Saturday 30 December 2017

Sembelit : Atasi Sebelum Parah

December 30, 2017 28 Comments
Ambil masa yang lama untuk selesai membuang air besar?
Terpaksa meneran kuat?
Tiap kali selesai membuang air besar, kawasan dubur rasa perit dan luka?
Rasa tak puas buang air besar?
Najis keras dan susah keluar?

Itu adalah antara dilema mereka yang mengalami masalah sembelit. Sekiranya ada mengalami perkara diatas, cepat-cepat lah rawat masalah sembelit tu sebab jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan buasir.

ubat sembelit shaklee


Percaya lah, buasir lebih mudah untuk dicegah dari merawatnya.

Lagipun, terdapat kesan membiarkan masalah sembelit berlarutan. Antaranya ialah
  • Toksik dalam najis yang sepatutnya dibuang akan diserap semula.
  • Mereka yang dah lama mengalami sembelit kronik akan lemah, tidak bermaya dan pucat.
  • Sembelit juga menyebabkan gas dalam usus besar tak dapat dikeluarkan. Menyebabkan perut kembung.

Bayangkan sampah sarap dalam rumah yang tak dibuang dan diperam untuk tempoh masa yang lama. Baru sehari pun dah busuk dan kotor bukan? Bagaimana dengan 2 hari? 3 hari?
Begitu lah juga tubuh kita.

Sedang mencari cara merawat masalah sembelit?
Anda sedang hamil ATAU sedang berpantang ATAU sedang menyusu bayi dan sedang bergelut dengan trauma sembelit?


Ini 3 tip untuk atasi sembelit dengan cepat tanpa cirit birit dan lancarkan pembunangan air besar setiap hari. Sekaligus boleh elak buasir. Selamat dan tindakannya yang lemah lembut tidak menganggu urusan seharian kita.

1. Ostematrix Shaklee

ubat sembelit


Ostematrix Shaklee adalah suplemen kalsium. Apa yang menyebabkan Ostematrix sangat istimewa dan berbeza dari pil kalsium lain ialah ia dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D.

Ostematrix membantu dalam pengecutan dan melegakan otot rektum. Menarik cecair ke dalam usus. Ini akan melembutkan najis dan sekaligus dapat atasi sembelit. Magnesium mudahkan rembesan keluar sisa buangan dari perut dan usus.

Ostematrix melawaskan sembelit tanpa menyebabkan cirit birit sebagaimana sesetengah ubat pelawas lain.

Sebab tu Ostematrix adalah 'ubat' pelawas yang paling sesuai untuk semua termasuk ibu yang sedang mengandung, ibu sedang berpantang dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Lihat >>  Cara atasi sembelit pada anak-anak

Pendapat mereka yang pernah menggunakan Ostematrix Shaklee dalam mengatasi sembelit

ubat lawas sembelit

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung atau yang sedang menyusu dan mengalami masalah sembelit jana amat syorkan ambil Ostematrix.

Selain dapat hilangkan masalah sembelit, banyak lagi kebaikan Ostematrix untuk golongan ibu-ibu. Antara kebaikannya ialah:
  • Atasi kejang betis
  • Atasi kebas hujung jari
  • Atasi migrain
  • Atasi sakit pinggang dan lenguh badan


Ni pengalaman pengguna Ostematrix Shaklee

sembelit ibu menyusu

ubat pelawas

Lihat >>  Lagi himpunan testimoni Ostematrix Shaklee

Harga sebotol Ostematrix ialah RM64.93 sahaja. Sebotol ada 120 biji.

Order secara online terus dari Shaklee sekarang dengan hanya klik pada butang berikut.

 Klik untuk order


Atau boleh order mengikut langkah-langkah mudah berikut.

pengedar shaklee


Setiap pembelian vitamin dengan jana melalui kedua-dua cara, akan diberi nasihat cara makan yang berkesan serta konsultasi secara eksklusif.



2. Minum air kosong secukupnya dan makan sayuran dan buah-buahan tinggi serat setiap hari boleh membantu melawaskan sembelit.

3. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan kafein kerana kafein boleh menyebabkan tubuh kekeringan air. Sedangkan air sangat penting untuk mengatasi masalah sembelit.


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit. Bila pembuangan air besar lancar setiap hari, secara tak langsung badan juga lebih sihat.



Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli?
ATAU
Ingin jana pendapatan dengan modal rendah dengan bimbingan penuh?

Tuesday 26 December 2017

Cuti-cuti: Muzium Negeri Kelantan cipta memori baru

December 26, 2017 23 Comments
Sambil-sambil keluar ke Kota Bharu, terlintas di fikiran nak melawat muzium negeri Kelantan. Bagi buka minda anak-anak tentang budaya orang Kelantan.

Kebetulan kami datang, ada pameran Ciptaan Saintis Dari Tamadun Islam sejak kurun ke 8.

Apa yang bagus bukan setakat untuk anak-anak je tapi ummi pun dapat tambah ilmu pengetahuan.

muzium kelantan

Kami seramai 6 orang. 4 kanak-kanak & 2 dewasa. Tiket masuk rm15 sahaja (pakej keluarga. Murah kan?). Lupa nak tengok berapa harga tiket untuk seorang.

Setiap replika dalam pameran ni ada penerangan terperinci. Siapa yang cipta, untuk tujuan apa, tahun bila dicipta. Kena rajin baca je. Jangan lupa bawa nota untuk catit fakta menarik. Balik nanti boleh kongsi dengan kawan-kawan.

muzium kelantan
Belakang tu replika kapal laksamana Cheng Ho

muzium kelantan
Pakaian perang tentera Uthmaniyyah atau 'Classic Army'.
 Itu saiz sebenar tentera masa tu tau. Saiz skala 1:1

muzium kota bharu
Boleh dengar alat muzik iaitu gitar dan uod dimainkan.
Uod tu macam gabus gitu. Boleh pilih ada 3 irama

Patung-patung dibelakang tu menggayakan fesyen lelaki dan perempuan pada zaman tersebut. Macam cerita P Ramlee 'Ali Baba dengan 40 penyamun' tu..

muzium kelantan
Replika permainan tradisional rakyat kelantan. Gasing.

muzium kelantan
Taj Mahal

muzium kelantan
Zon perubatan

muzium kelantan

muzium kelantan


muzium kota bharu
Replika meriam 

muzium
Zoom sikit orang terbang

Rupa-rupanya orang yang pertama mencipta mesin penerbangan adalah Abbas Ibn Firnas. Bukannya Wright Brothers dari barat. Malah Wright Brothers menggunakan teori yang telah dicipta Abbas Ibn Firnas dan diguna dalam teknologi penerbangan hingga kini.

Masha Allah hebatnya.

muzium kota bharu

Tingkat 2 muzium.

Kami sempat naik sekejap je. Suasana agak suram sebab lampu yang malap, sunyi dan agak panas. Anak-anak kurang selesa. Mula-mula tengok wau bulan besar gedabak, miniature orang main gasing. Seronok bukan main. Bila tengok topeng menora terus ketakutan dan ajak turun. Pucat muka.

Alahai anak-anak. Nak tergelak pun ada.

Oh ye, ada juga replika Gua Cha. Gua zaman prasejarah. Jana masuk sorang-sorang. Terperanjat bila tiba-tiba ternampak orang zaman batu. Saiz sebenar. Ingatkan orang betul rupanya patung. Memang real. Dah lah macam masuk dalam gua betul. Anak-anak taknak masuk langsung. Rugi.

Jika datang Kota Bharu, sambil-sambil shopping kat Pasar Siti Khadijah tu datang lah muzium sekali. Seronok.



Sunday 24 December 2017

Vivix: rahsia yang orang ramai patut tahu

December 24, 2017 36 Comments
Mesti ada yang tertanya-tanya,
"Vivix tu apa?"
"Vivix untuk apa?"

Biar jana terangkan persoalan diatas satu persatu. Sebelum tu nak bagitau, Vivix berada di tangga nombor 1 produk shaklee yang paling laris.

kesan vivix shaklee


Vivix tu apa? Vivix adalah minuman botanik lazat yang dirumus khas oleh Shaklee. Diperbuat dari anggur muscadine, lobak ungu, elderberi dan japanese knotweed.

