Monday 5 December 2016

Balada tukang masak amatur

December 05, 2016 0 Comments
Almost tiap kali nak masak masakan yang best jana mesti belek dia. Semua jenis masakan ada dari kuih tradisional ke western, lauk pauk ke masakan panas. 



Very well recommended untuk tukang dapur amatur macam jana ni. Resipi konpom jadi sebab senang nak ikut. Sedap pulak tu 😍

Macam sifu bisnes jugak. Kena pilih yang mudah nak diikut, versatile, yang byk pengalaman, yang tak mengarut merapu dan suka berkongsi tips dan konpom jadi.

#liveamazing
#ejazG3
#greatsid
#emeraldswift
#tsunamishaklee

Sunday 27 November 2016

Kenapa saya pilih buat bisnes Shaklee

November 27, 2016 0 Comments
Demi keluarga & impian 

Jana pilih bisnes ni sebab ada beberapa kriteria yang sesuai dengan keperluan gaya hidup jana dan keluarga;

1. Bisnes yg tak mewajibkan kita keluar rumah unless pergi cod vitamin/kelas nutrisi. Update 'kedai', amik order pelanggan, pos order pelanggan, kelas marketing semua via online. So urusan rumahtangga, urusan anak-anak semua depan mata.

2. Bisnes yang tak memerlukan modal besar (tak sampai rm70 pun masa tu). Pastu modal berceloteh kat facebook/blog. Untung? Bisa.... Apa yang penting? Konsisten.

3. Tak payah pikir pasal stok, pasal kkm, pasal harga, pasal status halal, pasal untung, pasal bonus. Semua pihak syarikat dah tolong pikir, tolong buatkan dan tolong selesaikan. Kita cuma fokus untuk jual je.

4. Barang baik. Ada ujian klinikal, ada landmark study, dibangunkan berdasarkan sains, boleh contact nutritionist directly jika ada isu, dijamin berkesan, dijamin selamat & jaminan halal. Kesan yang dapat 200% beyond expectations. Syarat, dapatkan konsultasi yang betul dari pengedar yang terlatih. 

5. Jana pengguna, jana tau ia sangat bagus, so jana jual. Pasaran yang sangat luas. Golongan mak cantik, golongan mak hamil/berpantang/menyusu, golongan pelajar, warga emas dan banyak lagi. Ada pulok group support yang teguh,  sangat very positif. I loike 😍

Jika awak tengah survey2 produk suplemen semulajadi atau tengah survey bisnes part time, jom hubungi jana. 

Jom berbisnes shaklee!

#liveamazing
#shakleeeffect
#landmarkstudy
#tsunamishaklee
#greatsid

Wednesday 16 November 2016

10 tanda-tanda awal kehamilan

November 16, 2016 0 Comments
Kenalpasti tanda-tanda awal kehamilan supaya kita boleh bertindak dengan segera apa yang perlu dibuat pada awal kehamilan. Kita juga boleh ambil langkah-langkah untuk berjaga-jaga. Maklum lah, kadang-kadang tu sebab tak tau pun sedang hamil, taram juga buat aktiviti yang kurang sesuai. Akibatnya mungkin boleh berlaku keguguran. Nauzubillah...

Setiap pengalaman tanda-tanda awal kehamilan berbeza pada setiap individu ye. Tak semestinya exactly serupa. Ada yang langsung takde tanda-tanda awal kehamilan. Ini Jana kongsi yang kebiasaannya dialami sahaja. Mungkin ada sedikit perbezaan.

tanda awal mengandung


10 tanda-tanda awal kehamilan

1. Mabuk & muntah-muntah. Kebanyakan wanita akan mula alami morning sickness bermula 6 minggu kehamilan. Mungkin lebih awal. Ia boleh terjadi pada waktu pagi, tengahari atau petang. Morning sickness akan makin reda bila masuk trimester kedua.

Tips: Jangan biarkan perut kosong atau terlalu penuh. Sediakan snek bernutrisi sebagai kudapan. Amik Peppermint Ginger untuk legakan loya.



2. Mudah letih & lesu. Itu menandakan perubahan paras hormon yang mendadak. Kebanyakannya akan berlarutan sepanjang trimester pertama tetapi makin ok bila masuk trimester seterusnya.

Tips: Banyakkan rehat. Pastikan tidur yang mencukupi, kurangkan minuman bergula, banyakkan minum air kosong dan makan makanan yang bernutrisi.



3. Sakit payudara. Payudara rasa bengkak dan tak selesa. Aerola juga lebih gelap.

Tip: Pakai bra yang boleh menyokong payudara dengan baik dan selesa (termasuk pada waktu tidur jika perlu)



4. Mudah mengah/nafas pendek. Ini berlaku sebab janin yang sedang membesar perlukan banyak oksigen lalu membuatkan ibu termengah-mengah. Perkara ni mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan terutamanya bila kandungan makin besar dan menghimpit paru-paru dan diafragma.

Tip: Pakai pakaian yang longgar. Jika perlu berjalan kaki dalam jarak jauh, ambil masa dan berhenti berehat sebentar.



5. Kerap kencing. Apabila mengandung tubuh secara sendirinya akan menghasilkan cecair tambahan, ini menyebabkan pundi kencing perlu bekerja dengan lebih kuat.

Tip: Teruskan pengambilan air kosong yang mencukupi.



6. Mengidam. Jika tetiba tekak nak makan yang masam-masam je, atau tetiba makanan kegemaran bertukar jadi tidak lagi digemari itu mungkin tanda-tanda awal kehamilan.

Tip: Berpada-pada terhadap pengambilan makanan tinggi garam/gula/asid sitrik. Kita tak nak nanti dapat efek lain pula.



7. Peubahan mood yang mendadak. Bila perkara kecil pun mula jadi isu, terlalu sensitif, mudah marah atau mudah ketawa itu juga antara tanda-tanda awal kehamilan. Ini kerana tubuh sedang bertindakbalas dengan hormon baru.

Tip: Beritahu suami & orang terdekat akan situasi sebenar. Mereka mungkin memahani.



8. Pening & pitam. Rendah gula dalam darah atau perubahan tekanan darah menyebabkan kita rasa pening dan pitam.

Tip: Jaga pemakanan, pastikan cukup makan makanan bernutrisi dan pastikan minum air yang mencukupi.



9. Tompok darah kecil. Biasanya warna coklat atau coklat cair dan lebih awal dari tarikh period yang sepatutnya. Ini kerana telur yang telah bersenyawa sedang dalam proses untuk menempel pada dinding uterus lalu menyebabkan sedikit pendarahan.



10. Haid tak datang. Bagi yang haid dia memang regular setiap bulan, ini adalah petanda awal kehamilan yang paling nyata. Ini kerana telur telah pun disenyawakan dan ia sedang dalam proses untuk berkembang jadi janin.




Jika puan ada salah satu atau beberapa tanda di atas, jangan panik. Bertenang dan jom semak apa yang perlu dilakukan jika ada tanda-tanda awal kehamilan seperti di atas?

1. Dapatkan kit pemeriksaan kehamilan (UPT kit) untuk kepastian. 2 garisan untuk keputusan positif. Boleh didapati di mana-mana farmasi.

tanda awal mengandung


2. Cuba berehat buat sementara dari aktiviti-aktiviti lasak yang cenderung membuatkan kita terjatuh.

3. Untuk keselesaan, tukar dari kasut bertumit tinggi ke kasut bertapak rata.

4. Berhenti terus dari menghisap rokok dan mengambil alkohol.

5. Buka buku merah di klinik-klinik ibu berhampiran untuk dapatkan pemeriksaan berkala. Pada pengalaman Jana, bagi klinik kerajaan biasanya usia kandungan 2 bulan lebih baru boleh buka buku merah. Bagi klinik swasta, tak kisah.

6. Mula ambil vitamin untuk pastikan ibu dapat nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan dan perkembangan janin.


Sesetengah ibu mengalami tanda-tanda awal kehamilan yang sangat teruk. Keletihan yang melampau, morning sickness yang teruk dan berterusan. Ada juga yang bergelut dengan masalah migrain, gastrik dan sembelit.

Set vitamin ibu hamil Shaklee amat disarankan. Vitamin dibuat dari 100% bahan semulajadi yang tinggi daya serap dan dijamin selamat.

vitamin ibu mengandung

Klik pada butang order berikut untuk terus order set vitamin ibu hamil melalui Shaklee Esell (kad kredit/debit diterima). Harga Set Hamil Shaklee RM582 sahaja.
.
 Order disini


Kekurangan zat nutrisi semasa hamil boleh mengganggu perkembangan fizikal dan otak sihat janin.

ESP membekalkan protin berkualiti tinggi untuk pembinaan sel-sel organ yang sihat dan sempurna. Jantung, otak, hati dan kulit adalah binaan sel.

Omega Guard membekalkan omega 3 tulen yang lengkap termasuk DHA, EPA & ALA yang penting untuk otak dan retina.

Bcomplex membekalkan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic semulajadi yang sangat penting untuk pembinaan saraf tunjang bayi. Kekurangan asid folic boleh menyebabkan bayi berisiko mengalami kecacatan.

Vita C Plus SR membekalkan 553mg vitamin c & bioflanovoid yang penting untuk kuatkan imun ibu, cantikkan kulit dan menguatkan dinding salur kapilari darah. 1 biji vita c plus bersamaan dengan 7 biji oren.

Ostematrix membekalkan kalsium yang dilengkapi dengan magnesium untuk tingkat penyerapan kalsium dalam tubuh. Penting untuk perkembangan tulang dan otot bayi. Dalam masa yang sama bantu ibu atasi kekejangan otot, sakit-sakit badan dan atasi sembelit. 1 biji Ostematrix bersamaan 250mg kalsium, sama seperti segelas susu.

Vitalea ialah multivitamin membekalkan 24 galian zat mineral dari sumber semulajadi yang diperlukan tubuh termasuk zat besi. Zat besi penting untuk pembinaan sel-sel darah merah.


Antara pengguna Set vitamin ibu hamil Shaklee

tanda awal mengandung



Jika puan ada tanda-tanda awal kehamilan sebagaimana diatas, Jana nak ucapkan tahniah. Selamat menempuh alam kehamilan yang sangat indah ini.

Jangan lupa untuk ambil langkah seterusnya dan amalkan vitamin Shaklee untuk ibu hamil.

Untuk lebih info mengenai produk atau berminat nak buat pendapatan sampingan dengan Shaklee, jemput hubungi Jana ditalian berikut

set vitamin untuk ibu hamil shaklee

Friday 4 November 2016

Kenapa saya pilih produk organik

November 04, 2016 1 Comments
🌼Produk organik🌼

Teringat masa duk rumah sewa kat sentul. Zaman rumah bujang.. Sebelah jemuran k.jana tanam pokok serai & pokok limau purut dlm pasu. Mula2 pokok tu hidup segar. Tapi tak lama lepas tu mcm tetiba ia layu dan mati.

Rupanya, setiap kali jemur kain housemate k.jana siram pokok2 tu dengan air lebihan basuhan kain.

Tapi k.jana tak marah pun sebab k.jana tau niat dia baik nak tolong siram.  

Masa tu baru k.jana sedar, betapa 'keras'nya bahan kimia dalam sabun basuh kain tu & produk2 pencuci harian kita hingga pokok pun boleh mati.

Secara teknikal produk2 shaklee takde paraben, SLS, triclosan, phthalates & mcm2 lg lah bhn kmia bahaya. Takde bahan2 yg diharamkan, takde lemak trans, takde perasa tiruan. Shaklee xguna haiwan sbg bhn ujian. Malah pembungkusan pun selamat & bebas bhn toksik.

Mula dari vitamin organik Shaklee, perlahan2 k.jana bertukar kpd set skincare organik Nutriwhite, pastu bhn pencuci rumah Basic-H & pelembut kain Get Clean. 

Ni shampoo organik yg k.jana guna, utk rambut kelemumur, Prosante. Ada juga untuk rambut gugur tau..Sgt lembut & ringan. Takde bau yg fancy2, tak bertoksik. Yg penting, 200% puas hati 💖💖💖



Jom lah kita pakat2 jaga kelestarian alam sekitar bermula sekarang demi generasi akan datang. Sayangi bumi.

#liveamazing
#shakleeeffect
#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#greatsid
#emeraldswift


Thursday 3 November 2016

Pencuci muka untuk kulit kusam supaya lebih bersih & cerah bercahaya

November 03, 2016 0 Comments
Jika puan ingin bebas dari masalah kulit berminyak dan kulit kusam, dan dalam masa yang sama concern tentang bahan kimia dalam kebanyakan produk penjagaan wajah, jana pasti puan akan pilih Nutriwhite. Set penjagaan wajah Nutriwhite adalah pencuci muka dari bahan semulajadi yang kesannya menjadikan kulit wajah kita lebih bersih & cerah bercahaya tanpa memberikan kesan sampingan yang buruk.

pencuci muka organik


Nutriwhite adalah produk skincare tanpa merkuri, tanpa plumbum dan bahan kimia bahaya lain termasuk paraben, iaitu sejenis pengawet yang dalam jangka masa panjang boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan pengguna. Nutriwhite juga tiada pewarna & pewangi.

Nutriwhite keluaran Shaklee adalah produk penjagaan wajah yang dibangunkan khas untuk kulit orang asia.

Perbezaan set penjagaan wajah Nutriwhite:
  • Dibangunkan oleh para saintis dan pakar penjagaan kulit di Jepun & Amerika Syarikat.
  • Pembangunan produk mengambil masa 3 tahun.
  • Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan aktif & mentah yang diperolehi dari 16 buah negara.
  • Rangkaian set penjagaan wajah Nutriwhite telah menjalani ujian yang menyeluruh.
  • Unik. Pengwujudan eksklusif pelbagai dimensi sebagai pendekatan untuk pemutihan cara selamat.
  • Gabungan ramuan yang optimum.
  • Dijamin selamat & berkesan.
  • Vitamin C derivatif iaitu ramuan yang terbukti selamat digunakan dalam formula Nutriwhite untuk dapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sekunder.
  • Patent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang boleh bantu kurangkan pigmentasi dalam mewujudkan kulit yang lebih putih, cerah & bercahaya.

pencuci muka kulit kusam



Nutriwhite bekerja dalam 5 cara:
  1. Menghalang kerosakan akibat sinaran matahari & pencemaran alam sekitar secara aktif.
  2. Mengurangkan pigmentasi untuk mencegah tona kulit kusam.
  3. Menyekat kemunculan tompok-tompok hitam.
  4. Mencerah dan tona kulit sekata.
  5. Memperbaharui dengan cepat mengeluarkan sel-sel mati yang membawa kepada blotchiness, menghasilkan kulit yang cerah & bercahaya.


Apakata mereka yang telah mencuba set penjagaan wajah Nutriwhite.

pencuci muka organik nutriwhite shaklee

skincare paling berkesan

skincare organik untuk kulit kusam

pencuci muka organik untuk kulit sensitif dan berminyak

pencuci muka organik nutriwhite shaklee

Produk Nutriwhite sesuai untuk lelaki & wanita dan ternyata telah dibuktikan berkesan dan dijamin selamat.

Jika puan inginkan pencuci muka organik, Nutriwhite lah jawapannya. Untuk permulaan puan boleh guna Set Nutriwhite asas iaitu:


1. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Membersih & menyegarkan kulit.
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan.
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan kulit.
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen.
  • Lembut dan menyegarkan.

2. Nuriwhite Soothing Radiance Whitening Softener
  • Lembut. Mengembalikan pH kulit yang seimbang.
  • Rosemary berikan rasa segar dan tegang.
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan.
  • Marshmallow melembapkan.
  • Sangat berkesan.

3. Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion
  • Licin, kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinaran matahari. 
  • Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit & melembapkan kulit dari pelbagai sudut.
  • Melindungi dan membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan dari persekitaran.


set asas nutriwhite shaklee


Set ini untuk dipakai setiap hari dan boleh bertahan selama 6 bulan hingga setahun. Jimatkan? Kandungan produk Nutriwhite sangat pekat buatkan ia bertahan lama. Tak perlu picit banyak, sikit je sudah memadai. Jimat.

Hasilnya pula memang menakjubkan. Kulit lebih bersih dan cerah bercahaya. Tiada lagi masalah kulit kusam dan berminyak. Jerawat segan nak muncul selalu malah jeragat juga boleh pudar. Ini pengalaman Jana sendiri.

Oleh kerana Nutriwhite adalah pencuci muka semulajadi, ia sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit sensitif. 

Untuk order dengan segera, boleh order direct dari Shaklee online dengan klik butang order berikut. GST 6% & postage akan dikira. 

 Klik disini untuk order

Penghantaran mengambil masa 1-3 hari bekerja sahaja.


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk, atau berminat nak join ahli jemput hubungi Jana ditalian berikut.

agen shaklee



Sunday 23 October 2016

Resipi gaya noxxa sup tulang kaki lembu tumis darat

October 23, 2016 3 Comments
Kisah resipi gaya noxxa sup tulang kaki lembu tumis darat ni bermula bila Hazim demam dan takde selera nak makan. Kurus kering dah jadinya. Mandangkan sup tulang adalah faveret dia so jana usahakan pergi beli tulang lembu kat gerai tepi jalan tu. Kat situ memang agak terkenal stok daging dia sebab kualiti daging lembu yang mudah empuk bila dimasak, tak berlemak dan fresh.

Tapi sebab waktu jana pergi tu dah tengahari, semua dah sold out kecuali kaki lembu. Kaki pun kaki lah, tulang jugak. Lagi sedap sebab ada urat keting. Harga rm35.

Ini dia resipi sup tulang kaki lembu tumis darat gaya noxxa. Cekidout 



Bahan-bahan yang digunakan;

1. Seluruh kaki lembu yang dah dipotong-dipotong. Bersihkan.

2. Rempah sup tulang. Jana prefer rempah cap mak siti, cap rumania atau apa2 je kecuali cap Abadi. Ntah ler kenapa.. kurang kick kut.

3. Halia. Jana suka halia so guna banyak. Biasanya yang besar tu jana guna semua, bahagikan 2. Separuh untuk merebus, separuh lagi untuk ditumis.

4. Bawang merah (3-4 ulas), bawang besar kuning (2 biji), bawang putih (1 labu)

5. Gula & garam secukup rasa.




Cara-cara memasak; 

1. Masukkan tulang kaki lembu kedalam periuk noxxa dan masukkan air hingga tenggelam tulang2 tu.




2. Jana masukkan halia saiz 3 inci yang diketuk dan sejemput garam untuk direbus bersama. Tutup periuk dan tekan mode High Pressure. Set masa selama 30 minit. ON.

Nak tekan 30 minit tapi terlebih picit da...


3. Sementara itu hiris semua halia, bawang merah, bawang besar kuning dan bawang putih.

4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak. Sikit je tau sebab kita tak nak nanti sup tulang kita terlampau berminyak dan berlemak. Tumis rempah sup hingga wangi dan kemudian masukkan bahan hirisan lain.



5. Kacau dengan api sederhana hingga bahan tumis agak garing dan berbau wangi.

6. Bila alarm periuk noxxa dah berbunyi tekan OFF. Buka tutup periuk. Tukar mode Stir Fry. Waktu ni masukkan bahan tumis tadi serta gula dan garam secukupnya. Hati-hati! Tadi dah letak garam so kali ni letak sikit je ye. Secukup rasa je. Kacau dengan senduk sekejap.





7. Tekan OFF. Tutup periuk dan sekali lagi tekan mode High Pressure. Kali ni set masa lebih kurang 10 minit  je supaya aroma rempah2 dan perasa tadi sebati dan serap ke dalam isi. Juga untuk pastikan isi daging & urat keting betul-betul empuk. Baru syokk...

Tadaa..!




Ini lah sup tulang kaki lembu tumis darat gaya noxxa yang cepat lagi sedap itu. Yang ni tak hias pun sebab nak hidang untuk Hazim. Sambil jana nak test power ke idok.

Alhamdulillah, berselera Hazim makan. Sikit pun jadi lah, asal perut tak kosong.

Boleh tabur bawang goreng, daun sup dan perah asam limau nipis untuk tambahan. Lebih merecik dimakan bersama dengan jeruk cili (masam2 pedas). Perghh !! Nikmat yang tak terungkap dek kata2...

Total masa yang diperlukan, 40 minit sahaja. Start masak kul 12, kul 1 dah boleh makan. Hasilnya isi daging dan urat keting sangat empuk cair dimulut je. Syok !

Jom cuba. Jom tambat selera suami dan anak-anak dengan masakan air tangan kita sendiri.


Salam sayang, Jana



Sunday 9 October 2016

Main air di Splash Water Park Kota Bharu

October 09, 2016 1 Comments
Sebelum ni tiap kali pergi ke Kota Bharu waktu cuti sekolah jana tak tau pun mana nak bawa anak-anak pergi bergembira. Alih-alih pergi PCB, pergi Pasar Siti Khadijah, pergi shopping complex. Pergi sini mak-mak je happy sebab dapat jamu mata, shopping sakan padahal anak-anak kebosanan.

Dalam duk fikir mana nak pergi tetiba ada kawan suggest bawa anak-anak main air kolam kat bandar kota bharu. Dekat je dengan pusat bandar pula tu.

Nama tempat tu Splash Water Park atau Taman Air Splash. Lokasi betul-betul tepi jalan menghala ke pusat bandar. Bersebelahan Kota Darul Naim.

taman air splash kota bharu

taman air di kota bharu

Bayaran masuk pun murah je. Pelampung disediakan tapi kena sewa lah lebih kurang rm4-rm6 ikut saiz kalau tak silap.. Tapi waktu kami ke sini, stok pelampung sewa tak banyak sebab dah disewa oleh pengunjung lain dan yang tinggal kebanyakannya kemek takde angin. Tips; bawa pelampung sendiri lagi bagus.

water park kota bharu

Lengang dan selesa..
Ni waktu cuti sekolah tau. Kami datang pada hari bekerja. Kul 9 pagi dah tercongok-congok depan kaunter. Kawasan parking kereta agak terhad tapi oleh kerana kami datang awal, senang-senang je dapat yang strategik sebab banyak tempat kosong. Tips; jika taknak bersesak-sesak sila datang waktu pagi pada hari bekerja.


taman air kota bharu

Tadaa !! Ada 3 bahagian dengan kedalaman berbeza. Tapi masih ikut kesesuaian anak-anak. Paling dekat ni yang paling dalam lebih kurang paras pinggang orang dewasa. Yang bulat kat tengah tu kedua dalam lebih kurang paras paha orang dewasa. Paling hujung yang kaler hijau cerah nun paras betis orang dewasa. Sesuai lah untuk anak-anak umur 3 tahun ke bawah.


water park kota bharu


Gambar yang atas tu view sebelah kanan jana berdiri. Yang ni pulak view sebelah kiri jana. So dah boleh agak kawasan kolam Splash Water Park ni secara keseluruhan kan?

kota bharu water park

splash water park kota bharu


Budak mana tak suka main air. Jangan kata budak-budak, orang dewasa pun suka tau. Boleh release stress.

Kat sini ada juga kiosk jual makanan ringan. Cekedis, lokcin, air sirap macam tu lah. Nasi takde ye. Tempat duduk dan gazebo pun ada. Tapi kalu waktu sesak, mungkin tak cukup tempat duduk tu. Tandas dan tempat persalinan pun ada.

Bila datang ke tempat rekreasi macam ni, tolong ingat perkara-perkara berikut;

  • Jangan buang sampah merata. Sisa-sisa makanan tu sila uruskan dengan baik kalau tak nanti semut api datang. 
  • Buka pampers anak kecil awak tu sebelum letak dia dalam air. Najis tu wak, boleh bawa penyakit dan mudarat. Jangan pengotor sangat boleh..
  • Jangan merokok. Bawa-bawa bersabar sikit tuan, dah lah menghodohkan suasana dengan asap tu, bau busuk pulak tu. Lagipun bukan ke merokok depan anak-anak kecil tu boleh bahayakan kesihatan mereka malah tunjuk contoh tak baik. Paling jahanam jentik pulak puntung rokok merata-rata. Rosak !

Akhir kata, bagi jana sekeluarga tempat ni best tambah pulak suasana yang redup dikelilingi pokok-pokok besar. Udara pun nyaman walaupun tepi jalan yang sibuk. 



Budak tecit ni kata , "pish yo".. hehehe
Next time datang lagi.


Love, jana


Wednesday 27 April 2016

Detoks cara Shaklee cara detoks berkesan lagi efektif

April 27, 2016 0 Comments
Tiap-tiap hari nampak kat fb kawan-kawan share pasal detoks shaklee. Gambar-gambar makanan detoks, menu detoks, resipi detoks, vitamin detoks, beza sebelum & selepas detoks cara shaklee dan macam-macam lagi. Detoks shaklee sana-sini. Macam bagus. Menyampah tak? Hehehe...

Persoalannya, kenapa perlu ikut detoks cara shaklee. Bagus sangat ke? Atau auta pelaris nak tarik perhatian semata-mata?

Tanda-tanda tubuh banyak toksin


detoks cara shaklee


Detoks cara Shaklee
  1. Detoks cara Shaklee bukan direka dari kami pengedar-pengedar TETAPI diolah oleh saintis Shaklee yang dah buat kajian secara menyeluruh lagi terperinci.
  2. Dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
  3. Detoks cara shaklee ada rejim/aturan yang perlu diikuti dengan berdisiplin. Ada menu disediakan dan ada jenis-jenis vitamin yang disarankan
  4. Detoks cara shaklee mesra ibu menyusu. Cuma menu lain sikit. 

Ni adalah jadual menu untuk hari pertama detoks cara shaklee. Semua mesti sayur mentah dan kukus dan buah segar je. Kenapa? Untuk singkir bahan buangan pejal dan rangsang pergerakan usus besar.


jadual detoks paling berkesan


Menu untuk 6 hari seterusnya jana kongsi kat group wassap secara eksklusif khas untuk mereka yang betul-betul berminat dan komited untuk detoks cara shaklee. Setiap aturan ada sebab yang tersendiri ikut biologi semulajadi badan. Sebab tu amat disarankan untuk berdisiplin baru lah dapat kesan yang optimum.


Detoks cara shaklee ni cuma untuk 7 hari sahaja. Jadi, tiap-tiap bulan pun kita boleh buat. Baru best.

Bukan setakat badan rasa segar, perut rasa selesa, lemak boleh hilang tapi tabiat gaya pemakanan pun berubah. Hilang rasa 'craving' benda-benda manis, boleh kawal pemakanan, cepat kenyang walau makan sikit dan banyak lagi faedah yang diperolehi.

Paling best, boleh mengelak dari berat badan yo-yo. Berat badan yo-yo ialah perubahan berat badan yang ketara tapi boleh berubah secara mendadak.

Sebab tu detoks cara shaklee adalah yang paling terbaik berkesan setakat ni. Terbukti!


Detoks cara shaklee tak lengkap tanpa set vitamin untuk detoks ni. Ia penting untuk bantu tubuh kita buang toksin dengan lebih efektif semasa dalam proses detoks.

vitamin untuk detoks yang berkesan


Set detoks shaklee mesti ada:
  1. Vivix berfungsi untuk detoksifikasi sel-sel.
  2. DTX Complex berfungsi untuk detoksifikasi organ hati.
  3. Herblax berfungsi untuk detoksifikasi usus besar untuk kempiskan perut dan kurus
  4. Alfalfa Complex untuk detoksifikasi tubuh & beri keperluan nutrisi yang penting untuk organ hati.
  5. Peppermint Ginger Plus untuk detoksifikasi usus besar.

Bagi bekalan protin berkualiti tinggi, disarankan ambil ESP / CINCH SHAKE kerana pada hari ke-4 dan seterusnya, protin diperlukan untuk buat smoothies. Yummy!! 100% bebas gula proses.

Jom detoks cara shaklee bermula hari ni dan tampil sebagai diri anda yang baru. Bebas toksin, lebih sihat dan gembira. Next entry jana kongsi testimoni-testimoni detoks cara shaklee. 

Untuk order/maklumat lanjut jemput hubungi jana ditalian berikut. Konsultasi eksklusif khas dijami berkesan untuk customer set detoks shaklee bagi memastikan pelaburan untuk sihat tanpa toksin ni berbaloi-baloi.






Monday 25 April 2016

Ciri-ciri wanita yang berisiko kena fibroid & kenali tanda-tanda awal

April 25, 2016 2 Comments
Penting kita orang perempuan untuk ambik tau tanda-tanda fibroid dan kita juga patut ambil tau siapa yang berisiko untuk hadapi masalah fibroid. Sekurang-kurangnya kita boleh buat sesuatu untuk mencegah fibroid, bersiap sedia untuk segala kemungkinan dan boleh dapatkan rawatan awal.

kecutkan fibroid

Apa itu fibroid

Fibroid adalah ketumbuhan abnormal pada organ rahim. Fibroid boleh tumbuh dengan besar hingga menyebabkan kesakitan kronik pada perut dan pendarahan haid berlebihan. Namun, ada juga yang langsung tiada petunjuk atau simptom-simptom fibroid.


Tanda-tanda fibroid:
  • Haid yang berlebihan dan berketul
  • Tempoh haid yang berpanjangan
  • Sakit pada bahagian pelvik atau bahagian bawah belakang
  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Sakit/ketidakselesaan pada bahagian bawah abdomen
  • Perut membuncit disebabkan rahim yang membengkak.



Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan fibroid.

  • Hormon estrogen berlebihan. Penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang tak seimbang boleh mengaktifkan fibroid. Antara faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ialah penggunaan alat perancang keluarga.
  • Lambakan xenoestrogen. Xenoestrogen atau 'estrogen sintetik' ialah bahan yang didapati berada dalam persekitaran seperti makanan, air dan kimia dari perindustrian & pertanian. Xenoestrogen masuk kedalam tubuh kita melalui penggunaan bahan plastik atau getah, racun serangga dan produk tembakau.
  • Faktor genetik. Jika ada ahli keluarga yang menghadapi fibroid, maka risiko adalah lebih tinggi.
  • Obesiti. Lemak yang berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil 'Endocanabinoid System' dimana ia boleh mengganggu fungsi hormon-hormon lain.
  • Hamil. Ketika mengandung hormon estrogen dan progestron dihasilkan dengan lebih banyak. Keadaan ini boleh menyebabkan fibroid membesar dengan lebih cepat.


Ketumbuhan fibroid adalah benign (bukan kanser).


kecutkan fibroid


Ciri-ciri wanita yang ada risiko tinggi untuk hadapi fibroid ialah mereka yang mempunyai 1 atau lebih faktor yang telah jana sebut diatas.


Fibroid dan ovarian cyst adalah sama iaitu kategori ketumbuhan. Bezanya cuma fibroid tumbuh pada rahim dalam bentuk pejal dan berserat manakala ovarian cyst tumbuh dalam ovari kadangkala dalam bentuk cecair atau udara.


Perlukah merawat fibroid melalui pembedahan?

Bergantung pada saiz dan keadaan. Pembedahan perlu dilakukan sekiranya berlaku pendarahan atau mengganggu fungsi-fungsi sistem lain. Jika fibroid tidak membesar dan tak membahayakan biasanya tak perlukan pembedahan dan boleh kecut dengan sendiri. Apa-apa pun sila dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor bertauliah.



Vivix adalah antara vitamin Shaklee yang amat disarankan untuk membantu mengatasi dan mengurangkan simptom-simptom fibroid dan cyst. Vivix membekalkan antioksidan yang tinggi, dan terbukti menunjukkan ciri-ciri anti-radang, anti-carcinogen dan anti-mikrobial. Vivix juga dapat mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.


haid tak teratur

fibroid kecut dengan cepat



Selain Vivix Shaklee, vitamin yang sesuai untuk bantu kecutkan fibroid dan ovarian cyst ialah GLA Complex & set ACE (Carotomax, Vit C & Vit E).

Baca: Cara mengatasi cyst ovari


Tapi puan kena ingat. Walaupun mengambil suplemen, penjagaan pemakanan juga penting bagi kecutkan fibroid:
  • Tingkatkan pengambilan sayuran & buahan segar.
  • Elak makanan proses seperti makanan segera, makanan beku dan makanan dalam tin
  • Lebihkan makan makanan laut dalam.
  • Elak makanan tinggi kolesterol
  • Sebaiknya elak makanan & minuman bergula
  • Kurangkan pengambilan garam


Untuk order dan maklumat lanjut tentang vitamin, jemput hubungi jana ditalian tertera. Konsultasi eksklusif  lagi berkesan akan disertakan untuk setiap pembelian.

kecutkan fibroid




Wednesday 20 April 2016

10 cara detoks buang toksin dalam badan

April 20, 2016 0 Comments
Rasa tubuh tak bermaya, sakit-sakit badan dan sendi, sering dilanda masalah kulit dan bergelut dengan masalah berat badan yang sukar dikawal? Itu adalah diantara tanda-tanda tubuh banyak toksin.

Toksin jika dibiarkan lama-lama terkumpul boleh menjadi racun yang merosakkan tubuh badan kita. Kanser, sistem pertahan tubuh yang lemah, lemah tenaga syahwat, penyakit sendi adalah antara masalah akibat lambakan toksin dalam badan. Oleh itu, sangat penting untuk kita buang toksin dalam badan sebelum ia mengundang lebih banyak masalah.


buang toksin dalam badan




Cara yang paling berkesan untuk buang toksin dalam badan ialah detoks. Detoks telah pun diamalkan sejak berkurun lamanya diseluruh dunia seperti oleh perubatan ayuverda dan perubatan cina.

Detoks iaitu detoksifikasi ialah tentang merehatkan, membersihkan dan menyihatkan badan dari dalaman. Dengan membuang toksin dalam badan, kemudian dilengkapi dengan pemakanan tinggi nutrisi, boleh membantu kita untuk mencegah masalah kesihatan dan penyakit bahaya dan tingkat kemampuan tubuh mengekalkan kesihatan yang optimum.


10 cara detoks buang toksin dalam badan
  1. Tingkat pengambilan makanan tinggi serat iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran organik termasuk beras merah. Articok, kubis, brokoli, spirulina adalah antara makanan yang bagus untuk detoksifikasi.
  2. Bersihkan dan lindungi organ hati dengan pengambilan herba-herba dandelion, milk thistle, burdock dan teh hijau.
  3. Ambil vitamin C untuk rangsang tubuh tingkat penghasilan gluthatione iaitu sejenis kompoun dari organ hati yang berfungsi untuk singkirkan toksin.
  4. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari
  5. Sedut nafas sedalam-dalamnya untuk tingkatkan kitaran oksigen yang lebih lengkap dalam tubuh.
  6. Elakkan stress dan latih diri untuk sentiasa positif.
  7. Buat hidroterapi. Mandi air panas selama 5 minit. Alirkan air di belakang badan diikuti dengan air sejuk selama 30 saat. Ulang 3 kali Kemudian tidur selama 30 minit.
  8. Lakukan sauna untuk galakkan penyingkiran toksin melalui peluh.
  9. Spa untuk buang toksin pada liang roma.
  10. Bersenam. 

Tapi kita perlu ingat, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum buang toksin dalam badan ialah terlebih dahulu kurangkan aktiviti-aktiviti yang menjadi punca pengumpulan toksin dalam badan iaitu; merokok, alkohol, kafein, gula putih dan lemak tepu. Ia boleh menghalang keberkesanan proses detoks.

Juga, minimumkan penggunaan produk-produk pencuci dan kosmetik yang berasaskan bahan kimia. Sebaiknya tukar kepada produk-produk yang dibuat daripada bahan organik dan semulajadi.

Adrenaline rush, yang dihasilkan oleh hormon yang dicetuskan dalam keadaan stress dalam jumlah yang banyak akan menghasilkan toksin dan dalam masa yang sama memperlahankan enzim detoksifikasi pada organ hati. So, jika nak sihat dengan optimum jangan stress-stress selalu ye. 

Ingin menjana kehidupan yang lebih baik dengan kesihatan yang optimum? Jom detoks dan singkir toksin dari badan bermula sekarang.




Nak tau lebih lanjut tentang detoks, buang toksin dari badan? Jemput hubungi jana ditalian berikut. Jana pun sekarang tengah ikut program detoks bersama geng detoks shaklee. Seronok... Ada kongsi-kongsi resipi, dapat sokongan penuh dari rakan--rakan, dan boleh bertukar-tukar pendapat. Jom lah join!





Monday 18 April 2016

7 tanda-tanda tubuh banyak toksin

April 18, 2016 0 Comments
Camana nak tau tubuh kita banyak toksin? Sebenarnya banyak tanda-tanda yang menunjukkan tubuh kita banyak toksin. Tanda-tanda tu bukan setakat kita boleh rasa tapi juga turut boleh dilihat dengan mata kasar. Cuma kita yang tak sedar atau tak perasan.

Toksin adalah apa saja bentuk bahan yang boleh merosakkan tubuh kita. Toksin boleh datang dari air, udara, makanan, bahan pencuci, produk kosmetik, rokok, asap rokok dan baaaaanyak lagi.

tubuh banyak toksin


Kita rasa tubuh badan kita sihat, tapi cepat benar rasa letih, kulit kusam macam mak nenek, lambat bertindakbalas, sembelit. Biasanya kita ingat semua ni sebab faktor umur kan? Akibatnya, dengan rela hati kita menyesuaikan diri dengan keadaan serba lemah ni dan akhirnya bila sampai waktu penyakit pun datang...

Sebenarnya, bukan usia yang menyebabkan semua diatas. Faktor sebenar ialah tubuh banyak toksin!

Sebab tu kita wajib tau tanda-tanda tubuh banyak toksin supaya kita boleh segera menyingkirkan kesemua toksin-toksin yang dah terkumpul dalam tubuh kita untuk menjana kesihatan yang jauh lebih baik. Paling penting, dapat mencegah dari penyakit-penyakit kronik.





7 tanda-tanda tubuh banyak toksin
  1. Sering berasa letih yang melampau. Walaupun dah tidur, rehat dan makan dengan cukup tapi badan cepat penat.
  2. Berat badan sukar turun. Dah diet tapi tak menjadi.. dituduhnya diet tak betul, dah ambil suplemen tapi takde kesan...dituduhnya produk menipu. Dah bersenam tapi hasil tetap sama... dituduhnya tak cukup masa.
  3. Ada bau yang tak menyenangkan. Mulut bau busuk, badan bau hangit, peluh bau hapak. Ini mungkin disebabkan masalah penghadaman atau tanda-tanda organ hati sedang bekerja keras untuk menyingkirkan toksin.
  4. Sembelit. Usus besar berperanan untuk singkir toksin setiap hari. Sembelit akan meyebabkan toksin-toksin tak dapat dibuang dengan sempurna lalu terkumpul dalam tubuh.
  5. Terlalu sensitif terhadap bau-bauan yang ada bahan pewangi hingga sakit kepala atau sakit perut. Ini menunjukkan sensitiviti terhadap bahan kimia. Ia juga mungkin tanda-tanda tubuh sedang melawan bahan-bahan toksin yang menimbun.
  6. Sakit-sakit otot, badan dan sendi. Ini disebabkan pengumpulan toksin pada otot dan sendi.
  7. Masalah kulit. Kulit kusam, jerawat, ruam adalah tanda-tanda toksin yang menimbun dalam tubuh. Jerawat biasanya disebabkan toksin dalam makanan dan produk penjagaan kulit. Mata sembap, ekzema, psoriasis boleh jadi tanda tubuh terlalu banyak toksin.


Perhatikan tanda-tanda tubuh banyak toksin seperti diatas. Jika anda turut mengalaminya, bertindaklah sekarang untuk menyingkirkan semua toksin-toksin dari tubuh. Proses untuk singkir toksin dipanggil detoks.


Tip-tip mudah untuk detoks:
  • Minum banyak air kosong
  • Pelihara kesihatan organ hati
  • Bersenam sekurang-kurangkan 30minit sehari
  • Setiap hari amalkan makanan probiotik seperti kimchi, tempe, budu kerana ia boleh bantu menyokong kesihatan sistem penghadaman
  • Tiap kali berus gigi, jangan lupa untuk berus juga bahagian lidah.
  • Sentiasa hirup udara segar.
  • Gunakan produk penjagaan kulit semulajadi sahaja yang tidak mengandungi pewangi, sulfat, paraben dan bahan kimia lain yang berpotensi menjadi bahan toksik.
  • Amalkan pemakanan organik dan bersih.


Detoks bukan semata-mata kurus, atau untuk orang muda aje tapi detoks membantu membersihkan tubuh dari kotoran, mencegah dari penyakit bahaya dan membolehkan kita dapat semula tubuh yang mampu berfungsi dengan optimum.

Jom detoks bermula sekarang. Perlukan bimbingan untuk detoks? Jenis-jenis detoks. Ketahui cara detoks yang betul. Menu semasa detoks. Vitamin untuk proses detoks. Group support. Jemput hubungi jana ditalian berikut. Proses detoks lebih mudah jika dilakukan secara berkumpulan.




Salam sayang, Jana


Thursday 14 April 2016

5 tanda penapis buah pinggang bocor

April 14, 2016 1 Comments
Penting untuk kita pakat tau tanda-tanda penapis buah pinggang bocor supaya boleh dapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera. Pesakit penapis pinggang bocor yang lewat dapatkan rawatan dari pihak bertauliah boleh mendatangkan masalah yang lebih teruk iaitu kegagalan fungsi buah pinggang.

buah pinggang rosak


Penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome terjadi apabila unit penapis halus (glomeruli) pada buah pinggang rosak lalu menyebabkan protin yang sepatutnya disimpan dalam plasma telah bocor ke dalam urin. Akibatnya, badan kehilangan banyak protin.

Oleh kerana protin dalam darah membantu tubuh menyimpan cecair dalam salur darah, kekurangannya akan menyebabkan cecair terkeluar dari salur darah dan masuk ke dalam tisu-tisu badan. Ini lah yang menyebabkan tanda-tanda penapis buah pinggang bocor antaranya kejadian sembap.

5 tanda-tanda penapis buah pinggang bocor:
  • Badan lemah dan tak bermaya
  • Kencing berbuih
  • Sekitar mata & muka sembap (terutamanya ketika bangun tidur pada waktu pagi)
  • Kaki sembap (pada waktu petang biasanya banyak berdiri)
  • Kembung, sakit perut & cirit birit


Antara punca yang menyebabkan penapis buah pinggang bocor ialah:
  • Kanser
  • Penyakit seperti kencing manis & SLE
  • Gangguan genetik
  • Gangguan imun
  • Jangkitan seperti hepatitis
  • Kesan penggunaan dadah tertentu

Masalah penapis buah pinggang bocor lebih kerap dialami oleh lelaki berbanding wanita. 

Berikut adalah kisah benar yang dilalui bekas pesakit buah pinggang bocor dari mula-mula beliau didiagnosis hingga sembuh sepenuhnya



TESTIMONI 026 : MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

.

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

.

rawat penapis buah pinggang bocor



Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.


Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.


Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.


Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.


Muhamad Rosdi Ismail

*     *     *



Bagaimana Vivix bertindak dalam masalah penapis buah pinggang bocor (nephrotic syndrome)?

Vivix berupaya bertindak ke tahap yang paling jauh dalam tubuh manusia iaitu sel. Vivix meningkatkan prestasi sel-sel seterusnya membolehkan organ-organ tubuh dapat berfungsi dengan baik.

Selain membaiki masalah penapis buah pinggang bocor, Vivix juga berupaya mengawal tekanan darah darah yang sihat dan mengawal paras kolesterol.

Vivix diperbuat dari 4 bahan utama organik iaitu anggur muscadine, carrot ungu, elderberi dan herba Japanese Knotweed. Vivix memberi impak terhadap 4 mekanisme penuaan pada tahap sel iaitu:
  • Baiki kerosakan DNA
  • Mengawal genetik
  • Tingkat penghasilan tenaga oleh sel
  • Melambatkan pembentukan protin AGE


buah pinggang rosak



Nephrotic Syndrome atau penapis buah pinggang bocor mungkin menyebabkan tuan terpaksa hadapi biopsi, atau bergantung pada ubat-ubatan untuk tempoh yang lama. Belum lagi termasuk kesan jangka masa panjang penggunaan ubat terhadap organ lain seperti hati.

Vivix adalah salah satu cabang rawatan melalui pemakanan yang telah membantu ramai orang menjana kesihatan mereka ke tahap yang lebih baik. Sekiranya tuan & puan sedang mengalami masalah penapis buah pinggang bocor cuba lah berikhtiar dengan Vivix juga. Dalam masa yang sama, jangan sesekali abaikan rawatan dari hospital.

Harga sebotol Vivix Shaklee ialah RM475 (150ml).
Promosi Twin Pack sehingga 30 April 2016


Untuk order terus dari Shaklee sila klik pada butang order berikut. (pembayaran melalui kad debit dan kad kredit)

 Order Vivix disini



Atau order melalui jana dengan menghubungi talian berikut. Nasihat cara makan & konsultasi akan disertakan secara eksklusif khas untuk semua pelanggan jana.


order shaklee



Follow Instragram Jana_Hazana