Monday 25 April 2016

# Cyst & Fibroid # Haid Tak Teratur

Ciri-ciri wanita yang berisiko kena fibroid & kenali tanda-tanda awal

Penting kita orang perempuan untuk ambik tau tanda-tanda fibroid dan kita juga patut ambil tau siapa yang berisiko untuk hadapi masalah fibroid. Sekurang-kurangnya kita boleh buat sesuatu untuk mencegah fibroid, bersiap sedia untuk segala kemungkinan dan boleh dapatkan rawatan awal.

kecutkan fibroid

Apa itu fibroid

Fibroid adalah ketumbuhan abnormal pada organ rahim. Fibroid boleh tumbuh dengan besar hingga menyebabkan kesakitan kronik pada perut dan pendarahan haid berlebihan. Namun, ada juga yang langsung tiada petunjuk atau simptom-simptom fibroid.


Tanda-tanda fibroid:
  • Haid yang berlebihan dan berketul
  • Tempoh haid yang berpanjangan
  • Sakit pada bahagian pelvik atau bahagian bawah belakang
  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Sakit/ketidakselesaan pada bahagian bawah abdomen
  • Perut membuncit disebabkan rahim yang membengkak.



Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan fibroid.

  • Hormon estrogen berlebihan. Penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang tak seimbang boleh mengaktifkan fibroid. Antara faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ialah penggunaan alat perancang keluarga.
  • Lambakan xenoestrogen. Xenoestrogen atau 'estrogen sintetik' ialah bahan yang didapati berada dalam persekitaran seperti makanan, air dan kimia dari perindustrian & pertanian. Xenoestrogen masuk kedalam tubuh kita melalui penggunaan bahan plastik atau getah, racun serangga dan produk tembakau.
  • Faktor genetik. Jika ada ahli keluarga yang menghadapi fibroid, maka risiko adalah lebih tinggi.
  • Obesiti. Lemak yang berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil 'Endocanabinoid System' dimana ia boleh mengganggu fungsi hormon-hormon lain.
  • Hamil. Ketika mengandung hormon estrogen dan progestron dihasilkan dengan lebih banyak. Keadaan ini boleh menyebabkan fibroid membesar dengan lebih cepat.


Ketumbuhan fibroid adalah benign (bukan kanser).


kecutkan fibroid


Ciri-ciri wanita yang ada risiko tinggi untuk hadapi fibroid ialah mereka yang mempunyai 1 atau lebih faktor yang telah jana sebut diatas.


Fibroid dan ovarian cyst adalah sama iaitu kategori ketumbuhan. Bezanya cuma fibroid tumbuh pada rahim dalam bentuk pejal dan berserat manakala ovarian cyst tumbuh dalam ovari kadangkala dalam bentuk cecair atau udara.


Perlukah merawat fibroid melalui pembedahan?

Bergantung pada saiz dan keadaan. Pembedahan perlu dilakukan sekiranya berlaku pendarahan atau mengganggu fungsi-fungsi sistem lain. Jika fibroid tidak membesar dan tak membahayakan biasanya tak perlukan pembedahan dan boleh kecut dengan sendiri. Apa-apa pun sila dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor bertauliah.



Vivix adalah antara vitamin Shaklee yang amat disarankan untuk membantu mengatasi dan mengurangkan simptom-simptom fibroid dan cyst. Vivix membekalkan antioksidan yang tinggi, dan terbukti menunjukkan ciri-ciri anti-radang, anti-carcinogen dan anti-mikrobial. Vivix juga dapat mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.


haid tak teratur

fibroid kecut dengan cepat



Selain Vivix Shaklee, vitamin yang sesuai untuk bantu kecutkan fibroid dan ovarian cyst ialah GLA Complex & set ACE (Carotomax, Vit C & Vit E).

Baca: Cara mengatasi cyst ovari


Tapi puan kena ingat. Walaupun mengambil suplemen, penjagaan pemakanan juga penting bagi kecutkan fibroid:
  • Tingkatkan pengambilan sayuran & buahan segar.
  • Elak makanan proses seperti makanan segera, makanan beku dan makanan dalam tin
  • Lebihkan makan makanan laut dalam.
  • Elak makanan tinggi kolesterol
  • Sebaiknya elak makanan & minuman bergula
  • Kurangkan pengambilan garam


Untuk order dan maklumat lanjut tentang vitamin, jemput hubungi jana ditalian tertera. Konsultasi eksklusif  lagi berkesan akan disertakan untuk setiap pembelian.

kecutkan fibroid




2 comments:

Follow Instragram Jana_Hazana