Vivix untuk apa? Bahan utama Vivix iaitu anggur muscadine. Tidak seperti anggur-anggur lain, muscadine mengandungi asid ellagik dan elagitanin luar biasa pekat. Bila digabung dengan polifenol lain, hasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Untuk cipta profil polifenol yang kuat dalam Vivix, saintis Shaklee telah menggabung resveratrol yang lampautulen dari ekstrak anggur muscadine, elderberi eropah dan lobak ungu.

Oleh itu Vivix sangat berkesan dalam meningkatkan prestasi kesihatan seseorang tanpa mengira usia dan jantina. Antaranya:

  • Mengawal paras glukosa dalam darah
  • Kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah
  • Mengekalkan keremajaan kulit
  • Mencegah kanser
  • Bekalkan tenaga tambahan
  • Kuatkan sistem imunisasi
  • Penyembuhan luka



Bagaimana Vivix bertindak untuk mengawal paras glukosa dalam darah


vivix kencing manis

Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi Untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:
  • Mengawal atur penyerapan glukosa
  • Meningkatkan kepekaan insulin
  • Merangsang rembesan insulin
  • Tingkat proses penguraian glukosa
testimoni vivix kencing manis




Bagaimana vivix bertindak untuk kesihatan jantung dan mengekalkan tekanan darah sihat


vivix untuk jantung


Polifenol terbukti berkesan dalam menggalakkan fungsi jantung yang sihat. Pelbagai kajian telah menunjukkan polifenol:
  • Mengurangkan keradangan dalam salur jantung
  • Menggalakkan dinding salur darah yang sihat
  • Menggalakkan tekanan darah yang sihat
  • Mengekalkan tahap pergumpalan platelet yang sihat
  • Mengurangkan pengumpulan lemak dalam salur darah
  • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik)
  • Mencegah salur darah tersumbat

testimoni vivix jantung sihat
Disclaimer Vivix bukan ubat untuk merawat tetapi
Vivix adalah suplemen untuk meningkatkan mutu kesihatan


Pernah dengar tentang French paradox?
Mengapa penyakit jantung sangat rendah di Perancis walaupun makanan ruji mereka tinggi lemak tepu. Ini kerana orang Perancis turut suka minum wain merah. Wain merah diperbuat dari anggur merah yang kaya dengan resveratrol.

Vivix mengandungi 100x ganda resveratrol berbanding wain merah.



Bagaimana vivix bertindak untuk kulit lembut, anjal dan berseri


vivix untuk kulit


Polifenol adalah salah satu nutrien penting bagi menyokong penghasilan kolagen. Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk menggalakkan kulit sihat dan berseri dengan:
  • Melindungi kulit dari kerosakan UV
  • Mengurangkan penuaan pramatang dan kedutan
  • Menyokong pengeluaran kolagen
  • Menggalakkan kulit yang tegang dan awet muda.

Ramai yang tau vitamin E dan vitamin C terbaik untuk kulit. Tetapi kajian menunjukkan, resveratrol berkesan melindungi sel-sel kulit sebanyak 93% sedangkan vitamin E 65% dan vitamin C 37%.

Jadi yang mana lebih hebat?

Kajian terkini telah dijalankan untuk membandingkan kekuatan antioksidan dalam 1% resveratrol dan 1% idebenone. Idebenone ialah antioksidan farmasitikal yang berkuasa untuk melindungi kulit dari kerosakan, baiki kedutan halus, kurangkan kekeringan dan licinkan kulit. Keputusan menunjukkan kapasiti antioksidan dalam resveratrol 17kali ganda lebih tinggi.

Ujian makmal membuktikan pengguna vivix mempunyai body age 25 tahun lebih muda.

Lihat >> 9 petua camana nak cegah penuaan pramatang



Bagaimana vivix bertindak untuk mencegah kanser

Menurut American Institute for Cancer Research, asid ellagic melawan kanser dengan menyahaktifkan penyebab kanser tertentu dan memperlahankan sel-sel kanser merebak. Bahan utama Vivix ialah anggur muscadine yang mengandungi asid ellagic.

Resveratrol turut memberi kesan terhadap kanser dengan
  • Merencatkan gen kanser
  • Bantu proses apoptosis dan mencegah necrosis. "Apabila sel-sel mengalami kerosakan DNA tetapi gagal untuk melalui proses apoptosis, maka sel-sel ini akan membiak menjadi sel kanser."
  • Menyekat penyerapan estrogen dan androgen yang menjadi punca kanser yang berkaitan hormon
  • Membunuh sel-sel kanser tanpa memudaratkan sel-sel sihat.

testimoni vivix kanser





Vivix bukan ubat. Sebab tu Vivix tak disediakan di hospital. Vivix adalah suplemen. Tujuannya untuk tingkat mutu prestasi kesihatan kita.

Lihat >> Sakit lutut dah hilang tanpa perlu bergantung pada steroid

Lihat >> Vivix hilangkan ketagihan merokok


Setakat ni Shaklee dah labur lebih 300juta USD dalam ujian, penyelidikan & pembangunan. 125 kajian saintifik, lebih 100,000 ujian kualiti, 20 tahun landmark study dan lebih 350 ujian untuk uji logam berat, racun perosak dan bahan tercemar. Shaklee terbukti sentiasa selamat, berkesan, mesra alam dan halal.

Penerangan yang panjang lebar. Dengan harapan dapat menyebarkan kebaikan vivix dengan lebih jelas. Supaya lebih ramai dapat menjana kesihatan yang lebih baik. Rahsia vivix dah terbongkar. Biar ramai orang tahu.

Kenapa perlu beli dengan Jana?
Jana adalah pengedar Vivix yang berpengalaman hampir 5 tahun. Aktif mengikuti kelas-kelas nutrisi & health talk yang dianjurkan Shaklee. Selama itu jana juga pengguna Vivix. 

Setiap pembelian Vivix jana akan beri nasihat cara makan yang betul dan konsultasi secara eksklusif.


Order Vivix terus dari Shaklee secara online dengan klik pada butang berikut

 klik untuk order secara online


Atau boleh terus order dengan jana ikut langkah-langkah mudah berikut. Kedua-dua cara order melayakkan untuk free konsultasi eksklusif

harga vivix 2017



Nak dapatkan Shaklee dengan harga ahli?
ATAU
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan
modal rendah & bimbingan penuh?


Thursday 21 December 2017

Vitamin tulang patah agar cepat bercantum dan sembuh

December 21, 2017 35 Comments
Rawatan tulang patah mesti dijalankan dihospital kerana keadaan tulang patah perlu diperiksa melalui xray. Dari situ pakar tulang akan tentukan rawatan yang sesuai untuk merawat tulang patah.

merawat tulang patah agar cepat sembuh


Di hospital, bahagian yang patah akan dibetulkan oleh pegawai yang terlatih dan kemudiaan dipakaikan simen atau cast bagi meminimumkan pergerakan area yang patah. Bagi sesetengah kes, pembedahan memasukkan besi perlu dilakukan supaya tulang yang dibetulkan dapat bercantum dengan lurus dan baik.

Selalunya selepas individu yang patah tulang menerima rawatan di hospital, doktor akan beri pil kalsium dan ubat tahan sakit. Serta temujanji untuk pemeriksaan lanjut. Sila hadir setiap kali ada temujanji doktor.

Lihat >>> Pengalaman emak sendiri retak tulang pinggul

Secara normal tulang akan tumbuh dan mengeras semula seperti sediakala dalam 3 bulan hingga setahun.



Vitamin untuk tulang patah agar cepat sembuh adalah Vivix, Ostematrix, ESP dan Vita C.

merawat tulang patah agar cepat sembuh


Vivix untuk antioksidan dan antiradang

Vivix  sangat efektif dalam merawat tulang patah agar cepat sembuh
  • Vivix meningkatkan prestasi sel dengan meningkatkan penghasilan mitokondria iaitu penjana tenaga sel. Ini akan membantu sel-sel tulang yang sihat dan bertenaga dapat tumbuh dengan lebih cepat.
  • Tindakan antioksidan dan antiradang yang sangat efektif dalam mencegah dan merawat tulang rapuh serta menambahbaik struktur tulang.
  • Mengurangkan rasa sakit.


Ostematrix untuk pembentukan tulang

Proses pembentukan tulang yang padat, kuat dan sihat memerlukan jumlah kalsium yang banyak. 

Berbeza dengan pil kalsium biasa, Ostematrix dilengkapi dengan magnesium yang berfungsi untuk meningkatkan kadar penyerapan kalsium.



ESP untuk perbaiki dan pertumbuhan sel tulang

ESP membekalkan protin berkualiti tinggi yang diperlukan untuk membina sel-sel tulang yang baru. Protin yang mencukupi penting bagi menggalakkan tulang untuk bercantum dengan lebih cepat.


Vita C SR untuk luka cepat baik

Vitamin c mengukuhkan imun dan penting untuk penyembuhan kulit, daging dan arteri yang tercedera. Luka pembedahan cepat baik dan mencegah jangkitan bakteria.





merawat tulang patah agar cepat sembuh


merawat pembedahan tulang agar cepat sembuh



Ramai yang beranggapan mengurut dapat merawat tulang patah tapi sebenarnya ia mungkin boleh memburukkan lagi keadaan. Tambah pula ia amat menyakitkan. Terkehel atau terseliuh berbeza dengan patah atau retak tulang. Tulang kita sememangnya akan tumbuh semula tetapi harus ingat, rawatan yang salah boleh mengakibatkan kecacatan kekal.

Contoh kecacatan kekal yang mengakibatkan anggota yang patah ialah lebih pendek, masih rasa sakit walaupun dah bertahun berlalu atau keupayaan berkurang.

Rawatan yang betul disertakan dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi bukan saja dapat memastikan tulang patah sembuh dengan cepat, malah dapat memastikan tulang baru yang tumbuh lebih sihat dan kuat.

Kesannya adalah untuk jangka masa panjang. Sebab itu rawatan tulang patah tak boleh diambil ringan. 

Pengambilan vitamin disarankan konsisten untuk 3 bulan bagi memastikan penyembuhan yang optimum dan tubuh dapat bekalan nutrisi yang diperlukan.

Harga Vivix rm502.50 (150ml)
Harga ESP rm170.93 (850gm)
Harga Ostematrix rm64.93 (120biji)
Harga Vita C SR rm103.35 (180bj)

Dapatkan vitamin untuk tulang patah terus dari Shaklee online. Klik pada butang order berikut .




Nak dapatkan Shaklee dengan harga ahli?
atau
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan 
modal rendah dan bimbingan penuh?


Tuesday 19 December 2017

Vitamin untuk otak supaya kuat daya ingatan, mudah fokus dan minda cerdas

December 19, 2017 0 Comments
Otak adalah antara organ yang paling penting untuk berfungsi secara optimum dalam tubuh manusia. Ia digunakan untuk berfikir, mengingati, mempelajari sesuatu malah mengawal kebanyakan fungsi organ, motor, hormon dan sebagainya.



Sangat penting untuk memastikan otak kita sentiasa berada dalam keadaan sihat optimum dan berfungsi dengan baik.

Namun disebabkan faktor tertentu, tahap fungsi otak boleh terganggu dan menjadikan fungsi otak lemah, sukar fokus, mudah lupa dan keliru. Lebih menakutkan, keupayaan otak merosot. Antara faktor tersebut ialah:
  • Faktor gaya hidup yang terlalu sibuk
  • Stress
  • Merokok
  • Ketagih alkohol
  • Kurang tidur
  • Kurang nutrisi
  • Usia


Vitamin yang terbaik untuk otak supaya dapat berfungsi secara optimum, kuat daya ingatan, mudah fokus dan tingkat kecerdasan minda ialah Vivix dan Omega Guard.



Vivix menyokong kesihatan otak dengan melambatkan proses penuaan dengan mencegah dan kurangkan pengumpulan protin AGE dalam sel. Vivix meningkatkan paras tenaga dalam sel-sel organ otak dengan meningkatkan jumlah mitokondria sihat. Vivix juga melindungi dan mempertahankan keutuhan genetik dari serangan radikal bebas.

Kandungan utama Vivix iaitu anggur muscadine, eldeberi, lobak ungu dan knotweed jepun yang kaya dengan polifenol menjadikan ia sangat tinggi antioksidan, antiradang dan antiviral yang kuat.

Vivix dapat mencegah pembentukan plak amiloid yang boleh menghalang sel-sel otak dari berhubung.

Lihat >>> Kebaikan Vivix untuk kesihatan


Omega Guard membekalkan omega 3 yang lengkap dengan asid lemak termasuk DHA dan EPA. Asid lemak omega 3 diekstrak dari ikan laut air sejuk dari perairan negara Jepun dan dihasilkan menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini.

DHA adalah nutrien utama otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran, membantu dalam memelihara kesihatan mental termasuk mencegah kemurungan, anxiety dan insomnia.

1 tab Omega Guard membekalkan 905mg DHA & EPA tulen.

Lihat >>> Vitamin terbaik untuk anak-anak yang bakal hadapi peperiksaan utama



Harga Vivix rm503.50 (150ml)
Harga Omega Guard rm144.43 (90tab)

Order vitamin untuk otak Shaklee secara online dengan klik pada butang order berikut.


Penghantaran ke seluruh Malaysia. 1-4 hari bekerja.
Setiap pembelian vitamin melalui entry ini akan disertakan dengan nasihat cara makan yang betul serta tip-tip eksklusif bagi memastikan anda dapat kesan yang optimum.



Bagi anda yang sedang dalam usaha menyiapkan thesis universiti, menghadapi peperiksaan penting atau terlibat dalam projek yang memerlukan kecerdasan otak tahap optimum, atau mereka yang mudah lupa dan hilang fokus dalam urusan harian, vitamin untuk otak Shaklee memang sangat membantu.

Cuba lah Vivix dan Omega Guard hari ini dan rasai perbezaannya.

Sebarang pertanyaan sila wassap jana di link berikut
http://janahazana.wasap.my/




Nak beli Shaklee dengan harga ahli?
ATAU
Jana pendapatan sampingan dengan
modal rendah dan bimbingan terbaik?


Sunday 17 December 2017

Bukan pemalas tapi badan lesu dan cepat letih, Vitamin terbaik untuk tambah tenaga

December 17, 2017 4 Comments
Cepat benar badan rasa lesu dan letih walhal bukan buat kerja berat macam buruh pun. Isteri pun dah tarik muka masam bila suami asyik berehat. Mak mertua pun duk sindir pedas bila menantu asyik berbaring. Di cop sebagai pemalas!

Lebih bermasalah bila mengganggu produktiviti di tempat kerja. Rakan sekerja mula komplen dengan bos.

"Apa saya nak buat kak?"

vitamin tambah tenaga


Badan lesu dan cepat letih sering berkaitrapat dengan

  • Masalah berat badan
  • Tahap hemoglobin (sel darah merah) yang rendah.
  • Jantung lemah
  • Lambakan toksin dalam badan
  • Penyakit yang dihidapi
  • Kurang nutrisi
  • Jetlag


Cara mengatasi masalah badan lesu dan cepat letih dengan berkesan

Pertama

Cuba dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk pastikan jika ada masalah penyakit seperti tiroid, kencing manis atau penyakit jantung. Ini kerana antara simptom-simptom awal penyakit tersebut adalah badan lesu dan cepat letih.

Dari situ boleh dapatkan rawatan yang sewajarnya.



Kedua

Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Pastikan tidur yang mencukupi dan berkualiti
  • Berhenti merokok kerana rokok merendahkan paras oksigen dalam semua organ tubuh.
  • Tidur sebelum jam 11 malam dan bangun awal pagi.
  • Bersenam dan hidup cara aktif.


Ketiga

Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Banyakkan minum air kosong, makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, kurangkan pengambilan gula putih, tinggi lemak dan mesti amalkan vitamin.

Vitamin yang paling berkesan untuk atasi badan lesu, cepat letih dan kurang bertenaga ialah Vivix, ESP, Bcomplex dan Ostematrix.

vitamin tambah tenaga


1. Vivix menjana penghasilan mitokondria yang merupakan penjana tenaga sel. Sel yang sihat dan bertenaga dapat berfungsi dengan baik dan membaikpulih secara lebih efektif. Kesannya tubuh lebih cergas bertenaga sekaligus dapat tingkat staminadan mutu prestasi kesihatan kita.

Lihat >>> Manfaat Vivix untuk kesihatan


2. ESP adalah sumber protin berkualiti tinggi yang membantu membekalkan tenaga berpanjangan. ESP membantu mengawal rasa lapar dengan mengawal paras glukosa dalam darah supaya tidak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah. Glukosa yang tinggi menyebabkan kita rasa lapar manakala glukosa yang terlalu rendah menyebabkan kita rasa lemah longlai.

ESP rendah Index Glisemik sangat sesuai untuk dijadikan pelengkap menu diet.


3. Bcomplex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk biotin yang berfungsi menukar gula dalam darah kepada tenaga. Hasilnya badan sentiasa rasa cergas bertenaga dan tak mengantuk walaupun selepas makan makanan berat seperti nasi lemak rendang kerang!


4. Ostematrix membekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D yang membantu otot lebih relaks, cegah kekejangan dan berikan tidur yang berkualiti. Hasilnya badan rasa ringan dan bertenaga.


Vitamin Shaklee terbukti secara klinikal berkesan, selamat untuk pengambilan jangka masa panjang. Tidak mengandungi bahan sintetik, 100% semulajadi, tiada pewarna dan pengawet tiruan.

Order hari ini terus dari Shaklee secara online dengan klik pada butang berikut. (Senarai harga juga ada disini)

 Klik disini untuk order secara online


Pengeposan ke seluruh Malaysia dan mengambil masa 1-4 hari bekerja.


Apakata mereka yang mengamalkan vitamin shaklee untuk atasi masalah badan lesu dan cepat.

vitamin tambah tenaga

vitamin tambah tenaga

vitamin tambah tenaga

vitamin tambah tenaga

vitamin tambah tenaga

vitamin tambah tenaga




Badan lesu dan cepat letih pasti akan mengganggu urusan harian kita dan menurunkan prestasi kerja. Banyak kerja boleh tertangguh dan terbengkalai. Tidak bersemangat. Akhirnya membawa kepada putus asa dan stress.

Ayuh ubah mutu kesihatan kita dengan segera demi insan tersayang.


Pengedar Shaklee anda. Wassap jana dengan klik pada link >>>
http://janahazana.wasap.my/

Setiap pembelian akan disertakan dengan nasihat cara makan vitamin yang betul dan tip-tip eksklusif supaya anda dapat kesan yang optimum.



Saturday 16 December 2017

11 makanan untuk kulit cantik, glowing dan flawless

December 16, 2017 6 Comments
Kulit cantik, berseri dan licin selalunya berkait rapat dengan tahap kesihatan dalaman kita. Putih atau sawo matang atau gelap warna kulit, kulit tetap akan kelihatan cantik, berseri, glowing dan licin sekiranya badan sihat.

Masalah dalaman seperti banyak toksin dan kurang nutrisi akan dapat kelihatan pada kulit seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering, liang pori besar dan macam-macam lagi. Sental lah sekuat mana atau cover lah setebal mana pun dengan kosmetik kulit bermasalah tetap akan kelihatan.

tips kecantikan kulit


Tak kira jantina atau usia petua untuk kulit cantik, glowing, licin dan awet muda yang paling berkesan adalah dengan mengamalkan tabiat pemakanan sihat.

Jom semak 11 makanan yang memberi kesan kulit cantik, berseri dan licin secara semulajadi.

1. Sayuran berdaun hijau

Mengandungi tinggi antioksidan, vitamin & zat penting untuk mengatasi kulit kusam dan memberi kulit yang cantik berseri setiap masa.

Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli, sawi turut membekalkan serat yang baik untuk baiki sistem penghadaman dan usus.


2. Lobak merah

Tinggi kandungan beta carotene, vitamin A dan antioksidan yang membantu menyingkirkan toksin dari dalam tubuh. Ia melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari, mencegah penuaan dan kedutan awal. Kulit lebih flawless dan lembut.


3. Buah-buahan

Mangga kaya dengan antioksidan dan vitamin A yang mencegah penuaan awal, tingkat keanjalan kulit dan rangsang penghasilan sel-sel baru.

Pisang kaya dengan vitamin A, B dan E mencegah kulit berkedut pada usia muda.

Betik menyingkirkan sel-sel mati dan menghilangkan cela pada kulit.

Oren, kiwi strawberi dan jambu sangat kaya dengan vitamin c yang berfungsi melindungi kulit dari serangan radikal bebas dan sinaran matahari yang merosakkan. Vitamin c juga merangsang sintesis kolagen  yang penting dalam menjana kulit cantik, glowing dan flawless.

Epal bantu sekatakan tona kulit dan menjadikan kulit awet muda.



4. Minum segelas air suam yang dicampur madu dan lemon memberi kesan kulit cerah sekata dan tampak bersih.



5. Lemak sihat

Bukan semua lemak adalah musuh kesihatan. Makanan yang kaya dengan lemak tak tepu, asid lemak omega 3 dan asid lemak omega 6 penting untuk kulit sihat dan glowing. Ia bersifat anti radang, cegah jerawat, atasi kulit kering dan mengelupas dan atasi kulit bersisik.



6. Telur

Kaya dengan vitamin B complex bantu mengekalkan kulit flawless, licin, atasi masalah kulit berminyak dan cegah penuaan sebelum usia. Telur juga membekalkan minearl zink yang sangat penting untuk kulit yang awet muda dan gebu. Kuning telur kaya dengan biotin yang sangat diperlukan untuk kulit cerah berseri,



7. Avocado

Mengandungi vitamin E yang membantu memperlahankan proses kerosakan kulit. Ia mengekalkan kelembapan dan menjauhkan masalah penuaan sebelum usia, kedutan halus, masalah jerawat dan kulit kusam. Avocado merupakan superfood untuk kulit cantik berseri dan flawless.



8, Beras perang

Selain untuk kurangkan berat badan, beras perang mengandungi magnesium, vitamin dan antioksidan yang melindungi kulit dari masalah berminyak dan jerawat. Protin membaikpulih kulit rosak. Beras perang kaya dengan serat dan ceramides yang mengawal kelembapan kulit.



9. Teh hijau

Radikal bebas terbentuk apabila kulit terdedah kepada sinaran UV. Ini menyebabkan punca utama masalah penuaan sebelum usia. Teh hijau sangat kaya dengan antioksidan yang membantu melawan serangan radikal bebas seterusnya mencegah masalah penuaan kulit. Teh hijau juga melawan jerawat dengan merendahkan paras DTH iaitu hormon yang bertanggungjawab menghasilkan jerawat. Kesannya kulit lebih sihat dan awet muda.



10. Wine merah

Wine merah memiliki khasiat polifenol yang terkandung secara semulajadi dalam buah anggur yang berupaya mengekalkan awet muda. Ia bersifat tinggi antioksidan. (Wine merah bukan untuk orang Islam.) Takpe, Vivix ada.


11.Air kosong

Sky juice atau gelaran air kosong telah disebut sejak berzaman berupaya membuatkan kulit kita glowing bukan setakat wajah malah seluruh tubuh. Dengan minum air secukupnya dalam sehari akan memastikan sistem tubuh kekal terhidrat. Air bukan saja menyingkirkan toksin merbahaya dari sistem tubuh malah turut menjadikan kulit kita berseri secara semulajadi.



Faktor pencemaran persekitaran, stress, pancaran matahari terik ditambah pula dengan tabiat pemakanan tak sihat menyebabkan kulit bermasalah. 12 makanan diatas bukan sekadar untuk mencantikkan kulit malah membantu memelihara tubuh badan yang sihat.

Selain dari makanan, vitamin juga diperlukan untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan untuk mendapatkan kulit cantik, glowing dan flawless.

Dengan syarat, pastikan vitamin yang dibuat dari bahan semulajadi sahaja. Ini bagi memastikan kita dapat manfaat yang terbaik dan jaminan untuk jangka masa panjang.

Set vitamin Shaklee untuk kulit cantik glowing dan flawless ialah


Testimoni kulit cantik glowing dan flawless.




Set vitamin Shaklee memang telah terkenal dengan keberkesanannya dan mutu tinggi. Ia menjadi pilihan utama pengguna yang mementingkan keselamatan untuk jangka masa panjang, kualiti dan kepuasan.

Paling popular adalah Vivix iaitu minuman botanik yang mengandungi 15 polifenol yang dipaten. Klik sini untuk lebih maklumat mengenai Vivix.

Jom order vitamin Shaklee sekarang secara online dengan klik pada butang berikut.

Order Shaklee Online


Setiap pembelian, anda akan diberi nasihat cara makan vitamin yang betul serta tip-tip eksklusif sepanjang penggunaan vitamin. Ini bagi memastikan pengguna dapat kesan yang diingini dan sebarang masalah dapat dikenalpasti.

Sebarang pertanyaan mengenai order sila klik link wassap berikut
http://janahazana.wasap.my/

Follow Instragram Jana_Hazana