Tuesday 26 December 2017

# Jalan-jalan

Cuti-cuti: Muzium Negeri Kelantan cipta memori baru

Sambil-sambil keluar ke Kota Bharu, terlintas di fikiran nak melawat muzium negeri Kelantan. Bagi buka minda anak-anak tentang budaya orang Kelantan.

Kebetulan kami datang, ada pameran Ciptaan Saintis Dari Tamadun Islam sejak kurun ke 8.

Apa yang bagus bukan setakat untuk anak-anak je tapi ummi pun dapat tambah ilmu pengetahuan.

muzium kelantan

Kami seramai 6 orang. 4 kanak-kanak & 2 dewasa. Tiket masuk rm15 sahaja (pakej keluarga. Murah kan?). Lupa nak tengok berapa harga tiket untuk seorang.

Setiap replika dalam pameran ni ada penerangan terperinci. Siapa yang cipta, untuk tujuan apa, tahun bila dicipta. Kena rajin baca je. Jangan lupa bawa nota untuk catit fakta menarik. Balik nanti boleh kongsi dengan kawan-kawan.

muzium kelantan
Belakang tu replika kapal laksamana Cheng Ho

muzium kelantan
Pakaian perang tentera Uthmaniyyah atau 'Classic Army'.
 Itu saiz sebenar tentera masa tu tau. Saiz skala 1:1

muzium kota bharu
Boleh dengar alat muzik iaitu gitar dan uod dimainkan.
Uod tu macam gabus gitu. Boleh pilih ada 3 irama

Patung-patung dibelakang tu menggayakan fesyen lelaki dan perempuan pada zaman tersebut. Macam cerita P Ramlee 'Ali Baba dengan 40 penyamun' tu..

muzium kelantan
Replika permainan tradisional rakyat kelantan. Gasing.

muzium kelantan
Taj Mahal

muzium kelantan
Zon perubatan

muzium kelantan

muzium kelantan


muzium kota bharu
Replika meriam 

muzium
Zoom sikit orang terbang

Rupa-rupanya orang yang pertama mencipta mesin penerbangan adalah Abbas Ibn Firnas. Bukannya Wright Brothers dari barat. Malah Wright Brothers menggunakan teori yang telah dicipta Abbas Ibn Firnas dan diguna dalam teknologi penerbangan hingga kini.

Masha Allah hebatnya.

muzium kota bharu

Tingkat 2 muzium.

Kami sempat naik sekejap je. Suasana agak suram sebab lampu yang malap, sunyi dan agak panas. Anak-anak kurang selesa. Mula-mula tengok wau bulan besar gedabak, miniature orang main gasing. Seronok bukan main. Bila tengok topeng menora terus ketakutan dan ajak turun. Pucat muka.

Alahai anak-anak. Nak tergelak pun ada.

Oh ye, ada juga replika Gua Cha. Gua zaman prasejarah. Jana masuk sorang-sorang. Terperanjat bila tiba-tiba ternampak orang zaman batu. Saiz sebenar. Ingatkan orang betul rupanya patung. Memang real. Dah lah macam masuk dalam gua betul. Anak-anak taknak masuk langsung. Rugi.

Jika datang Kota Bharu, sambil-sambil shopping kat Pasar Siti Khadijah tu datang lah muzium sekali. Seronok.



23 comments:

  1. baru planning nak ke kota bahru haritu tapi taka da rezeki ke situ dok busy memanjang,,, nak balik jumpa sedara. lama tak menjenguk

    ReplyDelete
  2. saya antara yang suka melawat muzium kalau ke mana-mana lokasi sebab banyak pengetahuan baru boleh diperolehi. Dah lama teringin ke Kelantan. InsyaAllah suatu hari nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. paling seronok bolehh tengok cara hidup & budaya rakyat setempat. Inshaa Allah..

      Delete
  3. I have been to Kota Bharu many times, mostly for work and food but never thought of going to the muzeum, great experience, thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure. next trip to kelantan, dont forget to stop by ;)

      Delete
  4. Murahnya tiket masuk.. Best ni. E ngan suami memang suka masuk dan jelajah muzium. Will go one fine day. InsyaAllah 😊

    ReplyDelete
  5. Baru tahu pasal muzium ni. Selalu ruby ke Kelantan tau pi makan je. Hahaha! Nanti boleh plan ke muzium ni pula. Bagus artikel ni. Cuma gambar tu ce akak besarkan skit. Saya tak nampak sangat. Almaklumlah rabun.

    ReplyDelete
  6. sebelum ni pergi muzeum kalau ada pameran khas shj spt ular dan barangan mistik.. hari2 biasa tak pernah pegi plak

    ReplyDelete
  7. Okay cun. Boleh letak dalam senarai bila nak singgah Kota Bharu nanti. Saya dulu sempat ke Gua Musang je. Lalu nak pergi ke Besut. Tak pernah sampai lagi je Kota Bharu.

    ReplyDelete
  8. thanks info..kalo tak,memang tatau juga kelantan ada tempat menarik cemni ya.

    ReplyDelete
  9. mana2 muzium memang best jalan sambil baca fakta dia kalau best lagi bawa anak-anak kan.

    ReplyDelete
  10. Lama betul tak jejak kaki ke Kelantan, bilalah nk ke sana lagi tak tahu lah.
    Bagus bwk anak2 tgok tmpt sejarah..biar mereka faham dn minat utk lbh mengetahui

    ReplyDelete
  11. Lama betul tak ke kelantan..tak tahulah bila lagi nk jejak kaki ke sana

    ReplyDelete
  12. Pernah melawat muzium kelantan ni sekali bila singgah sana haritu. Menarik sebab setiap negeri ada sejarah tersendiri yang dipaparkan. suka belajar dan mengenali sejarah kelantan.

    ReplyDelete
  13. Nak pulak budak2 masuk muzium. Baguslah educate dorg dgn sejarah n benda manfaat. Drpd dok expose hiburan saja. Next time kne singgah nie. Thanks for sharing !

    ReplyDelete
  14. banyak perkara yang boleh kita dapat dengan melawat muzium kan. sebenarnya dah lama juga saya tak lawat muzium hehe. lepas ni bolehlah singgah

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. saya suka baca blog yang banyak info macam ni, ada banyak gambar... saya suka, cadangan saya kalau boleh besarkan gambar tu... akan nampak lebih menarik.

    ReplyDelete
  16. menarik juga muzium kelantan ni, nanti nak bawa anak-anak bercuti ke Kelantan dan singgah ke sini

    ReplyDelete
  17. Besarnya la orang zaman dulu kalau banding dengan kita. Kita zaman sekarang cenonet je saiz haha

    ReplyDelete
  18. seronoknya pegi muzium, kami kalau bawa anak pegi sini tak berentilah mulut dorang tanya itu ini, masalahnya ibu pun tak reti sangat nak explain benda2 dalam tu hihihi

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  19. TB pun suka melawat muzium-muzium ni, kalau dapat pi muzium memang satu pengalaman yang menarik sebab dapat ilmu dan info tentang sejarah atau asal-usul setiap negeri tu..

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana