juga berkesan bantu melegakan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara. Caranya ialah:
  • Hiris membulat 6-8 biji ubi kentang dan rendam di dalam air biasa pada suhu bilik selama 15-20 minit.
  • Letakkan hirisan ubi kentang tersebut pada payudara yang bengkak untuk 15-20 minit. 
  • Kemudian tukar hirisan ubi kentang yang baru juga untuk 15-20 minit.
  • Setelah 1 jam (3 kali tukar), rehat sekejap selama 30 minit
  • Ulang prosedur hingga bengkak susu agak reda.

Bagi sesetengah orang, mungkin agak leceh untuk semua petua di atas. Jangan risau, ada cara yang lebih mudah untuk hilangkan bengkak susu dengan berkesan dan lebih cepat malah boleh mencegahnya dari berulang.

Lecithin amat popular bagi menghilangkan bengkak susu dengan berkesan. Ramai mak-mak bagi double thumbs-up kat lecithin sebab dah bantu mereka melegakan bengkak susu.



hilangkan bengkak susu dengan cepat


Lecithin meningkatkan peratusan lemak tak tepu dalam susu badan dimana ia akan mengurangkan kelekitan susu badan. Ini akan menyebabkan susu dapat mengalir dengan lebih lancar.

Selain mengamalkan set menyusu shaklee untuk banyakkan susu mereka juga amalkan lecithin untuk kuruskan badan dengan cepat. Tapi rupanya lecithin turut ada manfaat lain yang sangat berguna. Jom tengok testimoni lecithin bagi menghilangkan bengkak susu

testimoni lecithin untuk hilangkan bengkak susu
Testimoni #1

hilangkan bengkak susu
Testimoni #2

Bengkak susu bukan penghalang untuk ibu-ibu menyusukan bayi mereka sepenuhnya. Jika ada yang mengalami masalah bengkak susu jom amalkan petua-petua diatas dan jangan lupa untuk amalkan Lecithin Shaklee ni. Badan pun cepat kurus tau !

Jom dapatkan Lecithin Complex hari ini dan nikmati saat-saat indah menyusukan bayi dengan gumbira. Tak tau nak cari set berpantang yang sesuai untuk ibu dan tidak mengganggu penyusuan bayi? Klik Set Berpantang yang boleh banyakkan susu hingga boleh buat stok EBM

Harga sebotol Lecithin Shaklee hanya RM58.30. Sebotol ada 180 biji.

Bagaimana nak dapatkan Lecithin Complex?

Puan boleh order secara online terus dari Shaklee dengan hanya klik pada butang esell berikut. (pembayaran melalui kad kredit & kad debit)

 Order disini


Atau jom hubungi jana di nombor yang tertera. Konsultasi eksklusif, aturan cara makan yang berkesan akan turut disertakan dengan setiap pembelian.

agen shaklee


Follow Instragram Jana_Hazana