Thursday 1 February 2018

# Jeragat # Kecantikan

8 punca jeragat pada umur 30 tahun

Anda berusia lewat 20-an & 30-an. Tengah cari penyelesaian untuk hilangkan jeragat?

Baiklah, sebelum nak atasi masalah jeragat mesti kena tahu punca jeragat terlebih dahulu. Supaya lebih mudah untuk kita cari cara yang betul dan produk yang terjamin dapat hilangkan jeragat dengan berkesan.

punca jeragat wanita asia


Jeragat atau melasma adalah tompok-tompok berwarna coklat atau hitam pada area muka. Jeragat boleh mula muncul pada kulit muka kita seawal umur 25 tahun. Jeragat menyebabkan kulit muka kita nampak comot dan lebih wajah lebih berusia.

Jeragat bukan masalah luaran kulit, tetapi kerosakan pada sel-sel dalaman kulit. 

Bahaya jeragat jika tak diatasi dengan segera, jeragat akan makin merebak dan makin susah untuk dihilangkan. Berikut adalah 8 antara punca jeragat.


8 punca jeragat pada umur 30 tahun


Punca jeragat 1: Alat perancang kehamilan


punca jeragat


Ramai wanita mula menggunakan perancang kehamilan bermula usia 20an keatas. Selalunya selepas kelahiran anak pertama atau kedua. Samada guna pil atau alat perancang kehamilan seperti implanon menyebabkan hormon tidak stabil.

10 - 25% wanita yang mengambil pil atau alat perancang kehamilan akan mengalami kesan sampingan iaitu jeragat.



Punca jeragat 2: Sinatan matahari


punca jeragat


Sinaran cahaya matahari mengandungi sinar UV A dan B yang boleh meresap kedalam lapisan kulit yang menyebabkan kerosakan antaranya kulit jadi gelap, kulit berkedut, radikal bebas dan kerosakan DNA.

Lebih menakutkan sinar matahari yang berlebihan juga boleh menyebabkan kanser.



Punca jeragat 3: Mengandung

Semasa mengandung hormon tak menentu. Selain jeragat, ibu mengandung juga boleh mengalami masalah strecth mark (kulit pecah), jerawat dan ekzema. Sesetengah masalah ini akan hilang selepas ibu bersalin. Tetapi ada juga yang kekal.

Ibu mengandung dinasihatkan mengambil nutrisi sihat yang mencukupi bagi menjaga kesihatan kulit.



Punca jeragat 4: Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan berupaya memberi kesan sampingan terhadap sel-sel kulit.



Punca jeragat 5: Alat kosmetik dan pewangi




Bahan kimia yang terkandung dalam alat makeup, pewarna dan pewangi boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Salah pilih produk akan memburukkan lagi keadaan jeragat. Pakai makeup nak tutup jeragat tapi dalam masa yang sama makeup tu jadi punca jeragat tanpa kita sedari. Atau pakai produk nak hilangkan jeragat, tapi produk tu buatkan jeragat makin subur.

Sila berhati-hati. Jana pasti anda taknak jeragat sekarang jadi makin teruk kan?



Punca jeragat 6: Thyroid

Dipercayai hormon tiroid turut menjadi punca jeragat.



Punca Jeragat 7: Stress


punca jeragat terjadi


Stress boleh mengganggu kestabilan hormon. Bukan itu sahaja, stress turut mempengaruhi kitaran haid, tekanan darah, punca keguguran rambut, keputihan dan banyak lagi.



Punca Jeragat 8: Genetik

Faktor keturunan menjadikan risiko jeragat lebih tinggi. Wanita yang ada faktor keturunan, tinggal di kawasan matahari terik, alami stress mudah nak kena jeragat walaupun usia masih muda.


Lihat >> 11 Makanan untuk kulit flawless


Jeragat yang baru muncul lebih mudah untuk dihilangkan berbanding jeragat yang sudah lama ada pada muka kita. Harap anda juga faham, jeragat bukan masalah luar kulit, tapi jeragat adalah masalah dalam lapisan kulit iaitu sel-sel. Cara yang berkesan untuk hilangkan jeragat ialah penjagaan dalaman dengan nutrisi yang betul untuk baik sel-sel yang rosak dan hasilkan sel-sel baru yang sihat.




=================================

Hazana Binti Hamzah (id 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

=================================


15 comments:

  1. Ok. Thank you for info.

    Tapi bila tengok Mat Saleh teruk juga dia punya jeragat

    ReplyDelete
  2. Ikutkan scan muka kat spa, beautician kata muka dah ada jeragat.. sekarang umo 31...pasal produk merbahaya tu akan efek muka lagi terus saya rasa ya.. macam skrg tengah mengalami proses penuh bijik di muka bila berhenti satu skincare ni.. kena jaga makan dan cuci muka dengan pencuci natural lah ni..

    ReplyDelete
  3. Thanks for the guide. I really need this to reduce my pimples.

    ReplyDelete
  4. Bila usia meningkat macam2 masalah kulit akan muncul. Memang nak kena jagalah. Btw, paling penting kena guna produk yang sesuai untk bantu masalah kulit.

    ReplyDelete
  5. blh suruh anak dara sy baca entri ni...since muka dia naik jerawat banyak lately ni

    ReplyDelete
  6. dah ada jeragat dah lama.. maybe faktor genetik kot.. huhu

    ReplyDelete
  7. Jeragat ni kalau dah ada memang susah le nak hilang melainkan gi laser utk hilangkan dia, memang patut di cegah sebelum ada kan. Bagus tips ni

    ReplyDelete
  8. Risaunya kan jeragat pun salah satu musuh kulit. Penjagaan kulit yang sangat teliti memang perlu untuk mengelakkan masalah jeragat ini.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  9. miera dah putih dan dengan itu lagi banyak jeragat. huhuhu... kena jaga makan ni.. huhuh

    ReplyDelete
  10. Baguslah info ni, memang runsing kalau ada jerawat dekat muka. Bila usia dah meningkat.. semua kena kawal.

    ReplyDelete
  11. makin tua makin banyak masalah kulit, i prefer produk natural dan selamat seperti kulin sea

    ReplyDelete
  12. kalau ada jeragat, jerawat tu,haish memang tak keruan..

    ReplyDelete
  13. Saya pun masa stress buat tesis dulu memang naik jerawat dekat dahi. Jeragat belum lagi.. Mudah2an tak kena. Nak kena fokus jaga kesihatan kulit lebih sikit lepas ni

    ReplyDelete
  14. For me, kebersihan muka itu adalah keutamaan yang paling penting sekali dari segi penjagaan muka ni. Kena sesuai dari segi produk dan juga situasi. Apapuun, sayangi la muka kita kan.

    ReplyDelete
  15. Bagi saya menjaga kebersihan muka tu penting. Kalau selalu cuci muka jerawat pun akan jarang timbul

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana