Posts

Showing posts from April, 2016

Detoks cara Shaklee cara detoks berkesan lagi efektif

Image
Tiap-tiap hari nampak kat fb kawan-kawan share pasal detoks shaklee. Gambar-gambar makanan detoks, menu detoks, resipi detoks, vitamin detoks, beza sebelum & selepas detoks cara shaklee dan macam-macam lagi. Detoks shaklee sana-sini. Macam bagus. Menyampah tak? Hehehe...

Persoalannya, kenapa perlu ikut detoks cara shaklee. Bagus sangat ke? Atau auta pelaris nak tarik perhatian semata-mata?

Tanda-tanda tubuh banyak toksin




Detoks cara Shaklee
Detoks cara Shaklee bukan direka dari kami pengedar-pengedar TETAPI diolah oleh saintis Shaklee yang dah buat kajian secara menyeluruh lagi terperinci.
Dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
Detoks cara shaklee ada rejim/aturan yang perlu diikuti dengan berdisiplin. Ada menu disediakan dan ada jenis-jenis vitamin yang disarankan
Detoks cara shaklee mesra ibu menyusu. Cuma menu lain sikit. 
Ni adalah jadual menu untuk hari pertama detoks cara shaklee. Semua mesti sayur mentah dan kukus dan buah segar je. Kenapa? Untuk singkir bahan buangan pejal dan…

Ciri-ciri wanita yang berisiko kena fibroid & kenali tanda-tanda awal

Image
Penting kita orang perempuan untuk ambik tau tanda-tanda fibroid dan kita juga patut ambil tau siapa yang berisiko untuk hadapi masalah fibroid. Sekurang-kurangnya kita boleh buat sesuatu untuk mencegah fibroid, bersiap sedia untuk segala kemungkinan dan boleh dapatkan rawatan awal.


Apa itu fibroid

Fibroid adalah ketumbuhan abnormal pada organ rahim. Fibroid boleh tumbuh dengan besar hingga menyebabkan kesakitan kronik pada perut dan pendarahan haid berlebihan. Namun, ada juga yang langsung tiada petunjuk atau simptom-simptom fibroid.


Tanda-tanda fibroid:
Haid yang berlebihan dan berketul
Tempoh haid yang berpanjangan
Sakit pada bahagian pelvik atau bahagian bawah belakang
Sakit ketika hubungan kelamin
Sakit/ketidakselesaan pada bahagian bawah abdomen
Perut membuncit disebabkan rahim yang membengkak.


Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan fibroid.

Hormon estrogen berlebihan. Penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang tak seimbang boleh mengaktifkan fibroid. Antara faktor yang …

10 cara detoks buang toksin dalam badan

Image
Rasa tubuh tak bermaya, sakit-sakit badan dan sendi, sering dilanda masalah kulit dan bergelut dengan masalah berat badan yang sukar dikawal? Itu adalah diantara tanda-tanda tubuh banyak toksin.

Toksin jika dibiarkan lama-lama terkumpul boleh menjadi racun yang merosakkan tubuh badan kita. Kanser, sistem pertahan tubuh yang lemah, lemah tenaga syahwat, penyakit sendi adalah antara masalah akibat lambakan toksin dalam badan. Oleh itu, sangat penting untuk kita buang toksin dalam badan sebelum ia mengundang lebih banyak masalah.






Cara yang paling berkesan untuk buang toksin dalam badan ialah detoks. Detoks telah pun diamalkan sejak berkurun lamanya diseluruh dunia seperti oleh perubatan ayuverda dan perubatan cina.
Detoks iaitu detoksifikasi ialah tentang merehatkan, membersihkan dan menyihatkan badan dari dalaman. Dengan membuang toksin dalam badan, kemudian dilengkapi dengan pemakanan tinggi nutrisi, boleh membantu kita untuk mencegah masalah kesihatan dan penyakit bahaya dan tingkat kem…

7 tanda-tanda tubuh banyak toksin

Image
Camana nak tau tubuh kita banyak toksin? Sebenarnya banyak tanda-tanda yang menunjukkan tubuh kita banyak toksin. Tanda-tanda tu bukan setakat kita boleh rasa tapi juga turut boleh dilihat dengan mata kasar. Cuma kita yang tak sedar atau tak perasan.

Toksin adalah apa saja bentuk bahan yang boleh merosakkan tubuh kita. Toksin boleh datang dari air, udara, makanan, bahan pencuci, produk kosmetik, rokok, asap rokok dan baaaaanyak lagi.



Kita rasa tubuh badan kita sihat, tapi cepat benar rasa letih, kulit kusam macam mak nenek, lambat bertindakbalas, sembelit. Biasanya kita ingat semua ni sebab faktor umur kan? Akibatnya, dengan rela hati kita menyesuaikan diri dengan keadaan serba lemah ni dan akhirnya bila sampai waktu penyakit pun datang...

Sebenarnya, bukan usia yang menyebabkan semua diatas. Faktor sebenar ialah tubuh banyak toksin!

Sebab tu kita wajib tau tanda-tanda tubuh banyak toksin supaya kita boleh segera menyingkirkan kesemua toksin-toksin yang dah terkumpul dalam tubuh kita …

5 tanda penapis buah pinggang bocor

Image
Penting untuk kita pakat tau tanda-tanda penapis buah pinggang bocor supaya boleh dapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera. Pesakit penapis pinggang bocor yang lewat dapatkan rawatan dari pihak bertauliah boleh mendatangkan masalah yang lebih teruk iaitu kegagalan fungsi buah pinggang.



Penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome terjadi apabila unit penapis halus (glomeruli) pada buah pinggang rosak lalu menyebabkan protin yang sepatutnya disimpan dalam plasma telah bocor ke dalam urin. Akibatnya, badan kehilangan banyak protin.

Oleh kerana protin dalam darah membantu tubuh menyimpan cecair dalam salur darah, kekurangannya akan menyebabkan cecair terkeluar dari salur darah dan masuk ke dalam tisu-tisu badan. Ini lah yang menyebabkan tanda-tanda penapis buah pinggang bocor antaranya kejadian sembap.

5 tanda-tanda penapis buah pinggang bocor:
Badan lemah dan tak bermaya
Kencing berbuih
Sekitar mata & muka sembap (terutamanya ketika bangun tidur pada waktu pagi)
Kaki sembap …

Cara hilangkan sakit gout dengan berkesan dan cegah dari berulang

Image
Tak sangka, ramai jugak kawan-kawan lelaki jana sejak dari zaman sekolah kini mengalami gout. Usia baru masuk 30-an tapi sudah bergantung pada ubat-ubatan untuk hilangkan sakit gout tu. Kalu yang tak amik ubat gout tu, terpaksa kawal pergerakan dan kawal pemakanan. Nak beraktiviti dengan anak isteri pun terbatas.

Penyakit gout sememangnya lebih popular dikalangan kaum lelaki, tapi kaum wanita jangan senang hati sangat ye. Wanita menapous turut berisiko tinggi untuk mengalami sakit gout.
Penyakit gout terjadi akibat masalah metabolisme purine dalam badan manusia yang menyebabkan pengumpulan asid urik. Dengan kata lain, penyakit gout adalah akibat dari kegagalan tubuh untuk menyingkirkan asid urik melalui sistem perkumuhan (kencing) lalu terkumpul dalam darah.

Asid urik yang berlebihan akan membentuk kristal urate dan berkumpul di bahagian sendi seperti sendi ibu jari kaki, buku lali dan kadangkala sendi lutut. Pada tahap yang lebih kronik, pengumpulan kristal boleh membentuk benjolan y…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi