Tuesday 28 February 2017

# Anemia # B-Complex

7 cara untuk tambah darah ibu hamil dan naikkan hb

Salah satu perkara yang akan dipantau dengan teliti sepanjang kehamilan ialah paras hemoglobin atau hb. Hemoglobin atau nama singkatannya hb merupakan molekul protin yang terkandung dalam sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dari peparu ke seluruh tubuh. Hemoglobin juga berfungsi mengangkut karbon dioksida dari seluruh tubuh kembali ke peparu untuk disingkirkan.

Hemoglobin atau hb dalam paras yang rendah akan menyebabkan kandungan oksigen yang rendah dalam darah. Komplikasi hb rendah (low hb) terhadap ibu hamil dan bayi yang dikandung ialah:
  • Ibu berisiko mengalami kegagalan jantung
  • Ibu mudah pitam
  • Keguguran bayi
  • Ibu berisiko mengalami pendarahan semasa hamil dan bersalin
  • Perkembangan bayi dalam kandungan terbantut (intrauterine growth restriction IUGR)
  • Bayi lahir pramatang
  • Bayi lahir tidak cukup berat (<2.5kg)
  • Bayi meninggal semasa lahir (stillbirth)


makanan untuk naikkan hb dengan cepat



Ketika hamil, lebih banyak darah diperlukan untuk membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan sepanjang kehamilan untuk perkembangan janin.


Bacaan normal hb ketika mengandung ialah antara 11g/dl hingga 15g/dl. Jika paras hb jatuh di bawah 11 akan dikira sebagai mild anemia dan jika paras hb lebih rendah daripada 10, ini boleh memberi kesan serius terhadap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.


Komponen utama sel-sel darah merah ialah zat besi. Kekurangan mineral zat besi dalam tubuh ibu hamil adalah punca hb rendah dan kekurangan zat besi mengganggu penghasilan sel darah merah.


Oleh itu, cara untuk naikkan hb ialah dengan banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, vitamin c dan asid folik.


7 cara untuk tambah darah dan naikkan hb ketika hamil.

1. Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan zat besi. Pastikan setiap hari ibu mengandung mengambil 1 hidangan makanan berikut:
  • Bijirin seperti jagung, oat & barli
  • Buahan kering seperti kismis & kacang almond
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung & pucuk paku
  • Buah-buahan seperti tembikai, epal
  • Daging merah (lembu dan kambing)
  • Hati ayam
  • Kerang
  • Ikan bilis
  • Kuning telur

2. Tingkatkan pengambilan makanan tinggi vitamin c untuk meningkatkan penyerapan zat besi. Setiap kali ibu mengandung mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, sebaiknya pastikan turut mengambil bersama makanan yang tinggi dengan vitamin c.
  • Jambu batu
  • Limau
  • Betik
  • Mangga
  • Kiwi
  • Jus buah-buahan segar

3. Elak pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman bercola apabila mengambil makanan tinggi zat besi. Kafein boleh mengganggu penyerapan zat besi dalam tubuh. Jika perlu, kurangkan atau jarakkan pengambilan kafein sekurang-kurangnya 2 jam.


4. Elak pengambilan makanan tinggi zat besi bersama-sama minuman coklat dan susu kerana kalsium boleh menghalang penyerapan zat besi. Oleh kerana susu sangat penting untuk ibu hamil, jarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 1-2 jam. 


5. Asid folik dan vitamin B12 dari kumpulan vitamin B memainkan peranan penting dalam meningkatkan penghasilan darah dan sekaligus menaikkan hb. Makanan kaya vitamin B adalah seperti pisang, avocado, biji labu, kacang bendi, taugeh.


6. Banyakkan rehat dan minum air kosong secukupnya. Kurangkan aktiviti fizikal.

7. Amalkan vitamin Shaklee untuk naikkan hb iaitu Vitalea, Vita-C & Bcomplex. Set vitamin ini boleh membantu ibu hamil untuk tambah darah dan naikkan hb dengan cepat. Walaupun telah mengambil makanan kaya dengan zat besi, vitamin c dan folik, kita dinasihatkan untuk mengambil vitamin bagi memastikan nutrien yang diperlukan betul-betul mencukupi.

Perlukah makan vitamin walaupun dah makan sayur?



Testimoni naikkan hb dengan vitamin Shakleecara naikkan hb dengan cepat semasa mengandung
Harga Set vitamin Shaklee untuk naikkan hb ialah RM235. Kos pos dan GST 6% akan dikira. Order segera dengan klik pada butang Esell Shaklee berikut. Pembayaran melalui kad kredit/debit.





Hb yang optimum semasa hamil sangat penting terutamanya apabila memasuki trimester ke dua (kandungan 3 bulan keatas) sebagai persediaan bagi proses bersalin. Bagi ibu yang bersalin secara normal, kebiasaannya tubuh akan kehilangan 500ml darah manakala bagi bersalin pembedahan tubuh akan kehilangan 1,000ml darah.

Cara elak luka bersalin lambat sembuh, jahitan czer terbuka semula, berair dan bernanah

Simptom-simptom hb rendah ketika hamil  ialah ialah:
  • Sering letih & lesu
  • Hilang selera makan
  • Pening
  • Kulit & bibir yang pucat
  • Kuku rapuh
  • Nafas pendek walaupun dalam keadaan rehat
  • Degupan jantung meningkat
  • Rasa sejuk pada tangan & kaki

Jika ibu-ibu hamil sedang mengalami hb low, ayuh atasinya dengan segera. Ketahui 7 cara untuk tambah darah secara berkesan dan sekaligus menaikkan hb dengan cepat supaya kesihatan kedua-dua ibu mengandung dan bayi dalam kandungan selamat dan sihat.

Untuk maklumat lanjut jemput wassap, pm atau sms talian berikut:

naikkan hb dengan cepat semasa mengandung


Daftar sebagai ahli Shaklee hari ini untuk menikmati lebih banyak faedah dan peluang menjana pendapatan sampingan.

No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana