Kenali simptom fatty liver (hati berlemak) dan cara menanganinya dengan berkesan

Hati merupakan organ kedua terbesar dalam tubuh manusia yang mempunyai 500 fungsi termasuk menukar makanan kepada tenaga, menapis dan memproses darah yang mengalir dalam tubuh kita, menyahtoksik bahan berbahaya, mengawal atur hormon, tempat menyimpan sesetengah vitamin & mineral dan memproses nutrien.

Organ hati merupakan satu-satunya organ yang boleh membaiki dan membina dirinya semula dengan cepat ! Masalah hati berlemak jika tiada tindakan untuk menanganinya akan mengganggu sifat organ hati  yang sangat menakjubkan ini.

Hati berupaya menentang mikroorganisma yang menjadi punca penyakit, menyingkirkan bakteria dari dalam darah melalui hempedu yang berperanan utama dalam proses detoksifikasi dan metabolisme dan juga menapis dadah, alkohol dan segala toksin dari alam sekitar yang masuk kedalam tubuh kita.

mengatasi masalah hati berlemak


Hati yang bermasalah akan menganggu kesemua fungsi-fungsi enzim sekaligus menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.


Menurut kajian, ramai orang tidak sedar mereka sedang mengalami masalah hati berlemak atau lebih dikenali sebagai fatty liver. Punca masalah hati berlemak dikesan berpunca dari penyakit kencing manis, kolesterol tinggi, obesiti dan pengambilan alkohol.


Di Malaysia, 1 dari 20 penduduk mengalami penyakit berkaitan dengan hati. Tabiat suka makan lewat malam, makan makanan berminyak, tidak bersenam dan merokok adalah antara penyebab. Selain dari faktor gaya hidup, perubahan pada enzim hati yang tidak normal menyebabkan metabolisme tidak seimbang.

Mengenali simptom-simptom hati berlemak pada peringkat awal:
  • Lesu
  • Sering keletihan
  • Hilang berat badan
Simptom-simptom pada peringkat lebih kronik penyakit hati berlemak:
  • Jaundice (demam kuning)
  • Bengkak perut (busung)
  • Kekeliruan
  • Muntah darah
  • Saluran darah dalam esofagus membengkak

Gejala hati berlemak jika tidak ditangani lebih awal akan menyebabkan hati membengkak dan menular menjadi fibrosis seterusnya sirosis dimana fungsi hati akan terjejas dan susah untuk dirawat dan pulih seperti sediakala.

vitamin untuk fatty liver hati berlemak


Menangani penyakit hati berlemak

Cara yang paling berkesan untuk menangani hati berlemak (fatty liver) ialah dengan mengawal gaya hidup kita dan membekalkan nutrien yang secukupnya kepada organ hati.

Liver Aid Program Shaklee menawarkan penjagaan organ hati dengan gabungan eksklusif DTX Complex dan Nutriferon hanya dari Shaklee.


DTX Complex dengan formula yang dipaten mengandungi ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed), dandelion, articok, kunyit, ling zhi dan schizandra berfungsi:
  1. Menyokong penjanaan semula sel-sel hati
  2. Melindungi hati
  3. Menangani masalah seperti hepatitis dan sirosis
  4. Mengekalkan aliran hempedu
  5. Membantu meningkatkan fungsi hati
  6. Merangsang sistesis protin, tingkatkan jumlah enzim dalam hati untuk detoksifikasi dan perlahankan pembentukan toksin

Nutriferon mengandungi ekstrak biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dan bunga safflower berfungsi:
  1. Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan.
  2. Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
  3. Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj bagi menentang pencerobohan dan memusnahkan virus dan kuman

vitamin untuk hati liver


Mencegah lebih baik dari merawat. Kos mencegah juga jauh lebih rendah dari kos merawat. Ayuh! Atasi masalah hati berlemak dan tingkatkan kesihatan hati anda sekarang.

Macamana nak kawal kolesterol tinggi dengan berkesan
Mengatasi masalah penyakit 3 serangkai

Masalah hati berlemak jika tidak diatasi pada peringkat awal boleh mengakibatkan penyakit hati yang lebih teruk seperti barah hati. Pada peringkat ini organ hati tidak lagi dapat membaiki dan membina sendiri dan rosak. Salah satu cara untuk merawatnya ialah melalui pemindahan hati.

Jom order DTX Complex dan Nutriferon terus dari shaklee hari ini dengan klik butang order dibawah

 Order via Shaklee


Atau jemput hubungi jana ditalian berikut untuk order dan dapatkan konsultasi secara berterusan sepanjang pengambilan vitamin secara percuma.

pengedar shaklee machang


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...