Wednesday 22 February 2017

# Diabetes/Kencing Manis # Luka Lambat Sembuh

Ketahui 6 komplikasi penyakit kencing manis yang tidak dikawal

Penyakit kencing manis (diabetes mellitus) yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk seperti masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi, sakit jantung, kurang daya penglihatan, gangguan aliran darah dibahagian kaki, gangguan saraf, masalah kulit dan banyak lagi.

Faktor risiko penyakit kecing manis ialah:
  • Berat badan berlebihan
  • Tidak aktif secara fizikal
  • Tabiat pemakanan tidak sihat
  • Peningkatan umur
  • Faktor keturunan, kumpulan etnik dan bangsa yang selalunya dikaitkan dengan risiko terhadap penyakit kencing manis

Sekiranya anda atau ada ahli keluarga yang menghidap penyakit kencing manis, sila bertindak awal untuk mengawal gejala kencing manis supaya komplikasi yang lebih parah dapat dielakkan.






Penyakit kencing manis yang tidak dikawal boleh menyebabkan komplikasi berikut:

1. Kerosakan/kegagalan buah pinggang (diabetes nephropathy)

Gula yang berlebihan akan dikeluarkan dari badan melalui buah pinggang menyebabkan paras glukosa yang berlebihan di dalam air kencing. Ini mengakibatkan buah pinggang dan pundi kencing berisiko untuk terdedah kepada jangkitan. 

Jangkitan pada buah pinggang yang berulang kali akan menyebabkan kerosakan dan masalah lain pada fungsi buah pinggang. Apabila buah pinggang telah rosak, pesakit terpaksa menjalani dialisis.

Kelemahan atau kegagalan buah pinggang adalah antara punca penghasilan protin berlebihan dalam air kencing.


2. Sakit jantung dan strok (serangan angin ahmar)

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal berkaitan dengan paras kolesterol yang tinggi dan boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit. Ini akan menghalang aliran darah yang lancar ke jantung lalu mengakibatkan serangan sakit jantung.

Halangan aliran darah yang lancar ke otak pula boleh menyebabkan strok.


3. Kerosakan mata

Penyakit kencing manis yang tak dikawal boleh merosakkan saluran darah di bahagian mata lalu mengakibatkan masalah kabur, katarak, glaukoma malah boleh menyebakan kebutaan.


4. Kerosakan saraf

Paras glukosa (gula dalam darah) yang tinggi yang tidak dikawal dengan baik boleh merosakkan sistem saraf. Ini akan menyebabkan rasa kebas-kebas dan hilang sensasi pada tangan dan kaki.

Kerosakan saraf turut boleh menyebabkan masalah penghadaman, masalah pada saluran kencing, salur darah dan jantung.


5. Masalah kesihatan kulit

Glukosa yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan jangkitan yang lebih kerap pada kulit. Jangkitan seperti bisul dan kudis. Kebanyakan komplikasi pada kulit adalah disebabkan luka-luka yang sukar sembuh disertakan pula kebersihan diri yang tidak sempurna.

Masalah kesihatan kulit boleh diatasi dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.


6. Ulcer kaki (gangren)

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan kerosakan saraf dan tisu-tisu pada kaki kerana kekurangan bekalan darah yang membekalkan oksigen. Kebanyakan punca gangren terjadi adalah luka akibat penggunaan kasut yang tidak sesuai dan sebagainya.

Untuk mencegah komplikasi gangren, penjagaan kaki sebagai rutin adalah sangat penting. Ini termasuk pemeriksaan kaki (termasuk tapak kaki), penjagaan kulit, pencegahan dan rawatan (jika cedera) oleh doktor atau jururawat yang terlatih dan sebagainya.

Antara penjagaan kaki bagi elak ulcer kaki ialah:

  • awasi penggunaan air panas sebab kepanasannya mungkin tidak dapat dirasa oleh pesakit kencing manis.
  • potong kuku dengan cermat
  • jangan duduk dengan menyilang kaki
  • Untuk masalah 'callus', sila jumpa doktor supaya dapat dirujuk kepada pakar kulit.


Pesakit kencing manis perlu pastikan patuh pada arahan doktor bagi mengawal gejala kencing manis dan mencegah dari komplikasi yang lebih teruk..

Resveratrol mengawal kandungan glukosa dalam darah dan berupaya merendahkan risiko komplikasi penyakit kencing manis. Terbukti secara saintifik Vivix 10X ganda lebih berkuasa dari resveratrol.


shaklee untuk kencing manis

shaklee untuk kawal kencing manis



Vivix diperbuat dari bahan-bahan semulajadi iaitu anggur muscadine, lobak ungu, elderberi dan herba knotweed jepun dan dibangunkan oleh saintis. Shaklee telah menjalankan kajian selama bertahun-tahun dan landmark study bagi menguji keberkesanan dan keselamatan Vivix.


Kebaikan Vivix untuk mencegah penyakit kronik


Bagaimana Vivix bertindak dalam mengawal gejala penyakit kencing manis

  • Vivix Shaklee membekalkan campuran fitokimia resveratrol dan polifenol yang berkuasa membentuk pencegahan rintangan insulin, iaitu keadaan dimana tubuh menjadi tidak sensitif terhadap tindakbalas hormon yang mengawal glukosa dalam darah (hormon insulin).
  • Mengawal paras glukosa dalam darah dengan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah.
  • Mengelak kerosakan mata dan menggalakkan penyembuhan luka dengan segera.
  • Mencegah pembentukan protin AGE yang terhasil dari karbohidrat dan gula berlebihan dalam badan. Timbunan protin AGE boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu mekanisme Vivix adalah dengan memperlahankan pembentukan protin AGE ini.



Harga sebotol Vivix ialah RM475.00. GST 6% akan dikira
Untuk order terus dari Shaklee, sila klik pada butang Esell Shaklee berikut. (pembayaran melalui kad kredit/debit)




Kawalan penyakit kencing manis yang baik adalah mementingkan pencegahan dari berlakunya komplikasi. Dengan kata lain, mengawal dari menjadi lebih teruk supaya dapat mencegah perkara seperti terpaksa menjalani dialisis, anggota badan terpaksa dipotong atau pun buta mata.

Vivix membantu kita untuk menjana kesihatan yang lebih baik.


Menangani sakit gout dan cegah dari berulang


Daftar sebagai ahli untuk menikmati lebih banyak banyak faedah dan peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Hubungi talian berikut untuk maklumat lanjut.




No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana