Posts

Showing posts from February, 2016

Manfaat resveratrol dalam vivix untuk kawal penyakit darah tinggi

Image
Semalam jana dapat wassap dari seorang lelaki tanya tentang suplemen untuk penyakit darah tinggi. Terkejut betul bila dapat tahu umurnya baru 31 tahun. Muda sangat lagi kan? Zaman sekarang, kita boleh dapat banyak perkara dengan segera dan cepat termasuklah penyakit.. Nauzubillah. Jana pun cerita la kat dia tentang manfaat resveratrol yang ada dalam vivix untuk bantu dia kawal penyakit darah tinggi tu.

Tahukah anda, penyakit darah tinggi boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit kronik lain seperti kerosakan buah pinggang, diabetes, strok dan penyakit jantung. Ia boleh menular dengan senyap dalam tubuh tanpa disedari. Tau-tau tumbang masuk wad sebab dah teruk.

Sebab tu penyakit darah tinggi ni diberi jolokan; PEMBUNUH DIAM


Fakta:
Lebih 28juta rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan darah tinggi 8% dari mereka tidak mengetahuinya. (Sumber: Persatuan Hipertensi Malaysia)

Lebih 43% dari rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi. (Sumber: The Nationa…

Kasut getah punca kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator?

Image
Sejak kebelakangan ni, banyak betul kes kaki kanak-kanak kudung akibat tersepit kat eskalator. Bukan kat negara luar je tapi termasuk juga negara kita. Jana tak tengok pun video atau gambar-gambar kejadian tu sebab tak sanggup. Memang cukup mengerikan dan meruntunkan jiwa. Nauzubillah..... Semoga mangsa dan keluarga tabah menghadapi cabaran.

Bila diselidik, antara persamaan semua mangsa ialah memakai kasut getah. Betul ke kasut getah yang dipakai punca kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator? Jom tengok sekejap rakaman pendek ni





Nampak kan? mudah nak tersepit kat celah tu. Secara fizikal sandal atau kasut getah adalah lembut sebab tu mudah melekat dan disedut ke dalam celahan eskalator yang sedang bergerak. Jangan sesekali biarkan hujung kasut  anak bergesel dengan panel tepi eskalator.

Sekarang ramai mak ayah yang belikan dan pakaikan anak-anak mereka sandal getah sebab memang trendy, banyak betul design kasut getah kanak-kanak yang comel-comel, tahan lasak, selesa dan mudah dipakai…

Bahaya virus zika pada bayi dalam kandungan. 7 langkah untuk mencegahnya

Image
Seram pulak jana rasa bila dengar pasal virus zika ni. Sebab, ia bukan setakat boleh jangkiti manusia, tapi turut boleh bahayakan bayi dalam kandungan !

Virus zika ialah sejenis virus bawaan nyamuk aedes iaitu spesis nyamuk yang sama yang membawa virus denggi, chikunguya dan demam kuning. Virus zika telah ditemui sejak tahun 1947 di Uganda dan kekal di Afrika hingga 20017 namun mula merebak dengan pantas sejak May 2015 di Brazil. Sepertimana denggi, belum ada ubat atau vaksin yang boleh merawat jangkitan virus zika.



WHO telah mengisytiharkan penularan virus zika sebagai darurat kesihatan antarabangsa apabila ia dikaitkan dengan kerosakan otak bayi dalam kandungan ibu yang dijangkiti.

Microcephaly merupakan kondisi dimana saiz kepala bayi tidak normal iaitu lebih kecil dan perkembangan otak tak sempurna. Bayi turut akan mengalami masalah kognitif dan penglihatan sepanjang hidupnya. Microcephaly juga boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi semasa dilahirkan (stillbirth)



Fakta virus …

Tanda-tanda demam denggi dan langkah mengatasinya

Image
Nak tau tak? Serangan demam denggi menjadikan tubuh kita imun terhadap serangan yang seterusnya oleh nyamuk aedes yang sama spesis. Namun, kita kena tau bahawa nyamuk aedes ada 4 spesis. Jika kita tinggal di tempat yang ada keempat-empat jenis nyamuk aedes ni maka tetap akan berisiko untuk terkena serangan denggi lagi.

Risiko untuk dapat serangan demam denggi berdarah bagi pesakit yang demam denggi kali kedua adalah tinggi. Demam denggi berdarah sangat merbahaya hingga boleh meragut nyawa !

Banyak petua-petua yang boleh digoogle untuk merawat demam denggi dengan berkesan agar cepat sembuh. Tapi ingat, bila muncul tanda-tanda demam denggi jangan sesekali menangguhkan dan abaikan rawatan dari hospital. Segera dapatkan rawatan.



Virus denggi yang masuk kedalam tubuh manusia akan memusnahkan sel-sel darah putih dan platelet. Jika pesakit demam denggi didapati plateletnya kurang dari 100bpl, dia akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian rapi.


Tanda-tanda demam denggi
Demam mengejut disertai den…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi