Sistem 7 Tabung: Cara menabung efektif elak hutang

7 jars System sebenarnya adaptasi dari 6 jars system iaitu tip untuk menabung secara efektif yang diperkenalkan oleh T.Harv Eker. Ia merangkumi semua aspek keperluan kewangan hidup kita dan bersesuaian dengan gaya hidup zaman sekarang.



7 jars System tersebut atau Sistem 7 tabung ialah 7 jenis tabung yang akan diisi dengan tujuan tertentu. Bak kata orang-orang kita, simpan atau asingkan ikut portion dari duit pendapatan:

1. NEC - (neccessity) Tabung utk keperluan hidup: bil utility, belanja dapur harian, minyak kereta & tol..

2. EDU - (education) Pembelajaran, buku, yuran kelas...

3. LTSS - (long term saving for spending) untuk sesuatu yang perlukan banyak duit. Contoh: Simpanan untuk menunaikan haji, duit deposit untuk beli rumah atau beli kereta secara tunai...

4. FFA - (financial freedom) simpanan untuk masa depan iaitu sebagai persediaan bila dah tak mampu nak cari duit untuk sara hidup...

5. PLAY - (leisure) Hobi, travel...

6. GIVE - (charity) Sedekah, kebajikan...

7. PARENTS - (ibubapa) wang bulanan utk ibubapa tak kiralah wpun diorg kaya. Jika sudah meninggal, guna duit tu utk selesaikan urusan mereka seperti bayarkan hutang, upah haji atau sedekah bagi pihak mereka...


Perlukan pendapatan sampingan?


Setiap tabung ni kita sendiri boleh tentukan berapa % dari pendapatan kita. Jadi kita boleh nampak dgn jelas, kemampuan kewangan kita untuk berbelanja sesuatu. Mulai hari ini, jom kita menabung dengan cara 7 jars system ni. Kurangkan dan hapuskan hutang. Banyakkan duit dalam tabungan.

Jika anda perlukan pendapatan sampingan dan ingin berbisnes shaklee. Jemput wassap Jana (017-312 5484). Jana boleh tunjukkan jalan untuk berjaya dalam bisnes Shaklee secara online terutamanya. Tapi kena ingat perkara ni: Dalam bisnes apa pun, mesti ada usaha yang bersungguh-sungguh. Baru dapat hasil yang lumayan.




No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...