Posts

Showing posts from 2017

3 tip atasi sembelit dengan cepat dan lancarkan pembuangan air besar setiap hari

Image
Ambil masa yang lama untuk selesai membuang air besar?
Terpaksa meneran kuat?
Tiap kali selesai membuang air besar, kawasan dubur rasa perit dan luka?
Rasa tak puas buang air besar?
Najis keras dan susah keluar?

Itu adalah antara dilema mereka yang mengalami masalah sembelit. Sekiranya ada mengalami perkara diatas, cepat-cepat lah rawat masalah sembelit tu sebab jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan buasir.



Percaya lah, buasir lebih mudah untuk dicegah dari merawatnya.

Lagipun, terdapat kesan membiarkan masalah sembelit berlarutan. Antaranya ialah
Toksik dalam najis yang sepatutnya dibuang akan diserap semula.Mereka yang dah lama mengalami sembelit kronik akan lemah, tidak bermaya dan pucat.Sembelit juga menyebabkan gas dalam usus besar tak dapat dikeluarkan. Menyebabkan perut kembung.
Bayangkan sampah sarap dalam rumah yang tak dibuang dan diperam untuk tempoh masa yang lama. Baru sehari pun dah busuk dan kotor bukan? Bagaimana dengan 2 hari? 3 hari?
Begitu lah juga tubuh kita.

Cuti-cuti: Muzium Negeri Kelantan cipta memori baru

Image
Sambil-sambil keluar ke Kota Bharu, terlintas di fikiran nak melawat muzium negeri Kelantan. Bagi buka minda anak-anak tentang budaya orang Kelantan.

Kebetulan kami datang, ada pameran Ciptaan Saintis Dari Tamadun Islam sejak kurun ke 8.

Apa yang bagus bukan setakat untuk anak-anak je tapi ummi pun dapat tambah ilmu pengetahuan.


Kami seramai 6 orang. 4 kanak-kanak & 2 dewasa. Tiket masuk rm15 sahaja (pakej keluarga. Murah kan?). Lupa nak tengok berapa harga tiket untuk seorang.

Setiap replika dalam pameran ni ada penerangan terperinci. Siapa yang cipta, untuk tujuan apa, tahun bila dicipta. Kena rajin baca je. Jangan lupa bawa nota untuk catit fakta menarik. Balik nanti boleh kongsi dengan kawan-kawan.




Patung-patung dibelakang tu menggayakan fesyen lelaki dan perempuan pada zaman tersebut. Macam cerita P Ramlee 'Ali Baba dengan 40 penyamun' tu..









Rupa-rupanya orang yang pertama mencipta mesin penerbangan adalah Abbas Ibn Firnas. Bukannya Wright Brothers dari barat. Malah Wr…

Rahsia Vivix terbongkar orang ramai patut tahu

Image
Mesti ada yang tertanya-tanya,
"Vivix tu apa?"
"Vivix untuk apa?"

Biar jana terangkan persoalan diatas satu persatu. Sebelum tu nak bagitau, Vivix berada di tangga nombor 1 produk shaklee yang paling laris.



Vivix tu apa? Vivix adalah minuman botanik lazat yang dirumus khas oleh Shaklee. Diperbuat dari anggur muscadine, lobak ungu, elderberi dan japanese knotweed.

Vivix untuk apa? Bahan utama Vivix iaitu anggur muscadine. Tidak seperti anggur-anggur lain, muscadine mengandungi asid ellagik dan elagitanin luar biasa pekat. Bila digabung dengan polifenol lain, hasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Untuk cipta profil polifenol yang kuat dalam Vivix, saintis Shaklee telah menggabung resveratrol yang lampautulen dari ekstrak anggur muscadine, elderberi eropah dan lobak ungu.

Oleh itu Vivix sangat berkesan dalam meningkatkan prestasi kesihatan seseorang tanpa mengira usia dan jantina. Antaranya:

Mengawal paras glukosa dalam darahKesihatan jantung dan mengawal tekanan…

Vitamin tulang patah agar cepat bercantum dan sembuh

Image
Rawatan tulang patah mesti dijalankan dihospital kerana keadaan tulang patah perlu diperiksa melalui xray. Dari situ pakar tulang akan tentukan rawatan yang sesuai untuk merawat tulang patah.



Di hospital, bahagian yang patah akan dibetulkan oleh pegawai yang terlatih dan kemudiaan dipakaikan simen atau cast bagi meminimumkan pergerakan area yang patah. Bagi sesetengah kes, pembedahan memasukkan besi perlu dilakukan supaya tulang yang dibetulkan dapat bercantum dengan lurus dan baik.

Selalunya selepas individu yang patah tulang menerima rawatan di hospital, doktor akan beri pil kalsium dan ubat tahan sakit. Serta temujanji untuk pemeriksaan lanjut. Sila hadir setiap kali ada temujanji doktor.

Lihat >>> Pengalaman emak sendiri retak tulang pinggul

Secara normal tulang akan tumbuh dan mengeras semula seperti sediakala dalam 3 bulan hingga setahun.



Vitamin untuk tulang patah agar cepat sembuh adalah Vivix, Ostematrix, ESP dan Vita C.



Vivix untuk antioksidan dan antiradang

Vivix  s…

Vitamin untuk otak supaya kuat daya ingatan, mudah fokus dan minda cerdas

Image
Otak adalah antara organ yang paling penting untuk berfungsi secara optimum dalam tubuh manusia. Ia digunakan untuk berfikir, mengingati, mempelajari sesuatu malah mengawal kebanyakan fungsi organ, motor, hormon dan sebagainya.



Sangat penting untuk memastikan otak kita sentiasa berada dalam keadaan sihat optimum dan berfungsi dengan baik.

Namun disebabkan faktor tertentu, tahap fungsi otak boleh terganggu dan menjadikan fungsi otak lemah, sukar fokus, mudah lupa dan keliru. Lebih menakutkan, keupayaan otak merosot. Antara faktor tersebut ialah:
Faktor gaya hidup yang terlalu sibukStressMerokokKetagih alkoholKurang tidurKurang nutrisiUsia

Vitamin yang terbaik untuk otak supaya dapat berfungsi secara optimum, kuat daya ingatan, mudah fokus dan tingkat kecerdasan minda ialah Vivix dan Omega Guard.



Vivix menyokong kesihatan otak dengan melambatkan proses penuaan dengan mencegah dan kurangkan pengumpulan protin AGE dalam sel. Vivix meningkatkan paras tenaga dalam sel-sel organ otak dengan me…

Bukan pemalas tapi badan lesu dan cepat letih, Vitamin terbaik untuk tambah tenaga

Image
Cepat benar badan rasa lesu dan letih walhal bukan buat kerja berat macam buruh pun. Isteri pun dah tarik muka masam bila suami asyik berehat. Mak mertua pun duk sindir pedas bila menantu asyik berbaring. Di cop sebagai pemalas!

Lebih bermasalah bila mengganggu produktiviti di tempat kerja. Rakan sekerja mula komplen dengan bos.

"Apa saya nak buat kak?"



Badan lesu dan cepat letih sering berkaitrapat dengan

Masalah berat badanTahap hemoglobin (sel darah merah) yang rendah.Jantung lemahLambakan toksin dalam badanPenyakit yang dihidapiKurang nutrisiJetlag

Cara mengatasi masalah badan lesu dan cepat letih dengan berkesan

Pertama

Cuba dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk pastikan jika ada masalah penyakit seperti tiroid, kencing manis atau penyakit jantung. Ini kerana antara simptom-simptom awal penyakit tersebut adalah badan lesu dan cepat letih.

Dari situ boleh dapatkan rawatan yang sewajarnya.



Kedua

Amalkan cara hidup yang sihat.
Pastikan tidur yang mencukupi dan berkualitiBerhent…

11 makanan untuk kulit cantik, glowing dan flawless

Image
Kulit cantik, berseri dan licin selalunya berkait rapat dengan tahap kesihatan dalaman kita. Putih atau sawo matang atau gelap warna kulit, kulit tetap akan kelihatan cantik, berseri, glowing dan licin sekiranya badan sihat.

Masalah dalaman seperti banyak toksin dan kurang nutrisi akan dapat kelihatan pada kulit seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering, liang pori besar dan macam-macam lagi. Sental lah sekuat mana atau cover lah setebal mana pun dengan kosmetik kulit bermasalah tetap akan kelihatan.



Tak kira jantina atau usia petua untuk kulit cantik, glowing, licin dan awet muda yang paling berkesan adalah dengan mengamalkan tabiat pemakanan sihat.

Jom semak 11 makanan yang memberi kesan kulit cantik, berseri dan licin secara semulajadi.

1. Sayuran berdaun hijau

Mengandungi tinggi antioksidan, vitamin & zat penting untuk mengatasi kulit kusam dan memberi kulit yang cantik berseri setiap masa.

Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli, sawi turut membekalkan serat yang baik un…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi