Friday 12 February 2016

# Kecemasan # Kesihatan Anak-anak

Kasut getah punca kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator?

Sejak kebelakangan ni, banyak betul kes kaki kanak-kanak kudung akibat tersepit kat eskalator. Bukan kat negara luar je tapi termasuk juga negara kita. Jana tak tengok pun video atau gambar-gambar kejadian tu sebab tak sanggup. Memang cukup mengerikan dan meruntunkan jiwa. Nauzubillah..... Semoga mangsa dan keluarga tabah menghadapi cabaran.

Bila diselidik, antara persamaan semua mangsa ialah memakai kasut getah. Betul ke kasut getah yang dipakai punca kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator? Jom tengok sekejap rakaman pendek ni





Nampak kan? mudah nak tersepit kat celah tu. Secara fizikal sandal atau kasut getah adalah lembut sebab tu mudah melekat dan disedut ke dalam celahan eskalator yang sedang bergerak. Jangan sesekali biarkan hujung kasut  anak bergesel dengan panel tepi eskalator.

Sekarang ramai mak ayah yang belikan dan pakaikan anak-anak mereka sandal getah sebab memang trendy, banyak betul design kasut getah kanak-kanak yang comel-comel, tahan lasak, selesa dan mudah dipakai.

Walaubagaimana pun, malang tak berbau yang selesa, yang comel, yang tahan lasak dan yang fofular itu lah yang selalunya dipakai oleh mangsa ketika kejadian. Kebetulan kah?

crocs punca kaki tersepit pada eskalator
Gambar google

Oleh itu, adakah sandal getah punca kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator? Boleh dikatakan benar. Tapi kena ingat, kasut atau sandal jenis lain pun tetap berisiko untuk tersepit pada eskalator. Bukan kanak-kanak je malah orang dewasa pun turut berisiko.

Ada kes dimana seorang wanita terpaksa kainnya dipotong sebab tersangkut pada eskalator yang sedang bergerak !

Pendek cerita, bahaya eskalator bukan untuk kanak-kanak yang pakai sandal getah je tapi juga untuk mereka yang tidak berwaspada. Apa yang utama, sentiasa utamakan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan eskalator. Antaranya :
  • Jangan pijak garisan kuning. Pada sesetengah eskalator takde garisan kuning tapi ada bulu-bulu melintang pada bahagian tepi.
  • Jangan benarkan anak-anak bermain semasa naik atau berdekatan eskalator.
  • Pastikan tali kasut atau sandal diikat dengan kemas.
  • Jangan leka semasa menggunakan eskalator TERUTAMANYA yang bawa anak (main telefon, usha awek, jeling abang sado).
  • Jangan pakai pakaian atau skirt yang terlalu labuh hingga terseret atas lantai.
  • Patuhi arahan dan tatacara yang telah disediakan.

cara betul guna eskalator


Bagi jana, anak-anak kecil tu lebih baik dukung je. Baik penat, asal selamat. Jika berdiri sendiri pun makayah wajib pimpin anak dan mata mesti kena perhati kedudukan kaki anak semasa guna eskalator. Jika anak ramai dan ada lif, gunakan lif.

Apa yang dah berlaku kita jadikan pengajaran supaya tiada lagi kes yang sama berulang. Nak sangat pakaikan kaki anak dengan sandal getah? Tak salah.. untuk jalan-jalan atau bermain kat taman tu sesuai la tapi bila nak guna eskalator, sila beringat.

Bagitau semua orang pasal ni..biar sama-sama ingat-memperingati.
Tip atasi anak batuk berkahak berpanjangan


hati-hati guna sandal crocs


Salam sayang, jana


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana