Dah dekat nak bersalin? Jom semak senarai keperluan bayi baru lahir dan ibu berpantang

Penting untuk mommy & daddy buat senarai keperluan bayi baru lahir dan keperluan ibu berpantang dari awal supaya mommy & daddy boleh tau mana yang lebih utama, mana yang boleh dibeli kemudian, malah boleh pastikan yang mana yang tidak perlu sebagai salah satu persediaan untuk menerima cahaya mata baru.

Pendek kata, dengan adanya senarai keperluan menyambut bayi baru lahir dan keperluan ibu berpantang, sedikit sebanyak boleh membantu bakal mommy dan daddy berbelanja dengan lebih berhemat dan berjimat.

barang bayi baru lahir


Senarai keperluan bayi baru lahir ni termasuklah senarai barang-barang yang diperlukan ketika dihospital. Baru lah nanti tak payah kelam kabut ini tertinggal, itu lupa nak beli.

Bagi yang baru nak keluar shopping tu, jom semak senarai keperluan bayi dan ibu berpantang ni


Senarai keperluan bayi baru lahir;
1. Receiving blanket/Selimut bayi
2. Baju lengan panjang & seluar panjang
3. Baju lengan pendek
4. Lampin pakai buang
5. Kain lampin/napkin
6. Barut perut baby
7. Cotton ball
8. Tisu basah
9. Peralatan mandi/toiletteries
10. Besen mandi
11. Tempat simpan pakaian
12. Tempat tidur (kelambu, baby cot, bantal, tilam)



Senarai keperluan untuk ibu berpantang;
1. Stokin tebal pendek/sederhana panjang
2. Kain sarung
3. T-shirt longgar. Jika boleh yang berbutang didepan untuk mudahkan penyusuan
4. Sweater
5. Maternity pad
6. Batu tungku, bengkung
7. Bengkung (bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, rutin berbengkung biasanya hanya setelah luka pembedahan sembuh)
8. Pakaian yang sesuai untuk menyusu
9. Vitamin postnatal



Senarai diatas ni adalah keperluan asas. Kuantiti pun tak perlu banyak sebab nanti bila baby dah keluar boleh shopping lagi ikut keperluan dan kemampuan. Lagi pun baby cepat membesar. Nanti pakai sekejap je dah tak muat.

Apabila usia kandungan dah mencecah 7 bulan, mommy disarankan sudah bersedia dengan keperluan untuk ke hospital. Letak segala keperluan ibu & bayi dalam beg siap-siap dah letak ditempat yang mudah dicapai bila datang tanda-tanda nak bersalin. Contohnya tepi pintu, dalam kereta.


barang untuk dibawa ke hospital bersalin


Senarai keperluan bayi dan ibu di hospital;


Bayi:
1. Receiving blanket/bedung
2. Baju & seluar
3. Lampin pakai buang
4. Kain lampin/tuala
5. Tisu basah
6. Topi & stokin

Ibu:
1. Buku rekod kesihatan (buku merah)
2. Tuala mandi
3. Selipar jepun
4. Peralatan mandi
5. Maternity pad
6. Seluar dalam & nursing bra
7. Stokin
8. Sweater
9. Kain sarung
10. Pakaian. Biasanya ada 'uniform' wad hospital. Cuma bawa 1 pasang untuk dipakai ketika pulang ke rumah.
11. Sedikit makanan untuk kudap-kudapan
12. Gelas, sudu, tisu muka
13. Vitamin



Bagi ibu-ibu yang bersalin normal, biasanya tempoh tinggal di wad hanya semalaman. Bagi ibu-ibu bersalin secara pembedahan pula tempoh tinggal di wad ialah selama 3-4 hari. Jika tiada sebarang komplikasi.

Ketahui punca luka bersalin lambat sembuh, berair dan bernanah. Cara untuk mengatasinya

Oleh itu, pandai-pandai lah bajet kuantiti keperluan yang perlu dibawa.

Tips:

Pakaian bayi sebaiknya perlu dibasuh terlebih dahulu terutamanya yang baru dibeli atau yang telah lama tersimpan untuk menjamin kebersihan. Ini boleh mengelakkan kulit bayi yang extra sensitif dari mengalami masalah gatal-gatal.

Sekarang dah tau apa yang perlu dibeli? so bermula usia kandungan 6/7 bulan mommy & daddy dah boleh mula shopping. Tak perlu beli semua sekaligus. Utamakan yang hendak dibawa ke hospital terlebih dahulu. Yang lain boleh dibeli secara beransur-ansur.

Selamat menimang cahaya mata !


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...